Translate

Tajaan

Khamis, 21 Mei 2015

Perbandingan kereta api negara kita dengan negara orang … Bahagian 1

Dalam artikel terdahulu kita telah melawati negara orang dengan Google Maps, kita telah melihat kemudahan kereta api dan bagaimana rupa stesen di negara itu. Tak sangka ada beberapa penemuan yang begitu menakjubkan meskipun kita hanya mengembara secara maya. Macam tak percaya … Benar kata orang tua2 “jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman”. :-D

Sistem Pengangkutan Malaysia

Apa-apa gambar yang dipaparkan pada note duit kertas adalah merupakan lambang kepada sesebuah negara. Lihat di belakang note RM10 terpampang sistem pengangkutan kebanggaan negara kita yang sangat canggih. Kita patut berbangga … mmm, mmm, mmm. Tak sabar rasanya nak menunjukkan kehebatan negara kita di mata dunia. Tahukah dunia, kami mempunyai ini, kami mempunyai itu, ini, itu, ini, itu … bla, bla, bla …. only in Malaysia. Kami boleh, yes we can, yes! Kami boleh … only 1 Malaysia … :-)

Note@wang kertas RM10
Kita kata kita ada ini, ini, ini, ini, itu, itu … tapi benarkah ia hanya ada di negara kita? Pernahkah kita terfikir tentang negara orang? Bagaimana pula kemajuan di negara orang? Adakah mereka mundur? Adakah mereka ketinggalan? Adakah benar kita terlalu hebat? Adakah benar kita bangsa yang hebat? Negara kita adalah negara yang sedang membangun … betul tak? Adakah kita setanding dengan atau menghampiri negara2 membangun? ATAU kita hanya memukul tong yang kosong? Jom kita melancong ke negara orang secara maya dengan Google Maps, Youtube atau apa-apa servis berkaitan dan buktikan “Kita BOLEH!!!!”. :-?

Servis Komuter

Pada satu ketika pengguna komuter digembirakan dengan khabar di bawah:
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama)– Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperoleh 13 set tren baharu menjelang pertengahan tahun 2010 untuk perkhidmatan komuternya bagi menampung peningkatan pengguna perkhidmatan itu, kata Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Shahriza Embi.
Namun selepas tren yang dijanjikan itu tiba, lain pula ceritanya. Perkhidmatan yang diperkenalkan adalah ETS, servis bullet train gaya 1 Malaysia. Servis ETS bukan penambah baikkan untuk servis komuter, sebaliknya …
  • Adakah ia servis baru untuk menyelamatkan projek landasan berkembar (dengan kabel voltan atas) dari Rawang ke Ipoh supaya tidak menjadi projek gajah putih?
  • Adakah ia projek “kami boleh”, kereta api laju Malaysia yang pertama?
  • Jika itu tidak benar, adakah Kerajaan Malaysia hanya pandai membuat landasan kereta api dan stesen2 yang canggih sampai ke Padang Besar. Tetapi mereka lupa atau tidak tahu cara bagaimana untuk memperbaiki dan mengendalikan perkhidmatan kereta api di Malaysia?
Pengguna komuter terus dihukum dalam tin sardin yang telah expired. Mana janji-janji manis mu wahai KTMB … mana janji2 manis mu dahulu, jangan kata KTMB adalah penipu … tidak-tidak aku tak percaya. 8-O
Perasmian ETS dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, itu bermakna servis ETS secara rasmi berkaitan dengan kerajaan dan bukan ditentukan oleh pengurusan KTMB semata-mata. Apakah mereka sudah lupa tentang servis komuter? Mungkin benar kata orang bila usia sudah terlalu tua, daya ingatan semakin lemah dan sering menjadi pelupa.
Mereka terlalu ghairah dengan tren baru ETS untuk servis baru 160km/j.

tetapi … mereka telah melupakan … :-x

Kesesakan KTM Komuter yang kian parah dan membarah.

KTM Komuter dahulu kini dan selamanya? 3 koc sahaja. Kelajuan maksimum (komersial) : 120km/j. Kemudahan dalaman : kerusi. Bilangan penumpang : 400-450 orang. Jarak laluan : Rawang – Seremban (153 km). Tren : KTM Komuter Class 81, KTM Komuter Class 82, KTM Komuter Class 83. Bil. tren : 60. Stesen perhentian : 42 . Tarikh beroperasi : 3 Ogos 1995. Lebar trek : 1000mm (metric gauge), Sistem elektrik/voltan: 25 kV / 60 Hz.


Ini ruang dalam komuter KTM, kerusi kiri kanan, pic http://www.skyscrapercity.com

Ini reka bentuk dalaman kedua KTM Komuter, pic http://www.skyscrapercity.com

Satu lagi design layout kerusi KTM komuter, pic http://www.skyscrapercity.com

Koc wanita untuk wanita dan mereka2 yang ingin jadi wanita sahaja. :-)
Mmm, mmm … Bagaimana sistem komuter di negara maju dengan jarak yang hampir sama?
BANDINGKAN !!!! Servis komuter di Jepun. Servis komuter di Jepun ada macam2 jenis : Local, Rapid, Semi Rapid …
Sebagai contoh : Utsunomiya Line (宇都宮線), jarak : 159.9 km (laluan penuh) atau 106.1 (laluan tren), lebar trek : 1,067 mm (narrow gauge), Electrification : 1,500 V DC overhead catenary, Operating speed : 120 km/h, Stations : 33. Ambil satu contoh tren : E231-1000 series, bilangan koc : 10 atau 15 (termasuk koc hijau@kelas satu)

E231-1000 series suburban type train, pic Wikipedia

(green car@koc kelas satu, perhatikan koc ini adalah dua tingkat)

Kuiz : apakah perbezaan ketara berbanding KTM Komuter?

Satu lagi susun atur dalaman kerusi penumpang. Kuiz : apa yang anda nampak pada atas kepala kerusi tepi tingkap? bagaimana ini membantu semasa kesesakan?

Macam tak percaya komuter ini mempunyai tandas di dalamnya. Jarak perjalanan juga agak jauh seperti KTM Komuter dan ada laluan yang pendek dan ada laluan macam KTM antara bandar, namun ia tetap mempunyai tandas.

Kuiz : Apakah perbezaan ruang antara KTM komuter dan tren komuter Jepun ini?

Green car atau kelas satu, tingkat bawah. Kuiz : Bandingkan kualiti kerusi dengan kerusi kelas 1 atau kelas 2 KTM antara bandar dan juga ETS, apakah perbezaannya?

Kuiz : apakah perbezaan dari segi keselesaan jika dibandingkan dengan kerusi atau koc terbaik@termahal KTM pada masa dahulu, kini dan selamanya?
Tren komuter siri ini juga banyak digunakan dipelbagai laluan lain, misalnya : Jōban Line (常磐線) – 343.1km, Takasaki Line – 74.7km dan lain2.

E231 Takasaki Line

Siri yang setara denganya E231-xxx, E217, E331, E233, 321, … (banyak sangat model).

Tren komuter model E531

Tren komuter model E501

Tren komuter model E233

Ruang dalaman tren model E233
Bolehkah tren komuter KTM selebar ini …
… setanding dengan tren komuter selebar ini … apa masalahnya?
Rasanya seperti KTM Komuter adalah tren mini … hu, hu, hu ;-)
Pemandangan di belakang cab pemandu, tren model E231, rapid line Takasaki – Ueno, Jepun.

Tren2 model lama seperti 103, 205 dll masih digunakan tetapi ditukarkan ke laluan lain yang kurang sibuk.

Komentar

Aku tak nafikan bahawa, fenomena ini biasa dilihat di Jepun.

Menurut maklumat daripada beberapa sumber, video2 ini dirakam sekitar tahun 1991++ (link:http://www.youtube.com/watch?v=Lf8Ig2M3Zq0) dan kemudian disalin2 oleh banyak pihak berulang kali (video2 yang sama tetapi uploader berlainan dalam YouTube). Sekarang sudah 2011. Jika tak silap, sudah banyak tren baru diperkenalkan mengantikan tren lama (wikipedia). Koc baru dan juga lebih panjang, kekerapan juga ditambah. Tapi cuba lihat video ini pula,

(Tokyo selepas bencana alam baru2 ini, keadaan lenggang sedikit, banyak servis dihentikan. Tetapi kalau di KL Sentral, kesesakan seperti ini sudah cukup untuk menyebabkan ramai yang tidak dapat menaiki tren komuter)

Hibarigaoka Station – Tahun 2008.

Oimachi station, Keihin-Touhoku Line. Tahun 2010. Waktu puncak.

Ini tak tahu bila, tetapi uploader(mimizone) upload video pada 2010.

Uploader rakam video ini pada 11 November 2010 di Stesen Kita Senju, waktu puncak (sibuk) sebelah pagi bandaraya Tokyo. Keadaan tidak lagi seperti tahun awal 90an.

Tren komuter di Takasaki Line, 10/15 koc.
Adakah sama servis komuter KTM 3 koc, ruang dalam yang sempit dengan kekerapan minimum 30 – 45 minit jika dibandingkan dengan servis komuter orang 10 – 15 koc dengan ruang dalam yang luas dan kekerapan di waktu puncak sehingga 4 kali sejam (15 minit).
Tak faham? Bagaimana jika tren komuter mereka 10-15 koc mengantikan tempat komuter 3 koc KTM sekarang di KL Sentral, adakah anda dapat melihat perbezaannya? Sudah tentu tidak sesardin seperti sekarang, namun jika begitu jadinya dijangka permintaan kepada perkhidmatan komuter meningkat berkali ganda dan kesudahannya masalah yang sama akan berulang. Sebab itu perlunya penambah baikkan dari masa ke masa, bukan sekadar bersyukur apa yang ada, seadanya seperti ayam2 ternakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan