Translate

Tajaan

Isnin, 15 Mac 2010

Manusia (Melayu) pertama mengeliling dunia


Beberapa perbincangan tentang pengembara/pelayar pertama yang mengelilingi dunia adalah seorang lelaki Melayu. Sebenarnya kalau tengok dalam wikipedia pun ada banyak sudah maklumat pasal dia ni.

Pelayaran ini berlaku sekitar tahun 1511, yg mana Melaka pada ketika itu banyak berinteraksi dengan Portugis melalui Lopez de Squeira dll. Ferdinand Magellan, pelayar terulung pada ketika itu telah membeli seorang hamba/slave dan membawanya belayar bersamanya. Hamba itu bernama Trapobana, atau lebih dikenali di dalam teks sejarah sebagai Enrique de Malacca (Portuguese/Spanish) atau Henry The Black (English). Harun Aminurasyid, seorang sasterawan memberinya gelaran Panglima Awang.

Awang dikatakan berasal dari kepulauan Cebu (Filipina) dibawa ke Melaka utk dijual sebagai hamba pada umur belasan tahun. Magellan telah membawa Awang belayar kembali ke Sepanyol kerana kebolehannya belayar serta kemampuannya menguasai bahasa dengan mudah. Awang dikatakan telah menguasai bahasa Sepanyol, Portugis dan juga Itali di samping bahasa Melayu dan sedikit sebanyak bahasa Tagalog. Dia menjadi pengiring kepada Magellan dan bukan lagi seorang hamba kerana kebolehannya itu.

Di Sepanyol, Magellan bersama-sama Awang telah berjaya menyakinkan Raja Phillip utk membiayai ekspedisi merentasi lautan ke Asia Tenggara melalui jalan barat. pada tahun 1519 mereka diberi 4 buah kapal dan dengan kapal itu mereka belayar merentasi Atlantik menghala ke Amerika Selatan dan seterusnya melangkaui selatan Brazil dan kemudian terus menghala ke kepulauan Filipina. Mereka tiba di salah satu pulau di Filipina, yg mana pada ketika itu mereka tak tahu di mana mereka berada sehinggalah Awang berjaya berkomunikasi dengan penduduk pulau itu dalam salah satu bahasa yg difahaminya (mungkin Melayu, Tagalog dsb).

Namun begitu, Magellan telah mencampuri urusan kerajaan di pulau itu yg menyebabkan rakyat pulau itu berang dan melancarkan serangan ke atas ekspedisi itu. Magellan dan kebanyakkan orang-orangnya telah terbunuh, namun Awang tidak diapa-apakan. Awang membawa diri dengan salah sebuah kapal yg tinggal kembali menuju ke Melaka dan dengan itu Awang telah menjadi manusia pertama mengelilingi dunia. Dia kembali ke Tanah Melayu dan seterusnya menghilangkan diri. Ada kemungkinan mengatakan dia telah kembali ke Sepanyol dan menetap di situ.

Banyak fakta-fakta mengenai perkara ini terdapat di internet. Google "Henry The Black" or "Enrique de Malacca" or even "Panglima Awang".

2 ulasan:

  1. askum....ia sememangnya bangsa yang pertama mengelilingi dunia adalah bangsa melayu(orang laut@bangsa mala,kini ia digelar bangsa bajau). Sebenarnya bangsa ini sudah sekian lama berabad-abad mengharungi lautan, iaitu menjadi pelaut yang terulung di dunia. Akan datang saya menulis sebuah artikal berkaitan bangsa ini. nantikan dan layari ( 1bajau 1lautan.blogspot.com)

    BalasPadam
  2. sebenarnya asal keseluruhan bangsa melayu itu adalah bertitik tolak dari suku kaum ini......bangsa mala@ dalam bahasa bajau A'Ah Malak dari keturunan nenek sitti keturah dan nabi ibrahim.

    BalasPadam