Translate

Tajaan

Jumaat, 21 Disember 2012

Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya (AKHIR)

by Staff Berita Semasa on September 28, 2010

5030196773 a58d22326f Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya (AKHIR)

(BERITA SEBELUM INI) Siasatan kes pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya memasuki “pusingan akhir” ketika ini. Tempoh reman 7 hari sebelum ini telah pun habis. Ikut prosedur suspek-suspek ini mesti dibebaskan, tetapi polis menggunakan alasan menambah tempoh tahanan reman untuk siasat kes yang lain pula. Maksimum tahanan reman hanya 14 hari sahaja. Ada dua isu di sini:
  • kenalpasti DNA untuk istiharkan 4 mangsa itu dah meninggal dunia sebagai kepastian dan makluman kepada ahli keluarga. Isu perundangan / hak milik harta
  • kenalpasti DNA & seterusnya mengaitkan dengan pembunuhan.
Apabila nak mulakan pendakwaan untuk kes pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain, bukti-bukti yang berjaya dikumpul mestilah cukup dan lengkap, kalau tidak nanti dakwaan akan jadi terlalu longgar. Itu sebabkan Peguan Negara memulangkan kes siasatan sebelum ini, supaya disemak semula. Kita semua tak mahukan perkara sebegitu berlaku bukan? Sekarang ini bukti yang ditunggu-tunggu ialah keputusan DNA yang bakal keluar tidak lama lagi.
Kalau tiada satupun bukti yang boleh menunjukkan mangsa-mangsa terbukti sudah mati, memang kes berprofil tinggi untuk kes pembunuhan Dato’ Sosilawati Lawiya akan bertambah “kronik”. Harap tidak begitu. Selain daripada bukti DNA, pengakuan saksi juga boleh digunapakai. Tetapi tak cukup kuat. Siapa-siapa boleh tukarkan pengakuan. Bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

5030108947 48d9ccee28 Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya (AKHIR)
(Sambungan) KRONOLOGI Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya bermula 19 September 2010
  • 19 SEPTEMBER - S. Ramalakshmmi dari Tirunelevi, Tamil Nadu, India menyangkal berita Usharani isteri kepada jutawan terbabit. Guru sekolah rendah itu mendakwa, dia berkahwin dengan Muthuraja pada tahun 2001 di Andara Club, T, Nagar, Chennai di  hadiri orang kenamaan dan ahli politik. S. Ramalakshmmi mendakwa, suaminya pernah membawa suspek utama dan adiknya ke rumah ayahnya untuk makan kira-kira 5 tahun. (Dah macam filem Tamil. Tidak mengapa abaikan sahaja maklumat picisan seperti ini. Hanya sekadar makluman)
  • Sembilan anjing dipercayai menjadi ‘penjaga’ kawasan Ladang Gadong kepunyaan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, mati selepas disuntik dengan pelalian dos tinggi yang membawa maut oleh Pasukan Penangkap Anjing Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bersama polis. Antara anjing ditangkap adalah enam anjing baka rottweiler, bulldog (seekor) dan anjing berwarna hitam putih tidak dikenal pasti bakanya (dua) dalam operasi bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada 10 pagi. semua anjing itu kelaparan dan bertindak agresif dengan memakan binatang peliharaan lain seperti kambing, itik dan ayam.
  • Laman Web Hakemarabi & Associates
  • Facebook Ravi Nekoo
  • 5030652544 30c858af36 Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya (AKHIR)Senarai individu daripada kanan :
    1. ABDUL HAKEM BIN ABDUL ARABI  – Managing Partner
    2. DHANARAJ SIVASAMPU- Partner
    3. MD SHARIFF BIN MOHAMAD YUSOFF – Partner
    4. VIGNESVARY ALAHAKONE – Partner
    5. RAVI NEKOO – Partner <<<<
    6. PUSHPA RATNAM – Partner
    7. VASUDEVAN SUPPIAH – Partner
    • 20 SEPTEMBER - Dua peguam adik beradik yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya melantik peguam bagi mewakili mereka iaitu Ravi Nekoo dari Hakemarabi & Associates yang merupakan peguam jenayah dan sivil sejak 15 tahun lepas. Bersama-sama Ravi Nekoo, V. P. Vijandran dan Pushpa Ratnam
    5030108845 1d026fd1db Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya (AKHIR)
    • 21 SEPTEMBER – Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang berhampiran Pasar Besar Banting
    5030115677 41b7624c88 Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya (AKHIR) 
    Shafik Abdullah dan isterinya, Samson Nahar
    • 22 SEPTEMBER – Shafik Abdullah, 37 merupakan seorang kontraktor dari Sungai Petani dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan Dat0 Sosilawati Lawiya, April lalu di ibu negara atas urusan perniagaan.
    • Jabatan Peguam Negara, mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.
    • Polis hari ini mengesahkan ahli perniagaan warga India, Allal Kathan Muthuraja yang dilapor hilang sejak awal tahun ini telah dibunuh.
    5030155115 0efdee5c27 o Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya (AKHIR)
    • 23 SEPTEMBER - Tahanan reman lima suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, dilanjutkan reman selama tujuh hari sehingga 30 September ini
    • Suspek utama kes pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, memukul menggunakan getah paip, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan
    • Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
    • 24 SEPTEMBER – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menafikan laporan media yang mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Dato Sosilawati Lawiya dirogol. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan adalah bagi memastikan kesemua suspek dalam keadaan baik serta (untuk) mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami semua suspek sebelum dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka.
    • 25 SEPTEMBER – Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting. Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar. Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang.
    5030812790 a572d62eee Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya (AKHIR)
    • 26 SEPTEMBER - Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman.
    • 27 SEPTEMBER -Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.
    • Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang  diperoleh daripada suspek sendiri
    • 2 OKTOBER – S. Anpalagan, 43, dilaporkan hilang pada 4 Ogos tahun lalu selepas menemui seorang pegawai polis bernama Maniam di Bukit Sentosa, Rawang, dekat sini sebelum berjumpa dengan seorang lagi rakannya di Banting, dekat sini. Anpalagan yang berasal dari Telok Bunut, Banting, dekat sini adalah rakan rapat suspek utama yang kini ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh Dato Sosilawati dan tiga lelaki
    • 4 OKTOBER - Kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka siap tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin MALAYSIAKINI
    • Polis sudah memanggil isteri ahli perniagaan dari Teluk Bunut, Banting, S Jayanthy, bagi memberikan keterangan berhubung kes kehilangan suaminya sejak lebih setahun lalu yang didakwa mempunyai persamaan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata ia bagi membolehkan pihaknya mendapatkan maklumat baru berhubung kes berkenaan selain membantu polis merungkai kehilangan ahli perniagaan berkenaan sejak lebih setahun lalu.
    • Dalam satu sidang media kelmarin, Jayanthi berkata, suaminya memaklumkan mahu ke Banting pada 3 Ogos 2009 untuk bertemu seorang rakan atas satu urusan tetapi tidak pulang, manakala Mercedes-Benz milik mangsa dengan nombor pendaftaran AGJ 32 dijumpai di sebuah pusat peranginan di Hulu Langat. Beliau mendakwa, Anpalagan, 43, memiliki tanah empat hektar di Banting dan lebih 170 hektar di Hulu Selangor, selain di Sungai Petani, Kedah serta Ipoh, Perak dan meminta polis membuka semula fail kes kehilangan suaminya.
    • 5 OKTOBER – KUALA LUMPUR: Selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis dan disifatkan amat penting kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.
    • Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya. Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.
    • 13 OKTOBER – Banting : Peguam, N. Pathmabhan serta tiga yang lain telah didakwa membunuh Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga yang lain di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 malam sehingga 9.45 malam lalu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat.Banting. Pertuduhan di buat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
    P/S : Perkembangan terkini kes pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya akan dikemaskinikan di sini dari masa ke semasa

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan