Translate

Tajaan

Rabu, 12 Disember 2012

KETEGOR

Kuatkah anda dengan gangguan hantu atau syaitan. Sebab dalam dunia moden masih ada gangguan syaitan atau SAKA. Sana-sini pasti kita dengar masih ada dukun atau bomoh yang handal menghalau makhluk halus & sebarang ilmu hitam.

2. Aku berani cakap keujudan benda ghaib ini memang ada sebab aku sendiri berpengalaman menempuh. Sampai orang kta si iDAN itu telah gila tak siuman lagi meracau atau mengembara tak tahu arah tujuan.

3. Selalunya penawarnya adalah Agama atau al-Quran. Ada banyak ayat a--Quran jika kita berdoa dan amalkan syaitan yang bersarang dalam diri akan keluar. Jika kita baca kisah syaitan ini; ianya boleh masuk ke dalam diri menganggu si empunya melalui pembuluhan darah.

4. Malam tadi aku tenguk filem seram; sampai jam 3:00 pagi. Semangatku tak kuat ku itu yang buat aku demam bila terjaga siang. Ceritera itu separuh lojik kisah roh jahat yang merasuk manusia. Sampaikan roh jahat/syaitan ini boleh memujuk manusia mengantung diri. KERASUKAN dalam agama kita memang ujud. Ianya tidak boleh menarik nyawa manusia tetapi boleh memesungkan akidah kita menjdi sesat & bertindak di luar batasan.

5. Amok ejaan lama kini di tulis dengan amok selalunya merasuk ke diri mereka yang rapat dengan agama. Orang Melayu yang asalnya beragama Hindu kini telah majoriti beragama Islam adalah kaum yang sering dikaitkan dengan Amok. Masa Aziq masuk hutan di kem LKN ramai pelatih yang kena rasuk makhluk halus termasuk jurulatih; Aziq selamat & dia yang akan azankan jika rakannya kena kerasukan. Yang peliknya hanya kaum Melayu & India sahaja kena rasuk; ramai pelatih dari Sabah & Sarawak tidak diganggu. Misteri ini seharusnya kita kaji apakah kaum Melayu & India ini lemah semangat atau kaum yang rapat dengan makhluk halus.

Adoi... aku demam kuat hari ini sebab amat seram ketika dinihari tadi. Jiranku pun selalu mengadu di depan ruang foyer rumahku sering mereka nampak lembaga hitam legam besar sangat makhluknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan