Translate

Tajaan

Sabtu, 15 Disember 2012

Aziz Satar dan Isteri rujuk semula selepas 9 bulan bercerai

Rupanya pelakon Vateran yang terkenal di Zaman P.Ramlee iaitu Aziz Satar dah bercerai dengan isterinya 9 bulan yang lepas.Namun perceraian mereka tidak digembar-gemburkan..
Menurut Aziz Satar,dia telah menceraikan isterinya 3 Mac Lalu pada pukul 6.30 petang.
 Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham yang kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba tiba terkeluar lafaz “I cerai you talak satu”. 
Selepas lafaz cerai dilakukan, Aziz Satar ingin segera rujuk kembali dengan isterinya. Sayangnya oleh kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan dimasukkan ke Hospital Ampang, perkara tersebut telah tertangguh. Apa pun, Aziz Satar kini telah beransur sihat dan sedang dalam usaha untuk memujuk isterinya agar rujuk kembali.
Ye lah,sebenarnye dulu  perasan jugak, Aziz Satar nie bila dia bergurau ,"mengutuk" siterinya depan-depan.. rasa macam tak patut la..Isterinya cuma mampu tersengih je mendengar gurauan kasar Aziz..Masa tu  tengok dalam beberapa rancangan yang menampilkan Aziz Satar dan Isterinya dan beberapa kali jugak Aziz bergurau dengan cara memperlekehkan isterinya..Contoh masakan dia tak sedap sambil gelak-gelak..dan adalah yang lain-lain...Kadang-kadang bila bergurau tak sedar mengguris.. yang terguris mendengarnya..
Apapun,alhamdulillah nak rujuk balik.kata orang buang yang keruh ambil yang jernih..

Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.
“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya ketika dihubungi

AES amat Menyusahkan Pemandu.

Komen rakan kita di Internet

Aku dah ada 3 saman AES lampu isyarat  Jalan Ipoh, KL. Waktu kereta yang sibuk lancar jalan masa lampu hijau, tukar saja warna kuning terus kamera lip lap tangkap gambar. Gila ke hapa. Bukannya ada warna lain sebelum warna kuning. Takkan la nak terus brek KECEMASAN. Sama jugak jalan sebelum tol. Hadlaju sebelum 110km sebelum sampai tol terus turun 60km. Aku lepas minyak pun kereta masih lg 80 -100km. X kan semua kereta nak brek utk capai 60km tu. GILAA KE HAPA !!!

Kuning hati-hati berhenti! otu setahun aku jika kereta dibelakang rapat memang kan berlaku kemalangan jika buat brek kecemasan. Tak percaya cer cuba brek kecemasan setiap kali kena lampu kuning. Jangan tenguk cermin belakang nak malang lori memang tak akan brek punya.


Kes kedua ini memang menyulitkan sebab kereta belakang selalunya laju jika kita mahu TIBA-TIBA memandu 60 km/j depan tol sebab sebelumnya kebanyakan kereta memandu sekitar 100 km/j lebih di lebuh raya. Nama pun lebuh raya kecuali had laju lebuh raya tu cuma 70 km/j mudahlah nak turunkan kelajuan mendadak menjadi 60 km/j.

Sama keadaannya aku cuba memandu 60 km/j di HADAPAN keluar tol sebab memang ada kamera AES dipasang dalam jarak beberapa ratus meter;  kemudian baru ada tanda had laju 110 km/j. Maksudnya depan tol juga kena memandu 60 km/j sekitar 500 meter lebih kurang jika tidak patuh PASTI awak kena saman. Kereta buruk aku pun bila dah bayar tol rem minyak cepat saja dah lebih 60 km meternya.

Lebuh raya LEKAS sebagai contoh dari pintu utama  Kajang ke Seremban menghadapi masalah ini; ada sekitar 500 meter ke 1 km pemandu kena perlahan 60 km/j depan pintu tol. Yang ikut kelajuan 60 km/j tak sampai 20% bermakna 80% sah kena saman jika kamera AES ini di pasang. Biar pun jalan raya sebelum lebuh raya LEKAS hadlajunya cuma 80 km/j. 20% ini berisiko kena sondol belakang jika ikut lorong tengah atau kanan.

Selepas tol SETOL ke Senawang had laju cuma 80 km/j dua lorong pergi dua lorong balik ada sekitar  5 kamera AES dipasang satu tu untuk 60 km/j. Cer cuba ikut arahan had laju ini bawa 80 km/j dengan jalan sunyi dan banyak kejadian ROMPAK di sini. Memang ini amat menyiksakan. Kena saman atau kena rompak.

- Jika di lebuh raya yang had laju 110 km/j pun memang sering berlaku kemalangan dipasang AES aku amat setuju. Aku jenis pemandu yang jarang di lorong kanan sebab tak mampu menyaing kereta mewah bila aku bawa 110 km/j tak sampai 5 minit dah bertalu-talu orang main lampu dongak dari belakang.

Rabu, 12 Disember 2012

Wayang 3D memang menarik




Bila aku tenguk filem 3D di pawagam barulah aku perasan betapa hebatnya teknologi filem kini; menarik amat perkembangan multimedia terkini. Jika awak sekitar Alamanda Putrajaya bolehlah sesekali cuba tenguk filem dalam versi 3D. Hari Rabu cuma sekitar RM13 hari biasa lebih mahal pastinya sekitar RM15 ke RM18.

2. Memang itulah kadar menonton wayang zaman kini. Jika di pawagam Capsquare (TGV) atau KLCC (TGV) lagilah mahal. Sebab seingat aku jika menonton di Capsquare hari biasa bukan hari Rabu selalunya harga tiket sekitar RM14. Jika pergi berdua dah tentu akan lepas beli beras sepanjang sebulan. Jika fikir macam tu maka tak jejak kakilah ke pawagam.

3. Nak rasa GEMPAKnya menonton filem 3D di pawagam Alamanda (GSC) pastikan tempah tiketnya baris ketiga dari depan tau di belakangnya. JANGAN tdmpah tiket baris depan sekali dan baris kedua dari depan layar memang tidak selesa. Terpulanglah kepada awak nak duduk depan atau belakang tapi sy memilih duduk di hadapan sekali (baris ketiga) tak mahu ada gangguan penonton hadapan.

4. Berbeda di Capsquare; biarpun duduk di hadapan sekali tetap selesa. Aku perhatikan di pawagam Alamanda ada dua baris kerusi yang tak sepatutnya ada. Aku terpaksa tempah baris kedua dari depan sebab tak suka menonton dari sisi pawagam biarpun kerusinya sendeng sedikit mengadap layar. Jika ada penonton di baris hadapan emm minta maasflah. Aku tak jejak kaki lagi menonton di Mines itulah sebabnya tak selesa asyik diganggu pandangan oleh penonton di hadapan. Filem Live of Pi yang aku tonton baru ditayangkan sekitar dua minggu. Itu yang mungkin buat masih ramai penontonnya sampat nak penuh pawagam.

KETEGOR

Kuatkah anda dengan gangguan hantu atau syaitan. Sebab dalam dunia moden masih ada gangguan syaitan atau SAKA. Sana-sini pasti kita dengar masih ada dukun atau bomoh yang handal menghalau makhluk halus & sebarang ilmu hitam.

2. Aku berani cakap keujudan benda ghaib ini memang ada sebab aku sendiri berpengalaman menempuh. Sampai orang kta si iDAN itu telah gila tak siuman lagi meracau atau mengembara tak tahu arah tujuan.

3. Selalunya penawarnya adalah Agama atau al-Quran. Ada banyak ayat a--Quran jika kita berdoa dan amalkan syaitan yang bersarang dalam diri akan keluar. Jika kita baca kisah syaitan ini; ianya boleh masuk ke dalam diri menganggu si empunya melalui pembuluhan darah.

4. Malam tadi aku tenguk filem seram; sampai jam 3:00 pagi. Semangatku tak kuat ku itu yang buat aku demam bila terjaga siang. Ceritera itu separuh lojik kisah roh jahat yang merasuk manusia. Sampaikan roh jahat/syaitan ini boleh memujuk manusia mengantung diri. KERASUKAN dalam agama kita memang ujud. Ianya tidak boleh menarik nyawa manusia tetapi boleh memesungkan akidah kita menjdi sesat & bertindak di luar batasan.

5. Amok ejaan lama kini di tulis dengan amok selalunya merasuk ke diri mereka yang rapat dengan agama. Orang Melayu yang asalnya beragama Hindu kini telah majoriti beragama Islam adalah kaum yang sering dikaitkan dengan Amok. Masa Aziq masuk hutan di kem LKN ramai pelatih yang kena rasuk makhluk halus termasuk jurulatih; Aziq selamat & dia yang akan azankan jika rakannya kena kerasukan. Yang peliknya hanya kaum Melayu & India sahaja kena rasuk; ramai pelatih dari Sabah & Sarawak tidak diganggu. Misteri ini seharusnya kita kaji apakah kaum Melayu & India ini lemah semangat atau kaum yang rapat dengan makhluk halus.

Adoi... aku demam kuat hari ini sebab amat seram ketika dinihari tadi. Jiranku pun selalu mengadu di depan ruang foyer rumahku sering mereka nampak lembaga hitam legam besar sangat makhluknya.

Selasa, 11 Disember 2012

KADUK NAIK JUNJUNG

Jika boleh satu bumi ini aku nak tanam Pokok Kaduk (Piper Sarmentosum) sebab pucuknya sedap untuk buat ulam. Daunnya macam sirih hijau berkilat.

Ada beberapa kali aku tanam di halaman rumah tapi mungkin tak sesuai lalu mati. Beberapa bulan dulu aku lalu di Kubur Mona Fendi yang kerat orang itu &; ternampak ada banyak pokok kaduk yang segar. Aku berhenti terfikir nak cabut anaknya untuk cuba tanam di halaman rumah.

Memang ada terdengar SERU seseorang menyakatku sebab biasalah kubur ini suka enakutkan orang. Dah memang ramai banduan hebat dikebumikan di kubur termasuk pengikut Mona Fendi. Tak sangka pula ianya subur & ; kini aku boleh berulam pucuk kaduk jika rasa nak makan berulam.

Aku berhajat nak tanam sekitar Jenaris agar ianya membiak bebas & siapa jua boleh berulam dengan kaduk jika ke Jenaris.

Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita. Mungkin juga ada di antara anda tahu sebenarnya pokok kaduk ni fungsinya bukan setakat hiasan semata-mata. Lebih-lebih lagi daunnya, kan?

Pokok Kaduk

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam untut awet muda dan daunnya sebagai penyedap masak lemak, khasiat lain yang boleh anda manfaatkan terhadapnya adalah merawat;
- sembelit
- sakit gigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang

Langkah-langkah merawatnya:

1. Ambil sebatang pokok kaduk termasuklah bahagian akarnya.
2. Bersihkan keseluruhan pokok kaduk tadi.
3. Rebuslah pokok kaduk sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, biarkan air rebusan tadi hingga suam.
5. Tuangkan air rebusan yang telah suam ke dalam gelas dan minumlah perlahan-lahan.

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau pun boleh dirawati. Cuma caranya yang berbeza sikit

Cacing Dalam Perut

1. Ambil beberapa helai daun kaduk yang masih segar.
2. Ramas-ramaskan daun tersebut.
3. Kemudian, campurkan kesemua daun kaduk yang telah diramas dengan kira-kira sebaldi air.
4. Akhir sekali, siramkan air tersebut ke seluruh badan anda.

Batuk

1. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
2. Kisar daun kaduk tadi hingga halus dengan mencampurkan sedikit air.
3. Akhir sekali, sapukanlah pada bahagian leher anda.

Panau

1. Ambil beberapa helai daun kaduk.
2. Tumbukkan ia sampai lumat.
3. Kemudian, sapukanlah pada kawasan tubuh badan anda yang mengalami panau.

Selamat Mencuba

Isnin, 26 November 2012

Makan Malam di Palm Garden Hotel IOI Resort


http://www.kl-hotels.com/putrapg/photos.htm

MAHA tengah bermula sampai Ahad ini; jalan sesak giler dari Puchong ke Kajang tek dapat bergerak. Aku & Azim lancar; jangkaan aku dari rumah sekitar setengah jam akan sampai ke Palm Garden Hotel IOI Resort TEPAT seperti dirancang. Dari rumah sasaran aku jam 6:15 petang sebab nak bersiar-siar sekitar hotel/resort dan sembahyang Maghrib di surau hotel.

2. Aku mendapat undangan dari Hoo, tauke syarikat pembekal yang dulunya adalah bekas pelajar Fak Kejut. Pak Wahid rakan karibku adalah teraju utama@ Pengurus Besar syarikat ini. Aku pernah mendapat tawaran yang sama daripada rakan karibku Poi yang kini telah menjadi jutawan. Poi juga punyai syarikat pembekal & kita dia menjadi Ahli Majlis sebuah kota besar dalam poltik di Selangor.

3. Hujan amat lebat sejak dari Jenaris; Mila menolak undangan sebab Sime Darby buat hal lagi memindahkan ofisnya nun jauh belakang Lapangan Terbang Subang; Agak aku tak jauh dari tempat Altantuya dibunuh. Siang-siang pun kataanya ada hantu berkiaran. Nah bila aku tenguk kereka tak bergerak berbaris berkilo-kilo meter; pasti Mida yang numpang rakannya pergi kerja terperangkap dalam kesesakan/jem. Bertembung pula orang balik dari MAHA ikut jalan blakang.

4. Aku dismbut oleh Dr Aumrun (ejaan sebenar tak pasti; tapi sebutan Melayu Amran) berasal dari Siam yang dulu aku amat rapat siang dan malam dengan dia. Banyak kenangan rahsia dengan dia ketika kami berjaga malam sampai dinihari. Khabar terbaru dia telah pun dilantik menjadi pensyarah kontrak di Fak Kejut UPM. Hatta terungkitlah kisa lama & baru antara kami.

5. Azim nampak gelisah sebab dia tak dapat masuk/nyampuk berbual dengan kisah lama ayahnya; antara lain siapa mahu melancong ke Siam jangan tak kontak aku & Dr Aumrun kami ada pekej pelancong yang menarik sebab rakannya memang ada kompeni pelancongan di Siam sana. (Siam sekarang orang sebut Thailand). Lagi pun Dr Aumrun ni pakai mengalahkan VVIP siap kot pelbgai sebab tu Azim rasa kekok kut. Jika dengan Penyair Sejati si Fairus tu Azim asyik memuji dia; baik amatlah mesra amatlah asyi memihat si Fairus kalau ayahnya kata payah si Fairus ni asyik terikat dengan bini; nak ajak tenguk filem hindustan pun tak mahu.

6. Tak sangka Dr Aumrun ni dah punyai dua cahaya mata. Dia adalah antara pelajar luar negara yang amat lama siapkan PhDnya. bayangkan tujuh tahun baru siap. Hebat. Sebermula dari buat master & terus sambung PhD memang jangan nak kelentong bab Kejuruteraan Pertanian dengan beliau. Penyelidikannya selain padi ada pelbagai lagi yang tak terjangkau aku kepakaran sahabatku ini. Ada beberapa lagi rakan pelajar master & PhD yang aku temui di resort ini; rakan dalam & luar negara. Antaranya Dr Darius dari Acheh. ramai pensyarah muda yang aku cam muka tak tahu nama.

- bersambung nak ke MAHA; moh jumpa di sana.

Sabtu, 17 November 2012

Ramai wanita gersang

KUALA LUMPUR: Memiliki wajah kacak, berpenampilan menarik dan mahir memuaskan nafsu wanita gersang antara modal digunakan segelintir individu, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi, untuk meraih wang dengan cara mudah.

Dengan menawarkan khidmat sebagai gigolo atau pengiring sosial, ada antara mereka hidup mewah berikutan dibela wanita yang ketagih belaian lelaki muda.


Dengan hanya melayan nafsu seks ‘mak ikan’ seminggu sekali atau menemani mereka ke mana saja, ada anak ikan bukan saja dibayar dengan wang ringgit, malah menerima hadiah seperti motosikal atau kereta bagi memudahkan mereka bergerak.

Berikut pengakuan individu yang pernah dibela sebagai ‘anak ikan’ atau lelaki simpanan wanita gersang.

Berusia 28 tahun, lelaki yang mahu dikenali sebagai Sam mengakui pernah hidup mewah sewaktu dibela ‘mak ikan’ atau ‘sugar mummy’. 

Mewah layan doktor

DIDI, 32, (bukan nama sebenar) pernah menjadi anak ikan secara tidak sengaja apabila berkenalan dengan wanita bernama Camelia di laman sosial.

Menurut Didi, perkenalan itu secara tidak sengaja apabila dia menyapa seorang kenalan menerusi laman sembang ketika menuntut di institusi pengajian tinggi, lebih 10 tahun lalu.

“Dalam laman itu, saya tidak tahu bagaimana dan dengan siapa saya bersembang. Saya hanya memilih berdasarkan nama wanita.

“Apabila melihat nama Camelia, saya cuba berbual dengannya dan ternyata mendapat perhatian,” katanya.

Menurut Didi, perkenalan mereka terjalin dalam tempoh singkat apabila daripada perbualan biasa, ia beralih kepada cerita berbaur seks dan lucah.

Tidak sampai dua minggu, hubungan mereka berdua menjadi akrab apabila mula bertukar-tukar gambar dan mengajak untuk berjumpa.

“Menerusi gambar, Camelia memang cantik, membuatkan saya terpikat padanya. “Bekerja sebagai doktor, dia memberitahu menghadapi masalah dengan suaminya dan dahagakan belaian lelaki.

“Kerana suka perwatakannya, saya menawarkan diri menjadi kekasih gelapnya.

“Malah, ketika kali pertama berjumpa, pertemuan kami berakhir dengan hubungan seks,” katanya.

Didi berkata, bermula detik itu dia menjadi lelaki simpanan atau anak ikan Camelia apabila sering berjumpa dan melampiaskan nafsu sama ada di dalam kereta atau bilik hotel.

Menurut Didi, hidup sebagai lelaki simpanan Camelia sangat mewah berikutan wanita itu tidak kedekut dan sering memberi wang.

Malah segala yuran pengajian, perbelanjaan bulanan serat duit sewa semuanya ditanggung.

Malah, akui Didi, wanita berkenaan pernah menawarkan kereta kepadanya bagi memudahkan mereka berjumpa.

“Namun saya tolak kerana tidak mahu keluarga syak. Saya hanya minta dia gantikan motosikal lama saya dengan yang baru.

“Malah, boleh dikatakan setiap kali berjumpa, Camelia memberikan duit antara RM300 hingga RM500. Dalam tempoh sebulan, kami berjumpa lapan hingga sembilan kali, di mana ada kalanya saya mendapat lebih RM2,000 sebulan,” katanya.

Menurutnya, hubungan dengan Camelia bertahan hanya dua tahun sebelum dia kembali ke kampung halaman sebaik menamatkan pengajian.

Malah, walaupun kini berumah tangga dan mempunyai seorang anak, Didi mengakui sukar melupakan Camelia selain pernah cuba menghubunginya.

“Sebelum memutuskan hubungan, saya berbincang dengannya dan kami berpisah secara baik. “Cuma sepanjang hidup sebegitu, perasaan saya berat sebab sentiasa teringatkannya. Saya cuba menghubunginya tapi tak berbalas,” katanya.

‘Simpan’ 3 pemuda

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia dan sihat tubuh badan tetapi angkara hobi jeliknya menyimpan lelaki muda untuk kepuasan nafsunya, ‘aset’ berharga itu hilang daripadanya hidupnya.

Episod hitam wanita berusia 53 tahun dikenali sebagai Jun ini bermula apabila dia disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 selepas dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada tiga ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.

Anak ikan ialah istilah digunakan untuk lelaki muda yang ‘disimpan’ wanita berusia sebagai pemuas nafsu.

Khuatir penyakit itu diketahui umum, dia mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.

Pada masa sama, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan tiga anak selepas mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang.