Translate

Tajaan

Isnin, 18 Februari 2013

Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu


Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua.Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri. Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.

Hari ini ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar dihormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. 

Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka mesti menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu bapa dan juga mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan ekoran dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. 

Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa serta mertua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun, sama seperti  tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam. 

Bagi sesetengah  pasangan permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri. Meskipun  di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.


Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua? Apa yang perlu dilakukan trehadap mereka? Mesti ada pro dan kontranya. 

Sebagai menantu perempuan kia kena beralah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap ibu bapanya ibu bapa mertua dan keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjadi anak dan suami yang soleh.

Sekiranya ada apa-apa perbincangan dan permuafakatan perlu ada agar tiada hati yang akan terluka. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami, mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh. Dan untuk mencapai hasrat itu suami itu perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.
Ada juga mertua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak menantu bercerai-berai. Namun tidak dinafikan kadang-kadang ianya bergantung kepada anak itu sendiri yang terlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.

Persoalannya bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni? 

Cara mewujudkan hubungan yang baik

Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:

 Berdamai dengan diri sendiri:
Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif.Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.

Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.

Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudkan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbagai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pemikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung. Jauhi sikap meninggi suara pun tidak hormat kepada mertua. Jika mertua menegur kekurangan diri terimalah secara baik biarpun ada ketikanya teguran itu menyinggung keperibadian diri sendiri yang sukar dibaiki sejak sebelum berumah tangga lagi.

Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut

Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki budaya keluarga yang berbeza. Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga di sini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentuh hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga di mana segalanya ini tentu sekali akan membentuk karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dengan lain perkataan asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik segala emosi negatif dari masa lalu akan terbawa-bawa dalam kehidupan rumah tangganya, baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.

Menyamakan pasangan dengan ibu atau bapa sendiri

Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar  kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.

Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita. 
Menantu juga hendaklah menunjukkan sikap bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala  sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada. Jangan sesekali bercakap ego berani meninggi suara pun beraku kamu dengan mertua. Ini amat menyalahi ajaran agama Islam demi membangunkan rumah tangga Islam yang bahagia. Cepatlah memohon maaf jika terkasar bahasa dan bertaubatlah memhon ampun kepada Allah SWT sebab selalunya derhaka ini balasannya amat segera diturunkan Allah SWT di dunia lagi. Ibu ayah pun mertua akan sentiasa memaafkan anak-anak tetapi sikap derhaka terhadaop orang tua ini amat dilaknati Allah SWT.

Penghargaan kita kepada menantu itu. Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai. Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. 

Sewajarnya mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah remeh dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.

Selain itu mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga. Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka. Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip Islam kita boleh menerima saranan mereka. Mertua perlu mendamaikan rumah tangga anak-anak jika berlaku pergeseran sampai mahu bercerai-berai. Jangan menjadi batu api membuatkan rumah tangga anak-anak bercerai-berai. Jangan jadikan rumah sendiri tempat anak berlindung ketika bergolak rumah tangga. Ingatlah akan amaran Allah SWT yang perceraian itu satu yang dibolehkan tapi dimurkai-Nya. Jangan menjadi mertua sebagai orang yang meruntuhkan masjid yang telah kukuh terbina.

Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada. Dengan cara ini secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.

Mertua juga perlulah  mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya.

Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.

Tanggungjawab Isteri


Bacaan ayat 34, surah An-Nisa’:

 Dalam hadis Nabi SAW menyatakan bahawa tanggungjawab isteri adalah:
  • memenuhi keperluan nafsu suami walaupun berada di atas kenderaan (unta). Nabi SAW mengkiaskan ‘atas unta’ untuk menunjukkan bahawa isteri hak suami.
  • isteri tidak dibenarkan berpuasa sunat tanpa izin suami. Jika dilakukan juga, isteri berdosa, dan pahala  akan dapat kepada suami.
  • jangan beri harta suami tanpa inzinnya. Jika dilakukan juga, isteri berdosa, dan suami akan dapat kepada suami.
  • Jangan keluar rumah tanpa izin suaminya. Jika dilakukan juga, Allah dan malaikat melaknatnya sehinggalah dia pulang ke rumah.

Sebagai kesimpulan, tanggungjawab isteri ada dua iaitu:
Taat suami – apa erti taat? Ulama menggariskan tiga perkara untuk menilai ketaatan. Perkara tersebut ialah:
  • Buat apa yang suami suruh
  • Jangan buat apa yang suami tak suka (bukan apa yang suami larang)
  • Tunaikan kemahuan nafsu suami

Hormat suami – ada dua aspek iaitu perbuatan dan pertuturan. Daripada segi pertuturan – ada 3 aspek yang perlu dijaga iaitu:
  • gaya bahasa - panggillah suami dengan nama yang baik-baik, jangan bercakap aku-engkau.
  • Jaga nada suara – jangan meninggikan suara.
  • Jaga bilangan perkataan – jangan terlalu banyak bercakap berbanding suami.

S: Apa erti taat yang sebenar dalam Islam?
J: Nabi SAW berkata, “Mana-mana perempuan yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mentaati suaminya, di hari akhirat nanti akan dikatakan kepadanya masuklah ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.” Nampak sangat mudah untuk seorang isteri masuk ke syurga. Sayangnya, ramai isteri tidak taat kepada suami. Taat bermaksud: Buat apa yang suami suruh. Namun ramai yang sukar melakukannya – contohnya jika suami suruh masak gulai, tapi isteri tengok ada bahan lain dan buat sup. Walaupun suaminya makan dan kata sedap, tetapi hakikatnya isteri tak ikut apa yang suami minta. Begitu juga jika contohnya suami tak izin pergi ke sesuatu tempat, namun ramai isteri yang tetap pergi juga. Itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini.
S: Perlu ke taat kepada suami yang zalim dan tak taat Allah?
J: Jika diikut hadis tentang hak seorang suami yang dibacakan tadi, pada akhirnya disebut walaupun dia seorang suami yang zalim. Oleh itu, tidak gugur kewajipan isteri mentaati suami, walaupun zalim. Oleh itu, sebelum berkahwin perlu diselidik dan dikaji perangai bakal suami. Namun, jika sudah tersilap dan suami merupakan kaki pukul, isteri tidak boleh meninggalkan rumah kerana dia boleh dianggap sebagai nusyuz. Carilah jalan terbaik agar suami sedar kekejamannya. Sebaiknya ada kedua pihak keluarga yang dapat mendamaikan bukan terus mengadu mencari jalan perceraian. Perlu difikirkan masalah anak-anak agar rumah tangga tetap kekal damai tanpa perbalahan.

S: Jika isteri ada banyak duit, bolehkah diberikan kepada keluarganya sendiri seperti mak, dan adik-beradiknya?
J: Dalam Islam ada 3 jenis harta – hak mutlak suami, hak mutlak isteri dan harta sepencarian (bersama). Isteri tidak boleh menggunakan harta hak mutlak suami dan harta sepencarian sewenang-wenangnya. Tetapi jika harta itu hak mutlak isterinya, tidak mengapa. Suami hanya boleh melarang jika harta tersebut tidak dibelanjakan pada jalan yang salah.
S: Bolehkah isteri melawan suami yang memukulnya?
J: Tidak boleh kerana suami pun tidak dibenarkan memukul isteri. Sebenarnya jika melawan, suami akan lebih berang. Lebih baik isteri bersembunyi dan mencari orang ketiga yang dapat mendamaikan sebaiknya kedua pihak keluarga suami isteri yang boleh menasihati suami agar anak tidak menjadi mangsa perceraian. (Ibu ayah juga mertua jangan menjadi penyebab rumah tangga bercerai; ini amat menyanggahi kerukunan rumah tangga Islam)
S: Seorang isteri tidak boleh memanggil nama suami atau gelaran tertentu. Bagaimana pula jika suami merelakannya?
J: Islam tidak membenarkan isteri memanggil suami dengan namanya. Begitu juga dengan nama gelaran tertentu seperti abang buncit, botak, doraemon dan sebagainya. Tidak timbul soal suami merelakan, kerana sebenarnya suami itu jahil.
S: Jika isteri selalu dihina oleh suami, apakah tindakan yang perlu diambil isteri?
J: Perkara ini timbul kerana suami jahil.  Suami juga tidak dibenarkan menghina atau mengungkit keburukan isteri. Begitu juga sebalik tak sempurna agama Islam isteri jika berani menghina juga mengaibkan suami.

S: Bagaimana jika isteri ingin memakai tudung, tetapi suami tidak benarkan?
J: Betul, ada berlaku kes sebegini. Suami juga bertanggungjawab atas kehormatan isteri dengan menyuruhnya menutup aurat. Suami sebegini akan menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat. Sebaiknya isteri mencari jalan agar suaminya sedar kewajiban perempuan untuk menutup aurat.
S: Sejauh mana ketaatan seorang isteri dalam perkara maksiat?
J: Isteri perlu mentaati suami selagi perkara yang disuruh itu tidak menyalahi syariat.

Rabu, 13 Februari 2013

Kenapa Dirindu vi

Menantimu agar kembali seperti dulu
satu yang mustahil
sebab awak telah pun bertukar status
bagi lagi perindu
segalanya telah pun kau miliki
tak perlu aku lagi.

Menantimu agar kembali ingat janji kita
satu yang sia-sia
sebab awak kian punyai keakuan diri
semakin kejam padaku
segalanya telah menjadi asing buatku
terpaksa melayan nilai akuku.

Menantimu agar dapat menilai cintaku
seakan mencorak pelangi
sebab  awak telah lenjun dihujan duniawi
sampaikan tak ingat aku ini
segalanya kian menjadi tugu abadi
bagai tertutup sudah memori ini.

iDANRADZi
Jenaris Kajang
6.2.12


Ibu Catriona Ross antara tiga maut kemalangan di Gerik


 
Ibu kepada pelakon Catriona Ross, Siti Zawiyah Abd Rahman, 63, antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas ekspress di Km 61.8 Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Gerik, awal hari ini.
  
Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43.










  
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Manab Baharum berkata ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping.
  
"Kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa cuba memotong deretan kereta dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran," katanya.
  
Beliau berkata kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jeli ke arah Gerik.
  
Kesemua 29 penumpang bas tidak cedera, katanya.

- Bernam

Selasa, 5 Februari 2013

Enggan Ulas Isu Ibu Tunggal

Harian Metro
Oleh RAMLAH ZAINAL
MUNGKIN ramai tidak kenal dengan pelakon Adrea Abdullah walaupun sudah 10 tahun dia berkecimpung dalam bidang lakonan. Namun, namanya mula meraih perhatian ramai apabila tersenarai dalam kategori Aktres Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFFM23) menerusi filem 2 Alam. Adrea bersaing dengan Daphne Iking (Belukar), Nur Ashiqin Kamal (Lagenda Budak Setan), Putri Mardiana (Santau) dan Shasha Arsheela (Pulau Asmara). Sekalipun tewas kepada Daphne, Adrea mengakui pencalonan dalam FFM23 semakin membakar semangatnya dalam bidang lakonan. 

BERGABUNG...Adrea dan pelakon Al Fahar Abd Rahman dalam drama bersiri Pak Kaduk untuk TV2.

"Saya tidak sangka nama dicalonkan dalam FFM23. Saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dapat peluang berada dalam Top 5 FFM. "Saya ingin buat yang lebih baik lagi pada tahun depan. Saya harap dapat watak yang lebih mencabar dalam filem supaya dapat membuktikan sejauh mana kebolehan dan kesungguhan saya dalam memperjuangkan bidang seni tanah air," katanya. 

Pada masa sama, Adrea mengakui lebih suka bersikap 'low profile' di persada seni tanah air. Akuinya, ada juga publisiti mengenai dirinya di akhbar, tetapi tidak sebanyak mana. "Mungkin kerana saya tiada gosip panas dan kontroversi seperti artis lain. Saya juga tidak suka menjaja cerita peribadi saya untuk meraih publisiti dari pihak media. Biarlah orang kenal saya menerusi bakat dan bukan glamor kerana gosip dan kontroversi," katanya.

Ditanya, kenapa dia ingin bekerja dengan penerbit kontroversi seperti Datuk Dr Rozmey Che Din, Adrea berkata, dia menerima tawaran berlakan watak pembantu dalam filem genre seram dan drama 2 Alam arahan Ed Zarith dan Hairie Othman itu kerana menyukai wataknya. "Saya mahu jadi peneroka dan merasai watak berbeza. Barulah tidak 'stereotaip.' Sebenarnya, kalau Dr Rozmey tidak ada publisiti pun, ramai orang mengenalinya juga.

"Memang nama dia sudah gah sebab dia ahli perniagaan yang sangat disegani ramai. Barisan pelakon filem ini, Aaron Aziz, Yang Kassim, Rosnah Johari dan sebagainya juga ada ramai peminat juga. "Begitu juga nama salah seorang pelakon filem ini, Suhaila yang cukup dikenali di Singapura," katanya. Selepas filem 2 Alam, Adrea beraksi lagi dalam filem seterusnya iaitu Abuya yang menampilkan sentuhan Imran Ismail.

Katanya, filem itu cukup mendebarkan kerana pegang watak utama sebagai perempuan Siam dari Pattani. Ceritanya juga kontroversi. Set dan wardrobenya menarik. "Barisan pelakon lain yang turut beraksi ialah Geena Ali, Suhaila Salam, Jue Aziz dan heronya ialah Faizal Hussien. Pengarah filem ini cukup berani memuatkan pelbagai explorasi dengan pendekatannya dalam filem ini. Semua pelakon dan pasukan kami serasi.

"Semua karakter juga sangat berwarna-warni dan tersendiri. Setakat ini, shot yang saya lihat cukup mengagumkan. Tidak sabar hendak tengok keseluruhan filem ini," katanya. Adrea ditemui di sidang media drama bersiri 13 episod, Pak Kaduk, baru-baru ini. Adrea bawa watak utama dalam cerita arahan Saian Salimon untuk TV2 itu.
JELITA....Adrea pegang watak perempuan siam dalam filem Abuya.

Sekalipun nama Adrea kurang dikenali, tawaran berlakon tidak pernah putus diterimanya. "Alhamdulillah, setakat ini, banyak tawaran berlakon yang diterima. Saya juga terbabit dalam penggambaran telefilem thriller dengan abang Bade Azmi, Merpati Terbang Malam. "Saya bawa watak utama sebagai kembar yang agak mencabar wataknya. Abang Bade juga banyak mengajar saya ilmu lakonan dan saya suka sangat skrip Bade itu kerana ia seperti filem," katanya.

Menyusul selepas itu, Adrea terbabit dengan penggambaran dengan Abang Din CJ, telemovie Wira Padang Pasir dan Hotel Mania. "Ia sebagai artis undangan saja, tetapi saya gembira kerana semua watak berbeza. Saya juga terbabit dengan 'voice over' untuk dokumentari 13 episod, Menyusur Adat. "Selain itu, saya terbabit dengan penggambaran dengan Din CJ iaitu telemovie Rafael dan ia juga pengalaman yang tidak kurang menariknya.

"Selepas itu, saya terbabit dengan penggambaran filem Siti Suka Ramli Sarip sebagai watak utama Minah Rockers, tetapi tidak ditayangkan. Tidak ketinggalan, saya juga buat penggambaran raya untuk Courts Mega Store," katanya. Terbaru, Adrea sibuk membuat persiapan untuk penggambaran program muzikal Islam sebanyak 13 episod di saluran Al Hijrah berjudul Teman di Al -Hijrah.

"Saya ada menerima tawaran dari pelakon dan pengarah Afdlin Shauki untuk penggambaran filem 3 Hari, tapi tidak dapat beri komitmen kerana sudah ada komitmen lain. Nampaknya, tidak ada rezeki untuk saya bekerja dengannya. Insya-Allah pada masa akan datang. "Lepas penggambaran nanti, saya ada kertas cadangan untuk menyiapkan skrip filem yang saya sudah siap tulis. Insya-Allah, saya sudah cuba buat yang terbaik mengikut kemampuan. Saya juga dapat tawaran filem baru tahun depan," katanya.

Mengenai perancangan masa depannya pula, Adrea menyimpan impian untuk bekerjasama dengan dengan pengarah hebat tanah air. "Saya juga bercita-cita mencetuskan satu revolusi baru dalam industri filem tanah air. Saya sudah siapkan draf skrip akhir filem dan saya cuma perlu siapkan cadangan untuk dihantar pada produksi dan juga penaja.
ADREA...tawaran berlakon tidak pernah putus.

"Jika Afdlin Shauki, Edry Abd Halim dan Syamsul Yusof boleh buat, kenapa tidak saya? Kejayaan mereka dan cinta saya pada bidang seni menjadi inspirasi buat saya lebih berani dan bersemangat tinggi seperti mereka," katanya.
Berkongsi cerita statusnya yang dikatakan ibu tunggal kepada seorang anak, Adrea nampaknya enggan mengulas lanjut. "Maaflah, saya tidak dapat komen lebih lanjut lagi. Saya berharap, peminat menghormati permintaan saya ini," katanya.

PROFIL:
NAMA SEBENAR: Nik Adrea Nik Abdullah
NAMA KOMERSIAL: Adrea Abdullah
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Jun 1977
AKADEMIK: Ijazah Seni Lukis (Pengiklanan), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
KERJAYA: Pelakon, Pengacara dan penulis skrip
DRAMA BERSIRI/TELEFILEM : Front Page, Dihujung Kemarau, The Promise, Mujahada, Zuriat Terakhir (Dilema Wanita), Duyung (Suara-suara pita), Papan, Phobia, Meniti Senja, CUT, Mama Paparazi, Rendang Perantau, Asmara Kanun, Bougainvilla Di Tepi Jalan
FILEM: 2 Alam (Pelakon Pembantu), Sifu & Tongga, SH3 The Movie, )
PENCAPAIAN: Top 5, Festival Filem Malaysia Ke 23 (Aktres Harapan Wanita)

Ratib 1000 Syair



Imbauan Negara

Mengimbau igauan semalam
bara perang nan berona perang
menyilaukan malam berbalam
mengimpikan sinar merdeka
dalam desah juang
anak peribumi menggadaikan jiwa
membina maruah
demi bumi bertuah

lalu bertukar jalur penjajah
berkibarlah jalur gemilang.

Mengimbau ingatan semalam
sebu rahang nan berbaur fakir
merimaskan mimpi bertandang
mengidam juadah mewah
dalam teratak miskin
anak bangsa mendambakan harta
membangun negara
demi rezeki berganda

lalu berganti salur rawan
berlimpahlah galur bangsawan.

Imbauan negara kini
nadinya berdenyut keliru
menghiris jiwa pilu
mencari makna keamanan
dalam era pembangunan
& kemelut kemajuan

merentas hutan perbalahan
dalam timbunan dugaan
& hanyutan perasaan

terlekakah diri
mencari nilai kesantunan
di globalisasi iman
menuju kegemilangan.

- Ilahi peliharalah negara ini.


iDANRADZi
Simulasi Jenaris

Sedih sangat Gapena tak masukkan Puisi ini di dalam Antologi Ratib 1000 Syair biarpun aku mendapat Sijil The Malaysia Book of Records
 


Jumaat, 1 Februari 2013

Polis Tahan Pegawai Bank — Kes Kecurian RM50,000 Lisa Surihani Hampir Selesai

Pihak polis baru baru ini telah mengesahkan yang seorang wanita yang merupakan seorang kakitangan bank telah di’tahan berkaitan dengan kes kehilangan RM50,000 daripada akaun milik Lisa Surihani.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa Surihani sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran berjumlah RM50,000.

“Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai,” komen Lisa Surihani tentang penahanan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial K. Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

RM50 Ribu Wang Lisa Surihani Lesap

Salam, terbaca berita RM50 Ribu Lisa Surihani Lesap dalam akaun bank disyaki kekeluarkan oleh individu lain. Kehilangan wang tersebut mula disedari apabila ibu Lisa ingin mengeluarkan sejumlah wang melalui mesin juruwang automatik di Seksyen 9 bandar Baru Bangi, baru-baru ini, namun gagal. Apabila dirujuk dengan bank, rupa-rupanya kad yang dalam simpannya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukar dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.





Selepas semakan keatas akaun bank dilakukan, didapati terdapat rekod pengeluaran wang sebanyak RM50,000 dari akaun tersebut dikeluarkan di beberapa lokasi dan yang terbaru di Kuantan, Pahang, pada selasa lalu. Berikutan itu, Lisa Surihani dan ibunya tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, pada hari yang sama.


Namun yang menjadi kemuskilannya, macam mana proses penukaran kad boleh dilakukan oleh orang lain ? Bukan ke setiap proses penukaran kad memerlukan bukti seperti kad pengenalan.


- Sabar ye Lisa ! Mungkin pihak polis akan dapat selesaikan kes ini.

RM50,000 Lesap Dalam Akaun Bank Lisa Surihani 
Lisa Surihani
KUALA LUMPUR:

Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.

Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.

“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.