Translate

Tajaan

Selasa, 18 Disember 2012

Pindah pokok Kelapa

Sudah lama aku impikan nak pindahkan pokok kelapa yang ditanam oleh jiranku di lereng bukit depan rumahku. Aku tak yakin kekuatan tanah tambak. Bila besar nanti bagaimana aku nak parkir kereta depan rumah sebab bila-bila masa jika pokok kelapa ini berbuah banyak bukan mustahil akan tumbang. Tak tumbang pun buah kelapa ni bukan kasi amaran nak luruhnya.

2. Nak jadikan ceritera jiran aku ini telah berpindah. Ada masalah tentang pinjaman rumah. Hatta hari ini setelah si Kuntal mati terfikir aku nak pindahkan pokok kelapa ini dari lereng bukit ke tanah rata bucu padang Jenaris.

3. Rupanya biarpun batang pokok yang telah setinggi orang ni bergoyang pangkalnya. Punyalah susah nak dicabut. Pokok kelapa tak ada akar tunjang tapi akar jenis rambutnya agak kasar liat panjang menyusur ke tanah. Mencari air tentunya di longkang berdekatan.

4. Aku tewas rasa nak tumbang biarpun pokok kelapa ini dah rebah tapi tak dapat dicabut tak larat diangkat. Berat satu hal tapi akarnya terpaksa aku cantas. Melekat kuat di lereng tanah. Azim memang hebat lagi tenaganya tapi ketika itu biar pun mentari malu dilindung awan; aku masih tak kebah demamnya dah mulai berkunang-kunang. Rasa berpusing langit yang kupandang. Terpaksa rehat sebentar di dalam rumah memujuk Anif agar menolong kami.

5. Akhirnya dengan kudrat Anif & Azim aku sekadar mampu menolong sedikit sahaja. Dapatlah pokok kelapa ini dipindahkan ke tapak baru. Tak tahulah sesuai ke tidak tanah tapak baru ini. Boleh hidupkah atau mati. Aku sempat juga tanam pokok cempedak di kiri kanan pokok kelapa ini. Kebun kecil di bucu padang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan