Servis LRT
AMPANG LINE LRT
Jarak laluan :27 km, lebar landasan : standard gauge?, 6 koc.
Kerusi besi, licin, boleh buat papan gelungsor semasa tren mendaki, menurun dan ambil kona. Kat luar nampak macam hebat tapi dalam design mundur, sangat2 mundur … tak macam tren pun. Design dunia ketiga? Kalau orang buat tren, faktor keselesaan, keselamatan, ruang, reabiliti, bla, bla … diambil kira. Tapi kita hanya mekap canggih dan gaya menjadi keutamaan. Idea sapa ni?
Saiz landasan : nampak macam standard gauge, tapi kenapa tren kurus tak cukup makan. Apa la seronok sangat buat LRT, Singapura buat MRT … bandingkan (di akhir bab Kelana Jaya Line) … mana lebih selesa?
Kelana Jaya Line
Bandingkan negara kita punya LRT dengan MRT Singapura di bawah.
Monorail
KL Monorail
Adakah monorel sebuah tren yang canggih dan moden? Bagusnya monorel ia lebih kerap, tapi yang tak bagus … ia sempit dan terlalu pendek. Hanya mampu bawa 80 penumpang itu dah kira sardin.
Tokyo juga mempunyai monorail, perbezaanya?
Apa yang negara kita cuba tonjolkan dalam menyediakan kemudahan awam? Adakah untuk tarikan pelancong asing? Pelancong dari negara mana? Mana2? Kalau dari negara2 maju, mereka tak hairan pun … malah mereka terkejut, kata mereka, mereka ingatkan negara ini negara maju … tetapi tak lah hebat mana pun, cuma indah khabar dari rupa.
Oleh itu pelancung yang sangat2 mengkagumi kecanggihan di negara kita adalah dari negara2 dunia ketiga seperti kita. Sebab itu banyak pelancong asing yang bekerja sambil melancong di negara ini. Sehingga pengguna tempatan terpaksa bersesak2 dengan pelancong2 asing ini. Kalau tak silap, ada pengguna tempatan yang nak pengsan dengan bau pelancong2 asing dalam tren sardin.
Pada satu petang, selepas hujan di stesen monorel Jalan Imbi, semasa nak turun tangga kedengaran pelancong asing negara barat merungut2 tentang stesen monorel kita. Katanya maksudnya lebih kurang begini … pengurusan monorel atau mereka2 yang design stesen monorel canggih ini tak reti atau terlalu bodoh … bahaya guna besi sebagai tanda jalan untuk pengguna cacat penglihatan. Tengok ni! bila hujan, lantai besi ini menjadi lincin … nak bagi orang mati jatuh tangga ke, dah la tangga itu tinggi?”.
Stesen nampak canggih seperti negara kita telah membangun, tetapi perkara2 asas tak lepas. Kemudahan yang selesa, selamat, boleh diharapkan, menepati waktu, sistem yang praktikal, servis boleh dan mudah dipelebarkan, dapat menampung pertambahan kapasiti pengguna untuk jangka masa yang lebih lama, bla, bla …. tiada dalam kamus pembangunan mereka. Selagi tiada kemalangan atau bilangan kemalangan adalah kes terpencil, selagi boleh dgunakan, maka tiada tindakan diperlukan. Adakah begitu?
Macam KTM komuter, sindrom yang sama dihidapi oleh LRT dan monorel, tren2 kita kurus tak cukup makan, adakah tren kita berdiet, tak makan gula kerana takut obesiti? Oleh itu tren kita semuanya kurus2 dan ruang dalam yang sempit.
Ini aku tak pasti, tetapi rasanya macam ada yang tak kena dengan saiz landasan LRT Putra@Kelana Jaya line dengan maklumat yang diberikan. Kata mereka, mereka guna standard gauge (1435mm@143.5cm@ 4 kaki 8 1/2 inci) tetapi kenapa nampak kecil seperti Cape gauge@narrow gauge (1067mm@3kaki 6inci). Malah ruang dalam tren LRT pula, ia sempit dan mungkin lebih sempit daripada KTM. Bagaimana pandangan anda ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan