Translate

Tajaan

Sabtu, 6 Mac 2010

Penipuan siber miningkat di negara ini - Cybersecurity

14/02/2010 11:55am

KUALA LUMPUR 14 Feb. — Cybersecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada apabila menerima e-mel dari institusi bank dengan meminta mendedahkan maklumat peribadi bagi mengelak ia digunakan untuk tujuan khianat oleh pihak tertentu.

Pengguna menerima e-mel dari bank meminta mengemaskinikan butiran peribadi, mengaktifkan semula akaun perbankan dalam talian atau menyertai dalam kaji selidik yang menawarkan ganjaran RM200.

Mereka yang menerima e-mel dengan pesanan seperti itu dinasihatkan supaya memadamkannya kerana dengan menjawab soalan itu mereka mungkin menjadi mangsa penipuan penjenayah siber yang kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Husin Jazri berkata, menjawab pesanan itu dengan memasukkan butiran peribadi seperti nama akaun perbankan dalam talian dan kata laluan merupakan percubaan untuk mencuri wang dalam akaun pemegang.

Oleh kerana laman web palsu itu menyerupai laman web bank yang sah, maka pelanggan terpedaya dengan memasukkan butiran peribadi sulit dan dengan itu nama dan kata laluan pemegang akaun dapati dicuri tanpa disyaki,” katanya di sini hari ini. - Bernama

2 ulasan:

  1. Kebijaksanaan rakyat kita tahu bagaimana untuk membezakan $$ yg possible dgn $$ yg impossible internet agak lemah haha !

    BalasPadam
  2. Sdr Eldy,

    Yang saya sedihnya saya sendiri pernah terkena melabur di internet. Bagaimana tak yakin, mereka menggunakan taktik licik, siap jemput VVIP menteri kita merasmi syarikat tersebut. Keluar di muka hadapan akhbar arus perdana.

    Bersandarkan jualan barangan kesihatan, peringkat awal saya boleh akses ke server mereka; melihat perlaburan kita berkembang, selang beberapa minggu tak boleh akses lagi. Kemudian keluar di akhbar syarikat mereka ada masalah dalaman pelabur kena bersabar.

    Mereka berjanji mahu memulangkan wang pelabur tapi bila?. Ramai kalangan tentera melabur wang simpanan mereka di syarikat ini.

    Hati-hati.

    BalasPadam