Translate

Tajaan

Jumaat, 4 Januari 2013

Tanah Perkuburan Islam KL


Tanah Perkuburan Islam KL mampu tampung keperluan hingga 40 tahun

KUALA LUMPUR: Tanah Perkuburan Islam di Kuala Lumpur mampu menampung keperluan hingga 40 tahun akan datang berikutan pembukaan kawasan perkuburan baru di Bukit Jalil seluas 8.9 hektar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, berdasarkan jumlah kematian ketika ini iaitu pada purata 30 kematian sehari, tanah perkuburan sedia ada termasuk yang baru diluluskan di Bukit Jalil, adalah mencukupi bagi tempoh 40 tahun akan datang.

“Selain itu, Kuala Lumpur juga mempunyai 20 tanah perkuburan, termasuk yang terbesar iaitu Tanah Perkuburan Islam KL-Karak seluas 39.7 hektar,” katanya selepas merasmikan Gotong-Royong Perdana 2010 di sini hari ini.

Ia adalah program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) yang bertujuan menjadikan kawasan tanah perkuburan Islam bersih, indah dan nyaman dengan hiasan lanskap.

Jamil Khir berkata, MAIWP telah meluluskan peruntukan sebanyak RM416,000 bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan kubur.

"Bajet ini akan digunakan untuk kerja-kerja pembersihan termasuk membina laluan masuk yang lebih tersusun dan prasarana yang lengkap, sesuai dengan konsep kubur dalam taman (Raudhatul Sakinah)," katanya.

Beliau berkata, program gotong-royong itu akan dijadikan acara tahunan.
Untuk acara hari ini, seramai 3,000 orang termasuk dari agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, MAIWP, Pusat Pungutan Zakat, Badan Berkanun, penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, serta Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat Batu Muda turut terbabit.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil Khir juga berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sedang membangunkan sistem E-Pusara, yang mempunyai bank data maklumat mengenai mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam di seluruh Wilayah Persekutuan.

Bank data ini, yang akan memudahkan kaum keluarga mencari kubur sanak saudara mereka, dijangka siap akhir bulan ini, katanya.

"Waris jenazah yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam yang didaftarkan dalam sistem ini, boleh mendapatkan maklumat mengenai lokasi sebenar kubur sebelum datang untuk menziarahinya," katanya. - BERNAMA

iDAN:

Berita ini telah diuar-uarkan sekitar 3 tahun lalu; sekarang ianya telah ujud telah menjadi sebagai tarikan pusat perlancongan. Malahan ianya akan menukar cara pengurusan jenazah di zaman akan datang.

2. Mengikut perangkaan tanah wakaf di Wilayah Persekutuan akan penuh paling lama sekitar 10 tahun lagi. Malahan ada tanah wakaf untuk perkuburan tinggal sekitar 3 tahun sahaja lagi akan penuh.

3. Kini kubur terpaksa digabungkan di satu tanah yang luas & tersusun; tak boleh lagi ikut suka hati nak luas kawasannya. Malahan semuanya telah direkabentuk seragam binaanya pun batu nisannya.

4. Bukan saja Wilayah Persekutuan yang dah laksanakan sistem ini negeri lain pun banyak dah mahu mengikut jejak Wilayah Persekutuan dan akan ada E-Pusara masing-masing. Ada banyak agenda menarik seperti baca Yassin hanya dibuat di sebuah kamar baca guna pembesar suara bukan ngadap kubur; semua ahli kubur dapat manfaatnya. Tak ada orang baca akan diputarkan tape al-Quran.

5. Sy dengar sebahagian wawancara di Selamat Pagi Malaysia RTM memang nampak menarik & ianya satu program E-Pusara yang baik dari Majlis Agama Islam. Gambar tanah perkuburan yang telah dibangunkan nampak menarik dan boleh menarik pelancong datang.

http://www.epusara.jawi.gov.my/epusara/webV5/content/345
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan