Translate

Tajaan

Selasa, 17 November 2009

Amah didakwa larikan budak 2 tahun (Ceritera)


HASLINDA bersama anaknya, Siti Nurdiana yang dipercayai dilarikan pembantu rumahnya semalam.

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri warga asing yang telah menetap di negara ini selama 10 tahun tidak menyangka pembantu rumah mereka berusia 50 tahun tergamak melarikan puteri tunggal mereka, Siti Nurdiana Aung Soe berumur 2 tahun.

Aung Soe atau Abu Hussin, 38, warga Myanmar dan isteri, Haslinda Damanik, 35, warga Indonesia, terkejut apabila mendapati amahnya dikenali sebagai Suparmi dan anaknya tiada di rumah sebaik pulang dari kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

Mereka berdua bekerja sebagai tukang masak di sebuah syarikat katering di Glenmarie di sini.

Menurut Aung Soe, pintu rumahnya di Pangsapuri Brunsfields Riverview di Seksyen 13 di sini berkunci dan sebaik masuk, keadaan bilik didapati bersepah.

"Saya rasa tak sedap hati bila melihat keadaan rumah yang gelap sebaik pulang dari tempat kerja.

"Saya percaya Suparmi keluar bersama anak saya pada waktu tengah hari mengikut maklumat seorang peniaga di tingkat bawah," ceritanya.

Aung Soe bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini malam semalam.

Aung Soe memberitahu, pembantu rumahnya itu mula bekerja dengannya September lalu dengan gaji RM400 sebulan dan hubungan mereka sangat rapat selain Suparmi tidak diberi kerja yang berat.

"Isteri saya sejak tadi asyik menangis tak berhenti-henti, saya harap dia pulangkan anak saya. Anak saya, kami tak pernah buat salah kepada dia," katanya sambil berharap segera menemui anak tunggalnya itu.

Kosmo!

harap-harap Amah ini sekadar hilang sebentar & mengembalikan semula anak comel ini.

Kanak-kanak hilang ditemui semula


Siti Nurdiana dipeluk oleh kedua ibu bapanya, Abu Hussin dan Haslinda serta Tasiyem (kiri) sebaik ditemui di Batu Tiga, Shah Alam semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilarikan pembantu rumah warga Indonesia kelmarin ditemui selamat di Stesen Komuter di Batu Tiga Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, Siti Nurdiana Aung Soe ditinggalkan di Stesen Komuter Batu Tiga pada pukul 6.30 petang semalam bersama seorang pekerja restoran wanita warga Indonesia.

"Pembantu rumah itu yang dikenali sebagai Suparmi, 50, telah meninggalkan mereka sebaik sampai di stesen komuter itu," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, pekerja restoran itu telah menemankan Suparmi untuk mengembalikan Siti Nurdiana kepada keluarganya apabila dia menemui mereka di sebuah restoran di ibu negara.

"Suparmi telah membawa Siti Nurdiana ke sebuah restoran di Chow Kit.

Melihat Suparmi yang mencurigakan, pekerja restoran itu mempersoalkan siapakah kanak-kanak perempuan terbabit.

"Wanita itu kemudian mengaku budak itu anak majikannya sebelum pekerja restoran itu berjaya memujuk wanita itu untuk mengembalikan semula mangsa," katanya.

Zainal Rashid berkata, Suparmi kemudian meminta pekerja restoran itu menemaninya untuk menghantar kanak-kanak itu pulang di Shah Alam dengan menaiki komuter.

Kosmo!

iDAN: Firasat hatimu betul ditemui kembali anak comel ini, syukurlah!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan