AMPANG - Polis semalam mendapat perintah untuk menahan reman selama empat hari bermula semalam terhadap pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, bagi membantu pihak berkuasa itu menjalankan siasatan berhubung kes mencederakan isterinya, Julia Daud, 28.
Majistret Wan Karimah Wan Wan Abd. Ghani mengeluarkan perintah tersebut bagi membolehkan Badrul membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan 324 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan cedera terhadap Julia 24 Mac lalu.
Beliau tiba di Mahkamah Majistret Ampang dengan menaiki trak polis pada pukul 9.25 pagi bersama beberapa tahanan lain dengan memakai baju T dan berseluar pendek manakala tangannya pula bergari.
Badrul sebelum itu telah memaki hamun jurugambar dan juga wartawan Kosmo! kerana bengang apabila gambarnya dirakamkan ketika turun dari trak polis.
Antara kata-kata cercaan itu termasuk puk**** kau, Ba**, si**, serta ugutan 'berani kau ambil gambar aku'.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
'berani kau ambil gambar aku'
BalasPadamaikkkk...hahahaha apa2 enth
loor perangai ... baik le sangat tuuu
BalasPadam.::Sdr WaNiE::.
BalasPadamSebenarnya semua kita akan malu jika dalam suasana ini.
Sdr Jijahh:
Agar penghakiman akan dijalankan sebaiknya, kita orang luar tak pasti apa puncanya. Cumanya memukul isteri sebaiknya ikutlah cara Rasulullah.