Translate

Tajaan

Rabu, 10 Disember 2014

BILA USIA SEMAKIN SENJA


Kerja doktor cuba merawat. Pesakit pula kena setia makan ubat. Ada ketika bila dah diserang sakit kronit ni silap makan boleh buat sakit tak menentu. Gula naik semua masalah lain jadi kacau. Darah akan naik. Samalah jika kolesterol naik pasti tekan darah juga naik.

2. Ubat kena makan untuk menyekat sakit merebak. Bahan makanan lain seperti herba kena menjadi makanan untuk memulihkan kesihatan. Ketika kita sakitlah ada kalangan rakan akan ambil kesempatan untuk memujuk kita beli ubatan dari jualan MLM yang mahal untuk menjadikan mereka cepat kaya. Paling naif ada kalangan mereka dapat melancong percuma setelah mendera mereka yang sakit kronik ini dengan pembelian barangan yang mahal.

3. Doktor sudah sediakan ubat. Makanlah. Negara kita sebenarnya kaya dengan herba yang terbiar tidak kita amalkan mahu memanfaatkan terbuang. Sebagai contoh. Buah mengkudu. Melambak gugur. Ada ketika serasi bagi mereka yang diabetes menjadi penawar yang bagus. Cuma usaha sedikit. Perah sendiri & minum jusnya. Jering petai ulaman kampung juga bagus untuk perjalanan darah juga boleh buang kolesterol dalam badan.

3b. Ada banyak herba lain yang dijual secara terbuka di kedai sensei cina bagus untuk diamalkan dari duit habis disamun mereka yang guna cara jualan langsung yang mahal ini. Yang pasti rajin mencuba juga bertanya apa petua amalan mereka yang sakit kronik boleh bertahan pun berumur panjang.

5. Bila dah tua ni doktor muda pun sering membebel bila keadaan diri kita tak stabil. Ada ketika sakit kronik ini bukan sebab tak makan ubat boleh menjadi kritikal. Makan ubat sekali pun jika fikiran yang terganggu, tidur tak cukup, kurang bersenam semua itu menjadi penyebab sakit boleh melonjak naik. Sebab itu pesakit kronik kena banyak berehat beri sokongan juga jangan buat mereka stres. Jika awak asyik membuli pesakit kronik dengan pelbagai agenda juga ancaman menggusarkan ibarat awak sengaja mahu membunuh pesakit kronik ini.

Sedar tak sedar Januari nanti akan masuk tahun ke sembilan aku bergelar pesakit kronik. Sebab aku mula makan ubat malas mati ini sejak usiaku 48 tahun. Huh aku berharap aku boleh bertahan.

2 ulasan:

  1. Hahaha semua pesakit kronik ni takut mati jadi nak sebut takut mati macam lawan takdir jadi sy tukar perkataan takut mati itu menjadi malas mati... x makan tambah sakit jika makan badan sengai sana sini... itu yang sy kata ubat malas mati...

    BalasPadam