Translate

Tajaan

Selasa, 27 September 2011

‘HAK SUAMI KE ATAS DUIT ISTERI’

Assalamu’alaikum Ustaz,

Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. Jadi, adakah maknanya di sini saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami? Sebab ada rakan lelaki saya berkata duit isteri pun, perlu mintak kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab. Terima kasih.

JAWAPAN:

Wa’alaikumussalaam Warohmatullah

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian.

Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumah tangga... susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia.

Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya di rumah suami, menjaga rumah tangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca al- Qur’an, khatamkan al-Qur’an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.

Saya menolak pendapat “ustaz” kursus rumah tangga itu yang berkata duit isteri… isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban kewangan.

1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumah tangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumah tangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.

Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu. Muafakatlah kerana ia membawa berkat.

Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.

Wallaahu a’lam.
Syukran.
UnzhurMaa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
AlHaqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
AbdulManaf Bin Abdul Gani

Gelenggang:

Ramai rakan saya yang sejak awal kahwin telah sepakat mengumpulkan pendapatan (gaji) bersama sabagai belanja rumah tangga. Wang berlebih mereka buat akaun bersama atau; bahagi sama rata untuk menabung buat keluarga.

Pasangan ini saya lihat aman bahagia; malahan rezeki mereka melimpah ruah hinggakan pernah terbit dia akhbar ayah, ibu & anak mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hasil sikap bersyukur mereka ata rezeki yang turun ke hadrat keluarga mereka.

Pasangan yang mengasingkan pendapatan atau gaji jadi hak masing-masing sering berlalu perbalahan; selalunya masing-masing menuding ini hak atau tanggungjawab pasangan hinggakan tak dapat nikmat bahagia. Di akhir hayat menderita dengan ego masing-masing selalunya pasti ada pasangan yang akan si ayah@bapa.. papa kedana si ibu@emak berlagak kaya raya mengumpul dan... akibat mengikut pendapat Ustaz yang keliru lagi mengelirukan ini... bak kata Ustaz di atas.

5 ulasan:

  1. Saya sering berpesan dengan anak-anak; terutama Afiz yang telah berumah tangga; duit gaji elok dikumpul & jadikan pendapatan bersama. Jangan asingkan gaji; biar pun terkadang isteri lebih gajinya daripada suami.

    Jangan nanti bila telah tua; isteri menjadi orang kaya; suami tak punya apa. Atau sebaliknya. Sedangkan kehidupan berumah tangga tidak pernah begitu. Sebab itu agama meletakkan semua harta semasa berumah tangga adalah milik bersama; kecuali duit simpanan KWSP yang kini diwartakan harta pusaka pasangan kita.

    BalasPadam
  2. Suami sy sering menyuruh sy membayar hutang dia.dan pembayaran pengasuh serta susu dan pampers saya yang tanggung. Sebelum kahwin keluarga sy ada tanya suami kalau sudah kahwin mcm mana sy nak bayar hutang ptptn dan suami kata lepas kahwin sy akan bayar.skrg ni terbalik plak sy bayar hutang dia dan hutang sy makin lama makin meningkat dan tak pernah berbayar.sy nak bagi duit kat mak sy pun terpaksa sembunyi alasan sy tak wajib bagi duit dekat mak sy klau suami tak izinkan.skrg sy sgt tertekan sbb hutang sy makin byk dan anak sume sy tanggung campur hutang dia skali.baju jgn kan nak beli tuk sy.adakah wajar sy minta fasakh?minta pandangan ustaz.

    BalasPadam
  3. Sekadar pandangan peribadi; emm saya bukan ustaz, kita ni sama saja ada masalah keluarga yang perlu di kaunselingkan...

    Biasanya di mana jua Jabatan Agama negeri tak akan terus terima faskh; ianya perlu proses kaunseling jika isteri mengadu. Ianya memang wajar diadukan jika memang telah tiada penyudah...sebab dalam masalah adik ni saya lihat ada tak kena di pihak suami. Suami sememangnya tiada hak atas duit gaji isteri. Jika ada hak maknanya tak kasi duit pendapat kepada suami akan berdosa. Tetapi jika membantu suami akan berganda-gandalah pahalanya. Itu sebab tiada ditetapkan hak siapa wang gaji atau pencarian isteri; yang jelas ianya terpulang kepada isteri meladeni rezeki ini.

    Dalam isu pahala ni biarlah berpatutan; jika sampai dibebani hutang & dah jadi terbalik suami yang jadi pisau cukur ini amat tak adil.

    Bagi saya duit pencarian bersama biarlah diagihkan bersama secara saksama. Jangan sampai suami atau isteri ada yang makan hati. Seperti sering berlaku isteri bergaji besar, berkereta mewah berulang alik pergi kerja. Sang suami sara semua sampai pencen naik kapcai uzur berulang kerja. Naif sangat. Bila hari tua semua harta berlonggok kepada isteri. Suami bersara dengan serba serbi tak ada. Isteri kaya raya bila suami meninggal dunia berkejarlah sang lelaki di luar sana mengejar janda kaya.

    Kes adik lain pula, ibu adik biarpun di segi hukum bukan lagi jadi tanggungjawab adik. Jika tanggungjawab itu jatuh kepada adik; tak dilakukan dah pasti berdosa. Anak lelaki diamanahkan menjaga ibu ayah yang tua. Dalam kes begini amatlah besarnya pahala jika suami mengizinkan isteri membantu keluarga mereka ibu yang telah tua perlukan perhatian anak-anak. Apatah jika tak ada anak lelaki, ada pun tak mampu menjaga ibu bapa. Ibu bapa mentua itu ibu sang suami juga bila telah diijab kabul.

    Islam itu indah adil dan membahagiakan. Nikah ikut cara Islam maka carilah jalan baik secara Islam. Jika mampu berbincang dengan suami bincanglah. Jika tak mampu carilah orang tengah. Sebaiknya ada dua pihak sebelah adik juga sebelah suami adik dapat membantu adik. Jika tak dapat berubah suami; barulah libatkan Jabatan Agama Islam kita. Proses Jabatan Agama Islam ini amat rumit dan memakan masa.

    Banyakkan bersabar & rajin solat malam solat hajat minta Allah SWT membantu adik. Derita rumah tangga ini memang amat parah.

    BalasPadam