Translate

Tajaan

Rabu, 12 Disember 2012

Wayang 3D memang menarik




Bila aku tenguk filem 3D di pawagam barulah aku perasan betapa hebatnya teknologi filem kini; menarik amat perkembangan multimedia terkini. Jika awak sekitar Alamanda Putrajaya bolehlah sesekali cuba tenguk filem dalam versi 3D. Hari Rabu cuma sekitar RM13 hari biasa lebih mahal pastinya sekitar RM15 ke RM18.

2. Memang itulah kadar menonton wayang zaman kini. Jika di pawagam Capsquare (TGV) atau KLCC (TGV) lagilah mahal. Sebab seingat aku jika menonton di Capsquare hari biasa bukan hari Rabu selalunya harga tiket sekitar RM14. Jika pergi berdua dah tentu akan lepas beli beras sepanjang sebulan. Jika fikir macam tu maka tak jejak kakilah ke pawagam.

3. Nak rasa GEMPAKnya menonton filem 3D di pawagam Alamanda (GSC) pastikan tempah tiketnya baris ketiga dari depan tau di belakangnya. JANGAN tdmpah tiket baris depan sekali dan baris kedua dari depan layar memang tidak selesa. Terpulanglah kepada awak nak duduk depan atau belakang tapi sy memilih duduk di hadapan sekali (baris ketiga) tak mahu ada gangguan penonton hadapan.

4. Berbeda di Capsquare; biarpun duduk di hadapan sekali tetap selesa. Aku perhatikan di pawagam Alamanda ada dua baris kerusi yang tak sepatutnya ada. Aku terpaksa tempah baris kedua dari depan sebab tak suka menonton dari sisi pawagam biarpun kerusinya sendeng sedikit mengadap layar. Jika ada penonton di baris hadapan emm minta maasflah. Aku tak jejak kaki lagi menonton di Mines itulah sebabnya tak selesa asyik diganggu pandangan oleh penonton di hadapan. Filem Live of Pi yang aku tonton baru ditayangkan sekitar dua minggu. Itu yang mungkin buat masih ramai penontonnya sampat nak penuh pawagam.

1 ulasan:

  1. Tiket 3D di Alamanda :

    Hari biasa kecuali Rabu di Alamanda RM15
    Cuti Sabtu & Ahad RM17
    Hari Rabu RM13

    BalasPadam