Translate

Tajaan

Jumaat, 18 Januari 2013

Tahniah! Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Jozan juara MLM 2012
Tahniah! diucapkan buat pasangan Jozan atas kemenangan mereka menyandang gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) untuk musim kedua ini. Nampaknya kemenangna Jozan sememangnya sudah dijangka sejak daripada awal lagi dan pasti peminat-peminat Jozan gembira dengan keputusan MLM sebentar tadi.
Meskipun kesihatan Johan tidak mengizinkan, akan tetapi dengan semangat juang yang tinggi dia mampu mempersembahkan lawak yang cukup bagus dan kemenangan ini pasti menjadi hadiah paling bermakna buat dirinya.
“Terima kasih kepada Zizan yang mengekalkan Jozan berada di atas sepanjang saya tiada dan terima kasih kepada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya dan membenarkan saya keluar.”
Berikut merupakan senarai penuh kedudukan pemenang untuk MLM musim kedua sebentar tadi:
Juara : JOZAN (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro)
Naib Juara : JAMBU (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-3 : SHIRO (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-4 : BOBO (Membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-5 : SAY WHO (Membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro)


 Walaupun sehingga saat akhir para peminat masih tertanya tanya akan kehadiran Johan untuk melengkapkan persembahan Jozan, kehadiran beliau dalam keadaan masih sakit seakan terubat.

Jozan yang di’anggotai Zizan Razak & Johan berjaya bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang merupakan musim kedua — membawa pulang RM500,000 dan trofi kejuaraan sumbangan Astro.

“Terima kasih kepada Zizan yang mengekalkan Jozan berada di’atas sepanjang saya tiada — dan terima kasih kepada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya & membenarkan saya keluar”
 
Tahniah buat Jozan yang tampil penuh kelakar dalam persaingan akhir bertemakan Freestyle & Muzikal ini. Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung dari Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan