Pengenalan
Glukosa atau gula
|
Insulin
|
Kencing
manis
Berbeza dengan orang yang sihat, seorang pesakit kencing manis akan mengalami
dua jenis keadaan iaitu:
kekurangan
insulin.
|
|
insulin
resistance.
|
Bagaimana ia bermula ?
Diabetes mungkin atau mungkin tidak disebabkan oleh
keturunan. Bagaimanapun ada beberapa keadaan di mana penyakit ini lebih mudah
menyerang, seperti berat badan berlebihan, cara hidup yang tidak sihat,
mengandung dan sebagainya.
Jenis-jenis
kencing manis
Ada dua jenis
kencing manis iaitu:
Type I
|
Type II
|
Perbezaan
secara ringkas kedua-dua jenis ini adalah seperti di dalam carta di
bawah :
Type I (IDDM) | Type II (NIDDM) |
Bermula pada usia muda, sehingga lebih kurang 16 tahun | Bermula lewat, selalunya melebihi 35 tahun |
Bermula dengan cepat bila pengeluaran insulin dari pankreas berhenti | Bermula secara perlahan-lahan (kronik) |
Bukan secara keturunan. Mungkin disebabkan jangkitan | Penyakit keturunan |
Pesakit tidak semestinya gemuk | Selalunya pesakit adalah orang yang gemuk |
Memerlukan suntikan insulin di samping penjagaan diet | Memerlukan ubat jenis makan dan juga penjagaan diet. Sekiranya ubat tidak lagi berkesan, insulin diperlukan |
Tanda-tanda
Ada pesakit kencing manis yang tidak merasa
tanda-tanda. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:
selalu kencing, terutamanya waktu malam.
|
|
dahaga yang keterlaluan.
|
|
lapar, oleh itu selera makan naik.
|
|
penurunan berat badan walaupun ada peningkatan
selera makan.
|
|
rasa lemah badan.
|
|
pening dan muntah.
|
|
luka lambat sembuh.
|
|
mudak terkena jangkitan kulit.
|
|
kebas kaki dan tangan.
|
|
pemandangan menjadi kabur.
|
Bolehkah ia disembuhkan ?
Tidak. Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap,
pengambilan ubat secara teratur akan membolehkan komplikasi yang sering berlaku
seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau
dilambatkan.
Mengandung
Selain daripada jenis-jenis di atas, orang yang
mengandung juga boleh mengalami kencing manis (gestational diabetic). Selalunya
ia bersifat sementara sahaja dan akan hilang bila anak dilahirkan. Ibu-ibu yang
mengalami kencing manis jenis ini hendaklah menjaga pemakanan mereka. Ada juga
yang memerlukan pengambilan insulin.
Komplikasi-komplikasi
akibat sakit kencing manis
Sekiranya tidak ditangani dengan betul, kencing
manis boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih teruk lagi. Masalah-masalah
ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan, oleh itu pemeriksaan berjadual
adalah sangat-sangat digalakkan.
hyperglycaemia.
Sila lihat di bawah.
|
|
penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung,
stroke dan kerosakan buah pinggang.
|
|
masalah mata seperti menjadi buta, cataracts
dsb.
|
|
luka menjadi lambat sembuh dan boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di
bahagian (selalunya) jari kaki dan kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu
dipotong.
|
|
Jangkitan kuman senang berlaku. Bagi wanita selalu berlaku jangkitan
pada alat sulit.
|
|
Kebas kerana kerosakan pada saraf.
|
Apa yang harus
dilakukan sekiranya pesakit didapati menghidap penyakit ini ?
Pengambilan ubat-ubatan. Sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil apa-apa
ubat:
|
Ubat-ubatan konvensional : Ubat yang ada dipasaran adalah seperti Amaryl, Avandia, Daonil (glibenclamide), metformin (Glucophage), acarbose, Diamicron dsb. Jenama yang lebih baru seperti Diamicron, Amaryl dan Avandia adalah lebih berkesan. Kami tidak akan menghuraikan secara detail ubat-ubat ini. Setiap pesakit perlu membuat pemeriksaan sebelum mula mengambil ubat-ubatan tersebut. Sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau ahli farmasi yang berhampiran pesakit berkenaan ubat-ubat ini.Insulin. Insulin selalunya digunakan oleh pesakit Type I. Pesakit Type II juga ada yang menggunakan insulin sekiranya ubat-ubatan yang diambil tidak lagi berkesan. Insulin hanya ada dalam bentuk suntikan kerana ia dicerna oleh sistem perhadaman kira sekiranya di ambil melalui mulut. Ada 3 jenis insulin utama iaitu short-acting, medium acting dan long acting. Setiap individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari.
Makanan tambahan dan herba
|
Antara makanan tambahan yang boleh dicuba ialah seperti yang dinyatakan di bawah. Bagaimanapun adalah penting untuk pesakit sentiasa mengawasi dan memeriksa kandungan gula di dalam darah mereka. Ubat biasa pula tidak boleh diberhentikan secara mendadak semasa mengambil herba-herba ini.Persediaan herba seperti peria katak dsb. Ramai pelanggan kami yang menggunakannya dan mendapati herba-herba ini membantu mengawal kadar gula dalam darah mereka, sehinggakan ada di antara mereka yang tidak lagi perlu mengambil ubat biasa.Gymnema. Herba ini sangat bagus sebagai 'penapis' gula. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan ia seperti Chitosan yang menapis lemak. Ambil herba ini (ada dalam bentuk teh) sebelum pengambilan makanan bergula dan gula tidak diserap dalam badan. Boleh didapati dikebanyakan farmasi.Chromium. Chromium memainkan peranan penting dalam glucose tolerance factor (GTF). Pesakit juga boleh mengambil brewers yeast yang banyak mengandungi chromium.Pesakit diabetik menghadapi risiko kerosakan saraf seperti kerosakan saraf mata. Ambil vitamin yang baik untuk saraf terutamanya B1, B6 dan B12.
Pemakanan harian yang lain
Pengawalan pemakanan adalah perkara penting dalam
pengendalian kencing manis. Pesakit perlulah:
|
Senaman
|
Senaman yang kerap dan berterusan selama lebih kurang 30 minit tiga atau empat kali seminggu boleh membantu pesakit kencing manis. Lagipun, pesakit yang mempunyai berat badan yang tinggi boleh menurunkan berat badan mereka dengan senaman yang teratur. Bagaimanpun, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pesakit terlebih dahulu, terutamanya kepada pesakit Type I, yang mungkin perlu menukarkan dos pengambilan insulin harian mereka.
Penjagaan
diri
|
Pemerhatian
kandungan gula di dalam darah
Pesakit
kencing manis perlu sentiasa membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam
darah mereka. Ini dapat dilakukan di klinik, farmasi (RM 5.00 sekali check)
ataupun dirumah. Bagaimanapun anda perlu membeli alatnya terlebih dahulu.
Sila rujuk kepada carta kandungan gula yang ideal seperti di bawah ini.
|
Selain daripada memeriksa kandungan gula di dalam darah, anda juga boleh membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam air kencing. Bagaimanapun ia tidaklah setepat ujian darah.
Masa ujian dibuat | Tahap ideal (darah) | Tahap baik (darah) |
Berpuasa - contohnya pagi sebelum sarapan | 3.5 – 5.5mmol/l | 4.4 – 6.7mmol/l |
2 – 4 jam selepas makan | 5.5 – 6.7mmol/l | 6.7 – 7.8mmol/l |
Untuk menukar mmol/l ke mg/dl gunakan formula di bawah:18.01 x mmol = mg/dlPesakit kencing manis yang tidak mengambil ubat mempunyai bacaan gula melebihi 11mmol/l semasa waktu berpuasa.
Perkara-perkara berkaitan dengan
kencing manis
Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)
Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock".Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila:
berlakunya pertambahan dalam aktivit yang berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin.
pesakit makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal.
terlebih ambil insulin.
lambat atau tidak makan.
mengambil alkohol berlebihan.
Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta. Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah. Antara tanda-tandanya ialah:
berpeluh (sejuk).
tangan menggeletar (trembling).
rasa lapar.
penat.
pening.
degupan jantung bertambah.
rasa keliru (confused) dan 'moody'.
Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera.
Hyperglycaemia (Hyper = tinggi, glyc = glukosa atau
gula, aemia = darah)
Kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi daripada normal kerana beberapa sebab, antaranya:
tidak mengambil ubat atau insulin seperti sepatutnya.
makan berlebihan.
kurang bersenam.
tidak merasa sihat (seperti demam, perubahan hormon, dsb).
Bila ini berlaku, pesakit akan merasa:
dahaga yang sangat kuat.
lapar yang datang tiba-tiba.
selalu kencing, lebih-lebih lagi waktu malam.
lemah badan.
turun berat badan.
penglihatan kabur.
jangkitan kulit mudah berlaku.
kulit kering.
rasa kebas-kebas atau sakit pada kaki atau tangan.
Diabetic ketoacidosis
Sekiranya kawalan gula badan pesakit tidak baik, sel-sel badan tidak boleh lagi menggunakan glukosa dari dalam darah. Bila ini berlaku, sel-sel lemak (fat cells) akan dipecahkan oleh badan pesakit sebagai sumber tenaga pesakit.Dalam proses pemecahan lemak ini, ketone akan dikeluarkan terutamanya di dalam air kencing. Bila ini berterusan, pesakit akan merasa:
kencing yang sangat kerap.
dahaga yang sangat kuat.
pening kepala, muntah dan sakit perut.
pernafasan yang dalam. Nafas pesakit berbau seperti buah-buahan (bau ketone).
kekeliruan berlaku (confusion).
Sekiranya tidak dirawat, ketone akan berkumpul dan menjadi tinggi kandungannya. Darah akan menjadi asid dan ini merosakkan tisu-tisu badan. Kematian boleh berlaku. Silalah dapatkan rawatan segera sekiranya pesakit merasa 'tidak sedap badan'.
Insulin
Resistance (IR)
IR bermakna respons biology yang menurun terhadap insulin yang ada di dalam darah.Akibatnya :
sel-sel otot dan sel-sel lemak tidak berupaya menggunakan glukosa.
hati (liver) pula akan menambah pengeluaran glukosa yang mengakibatkan kencing manis.
Bila berlakunya IR, badan akan mula menambah pengeluaran insulin dari pankreas. Akhirnya pankreas tidak lagi berupaya mengeluarkan insulin yang cukup. Dengan itu glukosa tidak akan dapat di”metabolisma”kan dengan betul. Kesudahannya kandungan gula (glukosa) dalam darah akan sentiasa tinggi.Insulin juga mengawal kandungan Free Fatty Acid (FFA) dalam darah. Bila kandungan insulin tidak menentu, kandungan FFA juga bertukar. Selalunya pesakit kencing manis mempunyai kandungan FFA yang tinggi. Kandungan FFA yang tinggi pula mengakibatkan hati (liver) mengeluarkan lebih banyak glukosa.Dua faktor utama penyebab IR, yang menyebabkan kencing manis.
faktor genetik.
faktor persekitaran :
bermula sejak lahir, seperti berat badan semasa lahir yang rendah, dan pemakanan yang tidak baik
bermula lewat, seperti cara hidup yang tidak aktif, pemakanan yang buruk (kalori tinggi, banyak lemak, dsb), dan juga proses biasa penuaan.
Puasa
Pesakit kencing manis yang tidak teruk boleh berpuasa seperti biasa. Sedikit
penyesuaian mungkin diperlukan. Sila rujuk dengan doktor anda sekiranya anda
rasa anda perlu menukar cara pemakanan anda. Di bawah ini adalah contoh
kehidupan seharian pesakit kencing manis semasa bulan Ramadan.
Masa | Perkara |
Sahur | 1 - Makan ubat |
2 - Makan sahur | |
Buka puasa | 1 - Buka puasa dengan mengambil makanan atau minuman |
2 - Makan ubat | |
3 - Solat maghrib | |
4 - Makanan berat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan