Translate

Tajaan

Isnin, 13 Jun 2011

Juara Terakhir Milik Hazama

12 Jun, 2011



Penantian lebih 10 minggu akhirnya terjawab apabila pelajar yang dimasukkan melalui Operasi Gugur, Hazama Bin Ahmad Azmi atau Hazama telah dinobatkan sebagai Juara terakhir Akademi Fantasia 9 menewaskan 3 finalis yang lain iaitu Azri, Fina dan Lena. Hazama telah memenangi wang tunai RM200 ribu beserta piala dan beberapa hadiah iringan. Naib Juara telah dimenangi oleh Lena, tempat ketiga disandang oleh Fina dan tempat keempat dimenangi oleh Azri.

Juara terakhir dalam sejarah Akademi Fantasia telah diumumkan dalam acara yang penuh gilang gemilang yang telah diadakan di Dataran Putrajaya , Presint 3, Putrajaya dan bersiaran langsung di Astro Ria (104), Saluran HD (188), Aplikasi Telefon Bimbit AF9 juga menerusi laman web rasmi Akademi Fantasia 9 di sini.

Selain lagu tugasan yang diterima oleh 4 finalis Akademi Fantasia ini, 6 single baru turut diperkenalkan dan turut dipersembahkan termasuk oleh Nera dan Erul. Lagu hasil ciptaan Kuncidemak dan lirik oleh Kuncidemak dan Rafiq Bakar bertajuk Cinta Teragung benar-benar memukau penonton ketika dinyanyikan oleh Hazama. Video muzik untuk keenam-enam lagu ini juga akan disiarkan mulai sekarang di beberapa saluran Astro seperti Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Saluran Interaktif Astro @15 (109).

Berikut adalah kedudukan dan peratus undian selepas talian AFUNDI ditutup:

1. Hazama - 45%
2. Lena - 28%
3. Fina - 15%
4 Azri - 12%

Dengan berakhirnya Konsert Akhir Akademi Fantasia 9, maka dengan ini berakhir jugalah Akademi Fantasia untuk selama-lamanya dan sudah pastinya segala kenangan yang tercipta bermula dari musim pertama hingga yang terakhir ingin bakal dikenang buat selamanya. Jutaan terima kasih kepada semua peminat, penyokong pengundi serta semua individu yang terlibat sepanjang Akademi Fantasia berlangsung. Satu Harapan, Satu Tujuan, Satu Destinasi. Impian 9 pelajar Akademi Fantasia 1 hingga 9 telah berubah menjadi realiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan