Payah juga jika terjaga malam begini. Bagaimana nak pujuk mata agar dapat terlelap semula. Rasa mengantk terus hilang bila banyak dilema masih berserabut di akal fikiran. Minda aku bagaikan penuh. Selalunya aku berleka dengan FB (MukaBuku). Bila aku klik MukaBuku tak ada rakan yang sudi berbual.
2. Aku ada lagi satu wadah untuk berjaga malam, iaitu Aura FM yang ini kalau aku klik mahu sampai ayam berkokok aku akan pasti celik. Hatta aku taku ke sana. Kecuali aku benar-benar sihat dan masa untuk bersantai malam tidak menganggu kesihatan aku. Aura FM memang amat menghiburkan, jadi aku lebih suka memilih awal pagi yang sering ke udara adalah DJ Niza. Maka aku jadi rindu rindu kepada DJ malam di sana. Dr Hunny pun DJ Alan Tam.
3. Mungkin akan terbit ilham di awal pagi begini. 1:50 pagi tetapi aku tidak yakin dengan fikiran yang berserabut aku boleh menulis. Lalu aku tak larat memujuk hati menulis.
4. Sekitar seminggu dua ini ada dua puisiku terbit di akhbar. Namun aku tak dapat respon yang ramai di MukaBuku. Aku perhatikan hanya ada sekitar 10 atau 20 orang yang suka melayari dindingku di MukaBuku. Selebihnya hanya sibuk dengan urusan sendiri. Hidup memang ada banyak arah tuju.
5. Maka sebaiknya aku kena mengurangkan tumpuan ke MukaBuku ada ketikanya aku kena lebih tekun menulis jika memang itu impianku sejak zaman remaja. Mahu jadi Penulis. Aku lebih minat menulis Puisi/Sajak. Agar ada satu legenda yang menarik untuk aku tinggalkan sebelum aku pergi. Biarpun aku perhatikan dalam keluargaku tak siapa yang rapat dengan tulisanku. Mungkin satu hari nanti ada satu kuasa (Ilahi tentunya) yang akan menjadi mereka rindu akan tulisanku.
6. Dalam kesepian begini aku terkenang kepada beberapa insan yang rajin menyapa aku sejak dulu. Huh ramai yang dulu mesra kini lenyap terus. Perkara ini memang sukar dikawal dan saban ketika aku terpaksa mencari nilai diri sendiri. Jangan bergantung sangat dengan prihatin orang. Hidup sebenarnya banyak mengajar aku tentang bergerak sendiri dan cuba menyelesaikan masalah diri, keluarga dan kehidupan ini dengan semangat dan perhatian peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan