Ketika bercinta indah dunia cinta sejati, setelah perkahwinan adakah cinta sejati mempunyai tarikh luput? Cinta sejati sering disalah tafsir oleh kebanyakan masyarakat umum bahawa ia hanyalah situasi ketika di zaman percintaan dan sebelum perkahwinan sahaja. Tanggapan ini adalah silap sekali dan perlulah dibetulkan
Cinta sejati ketika di alam percintaan muda adalah sangat terbatas dan hanya boleh diluahkan melalui isi hati. Tidak boleh lebih dari itu kerana ia adalah bercanggah dari erti cinta sejati itu sendiri. Dalam Islam juga ditekankan, cinta sejati adalah untuk suami isteri yang sah, dan yang beragama lain juga turut ditekankan bahawa cinta romantik sebenar adalah rasa cinta dan kasih yang tidak terhingga.
Kenapakah cinta sejati ditekankan kepada pasangan yang telah berkahwin? Kenapa keharmonian pasangan suami isteri perlu ditingkatkan api cinta sejati? Tahukah anda, inilah rahsia sebenar cinta suami isteri yang bahagia.
“Cinta sejatikian membara, semakin hari semakin sayang”
Untuk menjamin hayat kebahagian pasangan suami isteri, mereka perlulah memelihara cinta itu setiap hari dengan disirami kesucian cinta abadi yang tidak berbelah bagi. Rujuklah apapun nasihat dari pakar, atau mana-mana buku panduan, inilah kunci utama yang akan ditekankan. Pasangan yang berusaha untuk mengekalkan dan memlihara cinta mereka adalah mereka yang berjaya dalam alam rumah tangga. Apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk menyemarakkan cintaabadi itu?
Ia sebenarnya amat mudah, tiada rahsia besar di sini untuk anda ketahui melainkan perbuatan ringan dan bersahaja yang boleh dilakukan setiap hari terhadap pasangan anda.
Berikut adalah 11 perbuatan yang boleh menyemarakkan cinta romantik dalam perkahwinan anda. Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh kita fikirkan; Asalkan baik tindakan spontan yang boleh kita bantu pasangan kita ... lakukanla. Pasti dia akan rasa disayangi.
1. Mengucup tangan suami pada setiap kali mahu keluar rumah paling tidak melafazkan salam adalah perkara yang sangat romantik. Salam & mendoakan kesejahteraan pasangan ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam pada anda dan pasangan anda. Anda berdua juga akan lebih bersemangat. Ketika di tempat sunyi/di kamar tiur contohnya sesekali suami bolehlah mengucup dahi isteri janganlah cuma sekali ketika akad nikah sahaja.
2. Sentiasa mencari jalan yang membuktikan anda tetap menyintai pasangan anda; tak mestinya dengan tindak laku formal atau asyik nak sebut aku cinta padamu (tapi akan dikatakan mengada-ngadu pula) tetapi sentiasa bersikap memaafkan kekurangan atau kesilapan pasangan anda; itu sudah amat memadai. Pasangan anda pasti akan rasa sangat disayangi apabila anda sentiasa bersabar & tak suka memanjangkan perbalahan.
3. Duduk mesra bersama dengan pasangan anda . Berbual dengan cara ramah dan jadilah seorang pendengar yang baik setipa kali berbual. Jangan sesekali potong bualan pasangan anda dengan topik yang dia tidak suka.
4. Lakukan perkara bersama – sama seperti memasak, mengemas rumah dan bercuti. Jika pun tak mampu membantu apa kata jangan sampai anak kecil mengacau di dapaur; bawa atau layan anak anda ketika pasangan sibuk dengan rutin hariannya.
5. Bergurau senda antara satu sama lain. Berkomunikasi secara baik pasti akan merapatkan hubungan dan membuka hati untuk lebih menyayangi pasangan masing–masing.
6.Jangan biarkan pasangan anda tidur sendirian jika ada masalah berdengkur sekali pun atau cari jalan bagaimana mahu membuktikan anda prihatin dengan pasangan anda ketika bermalam... malam itu amat panjang; mungkin boleh pasangkan ubat nyamuk atau selimutkan pasangan anda jika terpaksa tidur berjauhan atau anda masih tidak mengantuk. Jika pasangan anda tergangu tidur dengan dengkuran anda ada baiknya anda tidur kemudian.
7.Sentiasa bertamu bersama jika ada majlis yang diundang; baik di pihak anda atau di pihak pasangan anda; cubalah mencari jalan jangan sampai tidak bersama ke majlis rasmi kecuali ada alasan yang kuat dan mendapat persetujuan bersama.
8. Makan bersama – sama dengan pasangan anda. Terutama jika telah ada anak janganlah makan berasingan. Peluang berkumpul makan bersama insy-Allah akan memberi berkat & kasih sayang yang intim.
9. Hantarlah pasangan anda ke klinik jika dia sakit; jika dia minta bantuan untuk meredakan sakitnya mungkin ada boleh menyapukan minyak angin atau mengurut setakat yang mampu. Perhatikan gelagat dia seharian jika ada tanda-tanda tak sihat eloklah bertanya & kumpulkan rasa simpati kepada pasangan anda.
10. Kongsi setiap perkara bersama – sama pasangan anda termasuklah masalah peribadi yang sukar diatasi seorang diri. Jangan menyimpan rahsia yang jika terbocor boleh meretak hubungan rumah tangga. Di sinilah nilai kejujuran satu hubungan yang jujur & ikhlas.
11. Bersabarlah dalam banyak perkara jangan sampai bila berlaku perselisihan pendapat/perbalahan ianya dipanjang-panjangkan. Jika keadaan teramat kronik mintalah panduan daripada Allah Nan Esa jangan cari orang ketiga yang belum tentu memahami masalah kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan