Translate

Tajaan

Khamis, 5 November 2009

Jaguh tinju negara cedera dibelasah (Ceritera)


PERABAGARAN menunjukkan kesan jahitan kepada bapa saudaranya, S. Kasi akibat dipukul sekumpulan lelaki di Pusat Latihan Tinju Dato' Keramat, Kuala Lumpur lebih seminggu lalu.


BUKIT MERTAJAM - Pelatih skuad tinju kebangsaan, B. Perabagaran, 21, mulanya melonjak gembira apabila tersenarai untuk menjalani latihan pemilihan ke Sukan SEA Laos yang akan berlangsung bulan depan.

Namun hasratnya untuk menggalas harapan negara musnah apabila dia dibelasah kira-kira 20 lelaki tidak dikenali ketika sedang makan bersama empat pelatih lain di sebuah medan makan berhampiran Pusat Latihan Tinju Dato' Keramat, Kuala Lumpur pada 28 Oktober lalu.

Beliau yang ditemui pemberita di sini semalam berkata, insiden berlaku beberapa jam sebelum dia bersama lapan lagi pelatih dan dua jurulatih dijadualkan terbang ke Haadyai, Thailand untuk menjalani latihan intensif pada 29 Oktober lalu.

"Ia berlaku sehari sebelum saya berlepas ke Thailand, ketika itu saya keluar makan bersama empat lagi pelatih di sebuah medan makan berhampiran pusat latihan tempat kami mendaftar diri.

"Selepas bayar, saya masuk ke tandas di tingkat satu bangunan itu dan sebaik melangkah keluar, saya terus dibelasah oleh kumpulan lelaki berkenaan," jelasnya yang juga merupakan skuad pelapis tinju Pulau Pinang.

Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan