Translate

Tajaan

Khamis, 23 Oktober 2014

Goji

BERIKUT ADALAH BEBERAPA TESTIMONIAL DARI BEBERAPA ORANG YANG SUDAH MENGKONSUMSI BUAH GOJI :
Testimoni Goji
Berikut adalah cerita-cerita daripada beberapa penduduk tetap di Ningxia;

Dalam keheningan pagi, Dr Shengyuan Lei telah selesai membuat perjalanan hariannya sepanjang tiga-batu. Kemudiannya beliau akan menghabiskan satu jam untuk bertafakur dan yoga sebelum beliau berjumpa dengan pesakit-pesakitnya. Dr Lei berusia 103 tahun ! Ini amat luar biasa tetapi usia Dr Lei yang sebegitu bukanlah di luar kebiasaan. Ramai penduduk di Bandar itu hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. Mereka mempercayai memakan buah Goji setiap hari merupakan satu-satunya faktor utama yang membuatkan mereka luar biasa sihat dan panjang usia.

Ma Wangshi berusia 121 tahun . Beliau gemar berkebun setiap hari dan lebih suka menaiki anak tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak lelaki yang bersamanya ini merupakan cicit-cicit-cucu beliau! Ma suka memakan buah Goji sejak dari kanak-kanak lagi. Beliau boleh mengingati lagi saat pertama kalinya perayaan buah Goji diadakan di kampungnya yang kecil, setelah 100 tahun lalu! Ma akan membawa cucunya ke perayaan buah Goji pada tahun hadapan..

Hongzhang dan isterinya berusia 110 tahun . Penglihatan mereka masih tajam dan masih mempunyai semua gigi, mereka juga tidak pernah sakit sejak bertahun-tahun. Salah satu aktiviti kegemaran mereka ialah pergi ke pasar. Mereka berdua memakan buah Goji setiap hari. Wan Hongzhang menjual buah Goji yang kering kepada peniaga tempatan. Serbuk Goji beliau dikenali kerana berkualiti luar biasa. Beliau memaklumkan rahsia serbuk Gojinya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.


___________________________________________________________

Testimoni Goji

Pn Siti Rokiah, Seri Kembangan Selangor.

Setelah mengamalkan minum selama sebulan, masalah gastrik saya mulai berkurangan. Saya juga dapat berpuasa dalam bulan Ramadan dengan lebih cergas dan sihat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja semenjak mengamalkan goji ini masalah angin dalam badan saya juga berkurangan. Goji ini memang baik untuk buang angin dalam badan. Suami dan anak-anak saya juga gemar makan goji ini.


Mohd Azrul, Seremban Negeri Sembilan.

Sejak kecil lagi saya mempunyai masalah kembong perut dan pening kepala. Emak selalu sapukan minyak dan beli berbagai ubat untuk saya. Tapi tak hilang juga. Melalui maklumat dalam Mingguan Wanita, mak belikan saya Goji. Saya minumnya setiap hari. Dalam tempoh dua minggu sahaja saya rasa perut saya lebih selesa dan kepala pun rasa lebih ringan.. Terima kasih mak kerana belikan saya Goji.


Pn Dazanah Binti Sahat, Sri Gombak Selangor.

Saya seorang surirumah . Masalah saya ialah saya sering rasa kebas kaki dan tangan, sengal dan sakit di bahagian sendi. Saya sering berasa letih dan tidak bertenaga. Pada mulanya apabila En Azman mengesyorkan agar saya amal minum Goji setiap hari, saya tidak begitu yakin. Tetapi saya beli goji untuk mencuba. Setelah minum Goji ini saya rasa lebih bertenaga dan ceria. Sengal-sengal dan sakit-sakit badan juga beransur kurang. Saya akan terus mengamalkan Goji.


Pn Saripah Abd Muthalif, Johor Bahru Johor .

Masalah saya ialah saya sering tak dapat tidur malam. Kalau tertidur pun apabila terjaga di tengah malam saya sukar untuk tidur semula. Alhamdullillah, semenjak minum Goji tidur saya nyenyak sampai pagi. Badan pun lebih bertenaga dan tidak letih lagi. Saya ingin mengesyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah tidur malam..cepat dapatkan Goji.


Pn Hadijah Abdul Hamid, Gombak Indah Batu Caves

Saya berusia 60-an. Saya mengidap penyakit lemah jantung dan kencing manis selama lebih 10 tahun. Kaki kiri saya luka dan bertanda hitam. Di bahagian bawah telapak kaki pula bernanah dan sering keluar darah. Saya mula minum Goji pada pertengahan bulan September 2000. Sebelum saya minum Goji ini saya telah mencuba berbagai rawatan dan ubatan tetapi tidak berhasil malah semakin teruk. Mungkin kerana penyakit saya sudah lama. Pada peringkat mula saya tidak yakin dengan goji ini. Hati saya ingat nak baik dan cepat sembuh. Saya pun cubalah. Masuk saja bulan ke-dua, Alhamdulillah dapat dilihat perubahan yang ketara sekali. Tiada lagi kebas dan letih akibat menahan sakit. Kaki saya juga bertambah baik dari sehari ke sehari.


En Sahat Bidin, Rasa Selangor.

Berusia 50-an. Mengidap penyakit kencing manis dan badan sering letih-letih. Setelah minum 4-5 hari saya kerap buang air kecil dan badan saya bertambah letih. Saya tanya En Azman mengapa begitu tetapi beliau menasihati saya agar terus minum. Katanya itu semua adalah kerana krisis pemulihan. Saya minum tiap-tiap hari dan bawa ke mana saja saya pergi. Berat badan pun turun sikit. Kini saya bertambah sihat dan masalah kencing manis pun semakin sembuh.


En Alias Bin Ngah, Kuala Terengganu

Saya telah 2 tahun mengamalkan minum Goji. Alhamdulillah dalam usia saya 48 tahun saya tak ada apa-apa penyakit dan sentiasa sihat dan bertenaga. Rahsia saya itulah minum Goji selalu..


En Ragu Bin Marof, Felda Tunggal Kota Tinggi Johor.

Saya mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, sakit kepala dan leher. Semenjak mengamalkan minum Goji setiap hari dalam tempoh kurang dari tiga bulan sakit kepala dan leher saya hilang. Badan pun dah susut dan perut pun dah kempis. Saya rasa benar-benar sihat sekarang. Cubalah Goji .


En Nah Chim Poh, Simpang Rengam Johor.

Setelah disyorkan oleh seorang kawan yang Goji dapat menghilangkan keletihan dan kelesuan saya pun cubalah. Setelah minumnya selama 3 minggu saya dapati ada perubahan pada diri saya. Saya sentiasa bersemangat, cergas dan penyakit lemah jantung saya pun bertambah baik. Saya amat puas hati dengan pemakanan goji ini. Kini saya bukan sahaja penggemar goji ini tetapi juga aktif memperkenalkan kepada kawan-kawan.


Allergy / ashma

My daughter, Brianna, is almost 8 years old. She has suffered from asthma and allergies from September to May since she was about a year old. She had to use inhalers, breathing treatments, and steroids. Often, in spite of those treatments, she would still need to go to the emergency room. This Fall,amazingly, after drinking goji faithfully each day, and with no treatments, she has not had any serious problems with her asthma and allergies! We are so

thankful for goji!


Barbie D., CA

My 8-year-old son and I began drinking goji about a year ago. We used to call him "Mr. Picky" about his food, not realizing it was food allergies that made him not want to eat. Since drinking goji, he has lost his food sensitivities, the dark circles under his eyes have disappeared, and he's eating everything at
last. And he is in a serious growth spurt that has shot him up about 3 inches over this past year of drinking goji. For my son alone, I could not ask for a better solution to health. Thank goodness for Goji!


Alex, Washington

Our three-year-old son Bradley was born with a congenital heart defect. He only had 3 chambers instead of the normal 4. The doctors told us he only had a 50% chance of survival. He underwent the first of his 5 open-heart surgery's before he was 24 hours old.

The last surgery he had, we were told that he would need to be in the hospital for 7-9 days. We spent 10 weeks with him in the hospital. After a few days of being home Bradley began to retain fluids and had difficulty breathing. We had to return to the hospital. They put 4 drainage tubes in him and started a
rigorous treatment of drugs. Bradley began to loose weight and had little to no energy; he wasn't a very happy little boy.

When we got him back home we decided to give goji a try, and as nothing else was helping Bradley; we felt we had nothing to lose.In two weeks we could see a big difference in his energy level. He was playing, running around, even playing outside and getting into trouble with the other kids, something he hadn't done much of before. His appetite is up and he doesn't get as tired in the evenings like he used too. He's up early in the morning, earlier than he normally was. His blood circulation is better; his color is better, he's pink and his lips aren't blue any more, he's a happy little boy now. I just like to see him with all this energy and acting like a normal little boy.He likes the taste of it and that helps him to drink it. When our package
arrived the other day, Bradley said," there's my juice". I never want to run out of this wonderful juice.


Jonas S., Missouri

My eleven-year-old son who is drinking goji is exhibiting remarkably more focus and concentration in his studies and his overall attitude is more pleasant. It is making being his mother a much easier task. I am incredibly happy that goji came my way. It is a gift to my life and my family.


Bekas Pesakit Darah Tinggi.

Dulu saya menderita penyakit darah tinggi dengan bacaan 180. Saya makan pelbagai ubat atas nasihat doktor. Apabila rakan saya Rosli memperkenalkan saya dengan GOJI, saya mencuba.Kali pertama saya makan, saya demam.Saya takut nak makan lagi tetapi rakan saya mengatakan bahawa itu adalah kesan permulaan untuk buang bisa-bisa dan toksik dalam badan.Saya makan kali kedua, saya sakit-sakit badan dan sendi. Saya cuba kali ketiga, alhamdulillah demam, sakit-sakit badan dan sendi saya telah hilang.

Hari itu juga saya pergi ke hospital untuk mengetahui tekanan darah saya.Doktor yang memeriksa saya terperanjat kerana bacaan tekanan darah saya telah turun kepada 120 sehingga dia bertanya kepada saya apa yang saya makan sehingga boleh menurunkan tekanan darah saya secara mendadak.Setelah itu saya percaya bahawa semua penyakit ada ubatnya melainkan mati dan buah GOJI adalah anugerah Allah Yang Maha Esa yang dapat menyembuhkan penyakit saya selama ini. Alhamdulillah, kini penyakit darah tinggi saya telah hilang dengan mengamalkan


Orang Kurang Upaya.

Kaki saya lumpuh kerana demam panas semasa kecil. Kini umur saya mencecah 50 tahun Saya memerlukan kekuatan tangan untuk menolak kerusi roda dan menggunakan tongkat ketika berjalan. Saya akan berasa cepat penat dan letih semasa pergi kerja dengan menunggang motosikal dari rumah saya di Taman Johan Setia, Klang hingga ke pejabat saya di Jabatan Penerbangan Awam, Putrajaya, begitu juga semasa pulang ke rumah.

Suatu hari, rakan saya Muslimin telah memperkenalkan kepada saya GOJI Dia kata goji ini bagus untuk kesihatan badan, melancarkan peredaran darah dan membuang toksik dalam badan. Tanpa berfikir panjang saya terus membeli. Malam itu juga, saya makan buat pertama kali Saya mengikut nasihat rakan saya iaitu makan sebelum tidur dengan air suam setengah cawan dan GOJI.

Apabila saya bangun dari tidur saya rasa badan saya begitu segar dan tiada rasa sakit-sakit badan yang selalu saya alami setiap kali bangun dari tidur.

Saya telah memperkenalkan goji ini kepada keluarga, saudara-mara, jiran, saudara mara dan rakan sepejabat saya Ramai yang telah merasai kehebatannya, anda bagaimana?. Adakah anda ingin diri anda sihat dan orang lain sihat? MOHAMAD AMIN OSMAN, TAMAN JOHAN SETIA, KLANG


Bekas Pesakit Buasir

Saya tidak malu untuk menceritakan perkara yang benar. Saya adalah bekas anggota tentera dan telah berkhidmat selama 23 tahun. Semasa dalam tentera, pelbagai tekanan yang saya alami dari segi mental dan fizikal.Selama 23 tahun itu jugalah saya menderita penyakit buasir.Setiap kali saya ingin membuang air besar, usus saya akan terkeluar dan saya terpaksa menolak kembali usus itu ke tempat asalnya semasa membersihkannya.

Suatu hari, rakan saya Rosli telah memperkenalkan GOJI kepada saya. Pada mulanya saya tak percaya, tetapi apabila dinasihatkan untuk mencuba, saya mengalah. Kali pertama saya makan, saya pening kepala. Saya tidak dapat tidur kerana kepala saya berdenyut-denyut. 2 hingga 3 jam selepas itu barulah saya dapat tidur.

Keesokan harinya, seperti biasa apabila saya bangun dari tidur, saya akan membuang air besar. Sungguh hebat, usus saya tidak keluar lagi, kemut saya telah ditutup dan berak saya lancar.

Hanya dengan GOJI, penderitaan saya selama ini telah hilang. GOJI BETUL-BETUL POWER.

Nasihat saya, apalah guna wang yang banyak jika sakit. Bolehkah kita melaburkan sedikit wang untuk kesihatan diri kita sendiri. Kita berikhtiar, tuhan juga yang menentukan.


Bekas Pesakit Batu Karang.

Telah lama saya menderita penyakit batu karang di saluran pundi kencing. Penyakit ini menyebabkan saya susah untuk membuang air kecil. Setiap kali membuang air kecil, saya terpaksa meneran bagi memastikan air kencing saya lawas. Kadang-kadang saya mengambil masa begitu lama didalam tandas sehingga saya berasa sakit dan darah menitis keluar dari kemaluan saya.

Saya telah berjumpa dengan doktor tetapi malangnya doktor itu tidak dapat mengesan kedudukan batu karang tersebut walaupun menggunakan "cityscan".

Encik Rosli telah memperkenalkan GOJI kepada saya dan saya telah mencubanya.Saya terkejut apabila keluar ketulan-ketulan halus daripada kemaluan ketika saya membuang air kecil setelah saya sekali makan GOJI sahaja. Sekarang saya tidak ada lagi masalah untuk membuang air kecil. Penyakit saya telah hilang sama sekali. Saya tahu produk ini baik untuk diri saya dan orang lain. Saya bukan saja mahu diri saya sihat malah orang lain sihat juga


Bekas Pesakit 3 dalam 1.

Saya telah lama menghidap penyakit iaitu darah tinggi, kencing manis dan gaot.Pelbagai jenis ubat yang perlu saya makan atas nasihat doktor. Suatu hari, abang saya, Mahmod telah perkenalkan saya dengan GOJI Dia menasihatkan saya untuk minum GOJI dengan setengah gelas air suam sebelum tidur.

Kali pertama mencubanya, saya demam, muntah-muntah dan sakit seluruh badan sehingga saya terpaksa
mengambil cuti kerja selama 1 minggu. Selepas seminggu dan demam saya semakin pulih, saya cuba GOJI buat kali yang kedua. Demam dan sakit-sakit badan telah hilang.

Saya pergi hospital untuk memeriksa penyakit saya setelah kali ketiga saya mencuba. Doktor yang memeriksa saya terperanjat kerana penyakit darah tinggi, kencing manis dan gaot saya telah hilang sama sekali. Sungguh ajaib.

Saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan kesihatan sekali lagi Rasanya bagaikan mati hidup semula.

Kini saya tak perlu makan ubat doktor yang begitu banyak lagi.


Penyakit gout amat menyiksakan

Ia berlaku apabila terdapat lebihan urik asid dalam darah. Apabila diserang gout, pesakit akan merasa sakit dan sukar bergerak.

Saya pernah dinasihati untuk tidak lagi memakan bayam, makanan laut dan organ dalaman seperti hati, jantung dan limpa bagi mengawal gout. Saya juga pernah disaran untuk mengambil buah ceri yang banyak di kampung saya untuk mengawal penyakit itu.

Saya juga mengamalkan pemakanan GOJI sejak beberapa tahun lalu. Sudah lama gout tidak menyerang saya dan saya tidak pasti apakah buah ceri atau GOJI yang membebaskan saya daripada penyakit itu. Ahmad Razali, Rawang, Selangor.


LUMPUH SEBELAH BADAN

Saya lumpuh sebelah badan selama kira-kira 6 bulan, akibat serangan angin ahmar. Selama itu saya hanya duduk di rumah, makan minum, tanpa pergi bekerja. Pada satu hari seorang rakan memberikan saya Goji untuk dicuba. Pada hari kedua saya mengambil produk tersebut, badan saya mulai merasai kelainan: lebih bertenaga, saya sudah mulai ada rangsangan untuk menggerakkan sebelah anggota saya yang lumpuh itu. Setelah kali ke-5 saya memakannya, anggota saya yang lumpuh semakin mudah digerakkan.

Saya membeli lagi Goji dari rakan saya itu. Hari ini, setelah sebulan saya mengamalkan Goji, anggota yang lumpuh beransur pulih. Saya yakin masalah kesihatan saya akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi. Rakan-rakan yang melihat perkembangan saya, juga telah berminat membeli Goji. Ashraf Mohamad, Kulai, Johor


TENAGA DI USIA 50an

Pada usia menjangkau 50 tahun, saya mengalami masalah hubungi sex. Kemahuan, keinginan dan tenaga sex saya semakin berkurangan sejak sekian lama. Ini mungkin masalah kencing manis yang saya hidapi sejak setahun yang lalu. Mujur ada jiran sebelah rumah memberikan saya Goji untuk saya cuba dengan percuma. Pada mulanya saya kurang yakin, kerana beberapa jenis produk sepertinya telah saya ambil sebelum ini tetapi tidak berkesan.

Goji memang lain dari yang lain. Pertama kali saya mengambilnya, saya mengalami tindak balas iaitu sakit kepala. Keesokan harinya ia beransur pulih, tetapi saya merasakan kehadiran tenaga baru. Alat kelamin saya telah bangkit dari tidur lebih awal dari saya. Saya berasa lega. Hari ketiga, saya ambil Goji setelah solat isyak.

Malam itu, datang tenaga, kemahuan dan keinginan sex yang kuat. Dan saya berjaya melaksanakannya. Terlihat wajah keceriaan dan kepuasan di pihak isteri saya. Memang produk ini luarbiasa. Masalah kencing manis saya juga bertambah baik. Saya terus membeli kotak kedua untuk mengamalkan seterusnya. Mereka juga mempunyai masalah kesihatan. Abd Kadir Malek, Jeram, Selangor.

Penyair iDANRADZi.

Doktor bising sebab sy ada masalah berat badan yang melampau/obesiti. Sy memang kurang bersenam hatta pastilah masalah obesiti ini berlarutan. Doktor suruh kurangkan berat badan 6 kg sy naikkan jadi 8 kg. Mahunya doktor tak membebel. Masalah sakit kronik udah 10 tahun lebih sy deritai. Sy mengamalkan makan goji ini sejak awal kena sakit kronik ketika usia 40an. Sy dapat turunkan berat badan 12 kg dengan sentiasa makan goji; pagi & malam. Kolesterol dalam badan pun bersih.

Tak perlu beli di internet atau MLM terkena nanti mahal amat orang giler nak kaya jual. Di Kedai Ubat Sensei Cina dulu  500 gram sekitar RM15. Saiz biasa kualiti kecil buahnya. Sekarang sekitar tahun lalu bulan Disember 2016 udah naik sekitar RM20. Tak habis makan sebulan pun.

Tahu kan cara memakannya?.

Eloklah ambil jumpa ganjil. Rasulullah kan suka bilangan ganjil. Baca Bismillah & Selawat Nabi... berniatlah. Elok masukkan dalam Teh O atau Kopi O maklumlah makanan kering dari luar negara. Kut tercemar. Makanlah masa sarapan juga ketika makan malam.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan