Translate

Tajaan

Sabtu, 18 Ogos 2012

Kanta Lekap.

Soalan;
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat atau puasa. Adakah sah ibadatnya?? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?

Jawapan;

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana
 masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]


contact lens berwarna yang menarik
Contoh contact lens berwarna-warni

3. Adapun penggunaan contact lens samaada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.
Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)


Penambahan;

Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak boleh. (Fatwa Syaikh Munajjid). Bermegah dan berlebihan di tegah oleh ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.

Kepada kawan-kawan, renung-renungkanlah. Bertindaklah sewajarnya sebelum terus hanyut dengan keindahan dunia semata-mata.

Selasa, 14 Ogos 2012

Protokol

Semalam setelah sembahyang tarawih aku ke Taman Pelangi Semenyih. Payah nak masuk tanam golongan berada/elite ini. Kena tulis buku pelawat tinggalkan MyKad baru dari kad pelepasan masuk.

2. Akak kandungku Kak Nomie tinggal di sini. Dia orang biasa anaknya Nurul yang nombor dua dari 7 anaknya yang beli. Nurul seorang jurutera awam telah berkeluarga ini rumah keduanya.


3. Langsat, manggis, sentang, sentol, jering memang cantik pokoknya; jauh lebih liat dahannya banding pokok sena, hujan-hujan atau pokok pulai yg MPKj tanam. Jika tak mahu orang ramai ganggu pokok ini buatlah akta pokok kuat kuasakan macam akta tanah yang rampas tanah rakyat.


4. Satu hari nanti pasti MPKj akan ada gerai sendiri macam UPM yang ada Pusat Jualan. Gerai jualan UPM selalu menjual hasil ladang di UPM; murah dan segar. Di samping anak-anak pokok pelbagai spesies. Musim durian ajak Tok Perak beli; dia hebat goyang² buah durian; dia kata kalau goyang ada bunyi itu tandanya cukup masak.

3. Aku memang punyai pancaindera yang keenam yang hebat. Cepat merasai satu kejadian ghaib pun sering terganggu oleh makhluk halus. (orang kata aku giler) Bila Indon jiran baruku beli rumah Abg Rosli. Habis pokok mengkudu kesayanganku ditebang; dibiarnya bersepah di depan pintu pagar rumahnya.


4. Memang tak tersusun rumah kos sederhana ini; tak ada protokol jirannya kurang lebih begitulah main suka hati saja dalam banyak hal (alahai aku terpaksa ikut rentak mereka)


5. Nak marah macam mana, apa hak kita nak tanam di tanah lapang milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Siapa suka melihat pokok sena yang tak berbunga atau pokok bungan cempaka serta pokok hiasan lain yang tak mendatangkan hasil. Kenapa tidak ikut macam UPM; jadikan kawasan lapang pokok hiasan sebagai ladang buahan. Ditanam selang-seli pokok bunga dan pokok buahan atau herba.


6. Ramai tak tahu mengkudu, sentang pun pokok ceri banyak khasiatnya. Orang yang tahu sahaja yang pandai memanfaatnya.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Terjaga Malam

Payah juga jika terjaga malam begini. Bagaimana nak pujuk mata agar dapat terlelap semula. Rasa mengantk terus hilang bila banyak dilema masih berserabut di akal fikiran. Minda aku bagaikan penuh. Selalunya aku berleka dengan FB (MukaBuku). Bila aku klik MukaBuku tak ada rakan yang sudi berbual.

2. Aku ada lagi satu wadah untuk berjaga malam, iaitu Aura FM yang ini kalau aku klik mahu sampai ayam berkokok aku akan pasti celik. Hatta aku taku ke sana. Kecuali aku benar-benar sihat dan masa untuk bersantai malam tidak menganggu kesihatan aku. Aura FM memang amat menghiburkan, jadi aku lebih suka memilih awal pagi yang sering ke udara adalah DJ Niza. Maka aku jadi rindu rindu kepada DJ malam di sana. Dr Hunny pun DJ Alan Tam.

3. Mungkin akan terbit ilham di awal pagi begini. 1:50 pagi tetapi aku tidak yakin dengan fikiran yang berserabut aku boleh menulis. Lalu aku tak larat memujuk hati menulis.

4. Sekitar seminggu dua ini ada dua puisiku terbit di akhbar. Namun aku tak dapat respon yang ramai di MukaBuku. Aku perhatikan hanya ada sekitar 10 atau 20 orang yang suka melayari dindingku di MukaBuku. Selebihnya hanya sibuk dengan urusan sendiri. Hidup memang ada banyak arah tuju.

5. Maka sebaiknya aku kena mengurangkan tumpuan ke MukaBuku ada ketikanya aku kena lebih tekun menulis jika memang itu impianku sejak zaman remaja. Mahu jadi Penulis. Aku lebih minat menulis Puisi/Sajak. Agar ada satu legenda yang menarik untuk aku tinggalkan sebelum aku pergi. Biarpun aku perhatikan dalam keluargaku tak siapa yang rapat dengan tulisanku. Mungkin satu hari nanti ada satu kuasa (Ilahi tentunya) yang akan menjadi mereka rindu akan tulisanku.

6. Dalam kesepian begini aku terkenang kepada beberapa insan yang rajin menyapa aku sejak dulu. Huh ramai yang dulu mesra kini lenyap terus. Perkara ini memang sukar dikawal dan saban ketika aku terpaksa mencari nilai diri sendiri. Jangan bergantung sangat dengan prihatin orang. Hidup sebenarnya banyak mengajar aku tentang bergerak sendiri dan cuba menyelesaikan masalah diri, keluarga dan kehidupan ini dengan semangat dan perhatian peribadi.