Translate

Tajaan

Selasa, 20 April 2010

Dasar Pandang Ke Timur perlu disemak - PM


Najib Tun Razak berjabat tangan dengan rakan sejawatannya, Dr. Yukio Hatoyama pada majlis kunjungan hormat di Rumah Kerajaan di Tokyo, semalam. Turut sama Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Perdana Menteri Jepun, Miyuki Hatoyama. – Bernama


TOKYO 19 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masanya sudah tiba untuk Dasar Pandang Ke Timur yang bermula 28 tahun lalu disemak semula dengan memperkenalkan usaha baru yang menepati keperluan dan kepentingan semasa serta masa depan Malaysia-Jepun.

Walaupun Perdana Menteri mengakui jasa besar dasar itu antara teras hubungan dua hala selain manfaat kepada lebih 15,000 rakyat Malaysia, kedua-dua negara perlu tampil dengan formula baru untuk terus bergerak ke hadapan.

"Kita akan melihat pakatan strategik dalam bidang-bidang teknologi baru seperti alam sekitar, industri hijau, nano serta sektor komunikasi," kata beliau pada majlis jamuan rasmi anjuran rakan sejawatannya dari Jepun, Dr. Yukio Hatoyama sempena lawatan beliau di sini hari ini.

Jamuan itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Hatoyama, Miyuki; Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; serta Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som.

Pandangan Najib mengenai keperluan dasar itu disemak semula turut dipersetujui Hatoyama dengan kedua-dua pihak mengakui hubungan Malaysia-Jepun kini memasuki fasa baru yang menekankan kepentingan meningkatkan perkongsian sumber dan kepakaran.

Menurut Najib, Malaysia sangat menghargai kerjasama ekonomi Jepun yang terus berkembang sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 50 tahun lalu.

Namun, beliau berpendapat walaupun banyak kejayaan yang telah dicapai, potensi untuk berkembang masih terbuka luas khususnya dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) serta Iskandar Malaysia untuk Jepun menggandakan nilai pelaburan.

Perdana Menteri berkata, walaupun kemelesetan ekonomi dunia memberi kesan kepada penurunan nilai perdagangan dua hala, keadaan itu dijangka berubah kepada lebih baik bermula tahun ini.

Untuk rekod, nilai perdagangan Malaysia-Jepun susut daripada RM136 bilion pada 2008 kepada RM108.7 bilion tahun lalu.

2 ulasan:

  1. btul gak..
    maybe basic nya masih sama, mnjadikan jepun sbgai model rujukan..
    go2!!

    BalasPadam
  2. ya2
    curi byk2 ilmu agar bole majukan negara =D

    BalasPadam