Translate

Tajaan

Selasa, 3 Disember 2013

PETUA - PETUA DALAM MEMBERSIHKAN PAKAIAN BILA TERKENA KOTORAN TERTENTU

Pakaian Terkena Dakwat 
  1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.


Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
 Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian 
  1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian 
  1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian 
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik 
  1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Jumaat, 1 November 2013

Wanita Diabetis Boleh Hamil


SOALAN:
Saya sudah berumah tangga selama tiga tahun dan masih tidak mempunyai anak. Saya begitu tertekan apabila sanak saudara asyik bertanyakan keadaan saya. Saya ingin tahu, jika salah seorang suami atau isteri mempunyai kencing manis, adakah sukar bagi mereka mendapatkan zuriat? Bagaimana pula jika kedua-dua suami dan isteri mengalami kencing manis?

Ada yang memberitahu saya penghidap kencing manis sukar mendapatkan zuriat. Untuk pengetahuan puan, saya baru saja menjalani pembedahan di bahagian rahim kerana haid terhadang.


Junn,
Yuan Ching Road, Singapura

JAWAPAN:
Anda perlu menyatakan usia anda terlebih dulu kerana usia wanita memainkan peranan penting dalam menentukan kesuburan dan kejayaan dalam rawatan kesuburannya. Wanita yang mengalami penyakit kencing manis lazimnya tidak mempunyai masalah untuk hamil namun berisiko untuk mengalami keguguran dan kecacatan janin jika kencing manis itu tidak terkawal.

Namun, penyakit kencing manis mungkin turut dihidapi oleh wanita yang mengalami penyakit yang mengganggu kesuburan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS). Lelaki yang berpenyakit kencing manis pula boleh mengalami mati pucuk dan tidak berupaya mencapai ereksi zakar untuk dimasukkan ke dalam faraj. Secara amnya, bilangan sperma dan kualiti asasnya (pergerakan dan bentuk) sama dengan lelaki tanpa kencing manis namun kajian lanjut menunjukkan ada kerosakan DNA (struktur genetik) pada sperma lelaki penghidap kencing manis yang boleh mengurangkan kesuburannya. Perkara ini tidak diuji dalam ujian air mani biasa.

Puan tidak nyatakan jenis penyakit yang puan alami serta jenis pembedahan dijalani. Berkemungkinan puan tidak didatangi haid untuk beberapa bulan dan didapati lapisan haid (endometrium rahim) sudah menebal lalu puan dinasihati menjalani prosedur D&C untuk memeriksa lapisan haid (endometrium dalam rahim) dengan lebih lanjut sama ada berpenyakit ataupun sebaliknya.

Puan dinasihatkan meneruskan rawatan kesuburan. Suami juga dinasihatkan menjalani ujian air mani. Penyakit kencing manis (jika dialami) juga perlu dikawal sebelum memulakan kehamilan. Mulakan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap malam.

Rabu, 16 Oktober 2013

Cara remove virus shortcut dari pendrive.| IT

Cara remove virus shortcut dari pendrive.| IT


sumber: google
Pernah tak terjadi dalam komputer kau orang, bila kau cucuk pendrive, sekali semua folder dah bertukar rupa jadi icon shortcut macam kat picture atas tu?? Dan, semua folder tu tak boleh nak buka. Damn! Sakit hati! Mesti kau cakap, lagi baik aku format pendrive. Even dalam pendrive tu ada berjuta macam benda penting. Kesian kan?

Jadi, malam ni, aku nak kongsilah sikit, macam mana nak remove shortcut virus dalam pendrive, tanpa format pendrive tu, since cikgu-cikgu selalu jumpa aku pasal nak remove virus ni. Kesian.

1) Cucuk pendrive. Kenal pasti kau punye pendrive locate kat mane. Kat E ke, F ke atau sebagainya.

2) Before kau buat ape-ape, aku sarankan, SCAN dulu pendrive tu. Biar mampus semua virus-virus mukaffafoh tu.

3) Dah siap scan, kau klik kat My Computer, klik Tools, kemudian, Folder Options, and then View. Kau nampak tak ada kotak dia tulis show hidden files tu?? Ha, kau klik yang tu. Kemudian kau unclick yang hide extension dengan hide protected tu. Biar kita nampak semua isi dalam window. Haha..

Murid-murid, faham setakat ni?? Kalau faham, bagus, boleh kite proceed ke step seterusnya.

4) Bukak lokasi pendrive tadi. Biarkan dia terbuka. Kau akan nampak, folder yang shortcut tadi actually sudah di hiddenkan oleh virus tadi. Cis! Kuang ajaq!

5) Klik kat Start, Run, dan kau taip cmd. Then, muncul skrin hitam kan.

6) Kau taip command ni ok!

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive kau. If pendrive kau location dia F, kau tulis la F, jangan taip Q pulak)
Kemudian, tekan button Enter.

7) Kau punya skrin hitam akan ambik masa nak loading. So, kau kena bersabar. Tunggu sampai second command muncul. Bila second command dah muncul, kau pergi tengok kat location pendrive tadi.

8) Kau punya folder yang hidden tadi dah back to normal. Yippie!

9) Dan kau dengan senang hati, boleh delete folder yang ada shortcut tadi. Pandai-pandai kaula ye.

10) Setting yang dekat My Computer tadi, kau tukar jadi macam asal balik ok! Jangan malas! Aku takut kau terdelete files window yang penting, kang tak pasal-pasal window corrupt.

Tadaa! Siap! Penat tak baca? Haha.. Kesian. Takpe, at least aku share something kan? SELAMAT MENCUBA! :)

Ahad, 1 September 2013

Tips Menjimatkan Kos 'baiki Kereta..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ni semasa saya balik ke rumah mentua saya di Batu Gajah.. Saya dapati kereta Kia Spectra kesayangan saya ada mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan apabila membelok di beberapa persimpangan jalan..Sebenarnya sebelum ini pun dah ada bunyi-bunyian tersebut.. Tetapi ianya jarang-jarang berlaku.. Jadi saya menangguhkan untuk memperbaiki kerosakan tersebut..

Kebetulan pula pada ketika itu saya berada di Batu Gajah, jadi inilah peluang terbaik untuk saya baiki kereta mana yang patut.. Sebelum ini saya dapati Kos baiki kereta di Batu Gajah lebih murah berbanding di tempat saya bekerja.. Ini disebabkan terdapat sebuah kedai yang menjual spare part kereta dengan harga yang murah di sini.. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik semula kepada masalah kerosakan kereta Kia Spectra saya yang telah berumur 6 tahun.. 

Langkah pertama yang saya lakukan adalah pergi ke bengkel baiki kereta yang berhampiran dengan rumah ayah mentua saya.. Saya bagi tahu kepada pomen di bengkel tersebut, tentang masalah yang kereta saya hadapi..

Bagi sebuah bengkel kereta yang bagus.. Mereka akan cuba sedaya upaya melayan pelanggan mereka dengan baik.. ;)

Untuk mengenalpasti kerosakan kereta saya.. pomen bengkel kereta tersebut telah membuat uji pandu ke atas kereta saya.. Dahsyat juga pomen ini... Siap buat drift beberapa kali semasa beliau sedang memandu uji kereta saya....

Setelah puas buat drift.. Pomen tersebut memberitahu bahawa kedua-dua Drive Shaft kereta saya mengalami kerosakan.. bagi saya memang patut pun Drive Shaft ini rosak.. Sebabnya saya tidak pernah menggantikan Drive Shaft kereta ini semenjak saya membelinya pada tahun 2006.. 6 tahun pakai tanpa berganti.. Kira lamalah tu kan..   

Semasa pomen bengkel tersebut sibuk mengesan kerosakan kereta saya.. Saya sempat mengambil gambar pada bahagian yang rosak tersebut..

Gambar Drive Shaft kereta yang rosak pada sebelah kanan..

Gambar Drive Shaft kereta yang riosak pada bahagian kiri..

Bahagian yang rosak ini dikenali sebagai C.V. Joint atau Constant Velocity Joint.. Bila dah rosak kenalah baiki.. bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan kenderaan terpelihara..

Jadi saya tanyalah kepada taukey Bengkel kereta tersebut tentang kos baiki untuk kedua-dua Drive Shaft tersebut.. Taukey bengkel tersebut memberitahu kos baiki Drive Shaft tersebut termasuk upah ialah RM420.00..

Mak Oi.. Mahal tu.. Mana nak cari duit sebanyak itu dengan serta-merta??

Sebelum ini saya sedia maklum, Spare Part untuk kereta Kia Spectra memang mahal.. Disebabkan Spare Part kereta ini agak susah dicari.. 

Kereta keluaran Korea tidak seperti kereta-kereta keluaran Jepun seperti Honda dan Toyota yang mempunyai lambakan Spare Part di pasaran.. Biasanya Spare Part kereta Kia adalah Spare Part original.. Disebabkan itu harga Spare part kereta ini agak mahal..

Untuk menyelamatkan diri.. Saya memberitahu kepada taukey bengkel kereta tersebut... sekarang ini saya tidak membawa jumlah wang yang mencukupi.. Jadi saya akan baiki kereta ini di lain waktu, apabila saya telah mempunyai duit yang mencukupi nanti.. (Bohong sunat tu).. 

Taukey bengkel kereta tersebut bersetuju dengan kata-kata saya.. Beliau berpesan supaya jangan tangguhkan lama-lama untuk baiki kereta ni.. Disebabkan ia boleh mendatangkan bahaya sewaktu dalam perjalanan.. Saya faham akan kata-kata taukey tersebut, sambil beredar meninggalkan bengkel beliau yang telah memberikan "maklumat berharga" kepada saya..  

Sekarang ni saya dah tahu bahagian mana yang rosak.. Siap ada gambar lagi.. Tindakan seterusnya yang saya lakukan ialah mengunjungi kedai spare part kereta.. Untuk mendapatkan harga bagi dua Drive Shaft tersebut.. 

Bila saya tanya dekat kedai Spare Part, Harga yang diletakkan untuk seunit drive Shaft tersebut ialah RM140.. Setelah proses tawar menawar dilakukan saya dapat membeli Drive Shaft tersebut pada harga RM68 seunit.. Untuk 2 unit, saya perlu membayar RM136.. Kira murahlah tu berbanding harga yang dikenakan oleh bengkel kereta tadi.. Syukur Alhamdulillah..

Langkah yang seterusnya saya perlu mencari bengkel kereta yang lain.. Yang boleh memasang Drive Shaft ini pada kos upah yang berpatutan.. 

Bila saya tanya satu kedai tu..  taukey kedai boleh bagi harga RM30 seunit untuk kos pemasangan Drive Shaft tersebut.. Jadi upah yang dikenakan untuk memasang dua Drive Shaft (C.V. Joint) tersebut adalah RM60..  

Bila saya jumlahkan kesemua perbelanjaan yang saya keluarkan untuk baiki kerosakan Drive Shaft pada kereta saya, tak sampai pun RM200..  

2 unit Drift Shaft (C.V Joint) = RM136
Kos Pasang C.V joint = RM60

Jumlah keseluruhan kos baiki kereta = RM196..

Jimat RM224 (lebih 50%) berbanding harga (RM420) yang dikenakan oleh bengkel kereta pertama.. Penjimatan yang sangat banyak..

Kesimpulan yang dapat saya buat dalam artikel ini..

Kita jangan menyerahkan 100% urusan baiki kerosakan kereta kita pada mana-mana bengkel kereta. Biasanya bengkel kereta akan meletakkan harga belian pada Spare Part yang mereka jual (Biasalah bisnes).. Sedangkan kita boleh mendapatkan separuh harga untuk Spare Part kereta tersebut, sekiranya kita membelinya di kedai menjual Spare Part..

Sekiranya anda tinggal di kawasan Pusing, Ipoh, Batu Gajah.. Saya syorkan anda membeli Spare Part kereta di kedai seperti alamat berikut:

Syarikat Peniagaan Alat-Alat Ganti Ban Fatt

76, Jalan Besar, 31000 Batu Gajah, Perak

Tel : 05-3664858

Kedai ini terletak berhampiran dengan Masjid Besar Batu Gajah.. Setakat ini Alhamdulillah, saya boleh mendapatkan Spare Part kereta Kia Spectra pada harga yang murah di kedai ini...

Sumber

http://www.coretananuar.com/

Rabu, 21 Ogos 2013

ATEM PEARL KTMB

LOKOMOTIF KTMB KELAS 24 TOSHIBA KAWASAKI

LOKOMOTIF KTMB KELAS 24 TOSHIBA KAWASAKI
Lokomotif Class 24 KTM ialah sejenis lokomotif yang digunakan oleh KTMB untuk mengangkut koc penumpang. Tidak diketahui sama ada Class 24 digunakan untuk mengangkut koc kargo atau tidak.


Spesifikasi:


KTM Kelas: 24
Buatan: TOSHIBA KAWASAKI. JEPUN.
Kuasa kuda: 2400
Diperkenalkan: 1987
Usaha tarikan: 43 408
Kelajuan maksima: 120 km / h
Enjin: Pielstick SP16 PA4V 200 VG
Transmisi: Diesel Elektrik
Status:  Masih digunakan


BILANGAN asal: 26 buah (24.101-24.126)


Armada (Nama dan Nombor Lokomotif kelas 24):


24101 PANGLIMA TEJA
24102 MAT KILAU
24103 TOK JANGGUT
24104 MAT SALLEH
24105 RENTAP
24106 LONG JAFFAR
24107 RAJA MAHADI
24108 HANG JEBAT
24109 HANG KASTURI
24110 HANG LEKIR
24111 HANG LEKIU
24112 HANG NADIM
24113 HANG TUAH
24114 TUN TELANAI
24115 TUN BIAJID
24116 TUN KUDU
24117 TUN TAHIR
24118 TUN MAMAT
24119 INDERA GAJAH
24120 SERI LANANG
24121 TUN PERAK
24122 BADANG
24123 TOK NANING
24124 TUN SIRAH
24125 MEGAT TERAWIH
24126 SANG SURA

Khamis, 8 Ogos 2013

Khamis, 1 Ogos 2013

R Hamzah Dua


GURINDAM DALAM KENANGAN
(Buat Allahyarham R Hamzah Dua)
R Hamzah Dua dalam kenangan,
Bidang sastera satu kehilangan.

Berita gempar beliau kemalangan,
Hatiku berdebar diulit kesedihan.

Kaku sebentar bagaikan bermimpi,
Khabar yang menjalar berdebar hati.

Kena reda Allah lebih menyayangi,
Dan kepada-Nya kita akan kembali.

Pergimu diratapi saudara dan taulan,
Meninggalkan legasi dalam penulisan.

Macam tak percaya berita kuterima,
Hilangnya permata dalam susastera.

Masih terbayang leluhur hati budimu,
Sudi memandang kepadaku tak jemu.

Tak lokek ilmu tunas muda dibantu,
Hebatnya karyamu semua dah tahu.

Terpahat indah kekata nasihatmu,
Pastinya kuratah segala amanatmu.

Kamikan berjanji wahai mahaguru,
Jejari terus menari itu kehendakmu.

Meskipun sekejap bersua di maya,
Nasihatmu meresap ke lubuk jiwa.

Siapalah diriku bak dedebu pasir,
Hadirnya dirimu nasihat kauukir.

Berladang sangsi menerima hakikat,
Dirimu menyeberangi negeri akhirat.

Teman seperjuangan dirundung hiba,
Bakti yang disumbang kami berbangga.

Pastinya karyamu menggamit rindu,
Bahasa senimu tetap teguh dihidu.

Doa mengiringi perjalananmu ke sana,
Menyusulnya kami pasti tiba detiknya.

Engkaulah sahabat engkaulah mentor,
Penulis yang hebat bergelumang jujur.

Al-Fatihah setulusnya kami hulurkan,
Waktu bersama seindah pengalaman.

Teruskan berkarya semoga berjaya,
Acapkali tiba menerawang di maya.

Al-Fatihah.

Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA,
Bidor,Perak.
21.7.2013 (Rabu)
Jam 6.00 petang.

Salam takziah buat keluarganya.
Suka · · Semalam pada pukul 6.53 ptg ·

  • Hj R Disma Syabas sdra Pauzi Md Isa...intisarinya Puisimu padat dan tepat sekali utk arwah sdra kita RHD...smoga Rohnya diterima Allah s.w.t. Daku pun kehilangannya juga. Baru 2 hari lepas kami berinteraksi di alam maya mengenai penghantaran karya ke Mingguan Wanita dan artikalku si Nenenk 65 thun bertenaga Dara...Mahasuci Allah s.w.t. yg berkuasa ke atas hidup matinya kita di alam fana ini...
  • Pauzi Mohd Isa Terima kasih Hj R Disma: Walau tak pernah bertentang tetapi arwah terasa dekat di hati. Entah kenapa ye...
  • Pauzi Mohd Isa Bagi saya, arwah R Hamzah Dua terlalu istimewa...
  • Amir Sabri Ahmad Perawakan allahyarham sangat sederhana, berbahasa tak pernah melebih, berkata sejujurnya, cermat pula dalam berbicara, tidak menyinggung dan tak lokek pengalaman, menghargai setiap kenangan dan suka berkongsi ...namun semuanya bersemadi dalam ingatan, tetapi karyanya terus hidup menjadi tatapan. Kali pertama aku mengenali Allahyarham, sebagai penulis muda aku ketika bersamanya tahun 1991..memori yg tak akan aku lupa sebilik dgn arwah R Hamzah Dua & Ramlee Awg.Murshid semasa bengkel penulisan drama radio ketika itu di Kundasang, Sabah. Allahyarham akan sentiasa dikenang. Alfatehah.

R Hamzah Dua


Tahniah sahabatku Idan Radzi, puisi Ratib Diri tersiar di Dewan Sastera, Ogos 2013. Semoga terus berkarya. Kita berkongsi siaran lagi,
pada 26hb Julai pukul 1.01 ptg ·
Orang yang menyukai ini

Ahad, 7 Julai 2013

Penyakit kencing manis dan Insulin




Pendahuluan

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah.

Apakah Insulin ?

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets ( kepulauan kecil )। Insulin bertugas untuk menceranakan glukosa dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)
Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :

1. Diabetes bersandar insulin

2. Diabetes bebas insulin

3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

4. Diabetes bentuk lain

Diabetes bersandar insulin

Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat. Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.

Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.

Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

Diabetes bebas insulin - jenis kedua

Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia

Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

Diabetes bentuk lain

Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain। Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.
Masalah Pengidap Kencing Manis

Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :

Kegagalan buah pinggang
Serangan jantung
Kebutaan / Katarak
Koma (hilang kesedaran)
Angin Ahmar (strok)
Lemah Tenaga Batin (lelaki)
Sakit saraf atau "mati pucuk"
'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk

Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :

Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.

Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah :


Cemas.
Berdebar-debar.
Berpeluh.
Menggeletar.
Terasa lapar.
Terkeliru.
Penglihatan kabur.
Pening lalat.
Tidak sedarkan diri.

Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :

Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
Kerap terasa haus.
Muntah-muntah.
Badan semakin kurus.
Koma.
Sukar bernafas.
Sakit perut

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.

Masalah yang sering dihadapi ibu bapa


Apabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.

Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat dan mengawasi diet anak mereka itu untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti individu normal. Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan.

Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah pinggang.

WANITA UNGGUL TANPA ANEMIA...

apa itu ANEMIA???

~anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalamsel darah merah
~hemoglobin merupakan pengankut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan
~oleh itu apabila anda mengalami anemia ,tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga
bagaimanakah anemia boleh berlaku???
~kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi = kurang zat besi dalam darah = anemia(kekuranga hemoglobin dalam sel darah merah)

adakah ANEMIA BERBAHAYA ???
 YA,ANEMIA SANGAT BERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN:

~tumpah darah semasa dan selepas bersalin
~tekanan darah tinggi eklampsia)
~keguguran
~kematian

ADAKAH ANEMIA BERBAHAYA KEPADA BAYI??
YA,BAGI IBU HAMIL ANEMIA SANGAT BERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN:

~kematian janin
~kelahiran bayi tidak cukup bulan
~~kelahiran bayi yang kurang berat badan

BAGAIMANAKAH ANEMIA DIKESAN??

~anemia dikesan melalui   ujian darah iaitu apabila peras hemoglobin(hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g/dl

SERIUSKAH MASALAH SAYA???

~tahap keburukkan anemia adalah seperti berikut:
hb <6 .9="sangat" br="" teruk=""> hb 6.9 <8 .0="teruk<br"> hb 8.0<9 .5="sederhana<br"> hb 9.5-10.5 = ringan

TAMBAH DARAH DENGAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI

APAKAH MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI:

~terdapat banyak makanan yang mengandungi zat besi
~sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam,limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis
~sayur sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku,kangkung, ayam dan kailan juga mengndungi zat besi

PILIHAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

*sumber zat besi untuk 1 sajian*
~daging = 2 keping saiz kotak mancis
~ayam = 1 ketul dada ayam
~hati ayam = 1 ketul(2 lobus)
~kerang = 20 biji
~hati lembu = 1 ketul saiz kotak mancis
~ikan = 1 ekor saiz sederhana
~ikan bilis = 5 sudu makan (tanpa kepala)

*sekiranya anda vegetarian,anda perlu mengambil makanan  daripada kombinasi beberapa jenis kekacang,seperti kacang hijau,kacang soya dan kacang dhal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C...di samping meningkatkan lagi pengambilan sayuran hijau...

bagi ibu hamil,anda hendaklah mengambil makanan seimbang berdasarkan piramid makanan seperti di atas...

*sekiranya anda berlebihan berat badan,pilihlah makanan yang kurang kandungan lemak seperti daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit...kuarangkan juga pengambilan minyak dan lemak seperti santan ,marjerin dan minyak sapi...

BERAPA BANYAK SATU SAJIAN???

~SUSU DAN PRODUK TENUSU
(pilih salah satu)
-1 gelas susu 200ml
-1 cawan dadih/yogurt
--4 sudu makan susu tepung
-1 keping keju

~IKAN ,AYAM,DAGING DAN KEKACANG
(pilih salah satu)
-1 ketul kepak ayam
-1ekor ikan kembong sederhana
-2 ketul daging tanpa lemak
-1ketul hati ayam
-20 biji kerang
-2 ekor sotong saiz sederhana
-5 sudu makan ikan bilis
-2 keping taukua keras/tempe
-2 biji telur saiz kecil
-1 cawan kekacang kering

~SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
(pilih salah satu)
BUAH
-1/2biji jambu sederhana
-1 potong betik,nanas,tembikai
-1 biji pisang,oren,lai,epal sederhana
-1/2 cawan buah kering tanpa gula
-1 cawan jus buah

SAYUR
-1 cawan sayuran berdaun hijau/ulam-ulaman
-1/2 cawan sayur berdaun hijau dimasak
-1/2 cawan sayuran berbuah/berakar

~NASI,MI,ROTI,BIJIRIN,,PRODUK BIJIRIN DAN UBI UBIAN
(pilih salah satu)
-1/2 cawan nasi
-1keping roti
-1/2 cawan mihun,mi ,pasta
-1/2 keping capati bersaiz kecil
-1 cawan bubur nasi
-1 biji ubi kentang sederhana
-3 keping biskut tawar
-1/2 cawan bijirin sarapan pagi

TINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI DENGAN 2 CARA:
1.LEBIHKAN MAKAN MAKANAN YANG MEMBANTU MENINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI DI DALAM HIDANGAN ANDA SEPERTI:

~buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu,limau,betik,mangga dan sayuran hijau seperti pegaga,sawi,kailan,pucuk ubi,bayam dan kangkung

~minum jus buah buahan

~makan bersama pencicah buah buahan seperti sambal mangga,tomato dan limau kasturi

~gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis,udang,isi ayam dan isi daging

2.KURANGKAN MAKANAN MENGANDUNGI BAHAN PENGHALANG PENYERAPAN ZAT BESI SEPERTI KOPI,TEH,MINUMAN BERKOLA DAN MINUMAN BERCOKLAT:::

~jika ingin mengmbil makanan atau minuman tersebut,pastikan diambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan utama

~susu juga mengndungi bahan penghalang penyerapan zat besi.ibu hamil perlu minum 2-3 gelas susu sehari untuk mendapat kalsium yang mencukupi.jadi minumlah susu segar atau susu tepung diantara waktu makan utama seperti semasa minum pagi,minum petang dan minum malam...


Jumaat, 5 Julai 2013

Menjaga Spirit Silaturahmi

       Menjaga Spirit Silaturahmi --- Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Jazir meriwayatkan sebuah pernyataan dari Rasulullah Sallallahu ;alaihi Wasllam. "Nanti padaa hari kiamat di antara hamba-hamba Allah Subhanahu Wata'ala ada sekelompok orang yang mendapatkan tempat istimewa di syurga. Mereka itu bukan para nabi, juga bukan para syuhada. Bahkan para nabi dan para syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah SWT pada hari kiamat," ungkapan Nabi.
       Mendengar ungkapan tersebut, para sahabat serentak bertanya kepada Rasulullah dengan penuh penasaran. "Ya Rasulullah, manusia seperti apakah yang akan mendapatkan tempat istimewa di syurga tersebut?"
       Menanggapi pertanyaan tersebut, Rasulullah SAW tidak menjelaskan secara terperinci siapa sebenarnya mereka. Beliau tidak pula menyebut nama orang itu dan dari mana kelompok orang yang dimaksudkannya. Nabi hanya menyebutkan sifat orang tersebut, yakni ketika hidup mereka saling mencintai dan saling menyayangi dengan niat / dasar karena mencari keredaan Allah SWT semata. Bukan karena harta atau pun keturunan. 
Silaturahmi dan Kasih Sayang
       Salah satu ajaran yang mulia di dalam Islam adalah membudayakan silaturahmi antara saudara, sahabat, karib kerabat dan sesama muslim. Upaya menjalin tali silaturahmi tersebut, merupakan bukti sebuah keimanan seorang muslim kepada Allah SWT. Dengan bersilaturahmi pula melahirkan kasih sayang antara sesama, dan terjauhkan dari dendam dan permusuhan.
       Sabda Nabi SAW dalam salah satu hadisnya, "Barangsiapa beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat henkdaklah ia memuliakan tamunya. Barangsiapa beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat hendaklah ia  menghubungkan tali silaturahmi dan barangsiapa beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat hendaklah ia berkata baik dan diam." (HR. Bukhari dan Muslim).

       Banyak orang yang BERAT dalam melangkahkan kaki untuk bersilaturahmi. Namun, tidak sedikit pula orang yang diajak untuk mengeratkan silaturahmi sudi menerima dengan lapang dada. 
Dari Abu Hurairah bahwa ada seseorang laki-laki berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki kerabat. Aku selalu menghubungkan silaturahmi terhadap mereka, namun mereka memutukannya. Aku senantiasa berbuat baik kepada mereka, namun mereka berbuat jahat kepadaku. Aku selalu mengenang mereka, namun mereka melupankanku."

Rasulullah bersabda, "Jika demikian keadaanmu maka engkau begaikan membakar mereka dengan abu api yang panas dan engkau akan senantiasa berada bersama pertolongan Allah atas mereka, selama engkau tetap menjaga hubungan tersebut." (HR. Bukhari dan Muslim).
Keutamaan Silaturahmi
       Dalam hadis lain dikisahkan, "Maukah kalian aku tunjukan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?" Tanya Rasulullah SAW kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab para sahabat.
       Beliau kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menghubungkan persaudaraan yang putus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal shaleh yang besar pahalanya."
(HR. Bukhari dan Muslim).
       Hadis di atas tidak hanya sebagai ukuran besar dan kecilnya pahala yang akan didapat seorang muslim, namun lebih dari itu. Silaturahmi sebagai bentuk kekuatan hubungan antara manusia satu dan lainnya sebagai makhluk sosial diantara hamba-Nya. Semakin erat hubungan tali silaturahmi, semakin erat pula hubungan emosional dan kekeluargaan di antara mereka. 
       Ibnu Umar mengatakan, "Barangsiapa bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahim maka akan ditambah umurnya dan diperbanyak hartanya, serta disayangi sanak familinya." Hais senada juga mengatakan, "Barangsiapa ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim." (HR. Bukhari dan Muslim).
        Dalam menjelaskan hadis di atas, Abu Laits As Samarqandi menjelaskan makna bertambahnya umur tersebut. Menurutnya, erti dari bertambahnya umur itu ada dua macam,
Pertama, sebagian ulama berpendapat bertambahnya umur itu bererti bertambahnya kebaikan yang didapat oleh seseorang. Umurnya sendiri tetap seperti sudah disebutkan di Lauhul Mahfudzh. Jika telah tiba ajal maka tidak akan dapat diundurkan dan dimajukan.
Bertambahnya kebaikan yang ia maksud di sini yakni tercatat terus-menerus pahala sesudah meninggalnya seorang hamba. Tercatatnya pahala setelah mati itu sama dengan bertambahnya umur seseorang.
Kedua, catatan umurnya dalam takdir memang berubah. Sebagaiman riwayat Rasulullah bersabda, "Tidak dapat menolak takdir kecuali doa dan tidak dapat menambah umur kecuali dengan amal kebaikan. Dan ada kalanya seseorang itu tidak mendapat rezeki karena berbuat dosa."
       Abu Laits sendiri meriwayatkan dari AdMuzahim ketika menafsirkan umur manusia, bahwasanya seseorang itu adakalanya menyambung silaturahmi kepada saudaranya padahal umurnya tinggal 30 hari. Tiba-tiba Allah menambah umurnya menjadi 30 tahun. Dan adakalanya ia memutuskan tali silaturahim, sedang umurnya masih 30 tahun maka dipotong menjadi 3 hari.
       Manusia hanya mampu berusaha memberikan yang terbaik untuk dirinya. Silaturahim merupakan amal yang sangat dianjurkan oleh Allah. Tidak mungkin Allah tidak akan memberikan kebaikan-Nya jika seorang muslim melakukan apa yang diperintahkan oleh-Nya. Amalan silaturahim selain dapat memberikan keharmonisan dan relasi yang kuat di antara manusia, juga memiliki nilai kebaikan dari Allah untuknya.
       Jika seseorang sudah memilik hubungan baik dengan orang lain, maka upaya saling membantu dalam mengatasi permasalahan hidup pun terjadi di antara mereka. Juga saling menjaga, menasihati, dan mengingatkan saat kekeliuran dan kekhilafan dilakukan. Itulah energi positif bernama silaturahmi.
 

Penulis: Muhsin
Editor : Jidi