Rupanya pelakon Vateran yang terkenal di Zaman P.Ramlee iaitu Aziz Satar
dah bercerai dengan isterinya 9 bulan yang lepas.Namun perceraian
mereka tidak digembar-gemburkan..
Menurut Aziz Satar,dia telah menceraikan isterinya 3 Mac Lalu pada pukul 6.30 petang.
Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku
perselisihan faham yang kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya
penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang pada sebelah tengah hari.
Apabila berlaku perselisihan faham, tiba tiba terkeluar lafaz “I cerai
you talak satu”.
Selepas lafaz cerai dilakukan, Aziz Satar ingin segera rujuk kembali
dengan isterinya. Sayangnya oleh kerana terlalu sibuk dengan
penggambaran drama dan dimasukkan ke Hospital Ampang, perkara tersebut
telah tertangguh. Apa pun, Aziz Satar kini telah beransur sihat dan
sedang dalam usaha untuk memujuk isterinya agar rujuk kembali.
Ye lah,sebenarnye dulu perasan jugak, Aziz Satar nie bila dia
bergurau ,"mengutuk" siterinya depan-depan.. rasa macam tak patut
la..Isterinya cuma mampu tersengih je mendengar gurauan kasar
Aziz..Masa tu tengok dalam beberapa rancangan yang menampilkan
Aziz Satar dan Isterinya dan beberapa kali jugak Aziz bergurau dengan
cara memperlekehkan isterinya..Contoh masakan dia tak sedap sambil
gelak-gelak..dan adalah yang lain-lain...Kadang-kadang bila bergurau tak
sedar mengguris.. yang terguris mendengarnya..
Apapun,alhamdulillah nak rujuk balik.kata orang buang yang keruh ambil yang jernih..
Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing
lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan
bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu
menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah
masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu
tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam
garam rumah tangga.
“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah
selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam
kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan