Translate

Tajaan

Jumaat, 7 Mei 2010

Kelibat muncul sebelum azan

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/05/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SANTUBONG: “Ketika hendak melaungkan azan, tiba-tiba saya ternampak kelibat lembaga sedang duduk di atas tanah,” kata seorang penduduk Kampung Santubong di sini, yang terbabit dalam operasi mencari seorang kakitangan sebuah pusat peranginan yang hilang dalam hutan di kaki Gunung Santubong, semalam.
Taha Alim, 65, mulanya menyangka apa yang dilihatnya mahkluk halus yang cuba mengganggu dia dan beberapa penduduk lain yang menyertai operasi mencari mangsa, namun sebaik dihampiri, kelibat berkenaan ialah Hishamudin Othman, 24, yang hilang dalam hutan itu sejak pagi kelmarin.


Hishamudin ditemui kira-kira jam 12 tengah hari semalam dalam keadaan separuh sedar selepas sesat dalam hutan itu kira-kira 28 jam. Taha berkata, sebaik mendekati mangsa, dia terus memanggil rakan, Udin Mojer supaya memaklumkan penemuan Hishamudin kepada anggota polis yang turut serta dalam operasi itu. “Saya turut serta dalam usaha mencari mangsa selepas mengetahui kehilangannya (Hishamudin) daripada isteri sebaik pulang dari tempat kerja, pagi semalam. “Saya terus ke hutan berkenaan untuk memberi bantuan dengan harapan Hishamudin ditemui. Baru separuh jalan mendaki, saya bercadang untuk azan dan ketika itu saya ternampak kelibat Hishamudin dalam keadaan lemah dan tidak dapat bercakap, sebaliknya hanya mampu menggerakkan tangan,” katanya yang bekerja sendiri. Difahamkan, Hishamudin bersama sepupunya yang enggan dikenali diarah majikan untuk membawa dua pelancong Jerman mendaki gunung berkenaan, kira-kira jam 8 pagi kelmarin. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan turun, dia terpisah daripada kumpulan itu sebelum kehilangannya dimaklumkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat serta majikannya.


“Saya tak tahu dia sesat kerana ketika kami turun, saya ingat dia sudah sampai. Malah ketika menuruni laluan bertali, dia beritahu supaya kami menunggunya di sebuah sungai kerana mahu menggunakan jalan pintas. “Sebaik sampai di kaki gunung, saya dapati ramai anggota bomba dan saya ingat mereka menjalani latihan. Selepas itu barulah saya tahu kehadiran mereka untuk mencari Hishamudin yang tersesat,” kata sepupu mangsa.


>Operasi menyelamat sukar SANTUBONG: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki dipercayai sesat di hutan kaki Gunung Santubong, di sini sejak pagi kelmarin berdepan dengan pelbagai halangan walaupun menggunakan anjing pengesan.


Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Lt Ahmad Shah Fikri Darus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Santubong kira-kira jam 2.10 petang memaklumkan kejadian itu. Beliau berkata, sebaik menerima panggilan, anggota JPAM bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 35 minit kemudian bersama lima anggota.


“Pada jam 3 petang, kami menghantar pegawai. Pihak kami kemudian menambah anggota kepada 11 orang kira-kira jam 5 petang. selepas usaha mencari dan menyelamat menemui jalan buntu. “Dua lagi anggota dikerah menjadikan keseluruhan 13 orang pada jam 10.30 malam sebelum operasi mencari dan menyelamat dihentikan kira-kira jam 3.30 pagi tadi (semalam).


“Bagaimanapun, mangsa akhirnya ditemui kira-kira jam 12 tengah hari dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan