Translate

Tajaan

Khamis, 6 Jun 2013

FAM nafi harga tiket final Piala FA RM45

KUALA LUMPUR - Bukan RM45 tetapi RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Itu penjelasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai dakwaan bahawa harga tiket perlawanan akhir Piala FA melibatkan Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 29 Jun ini dinaikkan sebanyak RM5.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) menegaskan, pihaknya tidak menaikkan harga tiket perlawanan akhir seperti yang digembar-gembur sejak kebelakangan ini sehingga menjadi topik hangat dalam rangkaian media sosial.

"FAM tidak pernah membuat sebarang kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala FA kepada RM45 seperti yang disebarkan di dalam laman sosial. Harga tiket RM40 untuk perlawanan akhir Piala FA telah ditetapkan hasil perbincangan pada awal musim 2012," katanya

Jelasnya, beliau tidak tahu punca tersebar berita kononnya harga tiket Piala FA yang dikatakan mencecah RM45 dan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

"Sejak awal musim 2012, FAM telah memutuskan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA adalah RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

"Harga tiket perlawanan akhir Kelantan-Johor DT pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil yang kononnya bernilai RM45 adalah tidak benar.

"FAM berharap peminat tidak tertipu dengan sebarang laporan tidak rasmi ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan tidak benar di laman sosial dan blog bahawa tiket perlawanan akhir Piala FA 2013 mencecah RM45, yang menimbul rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat.
"Dakwaan tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej FAM yang mungkin dituduh mahu mengaut keuntungan. Sedangkan harga tiket final masih lagi seperti edisi sebelum ini iaitu RM40.

"Saya berharap peminat bola sepak tempatan tidak terburu-buru membuat sebarang spekulasi tanpa pengumuman rasmi yang dibuat oleh FAM.," katanya

© Utusan Melayu (M) Bhd

Gelengg@ng:
Bagi orang biasa RM40 sudah cukup mahal kecuali ada sponsor yang kasi tiket murah atau bantuan kepada penyokong.  Parkir di sana juga mahal; sukar nak dapat masuk parkir di stadium kecuali datang awal pagi atau tengah hari. Lewat petang jangan harap boleh masuk parkir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan