Translate

Tajaan

Ahad, 16 Disember 2012

Buah Pinggang Semakin Tenat

2012/12/12 - 05:38:38 pagi
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor



Jumlah penderma organ tak dapat tampung keperluan

Kota Bharu: Jumlah pesakit buah pinggang di negara ini meningkat hampir 5,000 orang setiap tahun dan fenomena itu amat membimbangkan berikutan jumlah pengikrar untuk mendermakan organ selepas kematian, berkurangan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata jumlah pesakit yang mengalami masalah buah pinggang di negara ini mencecah 27,000 orang sehingga tahun ini.

Katanya, peningkatan jumlah pesakit berkenaan begitu membimbangkan apabila jumlah penderma organ adalah kecil iaitu hanya 0.7 peratus individu yang kini berdaftar sebagai pengikrar untuk menderma organ selepas kematian.

Jumlah penderma kritikal

“Sehingga kini kira-kira 15,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara sedang menunggu penderma organ dan keadaannya amat kritikal, berikutan jumlah pengikrar untuk menderma organ selepas kematian mereka yang berkurangan.

“Tambahan pula penderma yang berikrar untuk mendermakan organ selepas kematian terdiri daripada golongan muda iaitu yang berumur antara 21 hingga 30 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan mesin dialisis Tabung Kebajikan Buah Pinggang kepada MAA Medicare yang disumbangkan oleh Four Seasons Restaurant Sdn Bhd dan Kelab Rotary Kota Bharu, di Pusat Dialisis Amal MAA Medicare, di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan