Translate

Tajaan

Khamis, 5 November 2009

Ahli koperasi rugi RM102.8 juta


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Jumlah kerugian terkumpul yang dialami oleh kira-kira 20,000 ahli yang menyertai koperasi menjalankan skim cepat kaya mencecah RM102.8 juta.

Menurut Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Mangsor Saad, sebilangan besar mangsa terdiri daripada golongan pekerja makan gaji dan selebihnya bekerja sendiri.

"Kita dapati koperasi ini memperdaya mangsa dengan menawarkan modal sedikit tetapi kononnya akan menerima ganjaran yang tinggi, pada pandangan saya mungkin orang makan gaji mudah mendapat pinjaman bank jadi mereka boleh membuat pelaburan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kelmarin mengenai sembilan buah koperasi skim cepat kaya yang dikesan menipu kira-kira 20,000 ahli mereka.

Mangsor memberitahu, SKM memandang serius koperasi yang menjalankan aktiviti tersebut dan telah mengambil tindakan di bawah Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007.

Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan