Translate

Tajaan

Isnin, 11 Julai 2011

1,667 terbabit BERSIH dilepas Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

2011/07/11

JOHOR BAHRU: Seramai 1,667 individu yang terbabit dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu kota kelmarin, sudah dibebaskan secara berperingkat dengan jaminan polis sejak kelmarin.

Mereka termasuk Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi Himpunan PATRIOT, Khairy Jamaluddin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata walaupun semua yang terbabit itu sudah dibebaskan, pihaknya akan meneruskan siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu.

“Kita akan kemukakan kertas siasatan berhubung perkara itu dan tindakan susulan akan diambil selepas ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (KOR SUKSIS) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Timbalannya, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman serta Komandan KOR SUKSIS Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa.

Seramai 1,024 pelatih daripada 24 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara menerima sijil pentauliahan edisi ketujuh itu.

Ismail berkata, siasatan pihaknya terhadap pemimpin berkenaan turut membabitkan kesalahan kerana melanggar peraturan larangan dikenakan polis terhadap 91 individu yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur ketika perhimpunan berlangsung.

Ditanya laporan media asing bahawa polis mengenakan kekerasan kepada orang ramai ketika perhimpunan haram berlangsung, beliau berkata, rakyat boleh menilai sendiri sejauh mana perkara itu berlaku.

“Polis bertindak secara profesional dan mengikut prosedur operasi (SOP) bergantung kepada situasi yang berlaku bagi menjamin ketenteraman dan kesejahteraan negara,” katanya.

Ismail berkata, rakyat juga tidak seharusnya terpengaruh dengan khabar angin di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter yang berbaur hasutan ekoran perhimpunan haram itu.

“Ketenteraman awam bukan hanya terletak di bahu polis saja, malah rakyat juga perlu bekerjasama memastikan Malaysia sebagai negara aman dan tenteram,” katanya.

Nak makan sedap, jadilah tahanan polis, sertai BERSIH

Oleh: amkns

"Kenyataan polis ini seolah-olah menggalakkan orang ramai menyertai apa-apa perhimpunan tanpa permit selepas ini, terutama warga kota yang kelaparan. Makanan untuk peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang ditahan polis lebih baik dari anggota polis yang bertugas. RM 23 belanja makan setiap tahanan, hidangan buffet ke?

Polis belanja RM41,475 untuk kos makanan tahanan

Harian Metro 11 Julai 2011

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM41,475 diperuntukkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menampung kos makanan 1,659 individu yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di ibu kota, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, pihaknya memperuntukkan RM23 bagi setiap individu yang ditahan untuk menampung kos makanan dan minuman.

“INI MEMBUKTIKAN LAYANAN MESRA KEPADA SEMUA TAHANAN MALAH MAKANAN YANG DISEDIAKAN KEPADA MEREKA LEBIH BAIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ANGGOTA POLIS BERTUGAS.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan