Translate

Tajaan

Khamis, 5 November 2009

Idham tidak harap kaum tua menonton filem Senario baru (Hiburan)


Majlis pratonton filem 'Senario Beach Boy' baru-baru ini. -Foto UTUSAN

PENGARAH Ahmad Idham tidak menaruh harapan yang peminat lama filem Senario akan datang ke pawagam untuk menonton filem barunya, 'Senario The Movie Episode 2: Beach Boys'.

Idham menyasarkan filem ini untuk golongan muda.

"Apabila saya pergi ke pawagam semasa Senario episod pertama ditayangkan, saya terkejut melihat ramai pemuda-pemudi dan kanak-kanak datang menonton filem ini. Sebab itu saya berani katakan sasaran filem ini untuk orang muda," jelas Ahmad Idham lagi.

Katanya lagi, penghujung filem ini akan menjadi permulaan bagi filem baru Senario yang akan ditayangkan tahun depan.

"Untuk filem Senario berikutnya, ketiga-tiga pasangan ini akan menimang cahaya mata.

AHMAD Idham mengekalkan unsur-unsur yang memang sinomim dengan Senario dalam filem terbarunya ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys.’

"Jalan cerita pula akan dimulakan apabila ibu ketiga-tiga anak itu pergi ke Genting Highlands untuk menghadiri kursus manakala anak-anak mereka diletakkan dibawah jagaan ayah mereka.

"Malangnya ketiga-tiga anak tersebut diculik dan itulah jalan cerita untuk Senario episod ketiga nanti," akhiri pengarah itu.

Idham juga telah banyak belajar dan membuat ‘homework’ sebelum mula mengarah filem tersebut untuk menepati citarasa golongan muda kini.

Sementara itu, Idham yang juga ayah kepada Ahmad Firdaus, 9, Ahmad Aydeel, 5, dan Kintan Myra, 3 turut bergelar pelakon dan produser.

Walaupun telah mengarah pelbagai genre filem, Idham paling suka mengarahkan filem berunsurkan seram.

Malah satu lagi filem seram yang akan ditayangkan pada bulan Disember ini.

Apabila ditanya mengenai pemilihan pelakon dalam filem Senario, Idham menjawab sambil tersenyum lebar.

“Saya memilih pelakon yang juga merupakan kawan-kawan saya.

“Ini adalah kerana saya pernah berkerja dengan mereka dahulu dan memilih mereka yang boleh memberi komitmen sepenuhnya kepada saya,” ujarnya lagi.

Menurut Idham, tiga aktres dalam filem Senario pada kali ini adakalanya lebih menonjol daripada watak-watak hero.

“Adalah penting untuk memberi impak yang kuat kepada penonton dalam sesetengah adegan dan menambahkan lagi nilai hiburan dalam filem yang berunsurkan komedi ini,” kata Idham lagi.

Filem Senario yang akan ditayangkan pada November 19 ini menelan belanja hampir 1.8 juta dan dijangka akan diminati oleh kanak-kanak dan para remaja.

Kebanyakan daripada wang itu, dibelanjakan untuk membayar pelakon yang membintangi filem. Mereka mendapat penajaan untuk lokasi filem tersebut.

“Saya harap filem ini diminati oleh golongan muda dengan seluruh keluarga mereka,” jelas Idham.

mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan