- AnakNda Khairudin, Izz Izza, Wawa AdAm dan 12 yang lain menyukainya.
- Idan Radzi Fahaman ini yang SILAP besar sebab jika adik beradik atau waris; 10 kena biakkan jadi 100 & menjadi kelompok yang besar; jangan kita ke arah fikiran songsang ini. Orang luar yang bukan mahram atau saudara mara pun paksu tak terima guna fahaman ini sbb sikap kita beginilah paksu hilang anak saudara; hilang kawan... yang muda tak mahu jenguk paksu yang tua; terpaksa paksu kejar sana sini padahal jika kita kaji dalam agama kita apakah boleh digalakkan perkara begini. Apa ukhuwahnya kita jika asyik nak lupakan waris rakan pun umat sesama Islam.
- Idan Radzi Intim bermaksud saling memahami; percaya dan ikatan ukhuwah yang kukuh bukan jadi MUSUH dalam selimut... jika mmg intim untuk melupakan baik jangan disebut intim...
- Idan Radzi kerap kita jadikan suami atau isteri lapan dari sepuluh ini... maka pasti akan bercerai berai; habis tu apakah hanya emak bapa yang dua tu... habis tu bila emak bapa tak ada jadilah bagai kambing di tengah gurun SAHARA hidup sorang-sorang bila-bila masa serigala akan ngap kita.
- Idan Radzi buang perasaan begitu kenapa tak jadikan kita ini manusia yang dua dari 10 itu; jika smua suka amalkan fikiran ini; tak perlu ada kenduri kendara kahwin; kaum cina dah buat; jangan jadikan surau atau apa jua tempat berhimpun... dah yang mahu berkumpul hanya 2 dari sepuluh; jadi bila nak sembahyang Jumaat akan pasti meraban mana nak cari jemaah untuk solat; masjid hanya cantik jadi sunyi... kena kikis fikiran sebegini baik dengan waris dengan rakan pun dengan masyarakat lain.
- Idan Radzi Mmg paksu pun perasan benda ini makin parah dalam hidup kita sebab itu pusat jagaan orang TUA makin sesak; org kita hanya ramai bertamu bila saudara mara dah mati atau nak makan nasi minyak; bayangkan antara kita; mana ada pakcik & makcik sebelah emak ayah kita lagi; kita sesama kita yang muda apakah rapat dan kenal... perkara ini kena dibetulkan.
- Idan Radzi Ramai rakan setua paksu mengadu anak muda yang tinggi pelajarannya yang boleh dikatakan elit makin tak hormati orang tua di tempat kerja; sebab barah sakit saling menyayangi saling berkasih sayang dalam Islam memang makin PUDAR... harapan paksu anak buah paksu tak jadi begini.
- Idan Radzi Ada ketika kita leka dengan alam maya FB & sebagainya sampaikan sikap kita di luar pun jadi macam di FB; hilang di FB hilang juga hubungan & ukhuwah sesama kita. Jika dengan teman-teman itu tak kisah sangat bagaimana pula dengan waris & saudara mara. Adik beradik seibu mungkin kita rapat dan mesra bagaimana dengan sepupu pun saudara sebelah ipar duai... ini mmg tak kena.
- Idan Radzi ish jangan pula terasa paksu cuma suka membebel mungkin boleh pakai 20% saja bebelan paksu ni kita tetap bersaudara biarpun paksu jauh nun di Eskimo sana.. itu bagusnya jika kita pandai guna kemudahan IT ni... kan gitu.
- Idan Radzi betul tu tapi jika paksu ada peluang paksu sanggup lari sorang-sorang kejar rumah anak buah paksu... paksu lihat jarak salah satu sebab pasangan kita yang tak adil asyi memihak/rapat dengan keluarga dia juga satu sebab... pun ada banyak faktor lain... mmg ini ujian Ilahi.
- Idan Radzi tapi timbul masalah; anak buah paksu tak ada di rumah; faham saja jiran kiri kanan mana kenal paksu ini adik ipar emaknya; alahai nak masuk rumah pun paksu tak berani; penyudahnya lepak kat masjid setelah ziarahi kubur ayahnya... Shizuka Shan... amat beruntung jika ketua keluarga (suami) mahu sentiasa mengeratkan hubungan keluarga sebelah pihak kita tapi jangan sesekali perkara ini tidak seimbang sampaikan tak berusaha rapatkan hubungan dengan keluarga sebelah suaminya... rumah tangga tak sebahagia mana jika bawa diri sendiri; ikatan persaudaraan itu jua satu cabang kebahagiaan sebab itu dalam Islam sering berpesan; ziarahilah orang sakit ada beribu Malaikat Rahmat mengiring kita. Tetamu yang datang sentiasa bawa rahmat ke dalam rumah kita...
- Shizuka Shan Jadi kta perlu bijak gunakan jrak perhubungn yang jauh tu tuk ertkn silatrhim yg da lame tersekat dek arus ksibukn dunia. Bnyak kmudhn sosial yg leh kta gunakan. Mcm slh satu medan fb ini boleh kita gunakan dgn sbaik mgkin, bg ertkan persaudaraan.
- Idan Radzi Itu yang paksu terkilan macam kenduri baru ini sebelah Mak Azie kenapa kita tak rebut meraikan bersama; menunjukkan Mak Azie ada ramai waris; siapa yang jauh tak apalah kalau tak datang; mungkin akan datang ketika kenduri di rumah Mak Azie yang penting kita kena datang sebab inilah peluang yang sebaiknya kita rebut untuk kenal saudara mara kedua pihak; paksu terkilan sebab sebelah keluarga paksu endah tak endah; anak-anak buah sebelah kita pun emm penat nak fikir; agak-agak paksu apakah ramai waris kita hadir ketika @Shizuka bersanding; paksu tak ada tapi Afiz mengadu kepada Paksu tak ada siapa kenal dia kecuali anak Mak Ha... kan pelik; kita sama-sama bersalah sebab tidak mengeratkan hubungan kita sejak berzaman.
- Shizuka Shan Knduri ank mak azie yg lps sy xdpt hdirkn diri pak usu sbb msa tu dah blik mktb. Mcm mna nak dtg. Tambah pula msa tu suami kerja. Rsa terkilan gak xdpt p tapi nk wat cm mne. Knduri diadkn pd saya berada di penang
- Idan Radzi jangan tak pergi ke Banting tak silap pada 23 Mac sebab biarpun kita jauh terpisah jika tak ada aral elok meriahkan majlis itu nanti.
- Shizuka Shan 23hb mac xsilap masa tu saya cuti. InsyaAllah kalau xde aral melintng, sy dn suami dpt hdirkn diri. Tapi betul ke tarikhnya 23 mac paksu?
- Idan Radzi tak pasti lagi tapi ayahnya kata sekitar tarikh tu... 23 tu Sabtu kalau 24 Ahad pun paksu besar kemungkinan ada aral juga; sebab tu paksu cantas semua majlis lain ketika majlis mempelai perempuan di Kapar Klang itu.
Translate
Tajaan
Sabtu, 23 Februari 2013
UKHUWAH KENA DIKEKALKAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan