Translate

Tajaan

Isnin, 18 Februari 2013

Tanggungjawab Isteri


Bacaan ayat 34, surah An-Nisa’:

 Dalam hadis Nabi SAW menyatakan bahawa tanggungjawab isteri adalah:
  • memenuhi keperluan nafsu suami walaupun berada di atas kenderaan (unta). Nabi SAW mengkiaskan ‘atas unta’ untuk menunjukkan bahawa isteri hak suami.
  • isteri tidak dibenarkan berpuasa sunat tanpa izin suami. Jika dilakukan juga, isteri berdosa, dan pahala  akan dapat kepada suami.
  • jangan beri harta suami tanpa inzinnya. Jika dilakukan juga, isteri berdosa, dan suami akan dapat kepada suami.
  • Jangan keluar rumah tanpa izin suaminya. Jika dilakukan juga, Allah dan malaikat melaknatnya sehinggalah dia pulang ke rumah.

Sebagai kesimpulan, tanggungjawab isteri ada dua iaitu:
Taat suami – apa erti taat? Ulama menggariskan tiga perkara untuk menilai ketaatan. Perkara tersebut ialah:
  • Buat apa yang suami suruh
  • Jangan buat apa yang suami tak suka (bukan apa yang suami larang)
  • Tunaikan kemahuan nafsu suami

Hormat suami – ada dua aspek iaitu perbuatan dan pertuturan. Daripada segi pertuturan – ada 3 aspek yang perlu dijaga iaitu:
  • gaya bahasa - panggillah suami dengan nama yang baik-baik, jangan bercakap aku-engkau.
  • Jaga nada suara – jangan meninggikan suara.
  • Jaga bilangan perkataan – jangan terlalu banyak bercakap berbanding suami.

S: Apa erti taat yang sebenar dalam Islam?
J: Nabi SAW berkata, “Mana-mana perempuan yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mentaati suaminya, di hari akhirat nanti akan dikatakan kepadanya masuklah ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.” Nampak sangat mudah untuk seorang isteri masuk ke syurga. Sayangnya, ramai isteri tidak taat kepada suami. Taat bermaksud: Buat apa yang suami suruh. Namun ramai yang sukar melakukannya – contohnya jika suami suruh masak gulai, tapi isteri tengok ada bahan lain dan buat sup. Walaupun suaminya makan dan kata sedap, tetapi hakikatnya isteri tak ikut apa yang suami minta. Begitu juga jika contohnya suami tak izin pergi ke sesuatu tempat, namun ramai isteri yang tetap pergi juga. Itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini.
S: Perlu ke taat kepada suami yang zalim dan tak taat Allah?
J: Jika diikut hadis tentang hak seorang suami yang dibacakan tadi, pada akhirnya disebut walaupun dia seorang suami yang zalim. Oleh itu, tidak gugur kewajipan isteri mentaati suami, walaupun zalim. Oleh itu, sebelum berkahwin perlu diselidik dan dikaji perangai bakal suami. Namun, jika sudah tersilap dan suami merupakan kaki pukul, isteri tidak boleh meninggalkan rumah kerana dia boleh dianggap sebagai nusyuz. Carilah jalan terbaik agar suami sedar kekejamannya. Sebaiknya ada kedua pihak keluarga yang dapat mendamaikan bukan terus mengadu mencari jalan perceraian. Perlu difikirkan masalah anak-anak agar rumah tangga tetap kekal damai tanpa perbalahan.

S: Jika isteri ada banyak duit, bolehkah diberikan kepada keluarganya sendiri seperti mak, dan adik-beradiknya?
J: Dalam Islam ada 3 jenis harta – hak mutlak suami, hak mutlak isteri dan harta sepencarian (bersama). Isteri tidak boleh menggunakan harta hak mutlak suami dan harta sepencarian sewenang-wenangnya. Tetapi jika harta itu hak mutlak isterinya, tidak mengapa. Suami hanya boleh melarang jika harta tersebut tidak dibelanjakan pada jalan yang salah.
S: Bolehkah isteri melawan suami yang memukulnya?
J: Tidak boleh kerana suami pun tidak dibenarkan memukul isteri. Sebenarnya jika melawan, suami akan lebih berang. Lebih baik isteri bersembunyi dan mencari orang ketiga yang dapat mendamaikan sebaiknya kedua pihak keluarga suami isteri yang boleh menasihati suami agar anak tidak menjadi mangsa perceraian. (Ibu ayah juga mertua jangan menjadi penyebab rumah tangga bercerai; ini amat menyanggahi kerukunan rumah tangga Islam)
S: Seorang isteri tidak boleh memanggil nama suami atau gelaran tertentu. Bagaimana pula jika suami merelakannya?
J: Islam tidak membenarkan isteri memanggil suami dengan namanya. Begitu juga dengan nama gelaran tertentu seperti abang buncit, botak, doraemon dan sebagainya. Tidak timbul soal suami merelakan, kerana sebenarnya suami itu jahil.
S: Jika isteri selalu dihina oleh suami, apakah tindakan yang perlu diambil isteri?
J: Perkara ini timbul kerana suami jahil.  Suami juga tidak dibenarkan menghina atau mengungkit keburukan isteri. Begitu juga sebalik tak sempurna agama Islam isteri jika berani menghina juga mengaibkan suami.

S: Bagaimana jika isteri ingin memakai tudung, tetapi suami tidak benarkan?
J: Betul, ada berlaku kes sebegini. Suami juga bertanggungjawab atas kehormatan isteri dengan menyuruhnya menutup aurat. Suami sebegini akan menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat. Sebaiknya isteri mencari jalan agar suaminya sedar kewajiban perempuan untuk menutup aurat.
S: Sejauh mana ketaatan seorang isteri dalam perkara maksiat?
J: Isteri perlu mentaati suami selagi perkara yang disuruh itu tidak menyalahi syariat.

1 ulasan: