Translate

Tajaan

Jumaat, 28 Mei 2010

MLM dari perspektif Fiqh Islami

'Multi Level Marketing' (MLM) adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan secara meluas kini. Walaupun MLM berteraskan jualan langsung, tetapi sistem dan perjalanan antara MLM tertentu dengan yang lain adalah berbeza.

Justeru, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya.

Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram itu.

MLM dari sudut positif.

Jika dilihat sudut positif, MLM berperanan 'pemecah' kepada pemonopolian pasaran bagi sesetengah produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar raya di negara kita hatta pasar kecil atau kedai runcit. Sedangkan sebahagian produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya.

Apabila orang Islam yang mampu mengeluarkan produk tersendiri, tetapi apabila berdepan pasaran yang sebahagiannya boleh disifatkan sebagai 'dibentengi' menyebabkan kemampuan orang Islam mengeluarkan produk akhirnya terhenti akibat tidak dapat bersaing dengan pengeluar lain dari sudut pemasaran.

Hakikatnya orang Islam yang mempunyai keupayaan menghasilkan produk mempunyai modal kecil berbanding syarikat gergasi antarabangsa serta mereka tidak mampu menanggung kos pemasaran yang tinggi berbanding syarikat gergasi yang lain.

Akhirnya mereka berdepan kelembapan pasaran seterusnya keupayaan dan potensi orang Islam yang sepatutnya boleh dibangun dan dipertingkatkan mati begitu sahaja. Lebih parah apabila kerajaan membuat perjanjian FTA dan serangan globalisasi yang menyebabkan persaingan tidak adil antara pemodal besar dan peniaga kecil.

MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Ia berguna bagi memperkenalkan produk terutamanya produk halal orang Islam tempatan.

Justeru, MLM perlu dilihat dari sudut positif dan kita sepatutnya sama-sama berusaha memperbaikinya supaya bertepatan dengan syariat sehingga sistem MLM dapat menjadi penyumbang kepada pemasaran barangan orang Islam.

Hukum asal MLM

Hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor yang mengharamkannya. �Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.� (maksud al-Baqarah 29).

Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus. Berdasarkan kaedah ini, hukum asal sistem dan konsep MLM adalah harus selama mana tidak terdapat faktor yang mengharamkannya. Untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah bersandarkan dalil. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu muamalat tersebut kekal harus.

Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan dalil, sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran dalil yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama.

Berdasarkan kaedah syariat, pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh bersandarkan kepada hukum khilafiah, kecuali ketika penggubalan undang-undang. Contohnya, jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun dan 'had maksimum keuntungan', maka kita tidak boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain. Oleh itu, untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada:

1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian bonus yang diagihkan berasaskan perjudian yang akhirnya menyebabkan muamalat tersebut haram.

2. Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. Seperti unsur riba, unsur perjudian, unsur kezaliman dan sebagainya. Sebaliknya, tidak boleh kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur yang khilafiah dari sudut halal dan haramseperti muamalat yang berasaskan kepada bai' 'inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.

Perlu difahami asas kepada muamalat ialah mudah dan toleransi. Berbeza dengan asas kepada ibadat yang bersandarkan kepada ikutan dan ta'abbudi.

Justeru, talfik mazhab atau penggabungan mazhab dalam muamalat adalah dibenarkan berbeza dengan talfik dalam ibadat di mana hukum talfiknya lebih ketat berbanding talfik dalam muamalat.

Faktor-faktor haram

Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah:

1. Perjudian Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'. Judi '21 up' bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang dipertaruhkan.

Konsep ini diamalkan dalam sebahagian MLM bagi memberi bonus yang tinggi kepada orang yang mencapai point tertinggi atau jualan tertinggi dalam sesuatu level. Contohnya, andai kata dalam level ketiga terdapat 3 orang menjual ubat gigi yang harga jualannya RM5. Daripada RM5 itu, syarikat mengambil RM3 sebagai kos dan untung, manakala penjual MLM mendapat RM1 daripada setiap unit yang dijual. Baki RM1 dipegang syarikat untuk diberikan kepada orang pertama dalam level tersebut yang mencapai tahap jualan sebanyak 5 unit.

Jika penjual pertama berjaya menjual 3 unit, penjual kedua sebanyak 2 unit dan penjual keempat sebanyak 5 unit, maka penjual ketiga akan memperolehi bonus RM10 kerana dia adalah orang pertama dalam level tersebut mencapai jualan 5 unit.

Hakikatnya, RM5 daripada RM10 bonus itu adalah hak penjual pertama (RM3) dan hak penjual kedua (RM2) yang dipegang syarikat yang akhirnya diserahkan kepada penjual ketiga kerana berjaya mencapai jualan target.

Bonus dalam bentuk ini secara pastinya adalah perjudian yang diharamkan Islam kerana si penjual pertama dan si penjual kedua dinafikan haknya kerana kalah, justeru tidak mencapai jualan target.

Sedangkan konsep keuntungan dalam muamalat Islam yang berpandukan surah al-Baqarah ayat 286 ialah, 'setiap yang berusaha berhak mendapat hasil yang diusahakan'.

Bagaimanapun, perjudian yang mencemari MLM ini dapat dibersihkan dengan pelbagai cara seperti pembahagian bonus, bersumberkan keuntungan syarikat yang diagihkan kepada setiap penjual MLM berpandukan unit yang berjaya dijual.

Walaupun bonus yang berkonsepkan pembahagian yang berpandukan jumlah jualan tidak dapat dijadikan bahan kempen kerana jumlah bonus penjual tertinggi lebih rendah berbanding bonus yang berkonsepkan perjudian, tetapi ia bersifat adil untuk semua pihak.

Sememangnya sebahagian pembuat sistem MLM lebih tertarik dengan bonus yang berkonsepkan perjudian kerana ia boleh dijadikan bahan untuk menarik orang ramai menyertainya justeru nilaiannya yang sangat tinggi, tetapi ia diharamkan kerana nilai yang tinggi tadi diperolehi dengan menzalimi pihak lain.

2. Riba Apabila terdapat 'fixed return' atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin penggunaan produk MLM.

'Fixed return' tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. Jelasnya, 'fixed return' ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara.

Contohnya agihan keuntungan berdasarkan mata penggunaan melalui konsep mudharabah, di mana setiap ahli yang membeli adalah mudhorib (pencarum) yang berhak mendapat peratusan keuntungan syarikat MLM dalam tempoh setahun sebagai contoh. Cara ini bersih daripada riba dan boleh menarik orang ramai menjadi ahli MLM ini.

3. Tadlis, taghrir dan Syamta' Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.

Contohnya, syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Ahli dan orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran tambahan. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1,000 untuk diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang.

Apabila ahli tersebut menerimanya, ia terpaksa menanggung ansuran bulanan yang tinggi yang akhirnya menyebabkan ahli tadi hanya mampu memakai kereta tersebut dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Syarikat berjaya mengiklankan si ahli tersebut berjaya mendapatkan BMW 3 Series tanpa menjelaskan keadaan sebenar syarikat yang hanya membayar down payment RM1000. Apabila diiklankan 'dihadiahkan' atau 'menerima hadiah' atau 'berjaya memperolehi', umum memahami si ahli memperolehi secara seratus peratus kereta tersebut tanpa apa-apa ansuran bulanan.

Menyembunyikan hakikat pembayaran RM1000 sebagai down payment pastinya bersalahan dengan pemahaman umum. Ini menyebabkan pengiklanan tadi boleh dikategorikan sebagai 'taghrir' (memperdayakan) dalam bentuk 'Syamta' yang diharamkan.

Syamta' ini boleh dibersihkan melalui pelbagai alternatif. Syarikat boleh menganjurkan majlis penyampaian bonus yang halal kepada ahli-ahli yang mencapai jualan tertinggi dan diiklankan dalam buletin. Sekalipun iklan dalam bentuk ini tidak semenarik iklan ahli yang mendapat BMW 3 Series, tetapi ia berupaya menarik ahli baru dalam bentuk tidak memperdayakan dan tidak menghiasi sesuatu hakikat yang tidak benar.

4. Mengambil hak orang lain dengan cara yang salah Terdapat MLM yang sistemnya berkonsepkan kutu yang haram seperti penggunaan konsep Auto Placement. Dalam konsep Auto Placement ini, ahli pertama perlu mencari dua ahli di bawahnya dan setiap ahli dikenakan yuran RM2. Yuran RM2 tadi terkumpul dan akan dinikmati ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar dengan masuknya ahli baru.

Konsep ini asalnya bukan sistem MLM bahkan ia konsep kutu yang haram. Tetapi ada sistem MLM menggunakan kaedah kutu yang haram ini bagi penetapan yuran keahlian dan jumlah yuran ahli yang terkumpul dijadikan bonus bagi level yang paling tinggi.

Di sini, syarikat MLM yang menggunakan konsep ini tidak mementingkan barang, tetapi ia mementingkan keahlian kerana bonus yang diperolehi upline adalah yuran ahli yang terkumpul. Ini punca sesetengah barangan yang tidak jelas dalam sebahagian MLM.

Jika ada bertanya, apa salahnya jika pembayaran yuran berasaskan reda sebagaimana dalam hukum hibah dan tabarru'? Jawapannya, reda yang menjadi syarat halal tersebut mesti didahului atau disertai perniagaan halal sebagaimana ayat 29, an-Nisaa'. Jika tiada perniagaan, iaitu wang yang dikeluarkan hanyalah berbentuk yuran terkumpul yang dipusingkan di kalangan ahli tanpa ada apa-apa pertukaran, maka reda tidak boleh menjadi sebab untuk menghalalkannya.

Tambahan pula, hibah dan tabarru' yang halal dan harus tidak boleh disertai dengan tujuan seperti hibah untuk mendapatkan untung, dan sebagainya. Jika hibah dengan niat ini, ada pendapat yang menyatakan batal dan ada menyatakan ia berubah menjadi transaksi jual beli atau seumpamanya dan bukan lagi hibah sebenar.

Jika berpandukan pendapat yang menyatakan batal, maka penyertaan dalam MLM yang bersifat seperti ini adalah batal. Dan jika berpandukan pendapat hibah dengan niat mendapatkan keuntungan ini berubah menjadi hukum jual beli, maka tuntasnya jika ketiadaan barang yang menjadi pertukaran maka hukumnya adalah haram kerana si pemakannya memakan hak orang lain tanpa sebab yang harus sebagaimana konsep kutu yang haram di atas.

Bukan semua hibah hukumnya harus bahkan kadangkala hibah menjadi haram seperti hibah yang menjadi syarat pinjaman yang dikategorikan sebagai riba yang haram.

5. Penindasan

Bagi sesetengah sistem MLM, ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi mendapatkan keuntungan. Sebagaimana diterangkan, ahli-ahli yang tidak mencapai jualan target akan dicabut bahagian keuntungannya dan pihak syarikat akan memberikan kepada orang yang mencapai jualan target.

Seorang ahli yang berjaya menjual 5 produk yang sepatutnya mendapat keuntungan asal bagi setiap satunya berjumlah RM2, tetapi ahli tersebut hanya diberikan RM1 kerana tidak berjaya mencapai jualan target dan baki RM1 diambil syarikat untuk diserahkan kepada ahli satu level yang berjaya mencapai jualan target.

Ini bermakna, ahli yang berjaya menjual 5 produk diberikan RM5 dan RM5 lagi diserahkan kepada ahli yang berjaya mencapai jualan target seperti berjaya menjual 10 produk. Justeru, ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM25 (RM20 untung jualan dan ditambah bonus RM5 yang diambil daripada ahli yang tidak dapat mencapai jualan target).

Di samping mengandungi unsur perjudian, ia juga mengandungi penindasan yang menjadi punca haram. Sedangkan konsep muamalat Islam ialah, setiap seseorang berhak mendapat apa yang ia usahakan. Berdasarkan konsep Islam ini, si ahli yang berjaya menjual lima produk sepatutnya mendapat RM10 sebagaimana ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM20.

Apakah alternatifnya?

Sebenarnya, Islam hanya menyenaraikan unsur-unsur haram sahaja dan selainnya halal. Ada ulama hanya menyimpulkan sebab-sebab haram hanya tiga perkara, iaitu riba, gharar dan zalim. Jika sesuatu muamalat bersih daripada ketiga-tiga unsur ini, maka hukumnya halal.

Justeru, alternatif kepada unsur-unsur haram ini terlalu banyak jika dibincangkan secara serius dan bersama. Contohnya, jika 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran 'downline' kerana ia termasuk dalam kategori 'memakan harta orang lain secara batil' seperti bentuk yang diterangkan, pihak syarikat boleh menyediakan jumlah tertentu sebagai kos marketing untuk diberikan kepada 'upline' yang berjaya mencari 'downline' atau ahli pengguna baru dengan perincian tertentu.

Berdasarkan konsep Islam, upline boleh mendapatkan bahagian upahnya mencari pengguna baru kerana itu hasil usaha dan titik peluhnya, tetapi disyaratkan perolehannya tadi bukan dengan cara memakan hasil orang lain.

Justeru, apabila disebut 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran downline maka kita memahami bahawa 'upline' tidak berhak mendapat apa-apa. Ini menatijahkan 'upline' yang bertindak sebagai pekerja marketing tidak akan melakukan kerja promosi dan akhirnya syarikat tidak berkembang dan barangan produknya akan mati begitu sahaja.

Unsur haram pada MLM tanpa disusuli usaha mencari alternatifnya akan mematikan sebahagian pembangunan produk orang-orang Islam dalam konteks dan suasana ekonomi kita sekarang.

Pakar-pakar ekonomi yang mencipta sistem MLM jangan berputus asa apabila sistemnya disifatkan haram atau mengandungi unsur haram. Mereka mestilah meningkatkan usaha dan meninggikan semangat melalui perbincangan dengan ulama berkebolehan di lapangan ekonomi dan muamalat Islam bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara-perkara buntu serta alternatif kepada unsur-unsur haram.

Sikap, tindakan dan peranan umat Islam Tidak boleh cepat menghukum: Apabila diperhatikan unsur haram yang disenaraikan di atas, kita dapati sebahagiannya hanya diketahui pihak yang menggubal sistem MLM itu sendiri. Contohnya hakikat kepada sumber bonus yang diagihkan hanya diketahui oleh pembuat sistem MLM sahaja sekalipun terdapat beberapa petunjuk yang menjadi ukuran kepada sumbernya.

Sikap kita sebagai pemerhati tidak boleh terlalu cepat menghukum halal atau haram sesuatu MLM melainkan melalui penyelidikan atau terdapat sebab yang jelas keharamannya. Ini dari sudut kita sebagai pemerhati yang tidak terlibat dengan sistem MLM.

Tidak terlibat dalam perkara yang tidak jelas: Jika kita ingin menyertai, sepatutnya kita mengetahui dengan jelas apakah sumber bonus yang bakal kita perolehi, apakah punca pengembangan modal yang dilaburkan dan sebagainya. Jika ia tidak jelas dan masih keliru dengan sistem atau rangkaian MLM, ia tidak sepatutnya melibatkan diri.

Tidak terpedaya dengan kempen cepat kaya: kadangkala faktor yang menjebakkan seseorang ke dalam rangkaian MLM yang haram disebabkan keghairahan keuntungan yang ditawarkan. Sepatutnya kita perlu berfikir rasional dan logik kerana ulama Islam menggariskan sebab-sebab pulangan di dalam lingkungan tiga perkara: modal, kerja dan dhoman.

Jika sesuatu keuntungan yang dijanjikan bukan selain daripada tiga perkara tadi, sama ada ia menyebabkan kita akan tertipu atau akan mengalami kerugian atau memang benar-benar mendapat untung sebagaimana yang dijanjikan tetapi keuntungan tadi dibina di atas kezaliman dan penindasan terhadap orang lain.

Bantu membantu dalam kebaikan: Kita perlu membantu ekonomi orang-orang Islam dengan membeli barangan keluaran mereka sekalipun harganya lebih mahal dan mutunya mungkin lebih rendah.

Ini kerana, modal yang dimiliki orang Islam lebih rendah berbanding bukan Islam, menyebabkan kos pengeluaran dan pemasaran lebih tinggi berbanding mereka yang bermodal besar seterusnya menyebabkan harganya tidak mampu diturunkan lebih rendah daripada produk antarabangsa yang kuantiti pengeluaranya lebih banyak dan pasarannya lebih meluas.

Jika orang Islam tidak membantu dan hanya memilih barangan lebih murah dan bermutu tanpa melihat kepada 'konsep membantu orang Islam', ia akan melenyapkan produktiviti orang Islam dan menyuburkan produktiviti orang bukan Islam.

Jika orang Islam bersabar dengan menjadi pengguna tetap kepada produk keluaran orang Islam sekalipun harganya lebih tinggi dan mutunya lebih rendah berbanding produk antarabangsa yang bukan Islam, maka ia dapat meningkatkan mutu keluaran orang Islam dan membantu menurunkan harga barangan tersebut apabila keupayaan meningkatkan kuantiti pengeluaran produk orang Islam bertambah dengan sokongan kita melalui pembelian dan menjadi pengguna tetap.


Penutup

Hukum asal MLM harus kecuali apabila dimasuki faktor-faktor haram. Dari sudut positif, sistem MLM boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk mereka. Justeru, pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam.

Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasanan negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan FTA. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam.

iDAN:

Aku paling benci MLM yang menayangkan ahli mereka dapat Merc hasil keuntungan mereka; sedangkan harga Merc tersebut mungkin melebih RM200K.

Barangan yang dijual berapa sangat!. Pasti ada ahli yang terdera lantaran mahu mencapaikan cita-cita bos mereka memakai Merc.

Rabu, 26 Mei 2010

Adat Perkahwinan Melayu ..

Oleh Zana,

Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapatAdat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya.

Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.

Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai.

Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.Adab Meminang. Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang.Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum.

Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang.Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi.

Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa.

Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat.Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.

HantaranHantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya.Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham. Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu.

Mencari isteri yang manis rupanya seperti dinyatakan Hadis Nabi di dalam Riwayat Ibnu Hibban menyatakan; Sebaik-baik wanita ialah yang cantik, manis rupanya dan murah pula mas kahwinnya.Untuk tidak melambat-lambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu sama lain. Dinyatakan dalam Riwayat Al-Baihaqie; "Tiga perkara yang tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagi ialah solat bila tiba waktunya, jenazah yang sudah tiba dan wanita bila diperolehi sekufu (sesuai) dinikahi.Namun apa yang sering berlaku kala peminangan;

1. Apabila lelaki datang meminang, maka yang ditanya ibu bapa perempuan ialah kerja, pendapatan, pangkat, kereta serta harta bendanya sehingga memperlihatkan bukan ciri-ciri lelaki terbaik yang dipilih sebaliknya kebendaan.

2. Bila diterima, akan ditetapkan belanja hantaran yang memberatkan dan menjadi kemegahan sekiranya hantaran mahal bersama serba satu pakaian dan perhiasan.Dibincangkan tempoh untuk melangsungkan pernikahan. Jarang menyegerakan pernikahan sebaliknya ditangguhkan sehingga dua atau tiga tahun. Kesannya memberi peluang pasangan bergaul bebas, meminta dibelikan pakaian, perbelanjaan dan sebagainya kerana pada anggapan mereka bertunang seolah-olah sudah menjadi hak tidak rasmi.

Perkahwinan dalam adat istiadat Melayu suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat istiadat. Walau sehari tidak ketemu disarakan bagai setahun, namun adat diketepi jangan. Untuk memiliki si jantung hati harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan. Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu. Apabila sah belum disunting maka bertandangkan rombongan merisik."Datang kami datang berhajat ingin memetik bunga di taman." Maka disambut si tuan rumah," Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan nyiru kami ditadahkan." Setelah pinangan diterima menyusul adat hantar tanda. Ibarat pepatah orang tua-tua "kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda." Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata." Lantas dihulurkan sebutir cincin belah rotan atau bertatah intan atau berlian.Bagaimanapun sebelum itu dirundingkan segala hal-hal bersangkut-paut dengan hantaran; berapa mas kahwin yanng dikehendaki? Berapa belanja hangus. Apakah barang-barang yang dikehendaki waris si dara? Adakah hantaran ini mahu dibawa pada hari pertunangan atau langsung atau sebahagian pada hari bertunang dan bakinya pada hari pernikahan? Semuanya harus diputuskan sebelum menjelang hari

pertunangan.Membuka tabir budi bicara, berkatalah wakil pihak perempuan. "Hidup dikandung adat maka seperti yang kebiasaan begitulah kehendak kami. Tetapi besarlah hati kami jika selain dari sepersalinan dapat kiranya serba satu putih berdiri." Indah, halus dan penuh beralas. Hidup menjunjung adat bangsa Melayu kaya dengan kiasan. Permintaan diungkapkan dalam kata-kata indah dan manis, tidak kurang yang berpantun.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Ahad, 23 Mei 2010

HIKAYAT RAJA SABAH (Delima Merkah)


HIKAYAT RAJA SABAH

by babag on Wed Apr 08, 2009 1:31 pm

KAWAN2 SEMUA CUBA BACA NI...SATU LAGI TEORI TENTANG KERAJAAN SABAH SEBELUM MERDEKA...pa pendapat anda tentang penulisan ini???HIKAYAT RAJA SABAH Written by Sabah Kini Thursday, 05 February 2009 19:41 Oleh: MUTALIB M.D

Memandangkan tidak berpuas hati dengan kajian sejarah yang sedia ada kerana kebanyakannya berdasarkan hipotesis dan kajian sarjana Barat yang terlalu banyak ditokok tambah, saya telah menghabiskan masa hampir lima tahun mengkaji pertamadunan awal 'Melayu' kerana tidak dapat menerima Kesultanan Melayu Melaka sebagai asas pertapakan Melayu di Asia Tenggara. Apatah lagi mereka melihat orang Melayu dari kacamata penjajah yang selama ini menafikan kedaulatan Melayu.

Berdasarkan penemuan artifak sejarah, fosil dan pentarikhan radio carbon, saya berpendapat tamadun Melayu pertama diasaskan di Sabah oleh Raja Abdullah iaitu orang yang pertama memeluk Islam di Sabah iaitu pada tahun 1408, enam tahun lebih awal daripada Parameswara.

Teori ini dimantapkan lagi dengan penemuan manuskrip asal tulisan jawi dalam bahasa Idahan Tua yang kini disimpan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara. Walaupun penemuan ini masih terlalu awal, namun ianya merupakan perintis untuk mengkaji asal usul 'Melayu' dan pertamadunannya dari aspek sejarah. Penemuan keris purba, peninggalan tapak sejarah, tradisi lisan dan sebagainya adalah katalis prima untuk mengungkap zaman silam yang masih menjadi misteri kepada kita, apatah lagi inilah kali pertama ianya dibukukan. Saya tidak terkilan jika ada pihak yang menafikan penemuan saya ini kerana tidak mempunyai asas yang kukuh atau tidak menggunakan metodologi kajian konvensional yang lazimnya digunakan oleh pakar sejarah. Walaupun ada kalanya kelihatan berbaur legenda, mitos dan anakronis, namun saya membuka pintu kepada ahli sejarah Malaysia dan dunia membuktikan bahawa teori dan penemuan saya 'melampaui keraguan munasabah'.

Sebagai kesinambungan kepada kitab 'Sejarah Melayu' yang dikarang oleh Tun Seri Lanang, saya menamakan penemuan saya sebagai 'Hikayat RAJA SABAH' yang membongkar misteri di sebalik enigma. Walaupun ada yang melihat 'Hikayat Raja Sabah' sebagai cerita rakyat yang memaparkan lebih banyak unsur mitos, legenda dan anakronis, namun cukup untuk membukti bahawa ada kehidupan awal di Sabah sebelum tamadun 'Tanah Melayu' wujud di Semenanjung Tanah Melayu.

RAJA APOI bersemayam di sebuah istana yang diperbuat daripada kayu merbau dan belian. Istana tersebut terletak di atas sebuah bukit di Bu-lud Temil atau Bukit Sejuk (kini Kota Kinabalu) bagi memudahkan Raja Apoi mengawasi perjalanan keluar masuk kapal ke dermaga dan memantau pergerakan lanun.

Pada suatu hari Permaisuri Sulid Liud Langi mengidam dan terlalu ingin makan hati rusa lalu menyampaikan hasratnya kepada Raja Apoi. Memandangkan permaisurinya sedang mengandung anak sulung, maka Raja Apoi menyiapkan angkatan perburuan yang besar untuk mendapatkan rusa yang terbaik. Namun Permaisuri Sulid Liud Langi meminta Raja Apoi berburu sendiri kerana bimbang keselamatan negeri mereka daripada ancaman bajak laut atau lanun jika semua pembesar mengiringi Raja Apoi berburu, apatah lagi permaisuri sedang sarat mengandung.

Para pembesar negeri gusar kerana Raja Apoi bersendirian berburu, namun tidak berani membantah kehendak permaisuri dan merasakan pendapat permasuri ada kebenarannya. Lagipun Raja Apoi diiringi oleh seekor anjing pemburu yang gagah, Siud Rapod.Keesokan paginya ketika matahari memancar terang, seluruh rakyat Bulud Temil berkumpul di hadapan istana untuk mengucapkan selamat berangkat kepada raja yang mereka sanjung dan sayangi, Raja Apoi, berburu di rimba raya. Raja Apoi memberi nasihat kepada permaisuri agak menjaga kesihatannya dan berjanji akan lekas balik sebaik sahaja berjaya mendapatkan hati rusa yang diidamkan permaisurinya.

Semasa ketiadaan Raja Apoi, adiknya Tengku Lenom akan memangku tugas Raja Apoi atas nasihat Permaisuri Sulid Liud Langi. Semua pembesar negeri menjunjung titah untuk taat setia kepada permaisuri dan pemangku raja.Raja Apoi kelihatan gagah melangkah menuruni istana Bulud Temil dengan diikuti oleh Siud Rapod dan lambaian seluruh rakyat yang di bawah kuasa takluknya. Ada yang menangis dan ada yang memberikan kata-kata semangat kerana sepanjang pemerintahan Raja Apoi terlalu adil dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negerinya.

Setelah sehari suntuk berburu, Raja Apoi belum menemui walau seekor rusa sedangkan tapak rusa berpeta di tanah yang becak kerana dibasahi embun dan hujan. Raja Apoi berhenti rehat di tebing sungai dan menjamah makanan yang dibekalkan permaisurinya. Siud Rapod juga turut mengisi perut dengan bekalan berasingan yang dibawa bersama.Raja Apoi bersandar pada banir merbau yang menongkat langit. Lembingnya diasah lagi. Busur dan panahnya turut diperiksa rapi, manakala sundang di pinggangnya dicabut dan digosok dengan daun mempelas agar kelihatan berkilat. Tiba-tiba Raja Apoi terdengar salakan Siud Rapod yang nyaring di sebalik sebuah busut jantan berdekatan pokok merbau tempatnya bersandar. Raja Apoi bingkas bangun dan meluru ke arah Siud Rapod yang begitu berani menghampiri seekor rusa yang berbulu emas yang cuba menyerang Siud Rapod.

Raja Apoi cuba memanah rusa berbulu emas itu, namun menyedari dirinya dalam bahaya, rusa itu segera menghindar dan menyelinap di dalam hutan tebal. Anak panah yang dilepaskan terkena busut jantan.Siud Rapod segera mengejar rusa tersebut dengan pantas. Raja Apoi menuruti dari belakang dan berpandukan suara salakan Siud Rapod yang semakin lama semakin jauh namun Raja Apoi merapatkan jarak kerana biasa berlari pantas memburu di dalam hutan. Beberapa kali rusa emas itu hampir tumbang terkena tujahan lembing Raja Apoi, namun rusa itu masih gagah terus berlari. Pada perkiraannya rusa yang sudah luka itu tidak akan berlari jauh dan akan tumbang apabila kehabisan darah. Namun sudah hampir dua hari mengikut jejak, rusa itu masih mampu berlari dan dikejar rapat oleh Siud Rapod yang begitu gagah memburu dan mengesan jejak.

Raja Apoi agak terkejut kerana rusa tersebut semakin pantas berlari dan hanya berhenti sebentar di sebuah gua, Agup Gadong (Gomantong) yang dipenuhi sarang burung layang-layang putih dan hitam. Seketika kemudian rusa emas itu berlari lagi dan menyelinap masuk ke Agup Batu Timbang sebelum berlari laju dan hilang di dalam kegelapan Agup Tapadong. Setelah lama menunggu di pintu gua akhirnya rusa emas itu dikejar oleh Siud Rapod sehingga ke Agup Bilo (Baturong). Dari Agup Bilo, rusa emas semakin pantas berlari walaupun darah semakin banyak keluar. Ketika tiba di Agup Tegarung rusa tersebut sudah tercungap-cungap dan hampir rebah ketika Siud Rapod dapat menggigit kaki hadapannya. Namun rusa emas itu bertambah pantas sehinggalah sampai ke Agup Madai.

Ketika Raja Apoi tiba, rusa emas sedang tercungap-cungap meminum air sungai Madai sementara Siud Rapod terjelepuk keletihan. Raja Apoi terus merejamkan lembing ke arah rusa emas namun tidak mengenai kerana cuaca agak gelap, apatah lagi Raja Apoi terlalu keletihan setelah memburu tanpa henti selama lebih dua minggu. Lembing itu tertancap ke lantai gua berhampiran rusa emas.Raja Apoi segera mencapai anak panah dan ketika mahu melepas-kan anak panah tersebut tiba-tiba rusa emas itu bersuara;"Janganlah bunuh saya. Kita bersaudara. Nama saya Payau Mas. Sebagai balasannya, saya tinggalkan harta yang tidak habis dimakan di setiap gua yang saya berhenti."

Terpinga-pinga Raja Apoi mendengar suara Payau Mas yang pandai berkata-kata sebelum hilang di dalam kegelapan gua. Siud Rapod tidak lagi mengejar, mungkin kerana terkejut mendengar suara rusa tersebut.Raja Apoi kecewa kerana gagal membunuh Payau Mas setelah menghabiskan banyak masa dan tenaga memburu rusa tersebut. Namun agak gembira kerana semua gua yang dilaluinya kini menjadi miliknya sebagai galang ganti nyawa Payau Mas. Raja Apoi lebih menggemari Gua Madai kerana mengalir di dalamnya anak sungai yang jernih dan gua yang besar. Apatah lagi banyak sarang burung di dalam gua tersebut berbanding gua-gua sebelumnya. Gua Agup Gadong juga banyak sarang tetapi tidak mempunyai sumber air yang mencukupi dan agak gelap.

Setelah melepaskan penat dan memakan daging babi yang dibunuhnya, Raja Apoi memulakan perjalanan pulang ke Bulud Temil kerana bimbang permaisuri akan mengarahkan rakyat menyusulnya. Lazimnya Raja Apoi akan keluar berburu selama beberapa hari sahaja tetapi kini hampir sepekan (minggu) berlalu. Dalam perjalanan pulang tersebut, Siud Rapod dapat menghidu se-ekor rusa yang terjerut tanduknya di akar kayu yang berjuntaian. Raja Apoi tidak membuang masa lalu menikam rusa jantan itu dengan sundang dan melapah perut rusa itu untuk mengambil hatinya. Jantung rusa itu diberikan kepada Siud Rapod yang mula kebuluran setelah hati babi yang dimakan di Gua Madai telah dihadamkan. Raja Apoi memotong sedikit daging rusa untuk bekalannya. Raja Apoi berlari pantas mengikut jejak kakinya ketika datang dengan bantuan Siud Rapod kerana bimbang hati rusa akan rosak jika tidak segera dimasak, apatah lagi bimbang permaisurinya akan kecewa dan kempunan.

Kepulangan Raja Apoi disambut gembira oleh seluruh rakyatnya. Pada malam itu Kerajaan Bulud Temil mengadakan pesta sempena meraikan kepulangan Raja Apoi dari berburu. Dalam titahnya yang serba ringkas, Raja Apoi mencadangkan agar mereka berpindah ke Gua Madai, gua terakhir yang menjadi tempat hilangnya Payau Mas dan merasakan tempat baru begitu selamat untuk didiami berbanding negeri mereka sekarang yang sering dilanda kemarau dan hujan ribut sehingga semua tanaman tidak menjadi. Raja Apoi mencadangkan agar mereka menternak babi dan menanam ubi kayu kerana banyak sarang burung di dalam gua tersebut yang menjadi makanan kegemaran babi dan tidak perlu membuat rumah disebabkan gua tersebut cukup luas untuk seluruh rakyatnya.

Sejak daripada itu pusat pemerintahan Kerajaan Bulud Temil berpindah ke Gua Madai dan ada beberapa orang rakyat Raja Apoi diarahkan menetap di Bulud Temil bagi memastikan tidak ada orang lain yang menceroboh istana raja dan mengkhabarkan kepada orang luar bahawa Kesultanan Bulud Temil masih berdaulat. Mereka kemudiannya menamakan Bulud Temil sebagai Api-Api sempena bekas kaki Raja Apoi pada batu pejal (kini di dalam kawasan istana sekarang).

Hiduplah Raja Apoi dan rakyatnya dengan aman damai di dalam Gua Madai sehinggalah Permaisuri Sulid Liud Langgi melahirkan Putera Munai Silong yang elok paras rupa dan bijaksana, mewarisi sifat Raja Apoi dan menggelarkan kerajaannya sebagai Kesultanan Madai.Tidak lama kemudian, Raja Apoi mangkat dan putera Munai Silong yang muda belia ditabalkan menjadi Raja Idahan II. Selepas Raja Munai Silong mangkat, anaknya Raja Melapas menaiki takhta. Kerajaan Idahan semakin kukuh dengan pertabalan Raja Abau dan seterusnya Raja Abdullah. Raja Abdullah telah memeluk Islam dengan seorang makhdum di Luk Suban (Silam) yang terletak di bawah jajahan takluknya pada tahun 1408 dan menamakan kerajaannya sebagai Kesultanan Idahan.Kemangkatan Raja Abdullah membolehkan puteranya, Raja Gemerang meneruskan pemerintahan. Pemerintahan Raja Gemerang tidak lama apabila digantikan dengan Raja Gabag.

Raja Gabag telah menukarkan nama kerajaannya daripada Kesultanan Madai atau Kesultanan Idahan kepada Kesultanan Sabah sempena nama sebuah teluk, Luk Sabahan yang kaya dengan ikan dan batu karang beraneka warna.Kesultanan Sabah mula masyhur dan digahkan lagi dengan peribadi Raja Gabag yang tinggi ilmu batinnya sehingga menggerunkan kerajaan negara luar dan memerintah Sabah selama beberapa abad kerana usia Raja Gabag terlalu panjang disebabkan tidak pernah sakit. Raja Gabag jarang mandi dan kalau ia mandi tujuh hari sungai akan banjir. Memandangkan perniagaan sarang burung tidak begitu menguntungkan kerana sering diserang bajak laut atau lanun ketika dihantar ke China dan Kepulauan Sulu, maka Raja Gabag mengambil keputusan untuk memindahkan istananya ke Sungai Merendung (Silabukan) dan mengarahkan rakyatnya bertanam padi sawah dan huma.

Lokasi yang dipilih Raja Gabag amat strategik kerana dasar sungai tersebut dalam sehingga kapal besar boleh memudeki sungai se-hingga ke dermaga dan mula muncul sebagai pusat perdagangan terkemuka terutama di rantau Nusantara sehingga pernah disinggahi oleh pedagang China dan India. Kemasyhuran Kesultanan Sabah yang pusat pemerintahannya terletak di Tag Bangi, persimpangan tiga sungai iaitu Sengayun, Matamba dan Merendung. Pekan kecil berkembang dan tumbuh bagai cendawan yang bermula dengan Tag Bangi, Temunung Gagil, Lung Maniud, Litok Gimbang, Busug Niug dan Sengayun. Semua pedagang mesti tinggal di dalam perahu dan hanya naik ke darat untuk berniaga.

Selepas habis barang mereka mesti pulang. Pelabuhan Tag Bangi menjadi pusat perdagangan tukar barang terkemuka meliputi beras, padi, damar, sarang burung (hitam dan putih), gula, madu, gading gajah dan sumbu badak. Manakala pedagang luar menawarkan gong, kulintangan, tambur, emas suluk, kancing baju, keris, bujak dan pelbagai barangan seramik dan logam yang amat diminati oleh penduduk sekitar.

Sultan Sulu, Sultan Amil Umrah turut berlabuh di dermaga Tag Bangi dan menjalinkan hubungan dagang dengan Kesultanan Sabah. Namun Raja Gabag begitu tegas enggan membenarkan Sultan Amil Umrah mendirikan pondok tempat tinggal dan gudang untuk menyimpan barang dagangan di tepi Sungai Merendung sementara mereka berniaga.Walaupun agak kecewa dengan layanan Raja Gabag yang enggan membenarkan angkatannya mendirikan pondok, namun Sultan Amil Umrah menganugerahkan gelaran 'Panglima' kepada Raja Gabag sebagai tanda perhargaan perhubungan dagang dua hala yang terjalin. Raja Gabag agak kecewa dan menganggap Sultan Amil Umrah me-rendahkan martabatnya sebagai raja dengan memberi gelaran 'Panglima' namun tetap menjalinkan hubungan baik demi memelihara kepentingan dagang.

Raja Gabag bersikap pasif apabila enggan membenarkan pedagang dari Johor, Awang Alak Betatar, pedagang dari Johor yang cuba berlabuh di Pelabuhan Tag Bangi tanpa izinnya, apatah lagi Awang Alak Betatar enggan membenarkan perahunya diperiksa Syahbandar. Armada perang Raja Gabag mengejar perahu Awang Alak Betatar sehingga ke Pulau Sidungul (Semporna).Merasakan keselamatannya terancam, Awang Alak Betatar belayar ke Kepulauan Sulu dan mendapatkan perlindungan di Istana Sultan Sulu.

Awang Alak Betatar bertemu jodoh dengan saudara perempuan Sultan Sulu. Tidak lama kemudian meneruskan pelayaran dan menemui sebuah kawasan strategik dan mendirikan kerajaan di sana, Kesultanan Brunei dan menggelarkan dirinya Sultan Mohammad 1 pada tahun 1472 sebelum seorang mubaligh Islam, Syarif Ali dari Taif menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Berkat.Dendam Awang Alak Betatar yang dihalau oleh Raja Gabag dari berlabuh di Tag Bangi diwariskan kepada keturunannya yang mendirikan Kesultanan Brunei. Dendam tersebut semakin memuncak apabila berlaku perang saudara di antara Sultan Mubin dengan keluarga Sultan Mahyudin di antara tahun 1661 hingga 1704 dan Sabah yang tidak pernah terletak di bawah jajahan takluk Kesultanan Brunei telah diserahkan kepada Sultan Sulu sebagai membalas jasa Betara Suluk yang meleraikan perang saudara itu. Raja Gabag amat marah mendengar berita itu, namun enggan mengiktiraf penyerahan wilayah tersebut yang menjadi jajahan takluknya, namun tidak meneruskan niatnya untuk menghancurkan Kesultanan Sulu dan menghapuskan cucu cicit Awang Alak Betatar yang dianggapnya sebagai lanun. Apatah lagi ketika itu baginda terlalu sibuk mendalami ilmu kebatinan dan memerintah Tag Bangi yang semakin terkenal sebagai pelabuhan terkemuka sehingga hampir menjadi pelabuhan persinggahan pedagang China dan Timur Jauh.

Perlantikan Joseph W Torrey sebagai 'Maharaja Borneo' oleh Sultan Abdul Meumin (Sultan Brunei ke 24) tidak langsung menarik minat Raja Gabag kerana merasakan perlantikan tersebut seperti kanak-kanak kecil bermain 'Pengantin-pengantin' kerana mereka tidak ada hak untuk melantik seseorang dan mencampuri urusan dalaman Kesultanan Sabah.Apatah lagi Raja Gabag tidak mengiktiraf Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh para lanun dan hukum rimba. Sultan Brunei dan Sulu yang menyimpan dendam kerana tidak berpuas hati dengan layanan Raja Gabag mencari pelbagai helah untuk menarik perhatian Raja Gabag ke kancah peperangan kerana segala perlakuan mereka selama ini hanya dipandang sebelah mata oleh Raja Gabag.Tag Bangi yang selama ini aman damai tiba-tiba gempar oleh sekumpulan lanun yang mengganas merompak padi para petani di Ulu Sungai Merendung. Semua tujuh perahu lanun sarat dengan muatan padi yang baru dituai. Para petani bertempiaran lari menyelamat diri daripada dibunuh oleh lanun yang kejam. Beberapa orang segera ke istana melaporkan peristiwa ini kepada Raja Gabag."Biarlah. Kamu baliklah dulu," kata Raja Gabag ringkas kepada wakil petani yang menjadi mangsa lanun.

Raja Gabag lalu turun ke Sungai Merendung dan membawa rotan saga di dalam perahunya lalu membentangkan rotan saga tersebut di antara Tag Bangi dan Lung Maniud merentas Sungai Merendung. Raja Gabag memasang 'Pantang Marau' dan selepas itu balik ke istana untuk berehat.Lanun-lanun tersebut hilang akal kerana sudah tujuh kali hilir mudek Sungai Merendung, namun tidak menjumpai jalan keluar, lalu ketua mereka merasa bagai dipanggil menghadap Raja Gabag di istana."Kenapa kamu mau jumpa saya", tanya Raja Gabag yang sudah mengetahui tujuan kedatangan ketua lanun tersebut."Tuanku, kami minta tolong, mau pulang tidak dapat. Sudah banyak kali mundar mandir tapi tidak jumpa jalan," ujar ketua lanun itu cuba berselindung."Saya tahu masalah kamu. Hantar balik barang yang kamu rampas kepada tuan punya, kemudian boleh pulang. Kali ini saya bebaskan kamu, tapi jangan buat lagi, " sindir Raja Gabag sehingga membuatkan ketua lanun itu ketakutan dan terkencing di dalam seluar.

Setelah pasti semua padi telah dikembalikan kepada pemiliknya, Raja Gabag membuka ikatan rotan yang merentas Sungai Meren-dung, lalu kesemua lanun yang diupah oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu segera berkayuh laju meninggalkan para petani yang bersorak girang kerana mendapat balik hasil padi mereka yang dirompak lanun ganas tersebut.Kegagalan lanun tersebut membuatkan Sultan Brunei dan Sultan Sulu mati akal kerana merasakan sukar untuk menumpaskan dan menakluki Kesultanan Sabah kerana Raja Gabag memiliki ilmu kebatinan dan firasat yang tinggi. Beberapa serangan dan helah mereka telah dapat dipatah dengan mudah oleh Raja Gabag tanpa menitiskan walau setitik darah rakyatnya.

Selain ilmu 'Pantang Marau' Raja Gabag turut mewarisi ilmu 'Sumpak Tumbaga' bagi mengawal keamanan dan memastikan kerajaannya ditakuti lawan kerana kehebatan ilmu batinnya. Raja Gabag tidak boleh menggunakan jari telunjuk sebarangan kerana ilmu 'Sumpak Tumbaga' akan membuatkan makhluk yang ditunjuk mati serta merta. Jika burung terbang, Raja Gabag hanya perlu menudingkan jari telunjuknya ke arah burung berkenaan, serta-merta burung tersebut jatuh dan terus mati.

Raja Gabag terpaksa mengorbankan anaknya, Itin, sebagai pemantap ilmunya. Anak tunggal yang amat disayanginya terpaksa dikorbankan dengan menunjukkan anak kecil yang baru pandai bertatih dengan jari telunjuknya sebagai syarat pengijazahan ilmu jurus maut tersebut. Bagi mengekalkan ilmu tersebut di dalam tubuhnya, Raja Gabag terpaksa memakan sedikit kepala tahinya dan tujuh ekor anak tikus yang masih merah.Raja Gabag turut mengamalkan ilmu 'Gerudom' iaitu ilmu kebal, kuat dan boleh hidup dua alam; ilmu 'Surui Barang' yang menggunakan mengkarung untuk menghantar penyakit atau sihir; Umpod; Bilik; Gapun dan Antak Sekali yang menjadikannya hebat, kebal, panjang usia dan ditakuti lawan.

Walaupun Raja Gabag beragama Islam, tetapi hanya bersembahyang dua kali setahun iaitu sunat Aidilfitri dan Aidil Adha, namun tidak pernah meninggalkan puasa. Agak malang bagi Raja Gabag kerana ketinggian ilmu batinnya tidak dapat menjamin kebahagiaan di akhirat apabila mayatnya tidak diterima bumi ketika disemadikan di tanah perkuburan Islam Tag Bangi setelah memerintah Tag Bangi selama beberapa abad, hampir menandingi tempoh pemerintahan Firaun selama 400 tahun.Jasad Raja Gabag yang tidak diterima bumi menjadi batu hitam dan anehnya batu tersebut boleh bergerak dan 'Pandai mandi' di Sungai Merendung. Setiap kali batu tersebut turun ke sungai, tidak ada orang yang berani mandi di hilir sungai kerana akan mendapat penyakit yang membawa maut. Air sungai akan menjadi seperti air 'Kopi O' yang hanya hilang dan diikuti oleh banjir besar selama tujuh hari.Batu Hitam Lembaga tubuh Raja Gabag yang bertapa di Ulu Sungai Silabukan setelah mayatnya tidak diterima bumi dan sering berpindah randah.

Hanya suku sakatnya sahaja yang berpeluang menemui batu tersebut atau seseorang yang tidak mempunyai niat sering terserempak dengan batu tersebut yang akan bergerak memasuki air sungai jika ada yang menegurnya. Kalaulah Raja Gabag masih hidup kempunanlah orang luar mahu bertapak di Sabah! Hanya sepupunya, Siti Rahimin dan Siti Jalailan yang boleh memegang batu hitam lembaga Raja Gabag. Jika orang lain yang menyen-tuh batu hitam tersebut akan mati serta merta. Kini batu hitam tersebut berpindah sendirinya ke hulu Sungai Silabukan dan sudah jarang ditemui. Namun jika orang Idahan berhasrat untuk ke tempat batu tersebut 'bertapa' sungai berkenaan akan banjir sehingga batu itu ditenggelami air dan tidak lagi kelihatan.Kemangkatan Raja Gabag mengakhiri Kesultanan Sabah kerana tidak ada waris yang ditinggalkan untuk meneruskan kerajaan tersebut.

Rakyatnya mengambil keputusan berpindah ke Luk Penok (Tabanak), Sapagaya, Bikang, Binuang, Segangan dan Terusan. Kemunculan Pelabuhan Bikang turut menarik pedagang menukar haluan dagang daripada Sungai Merendung ke Sungai Longuap di Bikang. Ketika itu Lahad Datu hanyalah sebuah kampung nelayan yang dinamakan sebagai KERUGAU kerana terdapat batu karang dan tersorok oleh pulau dan berpaya bakau yang berlumpur. Kebanyakan orang Idahan mula kembali ke Madai untuk mengutip sarang burung kerana permintaan barangan berkenaan terlalu tinggi dari negara China dan Filipina.

Dua tahun selepas kemangkatan Raja Sabah yang terakhir, Raja Gabag, Sabah telah menjadi tanah jajahan Inggeris pada 28 Januari 1878 kerana Sultan Sulu, Sultan Jamalul Alam, yang tidak tahu malu dan bermuka penyangak telah 'Menggadaikan' Sabah kepada British North Borneo Company yang diwakili oleh Alfred Dent dan Baron Gustave Von Overback tanpa sebarang tentangan daripada orang Idahan dan waris terdekat Raja Gabag yang ketika itu sibuk dengan sarang burung di Gua Madai.

Berita kemangkatan Raja Gabag telah tersebar luas, sehingga menarik ramai peniaga luar datang ke Sabah terutama ke Semenanjung Silam dan Kinabatangan. Orang China, Hong Kong, Taiwan dan Jerman mula memasuki Sabah secara meluas kerana selama ini Raja Gabag mengamalkan 'Dasar Pintu Tertutup' untuk bangsa asing, melainkan untuk berdagang atau singgah mengambil bekalan air. Maka bermulalah era penghijrahan secara besar-besaran oleh orang asing ke Sabah. Terbuktilah ketokohan Raja Gabag yang selama ini amat ditakuti oleh orang asing kerana selepas kemangkatannya, Sabah terus dibolosi dan didatangi penjajah sehingga negeri yang dahulunya bertuan kelihatan seperti sebuah pulau tanpa penghuni dan dibahagikan sesuka hati sesama mereka.Pedagang Jerman, Tuan Ringgit membawa masuk orang Dusun (Kadazan) dari Kalimantan (Indonesia) untuk penanaman tembakau di Sungai Melian (Kinabatangan) yang kemudiannya berpindah ke Sungai Tapadong (Segama) apabila berlaku banjir besar di Sungai Melian sebelum bertebaran ke seluruh pelusuk Sabah.

Manakala orang Brunei yang berasal dari Johor belayar dari Brunei ke Sabah dengan perahu layar dan mendarat di Karambunai sebelum mendiami kawasan pesisir pantai Papar sehingga ke Labuan. Kedatangan dua orang bajau, Empat Mata dan Kiat Kulug di Pulau Sidungul (Semporna) dari Filipina disertai kemudiannya oleh beberapa orang Suluk dan Irranun. Ini diikuti oleh seorang Tidung, Betaur, yang kemudiannya berkahwin dengan Jin Sabah di Sungai Sibuku. Terakhir sekali kedatangan orang Kokos dari Cocos Island (Australia) yang dibawa oleh Tuan Ross (British) untuk industri membuat jut dan Manila hem. Pulau Kokos dipindahkan pentadbirannya daripada Kerajaan Ceylon kepada Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka & Singapura) pada tahun 1886 yang diikuti oleh Labuan pada tahun 1887.

Kokos terletak di bawah pentadbiran Singapura, namun pada tahun 1955, pentadbiran Pulau Kokos diserahkan kepada Kerajaan Australia.Penemuan beberapa barang purba di Rancangan Seberang, berdekatan Sungai Silabukan pada sekitar tahun 1996 membuktikan kewujudan Kerajaan Tag Bangi, terutama keris bersarung emas tulen dan rentaka serta barang lain yang bernilai.Namun pembukaan kawasan Tag Bangi sebagai ladang kelapa sawit oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah pada sekitar tahun 1976 oleh Kerajaan Berjaya telah banyak merosakkan artifak dan peninggalan sejarah melainkan barangan purba yang tertanam di perut bumi.

Kini masyarakat Idahan merupakan masyarakat minoriti yang tersepit dan dipinggirkan di celah kepesatan gelombang penghijrahan orang asing seperti nasib Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang tenggelam di tengah-tengah kelompok 'Melayu Pendatang' daripada luar.Terdapat satu jalinan rapat di antara Kesultanan Sulu dengan kaum Idahan yang terjalin sejak Raja Abdullah memeluk Islam sehinggalah kini, walaupun agak hambar di era pemerintahan Raja Gabag. Sesetengah pengkaji sejarah berpendapat tanpa hubungan dengan Kesultanan Sulu mungkin orang Idahan masih belum beragama sehingga kini.

Sejak itu orang Idahan tidak boleh dipisahkan dengan orang daripada Kepulauan Sulu berketurunan Suluk atau Tau-Sug. Berlakulah perkahwinan campur yang memindahkan keturunan Suluk kepada Idahan yang bergelar Datu, gelaran Kepahlawan Kesultanan Sulu.

Belum ada perangkaan rasmi bilangan kaum Idahan tulen yang juga digelar Buludupie, Sabahan, Iraqan, Eraan dan Orang Sungei yang membawa maksud pagan atau tidak beragama oleh generasi ter-dahulu dan masyarakat nusantara. Tetapi apabila Raja Abdullah memeluk Islam mereka digelar Idahan. Manakala yang masih kekal pagan dinamakan Begahak, Subpan dan Sungei. Bagaimanapun bancian rambang yang dibuat oleh beberapa pihak berdasarkan isi rumah yang belum dapat disahkan, jumlah kaum Idahan kini tidak sampai 3,000 orang lagi.

Perkahwinan campur sedikit sebanyak mengikis perlahan-lahan suku bangsa yang pernah memerintah Sabah.Bagaimanapun jurai keturunan kahwin campur berkenaan terus diasimilasikan dan diiktiraf sebagai pewaris yang sah walaupun tidak dapat dikenalpasti faktor darah ataupun DNA. Taburan penduduk kaum Idahan dan sekutunya (hasil kahwin campur) berceretek di sepanjang Kampung Sapagaya, Kampung Tabanak, Kampung Binuang, Kampung Segangan, Kampung Bikang, Kampung Terusan, Kampung Dewata dan Kampung Segama Batu 8 di Lahad Datu.

Hikayat Raja Sabah saya mengenepikan Teori asal usul Kadazan-dusun yang selama ini dianggap sebagai penduduk asal atau anak jati Sabah. Oleh kerana itu, etnik Idahan (Begahak, Suppan, Buludupie, Sungei) tidak wajar lagi dikategorikan sebagai etnik Kadazan-dusun. Walaupun ia hanya karya Sastera Sejarah, namun mempunyai nilai estetika dan menjadi kata kunci kenapa Anak Negeri Sabah tidak ada di dalam Perlembagaan sedangkan Sarawak ditata rias dengan baik dan diiktiraf Perlembagaan Persekutuan.

penulisan ini saya copy paste dari sabah forum

Selasa, 18 Mei 2010

Punca-punca gangguan makhluk halus

Jika diteliti, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan makhlus halus. Menurut Ustaz Amsari Jais, Imam Pusat Tahfiz Nasjid Kem Terendak Melaka yang berpengalaman selama lebih lebih 5 tahun dalam peubatan Islam ini, gangguan makhluk halus ini disebabkan beberapa perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat Islam sendiri menyebabkan mereka mudah diresapi serta diganggu oleh makhluk halus ini. Antara perbuatan berkenaan ialah:

a) Tidak taat kepada Allah, meninggalkan sembahyang, tidak menjaga amalan dan ibadah serta melakukan sesuatu pekara bukan kerana Allah.

b) Menyanyi di dalam bilik air sewaktu mandi dan tidak membaca doa masuk ke tandas atau bilik air.

c) Rumah-rumah dihiasi dengan patung-patung hiasan, gambar-gambar lucah dan alat-alat yang melalaikan umat Islam. Di samping itu terdapat lambang salib (lambang agama kristian) pada gambar-gambar, lantai rumah atau dinding-dinding.

d) Masuk ke dalam rumah yang gelap, telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni tanpa membaca Bismillah. Ini kerana golongan jin suka berada pada tempat-tempat gelap dan yang lama ditinggalkan.

e) Membuang air panas, membuang air kecil ke dalam lubang air (saluran pvc bilik mandi). Dikhuatiri golongan jin berada di kawasan tersebut kerana ia sukakan tempat yang kotor.

f) Terlalu takut kepada jin dan syaitan sehingga menjadi lemah semangat (lebih takutkan makhluk Allah daripada takutkan Yang Maha Pencipta).

g) Golongan wanita yang suka menangis, merintih, putus asa dan kecewa sebelum masuk tidur dan suka berhias (bersolek) berlebih-lebihan (dikhuatiri mudah terkena histeria).

Sebagai pengetahuan kita semua..agar lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk dan tingkahlaku kita..walhhua'lam..
selalunya, yg tiada kita cari,yg ada tak dihargai, yg lebih dikejar, yg kurang dibiar, kelebihan dibangga, kelemahan dikesali, bersyukurkah kita?

Resort mewah Pulau Redang


PULAU REDANG di Terengganu merupakan antara pulau yang dikenali kerana keindahan landskap dasar lautnya. Antara tarikan yang sering menjadi sebutan mereka yang pernah berkunjung ke pulau itu ialah kejernihan airnya, batu karang, ekosistem marin yang masih terpelihara dan hutan rimbanya.

Pulau peranginan itu juga sentiasa menjadi sebutan di kalangan penggemar selam skuba dan aktiviti laut seperti snokeling, berkayak dan sebagainya.

Mengambil masa sekitar 45 minit perjalanan dari Jeti Merang, Setiu atau satu jam perjalanan dari jeti Shahbandar Kuala Terengganu, Pulau Redang menawarkan percutian yang cukup berbaloi.

Dengan bayaran sekitar RM300 hingga RM500, pengunjung berpeluang menikmati pakej percutian tiga hari dua malam yang ditawarkan oleh kebanyakan resort di pulau itu.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Terengganu mencadangkan untuk hanya meluluskan pembangunan resort mewah bertaraf lima bintang di pulau itu.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat reaksi pelbagai pihak terutamanya daripada golongan berpendapatan sederhana.

Namun ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana berpandangan ia tidak wajar dan akan memberi kesan kepada banyak pihak.

PULAU REDANG juga menawarkan penginapan untuk pelancong bajet rendah.


Mereka yang terkena tempias itu termasuklah pelancong tempatan, pengusaha resort sederhana, pengusaha bot, pemandu pelancong dan penduduk kampung di pulau itu.

Seorang pengunjung yang juga penyelenggara alat keselamatan dari Petaling Jaya, Vincent Tan, 26, memberitahu, dia juga turut merasa tempiasnya jika benar resort mewah dibangunkan di Pulau Redang.

“Sudah tiga kali saya ke pulau ini dan kali ini saya membawa keluarga,” katanya yang hanya membelanjakan sekitar RM500 seorang untuk percutian selama tiga hari dua malam.

Jelasnya, berbanding pulau lain, Pulau Redang merupakan destinasi terbaik percutian kepada mereka yang gemarkan aktiviti sukan air. Jika benar perubahan itu dilakukan, maka dia terpaksa memilih lokasi lain untuk bercuti.

“Jika perubahan itu dilakukan sekarang, maka ia sudah terlambat kerana hampir 80 peratus batu karang di Pulau Redang sudah mati.

“Biarlah tempat ini kekal begini dan buka peluang kepada semua orang untuk datang ke pulau ini kerana penguatkuasaan sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi,” kata Tuan Harun Mahmud, 61, yang melihat perkembangan pulau tersebut sejak berkunjung ke situ sekitar tahun 1980-an.

Jelas Tuan Harun, jika kerajaan tetap mahu melaksanakan cadangan tersebut, beliau mencadangkan supaya ia dilakukan di pulau-pulau lain di Terengganu seperti Pulau Bidong dan Pulau Tenggol yang masih belum dibangunkan.

Seorang pesara yang kini membantu isterinya mengusahakan sebuah resort di pulau itu yang hanya mahu dikenali sebagai Harris, 59, memberitahu, tindakan itu seperti mahu mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah di pulau itu.

“Mengehadkan bilangan pengunjung yang datang ke sini bukan caranya sebab ia seolah-olah menafikan hak kebanyakan orang,” katanya.

Kepada pengusaha calet, Azmi Ali, pintu rezekinya dan penduduk kampung mungkin akan terjejas dengan pelaksanaan pembangunan itu kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan kemudahan bertaraf lima bintang.

“Saya telah mula mengusahakan resort ini kira-kira dua dekad lalu tetapi ini sahaja kemudahan yang mampu saya sediakan,” katanya sambil menunjukkan beberapa buah bilik di resort miliknya yang tanpa status sebarang bintang.

Sementara itu pengusaha bot pelancong, Azahari Che Razak, 26, memberitahu, kadar yang dikenakan bagi percutian ke pulau itu buat masa ini masih dianggap terlalu tinggi terutama kepada pelancong tempatan.


AKTIVITI selam skuba antara tarikan utama di Pulau Redang.

Pendapatan terjejas

Andai cadangan itu diteruskan, maka ia akan menambah beban pelancong sekali gus menjadikan percutian ke Pulau Redang sebagai angan-angan sahaja.

“Ia akan menyebabkan orang ramai tidak datang ke pulau itu dan akan menjejaskan pendapatan kami,” katanya yang menyediakan perkhidmatan bot pergi balik dari Jeti Merang ke Pulau Redang dan Lang Tengah.

Bagi Azmi Awang, 23, yang berasal dari pulau itu, dia sanggup untuk kembali ke kampung halamannya selepas sekian lama merantau mencari rezeki sebagai pemandu pelancong dengan bot pemberian bapanya.

“Pendapatan saya di sini agak baik sebab ramai pelancong datang tetapi saya tidak tahu bagaimana pula nasib saya dan penduduk kampung lain selepas ini sekiranya pulau ini berubah wajah,” katanya.

Bagi Maria Harris, 22, dia juga risau jika pulau itu dieksklusifkan kerana mungkin orang ramai akan memilih untuk melancong ke luar negara memandangkan tiket penerbangan ketika ini cukup murah.

Bagaimanapun, beberapa pihak pula berpandangan cadangan untuk mengeksklusifkan pulau itu perlu dilakukan kerana pulau tersebut sudah tidak seindah seperti sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan juga imam Pulau Redang, Ladin Awang, 71, memberitahu, sudah banyak perubahan yang dilihatnya sepanjang tempoh dia membesar dan mendirikan keluarga di pulau itu.

“Terlalu ramai orang datang ke sini menyebabkan pulau ini jadi kotor dan kehidupan karang juga terjejas.

“Ikan di sekitar pulau ini juga sudah berkurangan,” katanya yang merupakan generasi ketiga keluarganya yang menetap di pulau itu.

Langkah untuk menaiktaraf Pulau Redang katanya adalah wajar dan beliau tidak risau dengan rezeki penduduk di pulau itu kerana mereka tetap boleh menumpang rezeki resort mewah di pulau tersebut.


DUA remaja tempatan Pulau Redang meraih pendapatan dengan membawa pelancong untuk aktiviti snorkeling.

“Pada masa sekarang pun ramai penduduk kampung yang bekerja di beberapa buah resort mewah di kawasan ini terutamanya Berjaya Redang Resort,” katanya.

kredit : kosmo.com.my


Hantu di Pulau Redang

oleh: Penglipur

satu lagi.. masa dekat Pulau redang...
aku dengan geng pergilah bercuti...ikut rombongan sekolah.

Lain macam sahaja suasana malam tu.
Entah camna boleh gaduh dgn sesama murid sekolah serombongan.
bengkak semacam saja diaorang itu dengan rakan karib aku!!!
nak dijadikan cerita..

dalam pukul 12 pagi
kwn karib aku nangis..sakit hati!!! kitorg pun keluar la dr bilik..
pastuh ramailah murid yg memujuk... bila telah reda
aku & rakan karibku terus masuk bilik..

Tetiba 5.. 6... orang murid menjerit & ada yg menangis..
geng aku dah menggelabah.. nasib baiklah kwn aku yg nangis tu handal & alim orangnya... dia ambil yassin.. baca sikit.. lepas itu budak histeria itu senyap.

Mereka yang tersedar rasa pelik.. tanya.. knp ada org baca yasin... kita org suruh la diaorg tidur...esok tu. dia cakap.. dia nmpk org dahulu kala pakai baju lama...
mcm Tuan Puteri kat belakang kitaorg yg baca yassin ni...

aku apa lagi..seram woii...
esok mlm.. aku dengan geng aku angkut bantal...pergi tido dlm bilik cikgu...

Khamis, 13 Mei 2010

Wujud Jin Dalam Pandangan Syariat (Agama)

Jin memiliki jasad dengan berbagai bentuk. Dalam hadits Abu Tsa’labah radiyallohu anhu, yang diriwayatkan oleh Ath Thabrani (22/214-215) No. 573, Al Baihaqi dalam “Al Asma wa Ash Shifat” (827), Al Hakim (2/456) dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani Rahimahullah dalam ta’liqnya terhadap Kitab “Al Misykaat” (4148) dan Syaikh Kami Al Wadi’i Rahimahullah dalam “Ash Shahiih Al Musnad Mimma Laisa Fii Ash Shahihain” (1213) bahwa Rasulullah Shallollohu ‘alaihi wasallam, bersabda:
الْجِنُّ عَلَى ثَلاثَةِ
أَصْنَافٍ: صِنْفٌ لَهُمْ
أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ فِي
الْهَوَاءِ، وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ،
وَصِنْفٌ يَحِلُّونَ
وَيَظْعَنُونَ.
” Jin terdiri dari tiga kelompok; satu kelompok memiliki sayap dan mereka terbang di udara, satu kelompok berbentuk ular dan satu kelompok tidak menetap dan berpindah-pindah.”
Hadits ini merupakan dalil bahwa jin memiliki jasad dan tidak mungkin dipahami dari lafazh “satu kelompok memiliki sayap dan terbang di udara” bahwa jin tidak memiliki jasad karena sayap itu berjasad dan tidak mungkin sayap itu ada kecuali pada yang berjasad. Para malaikat pun memiliki sayap. Ada yang memiliki 2, 3, atau 4 sayap dan terbang ke langit yang tinggi dan dia memiliki jasad. Demikian pula Al Qur’an Al Karim menunjukkan bahwa jin yang terbang itu berjasad. Rabb kami berfirman mengabarkan tentang apa yang dikatakan oleh Ifrith kepada Sulaiman ‘alaihissalam
قَالَ عِفْرِيتٌ مِنَ الْجِنِّ
أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ
تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ
وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ
أَمِينٌ
“Berkata Ifrith dari kalangan jin bahwa saya akan mendatangimu dengannya (dengan membawa singgasana Ratu Saba) sebelum engkau bangkit dari tempat dudukmu dan sesungguhnya saya kuat lagi terpercaya.” (QS. An Naml : 39).


Kalau Ifrith itu tidak memiliki jasad, maka dia tidak akan mampu untuk memikul apa yang dibawa dan tidak mampu pula untuk menjaganya. Demikian pula jin yang terbang di udara diciptakan dalam keadaan memiliki jasad yang sebenarnya berjalan di muka bumi. Jika mereka ingin terbang, maka mereka berubah bentuk lebih dahulu, kemudian terbanglah mereka. Adapun jin dan setan yang masuk ke dalam tubuh manusia untuk memberikan waswas dan yang lainnya, mereka berubah bentuk seperti udara. Perkara ini sudah diketahui dan merupakan dalil bahwa mereka berjasad.


Mayoritas ulama berpendapat bahwa jin itu memiliki jasad dan orang yang berpendapat bahwa mereka seperti udara, tidak memiliki dalil dari Al Kitab dan As Sunnah. Dalil terkuat yang mereka jadikan sebagai hujjah adalah riwayat yang datang dari Wahb bin Munabbih sebagaimana yang disebutkan oleh Asy Syibly dalam kitab “Aakaamu Al Mirjaan fii Ahkaami Al Jaan” bahwa dia berkata: “Jin itu berjenis-jenis dan jenis jin yang asli adalah angin, mereka tidak makan, tidak minum dan tidak berketurunan. Diantara mereka ada jenis yang makan, minum, berketurunan dan menikah seperti As Sialy, Al Ghuul, Al Qathrub dan yang semisalnya.”
Jika riwayat tersebut shahih, maka sudah diketahui bahwa Wahb adalah seorang ahli sejarah dan dia menukilkan dari kitab ahli kitab, sedangkan kitab ahli kitab itu penuh dengan perubahan dan pengkaburan (antara yang haq dan yang batil, pen).
Sebagian mereka berdalil bahwa jin itu seperti udara yaitu angin, dengan sabda Rasulullah Shallollohu ‘alaihi wasallam :
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي
مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى
الدَّمِ
“Sesungguhnya setan berjalan dalam tubuh manusia di tempat peredaran darah.” (HR. Al Bukhari (6219) dan Muslim (2175) dari hadits Shafiyyah Radhiyallahu ‘anha)
Hadits ini bukan merupakan dalil bagi orang yang berpendapat demikian karena mereka berjalan di tempat peredaran darah, bukan karena pada asalnya mereka adalah udara. Akan tetapi, Allah Subhaanahu wa ta’ala, memberikan kemampuan kepada mereka untuk berubah bentuk. Oleh karena itu, pendapat yang mengatakan bahwa jin itu angin dan tidak berjasad, batil dan sangat jelas kebatilannya karena bertentangan dan bertabrakan dengan dalil-dalil yang banyak dari Al Qur’an dan As Sunnah yang shahih dan telah diketahui secara pasti dari Islam, ijma, akal dan kenyataan yang kita saksikan.


Berikut ini akan saya sebutkan dalil-dalil secara global:
1. Jin itu makan dan minum.
2. Jin menikah dan berketurunan.
3. Jin berbentuk dan berubah bentuk menjadi bentuk manusia dan hewan.
4. Jin melakukan berbagai jenis pekerjaan seperti bangunan dan pekerjaan-pekerjaan lain seperti mengangkat beban berat dan yang lainnya.
5. Jin merasakan berbagai keadaan seperti sakit, takut, kuat, lemah, hidup, mati dan yang lainnya.
6. Jin dilihat oleh sebagian makhluk seperti keledai. Rasulullah Shallollohu ‘alaihi wasallam, bersabda :
إذا سمعتم نهيق الحمار فتعوذوا
بالله من الشيطان فإنه رأى
شيطانا
“Jika kalian mendengar ringkikan keledai, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari setan karena sesungguhnya dia melihat setan.” (HR. Al Bukhari : 3303 dan Muslim : 2729)
7. Ketika jin itu mampu untuk berubah bentuk menjadi bentuk manusia, maka dia mampu menyakiti manusia baik dengan memukulnya, membunuhnya maupun mencegahnya untuk bergerak dan yang lainnya.


Pada pasal ini kami telah memaparkan dalil-dalil dari para ulama dalam berbagai tulisan yang khusus membahas tentang jin dan setan seperti kitab “Aakaamu Al Mirjaan fi Ahkaami Al Jaan” karya Asy Syibly dan “Luqat Al Mirjaan fi Ahkaami Al Jaan” karya As Suyuthi dan yang lainnya.
Orang-orang yang berpendapat bahwa jin itu berbentuk angin menganggap bahwa jin itu masuk ke dalam tubuh manusia dan berjalan di tempat peredaran darahnya, sehingga mereka menyangka bahwa mereka itu angin. Padahal tidak demikian, karena bisa diambil faedah dari ” berjalannya mereka pada tempat peredaran darah manusia” bahwa Allah Subhaanahu wata’ala, memberikan kemampuan kepada mereka untuk berubah bentuk sehingga mereka menjadi udara karena jin yang masuk ke dalam tubuh manusia mampu untuk membesarkan diri dalam tubuh manusia sampai dia mampu menguasai seluruh badan manusia.


Berdasarkan penjelasan ini, maka jelaslah bagi pembaca bahwa kita tidak mungkin mengingkari bahwa jin itu memiliki jasad.


[Diterjemahkan Oleh : Al-Ustadz Abu Karimah Askari bin Jamal Al-Bugisi Hafizhahulloh, dari kitab : Ahkaamul Ta’ammul Ma’aal Jin wa aa’daaburroqo’ Asy Syar’iyyah (Hukum Berinteraksi Dengan JIN dan Adab-Adab Ruqyah yang Syar’i) Sumber : Pustaka Ats Tsabat Balikpapan]
Artikel asli bisa dibaca di sini: http://www.salafybpp.com/index.php?option=com_content&view=article&id=87:apakah-jin-itu-seperti-udara-tidak-berbentuk-atau-memiliki-jasad-&catid=1:aqidah-islam&Itemid=28

Isnin, 10 Mei 2010

Mitos, Lagenda & Sejarah @ Nogoghi Sembilan


Misteri: Dulang aneh sentiasa ada makanan
Oleh Hussain Said

Tempat saji makanan ghaib sejak 300 tahun lalu selepas terhempas sehingga pecah ketika satu majlis jamuan di Masjid Kuala Dulang.


KAMPUNG Peninjau yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, nyata tidak jauh berbeza dengan suasana kampung lain di negara ini.

Malah, kampung yang mempunyai bilangan penduduk seramai 400 orang, berjiran dengan Kampung Ulu Jelebu, Kampung Bukit, Jelebu Tengah itu, juga tidak ketinggalan mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan berturap.

Kedudukannya terletak berdekatan pekan Kuala Klawang juga memudahkan penduduk yang kebanyakan mereka menyara kehidupan dengan menoreh getah, menyelesaikan urusan harian masing-masing dengan mudah.

Istimewanya kampung yang dikepung oleh dua bukit iaitu Bukit Air di kanan dan Bukit Peninjau di kiri ialah wujudnya sebuah masjid tertua di daerah Jelebu.

Masjid itu diasaskan oleh Datuk Nika dan Mudim Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau pada awal abad ke-16, yang juga menandakan kedatangan awal Islam ke daerah berkenaan

Kedua-duanya dikatakan meneroka perkampungan itu yang kemudian dinamakan Kampung Peninjau dan masjid itu pula pada asalnya sebuah bangsal beratap ijuk yang menjadi tempat pendakwah itu beribadat.

Istimewanya, pembinaan dan struktur asal masjid itu ialah tidak menggunakan paku sebaliknya dipasak.

Masjid Kuala Dulang mendapat namanya dipercayai daripada satu peristiwa yang berlaku di masjid berkenaan apabila ada sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan untuk semua jemaah.

Siapa menyediakan dulang berisi makanan berkenaan tidak diketahui dan peristiwa itu berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba. Malah, mitos mengenainya masih diperkatakan sehingga sekarang.

Siak masjid berkenaan, Abdul Aziz Samah, 71, mengakui cerita mengenai dulang itu dikatakan benar-benar berlaku menerusi beberapa versi cerita disampaikan beberapa penduduk awal yang menduduki kawasan berkenaan.

Dia yang mula menduduki kampung berkenaan pada 1953 dan sudah berkhidmat sebagai siak di masjid itu sejak 15 tahun lalu berkata, mengikut cerita, dulang aneh itu wujud ketika jemaah selesai menunaikan sembahyang zuhur ketika masjid itu mula dibuka.

"Selesai berjemaah, dikatakan ada di kalangan jemaah yang menyatakan lapar sebelum tiba-tiba mereka ternampak sebuah dulang di atas busut besar terletak di tengah-tengah sawah berdekatan masjid dan di tepi busut itu pula ada pusar air.

"Seorang jemaah yang pergi mendapatkan dulang itu mendapati ia berisi makanan yang lengkap dengan nasi serta gulai dan selepas kejadian itu, setiap kali selepas waktu zuhur dulang itu sentiasa berisi makanan yang dinikmati jemaah.

"Apa yang menarik, walaupun seberapa ramai jemaah yang datang bersembahyang, makanan yang terdapat dalam dulang itu sentiasa mencukupi. Namun, tiada yang tahu siapa menyediakan makanan itu," katanya.

Katanya, beliau juga pernah mendengar cerita dulang yang berisi makanan itu bukan saja disediakan selepas zuhur malah musafir yang singgah beribadat di masjid berkenaan turut merasai makanan dalam dulang berkenaan apabila mereka memintanya.

"Bagaimanapun, dulang makanan itu dikatakan ghaib sejak 300 tahun lalu selepas seorang jemaah tidak memegangnya dengan betul lalu terhempas dan pecah ketika satu majlis jamuan diadakan.

"Sejak itu, tiada lagi dulang yang berisi makanan untuk dinikmati jemaah sebaik selesai mengerjakan sembahyang zuhur. Namun, cerita mengenai dulang aneh itu masih diperkatakan hingga sekarang," katanya.

Abdul Aziz berkata, sebenarnya cerita mengenai dulang aneh itu sudah banyak diperkatakan hingga dilaporkan dalam media cetak dan elektronik, menyebabkan ramai orang luar datang beribadat di masjid berkenaan.

"Bukan saja penduduk tempatan malah orang luar dari Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang juga datang beribadat di masjid ini termasuk menunaikan solat hajat untuk mendapat petunjuk terutama dalam soal mencari jodoh dan menyelesaikan masalah dihadapi, katanya.

Beliau berkata, lima tahun lalu seorang wanita dari Pulau Pinang yang menghadapi masalah untuk melupakan teman lelakinya yang sudah beristeri selepas berkenalan selama dua tahun datang bernazar di masjid berkenaan.

Selepas itu wanita berusia 37 tahun itu mampu melupakannya. Saya ada dihubungi wanita terbabit selepas dua tahun dia datang ke sini dan menyatakan dapat melupakan lelaki terbabit, katanya.

Ditanya mengenai perkara pelik lain yang pernah diceritakan di masjid berkenaan, beliau berkata, pernah berlaku dua kali banjir besar di kampung berkenaan iaitu sebelum merdeka dan pada 1970 tetapi masjid berkenaan tidak ditenggelami air.

"Ramai penduduk yang hairan dengan keajaiban itu kerana masjid berkenaan terletak di tepi tebing sungai sedangkan semua rumah penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang.

"Berdasarkan orang alim dan ulama yang pernah mendengar keajaiban itu, mereka dapat melihat pelampung di bawah masjid berkenaan dan apabila banjir, pelampung itu akan menolaknya ke atas bagi mengelakkannya tenggelam," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Jalaluddin Alias, berkata pihaknya tidak menghalang sesiapa termasuk orang luar datang beribadat di masjid berkenaan.

"Kita akui cerita lama yang diperkatakan mengenai keistimewaan masjid berkenaan hingga menyebabkan ramai orang datang termasuk dari luar negeri ini yang singgah dan bermusafir di masjid ini.

"Setakat ini, tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti berbentuk khurafat di masjid dan kawasan sekitarnya, sebaliknya kebanyakan yang datang hanya untuk beribadat," katanya.

Katanya, walaupun sudah tiga kali pengubahsuaian dijalankan hingga membolehkan masjid itu kini menampung 400 jemaah, struktur dan identitinya asalnya masih dikekalkan bagi menjadikannya sebagai tempat bersejarah.

"Tiang masjid berkenaan masih tiang asal dan kita juga mengekalkan tabuh yang diperbuat daripada kayu hutan dan kulit lembu untuk diketuk bagi memberitahu, masuk waktu sembahyang.

"Usia peralatan tabuh itu dikatakan sama dengan usia masjid. Tabuh berkenaan dibuat pada abad ke-16 ketika masjid berkenaan dibina," katanya.

Tasik Bera


Tasik Bera Yang Indah Tapak Ramsar Pertama Di Malaysia

"Tasik Bera bukan sahaja penting kerana kaya dengan biodiversiti malahan dari segi saintifik, rekreasi, pendidikan serta ekonomi. Kawasan paya gambut lanar ini juga menampung komuniti biologi yang unik bagi Malaysia."

Tasik Bera, yang terdiri daripada tujuh lembah yang dibanjiri air sungai yang bersama-sama membentuk satu sistem tasik sungai berukuran 35 km kali 20 km dengan keluasan 6,150 hektar, adalah takungan air tawar terbesar di Malaysia.

Tasik Bera bukan sahaja penting kerana kaya dengan biodiversiti malahan dari segi saintifik, rekreasi, pendidikan serta ekonomi. Kawasan paya gambut lanar ini juga menampung komuniti biologi yang unik bagi Malaysia.

Hampir 100 spesies ikan air tawar, 200 spesies burung dan 68 spesies mamalia hidup di sini. Spesies-spesies yang diancam kepupusan termasuk gajah Asia, harimau belang, harimau dahan, badak cipan (tapir), Arowana Asia dan buaya julung-julung (Malayan gharial). Manakala keladi paya hanya boleh ditemui di Tasik Bera.

Terdapat dua musim hujan dan panas yang ketara di sini dengan musim hujan dialami dari April hingga Mei dan September hingga Januari. Paras air pula akan naik dan turun mengikut musim, daripada kedalaman satu meter semasa musim panas iaitu dari Februari hingga April dan Jun hingga Ogos, hingga tujuh meter semasa tempoh monsun.

Pada 1994, Tasik Bera menerima pengiktirafan antarabangsa apabila ia diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pertama di Malaysia. Konvensyen Ramsar mengenai Tanah Lembap merupakan satu perjanjian antara kerajaan bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari tanah lembah dan sumbernya.

Sejak itu, pelbagai undang-undang telah diperkenalkan untuk melindungi eko-sistem Tasik Bera yang mudah musnah. Kawasan teras tasik itu, yang terdiri daripada kira-kira 32 hektar, diklasifikasi sebagai Rizab Hidupan Liar di mana pelancongan berasaskan kepada alam semulajadi digalakkan bersama pembabitan masyarakat Semelai.


Bagi rekod, Malaysia kini mempunyai enam tapak Ramsar. Lima yang lain ialah Pulau Kukup, Tanjung Piai dan Sungai Pulai di Johor, kesemuanya diwujudkan pada 2003; Tanah Lembap Kuching di Sarawak (2005) dan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama di Sabah, yang menerima pengiktirafan itu baru-baru ini (29 Okt).

TARIKAN

Selama lebih 600 tahun, Semelai - satu daripada puak Orang Asli - telah menghuni sekitar Tasik Bera dan bergantung kepada sumber-sumber semulajadi.

Hari ini, kira-kira 4,000 orang Semelai menetap di 14 kampung yang berselerak di sekitar tasik.

Kebanyakan mereka bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan getah yang terletak berdekatan.

Dengan bantuan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kaum Semelai telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang berasaskan kepada masyarakat mereka yang dikenali sebagai Semelai Association for Boating and Tourism (SABOT), yang mengatur program homestay dan eko-adventur serta program kebudayaan bagi tetamu.

Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan termasuk:

TREKING HUTAN

Ketahui bagaimana sumber-sumber semulajadi hutan digunakan. Melihat bekas tapak kaki haiwan berlainan yang boleh ditemui di sekitar tasik termasuk harimau yang di ambang kepupusan, babi hutan, harimau dahan, beruang dan kancil.

Pemandu akan mengadakan demonstrasi bagaimana damar dikeluarkan daripada pokok Keruing; mereka melakukannya dengan memotong kulit pokok dan menyalakan api yang terkawal dalam lubang yang dibuat pada batang di mana damar akan mengalir keluar.

Damar, yang mengandungi unsur-unsur penting, pernah digunakan oleh pedagang Arab dan India untuk menyediakan wangian, lilin, perekat dalam membina bot dan sebagai bahan api untuk obor.


KENU

Helaian daun Pandanus menguasai pemandangan tasik, mewujudkan laluan air yang berselirat serta teluk-teluk terpencil. Bergerak senyap menerusi laluan air berliku-liku yang berselirat dalam kenu tradisi yang dikorek daripada kayu memberikan pelawat peluang terbaik untuk melihat haiwan yang bersembunyi atau yang tinggal di celah-celah daun.

MENANGKAP IKAN

Walaupun penangkapan ikan dibenarkan, bilangan tangkapan dihadkan. Pemandu memantau rapi kesemua ikan yang ditangkap untuk mengelakkan spesies jarang daripada pupus sama sekali. Mereka juga akan menunjukkan lebih 50 cara masyarakat Semelai menangkap ikan.

PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN

Kraftangan Semelai dianggap sebagai lebih hebat berbanding kumpulan lain masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Tukang-tukar yang mahir akan menunjukkan bagaimana mereka membuat peralatan muzik tradisional, perangkap haiwan, peralatan kebun serta kenu minatur serta model rumah-rumah Semelai.

Kaum wanita Semelai menenun daun mengkuang untuk menjadikannya bakul, tikar, topi dan dompet yang cantik.

Para pelawat juga boleh ikut serta dengan penduduk kampung menari tarian tradisional 'sewang'.

PENGINAPAN

Persona Lake Resort menawarkan pelbagai chalet, bilik-bilik mewah dan asrama. Selain daripada kemudahan asas dan 'coffee house', tetamu boleh melakukan aktiviti mengayuh kayak dan treking hutan bersama pemandu tanpa sebarang bayaran tambahan.

Tapak Pengurusan Ramsar Tasik Bera mempunyai pejabat tapak berhampiran resort dan menjalankan taklimat percuma mengenai apa yang berlaku di tasik.

Bagi mereka yang mahukan adventur ala Indiana Jones, SABOT mempunyai beberapa kem hutan di pelbagai lokasi sekitar tasik bagi memudahkan pelawat bermalam.

Jika bernasib baik pelawat boleh melihat selayang pandang unggas air yang jarang boleh ditemui, kancil, landak dan banyak lagi. Kem-kem hutan yang terdapat itu ialah Kem Hutan Kampung Chenderung, Tapak Kem Kampung Sembilan, Tapak Kem Kampung Dato dan Tapak Kem Kampung Mikok.

Para tetamu juga boleh memilih untuk bermalam di rumah tradisional Semelai. Rumah itu, yang dibina mengikut tradisi Semelai dan dipanggil balai, boleh menampung sehingga 10 orang. Bagaimanapun ia hanya menyediakan kemudahan sebuah perigi, tandas di luar dan lampu minyak tanah untuk kegunaan pada waktu malam.

Satu lagi cara baik untuk menikmati kemesraan penduduk tempatan ialah dengan menyertai program homestay. Program homestay ini memberi peluang kepada pelawat untuk bermalam di sebuah rumah tradisional Semelai serta melalui kehidupan harian keluarga Semelai.

Jika pelawat memilih untuk berada lebih dekat dengan alam semulajadi dan mempunyai khemah sendiri, mereka boleh mendirikannya berhampiran rumah tradisi atau mana-mana khemah hutan. Perkhemahan dibenarkan di tapak resort.

BAGAIMANA UNTUK KE TASIK BERA

Dari Johor: Guna Lebuhraya Utara-Selatan. Keluar di Yong Peng dan hala ke Segamat. Di Segamat pusing kanan ke Laluan Persekutuan 12 (Route 12). Teruskan sejauh 60 km, dan belok kiri di Kampong Landak, terdapat papan tanda menunjukkan arah ke Persona Lake Resort di Tasik Bera.

Dari Kuala Lumpur: Ikut Laluan Persekutuan 2 (Route 2) (Jalan Kuantan). Pusing ke selatan di Temerloh dan masuk ke Laluan Pesekutuan 10 (Route 10). Belok kanan di Kerayong dan ikut tanda jalan menunjukkan arah Tasik Bera.

Dengan keretapi: Turun di stesen Triang. Buat temujanji dengan Persona Lake Resort (Tel: 609-5135566, Faks: 609-5130510) atau SABOT (6013-2865367) untuk menjemput anda.

Dengan bas: Khidmat bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Temerloh boleh didapati di stesen bas Pekeliling di Jalan Tun Razak (bersebelahan stesen Titiwangsa LRT/monorel). Di Temerloh, buat temujanji dengan Persona Lake Resort atau SABOT untuk menjemput anda.

Perlu diakui Tasik Bera memang lain sama sekali. Bagi pengembara yang mencintakan alam sekitar dan mahukan peluang unik untuk melihat dan mengalami persekitaran semulajadi dan adat resam tempatan, Tasik Bera memang destinasi yang menarik.

Imej indah Tasik Bera akan kekal dalam minda mana-mana pelawat. Jadi, jika anda meminati eko-pelancongan, maka pastinya Tasik Bera pilihan paling sesuai.

Jumaat, 7 Mei 2010

Kelibat muncul sebelum azan

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/05/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SANTUBONG: “Ketika hendak melaungkan azan, tiba-tiba saya ternampak kelibat lembaga sedang duduk di atas tanah,” kata seorang penduduk Kampung Santubong di sini, yang terbabit dalam operasi mencari seorang kakitangan sebuah pusat peranginan yang hilang dalam hutan di kaki Gunung Santubong, semalam.
Taha Alim, 65, mulanya menyangka apa yang dilihatnya mahkluk halus yang cuba mengganggu dia dan beberapa penduduk lain yang menyertai operasi mencari mangsa, namun sebaik dihampiri, kelibat berkenaan ialah Hishamudin Othman, 24, yang hilang dalam hutan itu sejak pagi kelmarin.


Hishamudin ditemui kira-kira jam 12 tengah hari semalam dalam keadaan separuh sedar selepas sesat dalam hutan itu kira-kira 28 jam. Taha berkata, sebaik mendekati mangsa, dia terus memanggil rakan, Udin Mojer supaya memaklumkan penemuan Hishamudin kepada anggota polis yang turut serta dalam operasi itu. “Saya turut serta dalam usaha mencari mangsa selepas mengetahui kehilangannya (Hishamudin) daripada isteri sebaik pulang dari tempat kerja, pagi semalam. “Saya terus ke hutan berkenaan untuk memberi bantuan dengan harapan Hishamudin ditemui. Baru separuh jalan mendaki, saya bercadang untuk azan dan ketika itu saya ternampak kelibat Hishamudin dalam keadaan lemah dan tidak dapat bercakap, sebaliknya hanya mampu menggerakkan tangan,” katanya yang bekerja sendiri. Difahamkan, Hishamudin bersama sepupunya yang enggan dikenali diarah majikan untuk membawa dua pelancong Jerman mendaki gunung berkenaan, kira-kira jam 8 pagi kelmarin. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan turun, dia terpisah daripada kumpulan itu sebelum kehilangannya dimaklumkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat serta majikannya.


“Saya tak tahu dia sesat kerana ketika kami turun, saya ingat dia sudah sampai. Malah ketika menuruni laluan bertali, dia beritahu supaya kami menunggunya di sebuah sungai kerana mahu menggunakan jalan pintas. “Sebaik sampai di kaki gunung, saya dapati ramai anggota bomba dan saya ingat mereka menjalani latihan. Selepas itu barulah saya tahu kehadiran mereka untuk mencari Hishamudin yang tersesat,” kata sepupu mangsa.


>Operasi menyelamat sukar SANTUBONG: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki dipercayai sesat di hutan kaki Gunung Santubong, di sini sejak pagi kelmarin berdepan dengan pelbagai halangan walaupun menggunakan anjing pengesan.


Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Lt Ahmad Shah Fikri Darus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Santubong kira-kira jam 2.10 petang memaklumkan kejadian itu. Beliau berkata, sebaik menerima panggilan, anggota JPAM bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 35 minit kemudian bersama lima anggota.


“Pada jam 3 petang, kami menghantar pegawai. Pihak kami kemudian menambah anggota kepada 11 orang kira-kira jam 5 petang. selepas usaha mencari dan menyelamat menemui jalan buntu. “Dua lagi anggota dikerah menjadikan keseluruhan 13 orang pada jam 10.30 malam sebelum operasi mencari dan menyelamat dihentikan kira-kira jam 3.30 pagi tadi (semalam).


“Bagaimanapun, mangsa akhirnya ditemui kira-kira jam 12 tengah hari dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.