Translate

Tajaan

Jumaat, 5 Mac 2010

Misteri gadis pulang awal pagi terbongkar


2010/03/06

KUALA TERENGGANU: Misteri seorang gadis berusia 14 tahun yang tidak pulang ke rumah sehingga awal pagi sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila bapanya mendapati anaknya itu sering berkunjung ke sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mereka untuk memadu asmara bersama kekasihnya.

Kelekaan gadis berkenaan merelakan dirinya beraksi ‘ringan-ringan’ dengan kekasihnya bertukar detik hitam apabila lelaki berkenaan gagal menahan nafsu syahwat sehingga merogolnya di lokasi terbabit.

Sedangkan bapa gadis berkenaan yang berusia 40-an dari Kuala Besut yang mengetahui kelicikan anaknya menyelinap masuk ke rumah pada awal pagi, bersikap tunggu dan lihat walaupun pernah mendapati gadis berkenaan pulang ke rumah selepas jam 5 pagi dan tidur semula di biliknya.

Bagaimanapun rahsia kehilangan gadis itu terbongkar Selasa lalu apabila bapanya bertanyakan hal sebenar sebelum gadis terbabit mengaku dia menghilangkan diri untuk bertemu dan memadu asmara bersama teman lelakinya yang juga menetap di Kuala Besut.

Gadis berkenaan turut mengakui pernah melakukan hubungan seks beberapa kali bersama temannya itu selepas membuat pertemuan pada awal pagi di rumah kosong berkenaan di Kampung Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata mangsa turut memberitahu ayahnya kejadian terakhir berlaku pada jam 1 hingga 5 pagi juga di rumah sama pada 26 Februari lalu.

Beliau berkata, terkejut dengan pengakuan yang dibuat anak gadisnya, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut pada malam Rabu Lalu.

Bertindak atas maklumat, katanya, polis menahan seorang penganggur berusia 19 tahun untuk membantu siasatan kes berkenaan ketika suspek berada di Kuala Besut keesokannya.

“Gadis terbabit juga dihantar membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan kelmarin dan keputusan laporan rawatan kesihatan pelajar itu mengesahkan dia dirogol,” katanya, semalam.

Kamaruddin turut menasihatkan keluarga yang berasa curiga dengan kelakuan anak mereka supaya segera mengambil tindakan dengan menyiasat perilaku mereka sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, suspek yang berasal dari kampung sama kini direman selama tujuh hari bermula kelmarin untuk tindakan selanjutnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Harian Metro

4 ulasan:

  1. c .. masa buat sama suka .. dah kena jadi kes rogol lak ...mm banyak kes macam ni berlaku .. ape nak jadi ...

    BalasPadam
  2. Sdr Jijahh

    Saya lebih mengatakan suka sama suka, cumanya mungkin jadi kes rogol bila si gadis masih bawah umur; jika telah 15 tahun mungkin ada cara boleh dinikahkan.

    Lelaki ini 19 tahun ini mungkin tak sanggup bertanggungjawab sebab menganggur bagaimana mahu memberi makan anak orang.

    BalasPadam
  3. Sdr Ena,

    Memang payah mahu menjaga anak gadis jika masyarakat keliling bukan lagi pelindung tetapi lebih mencari kesempatan.

    Cinta sebenarnya suci bukan noda.

    BalasPadam