Translate

Tajaan

Isnin, 26 Oktober 2009

Jangan sibuk! (Hiburan)

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.

Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.

Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.

Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.

“Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat.

“Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingat-mengingati,” katanya, semalam.

Awie yang popular dengan lagu Sejati mengulas dakwaan Akhil Hayy bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain supaya melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.

Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia (artis) mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat.

Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat artis terbabit yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperoleh daripada ‘guru ghaib’ yang sukar untuk dikesan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor.

Awie berkata, kehidupan artis yang menjadi ‘public figure’ memang sentiasa disuluh lampu terang yang semestinya mahu memperlihatkan kecantikan yang dimiliki dalam sinaran cahaya berkenaan.

Walaupun mengakui ada artis yang tergelincir (terbabit dengan kegiatan maksiat), Awie mempertikaikan mengapa hanya golongan itu dikaitkan dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral, termasuk ajaran sesat.

“Sebagai artis kita fokus terhadap apa yang hendak kita lakukan dan tidak berdiri di pentas ceramah sambil memaki dan mencerca orang lain,” katanya

Awie turut mendakwa penceramah terbabit pernah memperlekehkan lagu Sejati mengikut selera sendiri ketika berada di pentas ceramah.

“Saya meminta penceramah muda ini supaya tidak menilai seseorang itu secara melulu dan melalui ‘kulit’ saja, kerana ada ketikanya ada individu mempunyai ‘kulit’ yang baik, tetapi sebenarnya busuk di dalam.

“Dia baru setahun jagung dalam dunia artis dan terlalu mudah serta sewenang-wenangnya mahu menilai kehidupan artis sekarang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat,” katanya.

>Hanya dakwah, saling mengingati

PUTRAJAYA: “Apa yang saya luahkan (amalan ajaran sesat di kalangan artis) atas dasar dakwah dan saling mengingati sesama golongan artis dan tiada niat untuk menunjukkan saya ini ‘suci’ berbanding orang lain.

“Saya juga manusia dan tidak menafikan ada melakukan kesilapan, tetapi saya mahu melihat kehidupan golongan artis diperbaiki agar berada di landasan sepatutnya,” kata penceramah dan pengacara rancangan ilmiah televisyen, Akhil Hayy, semalam.

Menurutnya, walaupun niatnya ikhlas untuk berbuat kebaikan sesama artis, dia akur jika ada di kalangan penggiat seni sukar dan tidak mahu menerima hakikat cabaran baik dan buruk dalam dunia itu.

Akhil berkata, dia bukan bercakap berdasarkan nafsu, tetapi satu peringatan bukan untuk dirinya, malah untuk rakan artis supaya berwaspada dan tidak tergelincir sehingga membawa kepada jurang kesesatan.

“Sebenarnya, saya tidak menuduh mana-mana pihak tapi berdasarkan kepada pengalaman sepanjang terbabit dalam dunia artis yang penuh cabaran.

“Bagi saya, apabila membabitkan soal akidah, ia bukan tanggungjawab saya saja, tapi juga tanggungjawab semua umat Islam termasuk juga artis yang juga ikon masyarakat.

“Sebagai ikon, kita perlu menunjukkan contoh dan teladan baik supaya mampu melahirkan masyarakat yang memiliki nilai murni,” katanya.

Dia mengulas kritikan penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, yang tidak selesa dengan kritikan Akhil terhadap segelintir golongan artis yang kononnya menjadi tali barut ‘guru ghaib’ bagi menyebarkan ajaran sesat.

Akhil berkata, dia tidak mempunyai niat tersirat atau mencari publisiti murahan, tetapi hanya mahu mengingatkan rakan artis mengenai pentingnya memberi perhatian terhadap soal akidah.

Menurutnya, memang kebanyakan umat Islam mengaku Islam, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman kepada Allah.

“Jika mereka tidak salah mengapa perlu hendak memarahi orang lain dan saya tetap perlu melakukan kebaikan walaupun terpaksa menghadapi banyak cabaran.

“Saya meminta golongan artis yang terasa `pedas’ dengan `cili’ yang diberikan supaya melihat nasihat itu dengan mata hati dan cuba berprasangka baik yang mungkin boleh membawa kebaikan kepada mereka,” katanya.

Akhil berkata, sebagai umat Islam, dia tidak mahu kehidupan artis masih dibelenggu dengan konsep `lu lu’ dan `gua gua’ yang sebenarnya tidak dianjurkan Islam.

Menurutnya, walaupun tidak menafikan rasa tidak senang segelintir artis, dia mengakui masih ada artis yang celik dan menerima nasihat diberikan dengan hati terbuka.

“Saya masih melihat ada artis yang mempunyai kekuatan untuk melihat kebaikan hendak kita sampaikan,” katanya.

Oleh itu, dia berharap mesej yang cuba dibawa kepada masyarakat artis perlu diberikan perhatian kerana mereka adalah ikon masyarakat yang mempunyai ramai pengikut.

22 pelajar hilang dihanyut air di Kampar


Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 pelajar lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

Pelajar terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari

Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui pelajar yang hilang.

Seramai 59 pelajar kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan. - Bernama

Susulan 22 pelajar hilang: Ibu bapa masih tunggu maklumat (Ceritera)


Ibu bapa pelajar berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk
mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

Seorang pelajar yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 pelajar di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada pelajar yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai pelajar menjerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa
naik tiga atau empat pelajar...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam pelajar, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang pelajar yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Pelajar yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter. - Bernama

Saman terhadap Amy diteruskan (Ceritera)




KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak yang melecur terkena kuah tomyam di Restoran Laksamana Cheng Ho milik penyanyi Amy Search berjaya meneruskan tuntutan saman RM300,000 terhadap penyanyi rock itu selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan rayuan plaintif.

Sehubungan itu, Hakim Lau Bee Lan juga mengetepikan dengan kos keputusan Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada 30 Januari lalu yang membatalkan saman terhadap Amy (gambar) atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51.


KERATAN Kosmo! 25 September 2008.


Bee Lan membuat keputusan itu di kamarnya selepas mendengar hujah peguam kedua-dua belah pihak.

Plaintif, Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 4, diwakili peguam, Adnan Seman manakala peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Amy.

Kes itu kemudian ditetapkan pada 5 November depan untuk sebutan semula di Mahkamah Sesyen Sivil di sini.

Adnan yang ditemui di luar mahkamah berkata, hakim membuat keputusan itu setelah menerima rayuan plaintif bahawa terdapat bukti-bukti dan kenyataan media oleh defendan sebelum ini menunjukkan restoran itu milik artis berkenaan

Kosmo!

Gelengg@ng: Terfikir juga sejauh mana kesan melecur hinggakan layak dituntut sejumlah wang agak lumayan di mahkamah. Jika sekadar melecur seketika kemudian baik & tiada apa jua kesan rasanya itu dikira kemalangan. Takkan kita sanggup mencurah dengan sengaja kepada kanak-kanak kuah yang panas begitu.

Saya kerap juga melihat anak saya ketika kecil, lebam, kesan gigit, benjol & pelbagai ketika dihantar di Pusat Asuhan. Lantaran kesannya tak ujud pun rasanya tak adil kita mahu salahkan penjaga di Pusat Asuhan tersebut; mungkin anak kita yang nakal. Fikir macam itu sahaja agar tidak memanjangkan masalah.

Pening kerana kereta rashid (Ceritera)


CHEE SHIN menunjukkan cermin suria Proton Wira Aeroback miliknya yang menjadi punca disaman.





KUALA LUMPUR - Seorang peniaga, Choo Chee Shin sebelum ini berasa bangga kerana dapat memiliki kereta Proton Wira Aeroback yang pernah digunakan oleh jaguh badminton negara, Rashid Sidek (gambar).

Kereta itu yang lengkap dengan pelbagai aksesori seperti rim sukan dan bumbung suria didakwa hadiah daripada Edaran Otomobil Nasional Bhd. (EON) kepada Rashid dan pemain badminton negara lain atas kejayaan menjulang Piala Thomas pada tahun 1992.

Namun pada 23 Jun lalu, perasaan bangga Chee Shin, 57, bertukar kecewa selepas dia disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan di Kuala Kubu Baru, Selangor atas dakwaan memasang bumbung suria pada kereta itu tanpa kebenaran.

"Saya telah menjelaskan kepada pegawai JPJ bahawa saya tidak mengubahsuai kereta itu tetapi alasan itu tidak diterima,'' kata Chee Shin ketika ditemui di Biro Pengaduan MCA di Jalan Ampang di sini semalam.

Kosmo!

Ahad, 25 Oktober 2009

K'jaan Belanja RM1.2 Juta Sehari Utk Banduan Di Seluruh Negara (Ceritera)

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerajaan perlu membelanjakan lebih kurang RM1,274,490 sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow.

Beliau berkata perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin yang dicatatkan sehingga 4 Sept lepas.

"Daripada jumlah itu, warganegara asing ialah 16,303 orang iaitu 38.3 peratus dan kos perbelanjaan sehari untuk mereka ialah RM489,090," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Astaman Abdul Aziz (BN-Titiwangsa) yang meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan kos purata yang ditanggung kerajaan bagi setiap banduan yang sedang menjalani hukuman penjara bagi tahun 2005.

Fu berkata kerajaan terpaksa membelanjakan RM30 sehari bagi seorang banduan yang sedang menjalani penjara bagi tahun lepas.

"Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian dan kos pemulihan.

"Kos pengurusan harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling, ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat menyurat," katanya.

-- BERNAMA

Jumaat, 23 Oktober 2009

Semakin ramai yang dihargai

Anak seni kini bukan hanya penghibur di pentas hiburan, bahkan mereka juga antara kelompok yang memasyhurkan nama negara di peringkat antarabangsa.

SELAIN penyanyi era 60-an, Jeffrydin yang dianugerahkan Anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada upacara Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka baru-baru ini, ramai penggiat seni tanah air yang mendapat penghargaan hasil usaha mereka menghambakan diri dalam bidang ini.

Tidak dinafikan, bukan anugerah atau gelaran yang didambakan oleh karyawan seni yang menumpahkan minat dalam industri yang mencabar dan dipenuhi dengan duri-duri tajam itu.

Apa yang pasti, di sebalik jerih payah anak seni mengharung gelombang populariti semakin banyak pihak membuka mata untuk menghargai jasa mereka.

Hakikatnya, penyanyi, pengarah, pelakon dan pengacara bukan hanya penghibur di pentas hiburan, bahkan mereka juga antara kelompok yang memasyhurkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Bahkan tanpa kita sedari muzik dan filem menjadi medium untuk menyatukan semua kaum menjadi satu bangsa Malaysia.

Kosmo! tidak ketinggalan menyenaraikan antara anak-anak seni yang menerima anugerah sejak beberapa tahun lalu.

Selain nama-nama yang disebutkan, karyawan seni lain yang turut menerima anugerah membawa gelaran Datuk atau Tan Sri termasuklah antaranya ialah Aziz Sattar, M.Daud Kilau, S.M. Salim (Tan Sri), Aziz Singah, Sarimah Ahmad, Zahim Al-Bakri, P. Ramlee, DJ Dave, Jins Samsuddin (Tan Sri) dan Jalaluddin Hassan.

Selain itu, Michelle Yeoh, Ahmad Jais, Ahmad Nawab, Yusof Haslam, Mustapha Maarof dan bekas penyanyi kumpulan Impression, Sani turut mendapat penghargaan yang membawa gelaran Datuk.

DATUK SUDIRMAN ARSHAD

PENGHIBUR hebat negara, Allahyarham Sudirman dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lalu.




Anugerah yang disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar di sini diterima oleh kakak sulung penyanyi itu, Datin Rodziah Arshad.

Sudirman, anak kelahiran Temerloh, meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun.

DATUK DAVID ARUMUGAM




PENYANYI utama kumpulan Alleycats, David dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lalu.

David atau nama sebenarnya Thiagarajan K.R. Arumugam yang sudah melibatkan diri dalam bidang seni selama 40 tahun itu adalah antara 66 penerima darjah DIMP yang menerima anugerah masing-masing daripada baginda dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pahang.

TAN SRI S.M. SALIM




TERLEBIH dahulu bergelar Datuk S.M. Salim, penyanyi veteran ini pada tahun 2001 menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri pada Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Aziz Shah.

Beliau yang terharu kerana diberikan anugerah tersebut mengakui tidak pernah mengharapkan pengorbanannya selama ini dibalas dengan pengiktirafan seperti itu.

DATUK KHADIJAH IBRAHIM




PENGHIBUR terkenal, Khadijah atau panggilan glamornya Khaty dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lalu.

Beliau merupakan penyanyi sepanjang zaman yang telah berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri hiburan tanah air dan terkenal dengan lagu Ku Pendam Sebuah Duka.

DATUK SHEILA MAJID




RATU jazz Malaysia, Sheila menerima gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lalu setelah lebih 20 tahun bergiat dalam industri seni tanah air.

Sheila atau nama sebenarnya Shahiela Abdul Majid, 44, dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

DATUK SITI NURHALIZA




PENYANYI nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-76 pada tahun 24 Oktober 2006.

Siti sebelum ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Keempat Negeri Pahang - Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Paduka Mahkota Perak (PMP) dan Johan Setia Mahkota (JSM) setelah lebih sedekad melibatkan diri sebagai anak seni.

Bunuh kambing dengan renungan mata (Delima Merkah)


SATU adegan filem The Men Who Stares At Goats menunjukkan Clooney (kiri) menggunakan matanya untuk membunuh seekor kambing.


LONDON - Ramai menyangka Projek Jedi yang dipaparkan menerusi filem terbaru The Men Who Stare At Goats lakonan George Clooney yang membunuh seekor kambing dengan menggunakan kuasa matanya merupakan imaginasi seorang penulis skrip Hollywood.

Namun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bahawa tidak ramai yang mengetahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada projek sulit tentera Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.

Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa psikik bagi merevolusi kaedah peperangan.

Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera 'ajaib' yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.

"Anda perlu sedar bahawa idea ini tidak dianggap mengarut oleh pihak tentera," kata seorang anggota pasukan khas yang terlibat dalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton.

Menurutnya, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa psikik bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.

Ketaksuban penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih 40 institut paranormal negara itu.

"Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru teknologi ketenteraan. Kita perlu mengetahui sama ada kuasa minda boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan selain mencari cara untuk melindungi diri jika diserang mereka (Rusia)," tambahnya.

Sejak beberapa dekad lalu dunia dikejutkan dengan beberapa demonstrasi kuasa minda luar biasa terutamanya oleh pengamal magis dari India, Yusultini yang mengapungkan diri wanita ke udara pada tahun 1950-an. - Agensi

KD hanya dicerai talak satu (Hiburan)




KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti (gambar) yang sebelum ini digembar-gemburkan bercerai dengan suaminya, Anang Hermansyah dengan talak tiga rupa-rupanya hanya sah diceraikan dengan talak satu.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 22 Oktober lalu.

Kris Dayanti yang ditemui pada sidang media pelancaran album terbarunya, Aku Wanita Biasa di sini semalam menjelaskan, meskipun sudah dua hari dia bergelar janda, hakikat itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya nyanyian.

Ketika ditanya kemungkinan dia akan kembali kepada Anang, beliau berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini tetapi dia tidak tahu untuk masa depan.

"Cinta saya sudah mati untuk Anang ketika ini," katanya.

Kris Dayanti bagaimanapun menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa kecurangan beliau merupakan antara punca keruntuhan rumah tangganya.

"Saya tidak curang, cuma orang menyalahertikan kemesraan saya," tegasnya.

Mati tanpa sempat berjoli (Ceritera)


Mokhtar (kanan) menunjukkan senjata api, pedang dan sejumlah wang yang ditemui daripada dua penculik yang ditembak mati di Segamat semalam.


JOHOR BAHRU - Dua penculik dipercayai hanya sempat menghabiskan RM100 daripada wang tebusan culik sebanyak RM130,000 yang diperoleh sebelum mereka mati ditembak.

Itulah nasib dua penjenayah yang maut selepas mereka cuba menyerang dan menembak sepasukan anggota polis di Batu 9, Jalan Yong Peng-Pekan Chaah, Segamat di sini pada pukul 1.50 pagi semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 35 dan 38 yang bersenjatakan sepucuk pistol revolver .38 dan sebilah parang itu mati ditembak pada pukul 1.50 pagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sebelum itu kedua-dua suspek telah menculik seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun pada pukul 6.45 pagi Selasa lalu di Segamat.

"Penculik itu kemudian meminta wang tebusan RM130,000 daripada keluarga mangsa.

"Keluarga mangsa membayar wang tebusan tersebut kelmarin sebelum mangsa dibebaskan tanpa kecederaan pada hari sama," kata beliau di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini semalam

iDAN:

Tidak diceritakan ianya orang kita atau bangsa lain. Nampaknya penculik amat berhemah dalam berbelanja. Mungkin mereka ada perancangan lain tetapi polis lagi cepat mengesan mereka. Bukan senang nak senang dengan wang tebusan begitu.

Jangan pertikai hak istimewa Melayu

Oleh AZRAN FITRI dan TARMIZI ABDUL RAHIM
(WARTAWAN UTUSAN)

MALAYSIA selepas pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu telah mengalami pelbagai transformasi yang menuntut perhatian serius daripada semua pihak demi kesinambungan kesejahteraan dan kestabilan negara yang dimiliki oleh masyarakat majmuk.

Keberanian sesetengah pihak mempertikai Perlembagaan banyak berpunca daripada kuasa politik baru yang kononnya akan mewujudkan sebuah masyarakat 'Malaysia Baru' yang mementingkan kepada keadilan sejagat dan kesamarataan, seolah-olah masyarakat 'Malaysia Lama' sebelum ini terlalu teruk dan jelik.

Persoalannya, kenapa kontrak sosial dan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan? Sedangkan itu adalah ramuan utama permuafakatan kaum di negara ini untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Fasal 152 menyentuh mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan manakala 153 menyentuh perbezaan kuota perkhidmatan, permit, biasiswa dan sebagainya di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lainnya.

Tiga pakar undang-undang tanah air pada Forum Sambutan Merdeka - Pelaksanaan Undang-Undang Fasal 152 dan 153 anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) merumuskan bahawa kegawatan dan keghairahan itu berpunca daripada dua faktor utama.

Pertama - undang-undang tersebut tidak dilaksanakan ditegas oleh kerajaan dan kedua - percubaan golongan terbabit untuk memadam sejarah dan dengan sengaja 'berlakon' seolah-olah tidak memahami sejarah demi memenuhi hajat politik picisan.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr. Abd. Aziz Bari berkata, perlembagaan negara yang diamalkan hari ini telah wujud sejak 500 tahun lalu dan ia merupakan kesinambungan daripada Kanun Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Beliau berkata, sejak zaman itu lagi, Raja-Raja Melayu telah memikirkan mengenai nasib Melayu dan hak-hak kaum itu perlu dijaga. Justeru Perlembagaan tersebut telah menyerap apa yang diamalkan serta ditetapkan dalam kanun tersebut untuk dijadikan undang-udang selepas merdeka.

Katanya, mengikut laporan Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal Perlembagaan negara sebelum merdeka, mereka semua bersetuju bahawa kaum pribumi iaitu Melayu perlu diberikan hak keistimewaan semasa penubuhan negara ini.

"Laporan Reid wujud lebih 50 tahun lalu dan kajian yang dibuat mereka merangkumi semua aspek, suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dari Britain mengakui bahawa Melayu masih ketinggalan terutama dari aspek ekonomi kerana mereka tidak mendapat pendedahan.

"Kaum pendatang dari Cina menguasai ekonomi disebabkan mereka datang ke sini untuk berdagang, jadi mereka telah mendapat pendedahan awal dan mereka bersetuju dengan apa yang diamalkan sebelum ini supaya kaum pribumi terus diberi hak keistimewaan," katanya.

Beliau menegaskan tidak kesemua Laporan Reid dipakai sebagai Perlembagaan, kerajaan pada ketika itu telah mewujudkan Kertas Putih dan untuk mengukuhkan lagi perlembagaan yang digubal maklum balas juga diambil daripada debat merdeka pada ketika itu.

Semua pihak termasuk kaum Cina, India dan lain-lain pada ketika itu bersetuju dengan Perlembagaan yang akan digubal berdasarkan Laporan Reid, Kertas Putih dan Debat Merdeka.

Dalam pada itu, Penasihat Undang-Undang Majlis Muafakat Melayu Malaysia, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, sebelum merdeka, pendatang (imigran), Cina dan India mereka pada peringkat awal langsung tidak memikirkan sebarang usaha untuk mencapai kemerdekaan.

Katanya, mereka hanya bersikap menangguk di air keruh iaitu bakal memperoleh taraf kerakyatan dan mendapat hak sama rata dengan pribumi apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan kerana kebanyakan daripada mereka enggan kembali ke negara asal.

"Contoh yang paling ketara ialah tiada langsung penglibatan golongan imigran ini semasa Melayu bersepakat menentang penubuhan Malayan Union oleh Inggeris, malah mereka tidak berbuat apa-apa kerana fungsi Malayan Union itu kelak akan menguntungkan mereka pada akhirnya.

"Ekoran daripada itu telah timbul pelbagai polemik dan perdebatan di kalangan pemimpin Melayu supaya tidak memberikan taraf kerakyatan kepada imigran," katanya.

Bagaimanapun pihak Inggeris telah menekankan syarat supaya semua pihak pelbagai kaum mengambil bahagian sebagai salah satu syarat mencapai kemerdekaan.

Ekoran itu, maka wujudlah parti-parti politik yang mewakili kaum di Tanah Melayu pada masa itu iaitu UMNO bagi Melayu, MCA (Cina) dan MIC (India).

Pun begitu selepas mencapai kemerdekaan, suara-suara sumbang untuk mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu mula kedengaran dan kemuncaknya pada 13 Mei pada tahun 1969 berlaku rusuhan kaum.

Lantaran itu, Abd. Aziz berkata, satu undang-undang digubal supaya empat perkara dalam Perlembagaan tidak boleh disentuh iaitu, Fasal 152, Fasal 153, kedudukan raja-raja Melayu dan hak kerakyatan bagi menjamin keharmonian negara ini.

Biar pun, undang-undang tersebut telah termaktub secara jelas lagi nyata tidak menghalang 'keseronokan' sesetengah pihak terutama parti politik mempertikaikannya selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Bagi peguam terkenal, Zainur Zakaria, keseronokan untuk 'menggeletek' hak keistimewaan Melayu, agama Islam, bahasa Melayu adalah disebabkan tidak ada pelaksanaan yang tegas daripada kerajaan.

Bangsa lain sebenarnya langsung tidak mempunyai sebab untuk mengeluh atau merungut terhadap kedua-dua fasal itu kerana mereka telah pun menikmati keadilan yang bukan sedikit daripada kerajaan.

"Melayu bukannya tuntut hak lain cuma kita pertahankan hak sedia ada yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Tetapi apabila kita perjuangkan hak ini seolah-olah seperti kita pula yang bersalah," katanya.

Mempertikaikan hak keistimewaan Melayu adalah perkara remeh sedangkan kaum lain di negara ini telah mendapat pelbagai keistimewaan.

Soalnya, Melayu telah banyak bertolak ansur dan berkorban untuk semua kaum. Melayu juga tidak pernah mengungkit atau meminta hak kaum lain, ini semua tidak lebih daripada untuk menagih sokongan politik.

Rabu, 21 Oktober 2009

Anak yg SOLEH..-USTAZ Harun Din (Agama)

Assalamualaikum semua..

Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.

Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.

Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak
terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.

Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.

Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.

Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa/ walid/baba dan ibu/mama/emak/ ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku?

Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.

Wallahu'alam.

Sebenarnya ada seperkara lagi,

Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya . Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubungan baik dgn saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.

Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa yg ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir utk mereka.

Petikan ini di terima dari seorang sahabat ... renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.

Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya.

Sajaknya berbunyi begini.

INILAH MASANYA

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku.

Sekarang baru aku terpikir.... ........ pernahkah rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahujawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku
benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.

Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku. .......insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.

Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah! Pernah kita bertindak sedemikian? Pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu? Andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat.

Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ... mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu ...

wassalam

Sabda Rasulullah saw:

"Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua pula"

Petikan dari http://cmashima.blogspot.com

Bagaimana Reda Akan Keputusan Allah? (Agama)

Fikiran beku yang seseorang tidak mau memecahkanya adalah pemikiran kolot yang tidak ada ghairah, pemikiran yang seakan tertutup oleh lilin merah petanda berhentinya sebuah revivalisme, ibarat kayu kering yang disangkakan manusia hal itu bermanfaat dan manis. Lalu ketakjuban itu bertambah ketika yang keluar dari bibir mungil mereka hanyalah pepakuan yang tajam. Sungguh, seseorang yang terjerumus ke dalam api neraka tidak merasakan kecuali panas yang membakar.

Fikiran salah yang selama ini menggelayuti terminologi sufi adalah sangkaan kepada kaum sufi sebagai kaum darwis, berfikiran pendek, menerima segala hal lalu membiarkanya begitu saja tanpa ada usaha untuk merubahnya. Para manusia yang selalu mengharapkan pancaran 'isyq dalam nur Allah, mengikuti jejak langkah baginda Rasulullah SAW serta mengharapkan barakah dan syafa'at ahli bait mampu melihat matahari sebelum tersirat cahaya pagi, merasakan segarnya aroma bunga melati sebelum bijinya tertanam.

Adalah perbedaan yang sangat mendasar antara realiti dari Allah dan realiti yang dari manusia. Mereka menyakini bahwa apa yang diberi oleh Allah SWT adalah baik, demikian juga yang dicegah-Nya. Ketika diberi, kita mensyukurinya, sedang ketika tidak diberi kita akan bersabar. Inilah yang disebut reda dengan realiti, yaitu reda yang tidak bererti kepasrahan tanpa usaha. Adapun sebenar-benar reda adalah sebagaimana tercermin dalam beberapa kisah pertempuran Rasulullah SAW, di mana ketika hendak pergi untuk berperang, beliau selalu menyiapkan perbekalan dan strategi. Maka ketika mendapat kemenangan, beliau bersyukur, ketika tidak mendapatkanya maka beliau tetap bersabar tanpa merasa putus asa akan rahmat Yang Maha Kuasa.

Ada sebahagian orang yang menafsirkan tawakal dengan penafsiran yang salah, tetapi Rasulullah SAW menafsirkanya dengan begitu jelas dalam sabdanya, "jikalau engkau tawakal dengan sebaik-baik tawakal niscaya Allah SWT akan memberikan rizki sebagaiamana memberikanya kepada burung-burung yang setiap pagi pergi mencari rizki sehingga pulang dengan perut penuh terisi". Ya!, seekor burung pasti akan pergi tiap pagi nya, tidak berdiam dalam sarangnya menanti rizki. Burung tersebut terbang berusaha mengais apa yang akan Allah SWT anugerahkan, bahkan ketika tidak mendapatkan rizki, sang burung tetap akan bersabar akan keputusan-Nya.

Maka hakikat tawakal adalah mengambil usaha, menerima hasil yang akan diraih, serta reda dengan hasil tersebut. Dan yang selainnya tidak terhitung sebagai sebuah tawakal. Mungkin juga ada yang menambahkan pengertian di atas dengan kalimat 'bahagia dengan hasil yang diterima', sehingga pengertian tawakal menjadi mengambil usaha dan menerima segala hasil serta reda dan bahagia dengan hasil tersebut, tergantung tingkatan keimanan masing-masing individu. Karena pada dasarnya ada sebahagian orang yang bahagia dengan bencana sebagaimana ia bahagia dengan datangnya anugerah. Barangkali engkau akan benci terhadap sesuatu yang sebenarnya baik, dan mungkin saja engkau akan mencintai sesuatu yang sebenarnya tidak baik bagimu. Karena kebaikan terkadang tersembunyi di balik sesuatu yang tidak kita sukai dan sebaliknya.

Suatu ketika sayidina Abu Bakar RA bertemu dengan seorang lelaki yang berkata "ya Allah, redalah hamba-Mu ini", maka Amirul mukminin pun bertanya, "sudahkah engkau reda akan Allah?, kut! meminta Allah SWT meredamu?". Lelaki tersebut menjawab, "bagaimana aku bisa reda kepada Allah, sedangkan Allah SWT adalah Maha kuat sedang aku sangat lemah, aku miskin sedang Ia Maha kaya?". Sayidina Abu Bakar menjawab,"jikalau engkau bahagia akan bencana sebagaimana engkau bahagia dengan nugerah, maka sungguh engkau telah ridlo terhadap Allah SWT". Ini adalah derajat kaum al-'ârifîn yang bahagia dengan kelahiran juga bahagia akan kematian. Mereka adalah yang tertoreh oleh tinta emas al-Qur'an:
"Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepadanya. yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya" . Kewajiban kita adalah berusaha dan berdoa, tidak menentukan hasil. Karena keberhasilan sudah ada yang menentukan. Sebagaimana pepatah barat mengatakan: "berdoalah kepada Tuhan, namun tetap berusaha untuk sampai ke ladang kerja".

Juga dalam keranjang pemikiran yang menghegemoni saat ini terdapat sebuah abstraksi yang keliru tentang sekelompok manusia yang pergi ke makam-makam mengunjungi ahli bait nabi SAW, yang kemudian terjadilah beberapa hal yang mungkin tidak bisa diakal. Sebagaimana orang yang mengusap dinding ataupun nisan kuburan, menciumi pagar serta serambi makamnya. Sesungguhnya problematika ini telah membuka jurang pertentangan yang berujung pada perdebatan sengit. Bahkan lebih ekstrim lagi, perdebatan ini telah mengarah kepada konflik pengkafiran atau klaim kebenaran sepihak. Lantas bagaimana Islam menghukumi akan hal ini?.

Sebelum kita menerangkan sekaligus menganalisa problematika di atas, hendaknya kita ketahui bahwa hukum syar'i hanya berlaku pada perkara yang sifatnya ubudiyah saja. Akan tetapi perkara di atas bukanlah urusan ibadah, sehingga terlalu riskan untuk memaksakan masuk dalam lingkup keagamaan, sebagaimana barang temuan yang tidak terbahas dalam hukum waris. Ya! Problematika di atas jauh dari jangkauan syari'at, tidak ada ibadah dengan ciuman kecuali mencium Hajar Aswad. Tidak bisa kita mengatakan bahwa orang yang mencium anaknya berarti dia menyembahnya, tidak pula seseorang yang mencium isterinya bererti menyembahnya.

Jikalau ciuman terhitung sebagai ibadah maka ciuman harus diatur, baik waktunya, tempatnya, kadarnya (jumlah), tata cara pelaksanaanya, tata cara qada bagi yang melewatkannya serta hukuman bagi yang meninggalkanya. Karena sesungguhnya ciuman bukan ibadah akan tetapi sebuah perkara yang kita tidak dilarang juga tidak diperintahkan melakukannya. Perkara yang secara logis tidak diharamkan juga tidak diwajibkan. Rasulullah SAW adalah orang yang pertama kali mencium Hajar Aswad, namun tidak pernah memerintahkannya, sebagaimana kita ketahui dari khabar Sayidina 'Umar bin Khattab RA, ketika berkata "jikalau tidak kulihat Sayidina Rasulullah SAW menciummu, niscaya tidak akan pernah aku menciummu" dan hal ini termasuk sunah fi'liyah.

Jika dikiaskan dengan hukum mencium Hajar Aswad, maka seseorang yang sedang tawaf mengelilingi ka'bah ketika terjebak dalam keramaian yang tidak memungkinkan baginya mencium Hajar Aswad secara langsung, cukuplah bagi dia mengusap Hajar Aswad dengan telapak tanganya, lantas menciumkan telapak tangan tersebut ke kedua bibirnya. Kemudian jika tidak memungkinkan mengusap Hajar Aswad dengan telapak tangan, maka cukuplah bagi dia mengusap dengan tongkatnya kemudian ujung tongkat yang menyentuh Hajar Aswad tersebut dicium. Kalaupun pakai tongkat juga tidak bisa, maka cukuplah bagi dia mencium dengan isyarat lambaian tangan kemudian tangan tersebut dicium.

Semua kita ciumi, mulai dari tangan sampai tongkat hanya untuk mendapatkan barakah Hajar Aswad. Kita ciumi semua itu sebagai perantara antara kita dengan Hajar Aswad. Hal ini sama tatkala kita menyentuh, mengusap dan menciumi kuburan para wali atau orang salih lainya. Ketika raga kita tidak mampu berjabat erat dengan tangan agung para wali tersebut maka dengan mencium pusara mereka adalah sebagai perantara antara kita dan mereka. Walaupun mengusap dan mencium bukanlah syarat bagi peziarah, tetapi hal itu bukan pula larangan bagi mereka karena nash syari'at sama sekali tidak pernah menyebutkanya. Ketika syari'at tidak menyebutkan, berarti masuk dalam kategori mubah. Maka barang siapa yang mengharamkan sesuatu yang mubah berarti dia telah mengharamkan sesuatu yang tidak ada dalam nas, serta telah menghukumi dengan selain yang telah Allah SWT turunkan.
Wa lâ haula wa lâ quwwata illa billah.

http://www.uwohingpikiran.co.cc

Selasa, 20 Oktober 2009

Harum Aroma Dari Blog Kak Ros Di Tokyo

Air soya ekpress

Air soya ekpress ( bahan-bahanye)

1 litre air kacang soya dlm kotak
2 cawan air
1 cawan gula ( ikut tahap kemanisan masing)
2 ikat daun pandan

Caranya,

masukkan semua dalam periuk dan masak hingga agak medidih, sejukkan dan buleh lah diminum.

Pau Kak Ros Tokyo

resepi pau tu pula biasa je, ros guna tepung blue key, import dari mesia, punyelah tahan nak pakai, sebabnye ade satu kotak je, heheehehe, memang dah niat dah nak buat masa bulan puasa, resepi yang selalu ros buat je leh rujuk kat bawah ni

400 gram tepung pau
50 gram shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam
50 gram gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
6 gram yis

Caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit dan bahagikan pada 20 bahagian kecil dan isi dengan inti kegemaran anda.

2. Tadi ros letak inti kacang merah dan daging+kentang, tutup doh rapat-rapat dan biarkan sehingga dua kali ganda selama 1 jam, kukus selama lebih kurang 8 hingga 10 minit, bergantung pada saiz pau. sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.












menu tu di susun atas meja untuk amik gambar je, belum dihidangkan sepenuhnye lagi, lepas di snap terus letak balik atas almari heheehehehe-

Untuk Pengetahuan Bersama summer kt sini siang panjang-kena sabar sikitlah berpuasa musim summer ni- lapar tak sangat cuma haus je sikit.

Waktu Imsak di Jepun 3.33 pagi bersamaan 2.33 pagi waktu Malaysia ( kena bangun awal)
Waktu Berbuka 6.20 malam bersamaan 5.20 petang di Malaysia

Banyak lagi Masakan Menarik dari Kak Ros
Sila Klik

http://damiacyan.multiply.com

Tulisan Faisal Tehrani

26. 02. 2002
Berdendang Dalam Opera by Faisal Tehrani

Apakah saya menyukai produksi Opera Uda dan Dara yang dipentaskan di The Actors Studio Bangsar pada 20 Februari lepas hingga 3 Mac 2002?

Uda dan Dara hanya bermula sebagai sebuah puisi berjudul Gadis di Kuburan. Penyair besar kita Usman kemudian menggubahnya dalam bentuk cerpen, sebuah drama televisyen berdasarkan Uda dan Dara pula di bawa ke kaca televisyen pada tahun 1970 dan dalam bulan Disember 1972, Uda dan Dara dibawa ke Universiti Malaya sebagai sebuah muzikal dan ia dipercayai drama muzikal pertama dalam sejarah teater berbahasa Melayu. Usman bekerjasama dengan Basil Jayatilaka waktu itu.

Uda dan Dara adalah sebuah naskah klasik yang perlu ditangani dengan waspada sepanjang masa beredar, kesilapan menangani dan meletakkan pelakon yang sesuai akan menjadikan Uda dan Dara drama peringkat sekolah yang petaka. Saya tidak dapat melupakan produksi Uda dan Dara yang gagal di Shah Alam tahun lalu dan bayang-bayang itu sedikit menghantui. Hampir 30 tahun setelah Uda dan Dara dipentaskan di Universiti Malaya, kini ia tampil lagi sebagai sebuah opera. Muzik sepenuhnya berdendang sepanjang-panjangnya.

Uda dan Dara sebagai opera bermakna setiap butir dialog dinyanyikan. Kali ini latarnya sebuah pekan industri dengan kilang. Di sini pekerja-pekerja kilang peka menuntut keadilan. Uda dicelupkan sebagai juruteknik komputer memadu asmara dengan Dara, gadis kacuk Melayu-Cina. Penindasan oleh pemilik kilang Alang Bakhil nantinya mendorong Malim memimpin mogok di kilang setelah Uda berhijrah ke Singapura untuk mencari wang lebih sebagai memenuhi tuntutan ibu Dara, seorang yang berbangsa Cina yang selain percaya kepada wang, digambarkan pula bimbang anaknya Dara akan melupakan susur galur Cinanya apabila berkahwin dengan Uda kelak. Si filsuf Utih sebagai kekuatan bagi golongan tertindas sesekali mencuit rasa dan minda.

Opera arahan Krishen Jit dan Joe Hasham ini telah melalui beberapa perubahan kecil yang dikatakan telah direstui oleh Usman Awang sendiri (lihat artikel saya mengenai preview Uda dan Dara). Adakah perubahan itu dikira tepat atau mengelirukan? Saya masih dapat menerima perubahan-perubahan ini sepanjang babak pertama. Tetapi bagaimana mereka boleh digambarkan sebagai pekerja-pekerja kilang sedang di babak kedua misalnya, kita diingatkan mereka adalah petani menerusi pantun dan bahasa puitis Usman. Rangkap ‘rampas sawah mereka’ misalnya kelihatan tidak serasi dengan imej pekerja kilang tadi. Ia disakitkan lagi dengan gaya Alang Bakhil yang tidak sesuai.

Kemunculan Alang Bakhil seperti penjahat dalam filem James Bond dengan pistol terasa serba tidak kena. Perlagaan-perlagaan imej ini menyebabkan persembahan terasa begitu kacau terutama sekali permulaan pada babak kedua. Pentas kecil terasa begitu serabut dengan pergerakan Alang Bakhil dan orang-orangnya serta gaya stylized Gani Abdul Karim memeningkan kepala.

Menjadikan ibu Dara dan Dara sendiri sebagai orang berketurunan Tionghua adalah sesuatu yang signifikan dan saya sendiri menyukai idea ini tetapi ia boleh juga menjadi sesuatu yang stereotype terutama apabila Ibu Dara sebagai orang Cina hanya terpancar pada gelang jed dan pakaiannya. Ya, terima kasih, kematian Uda menyatukan ibu Uda dan Dara, mengingatkan kita betapa kita mesti bersatu setelah ada tragedi berlaku, namun perubahan ini terjatuh ke dalam jurang simplistik dan belum tentu dapat mencapai maksudnya.

Sepanjang opera, kasih sayang Uda dan Dara terasa begitu kosong tidak berjiwa meski nyanyian mereka begitu bertenaga. Uda lakonan Khir Rahman, seorang penyanyi serta komposer muda saya kira amat baik tetapi saya yakini beliau tidak dibantu dengan sempurna oleh Dara yang meski mutu nyanyiannya mengkagumkan tidak berkomunikasi baik dengan Uda. Ada yang seolah-olah gagal disampaikan apabila mereka berdua. Dara lakonan Maya Yasmin ini yang pernah terlibat untuk produksi-produksi hebat di luar negara termasuk Cats, My Fair Lady, The Phantom of Opera, Grease dan Sound of Music tentu sahaja amat memukau sebagai penyanyi namun hubungannya dengan pelakon-pelakon lain terasa begitu kaku.

Oleh itu siapa yang sebenar-benarnya bintang? Pentas Opera bagaimanapun dikuasai penuh oleh Faridul Anwar sebagai Malim. Ini amat terasa pada babak pertama. Kelincahan beliau menari dan menyanyi serta mencuri perhatian khalayak adalah ‘kelas pertama’. Faridul bahkan menenggelamkan Uda sepanjang babak pertama tambahan pula kemunculannya agak kerap.

Lontaran suara Faridul amat jelas, bagi saya beliau adalah satu-satu pelakon/penyanyi yang memberikan butir rangkap puitis Usman pada teks dengan ketara pada pendengaran dan begitu bertenaga. Pelakon/penyanyi lain kadang-kadang tidak dapat menyampaikan ayat-ayat indah Usman bila mendendangkannya.

Komunikasi Faridul dengan pelakon-pelakon lain juga begitu serasi dibantu dengan ekspresi bersahaja, terkadang nakal terkadang berang terkadang serius berbaur bersama gerakan tarian yang lincah. Kesempurnaan lakonan/dendangan Faridul ini tidak menghairankan memandangkan beliau adalah ahli koir kebangsaan pimpinan soprano Syafinaz Selamat dan mendapat bimbingan baritone tersohor Eddy Chin.

Kemunculan Julie Sudiro bagaimanapun tidak begitu dirasai. Memang komposisi watak Ibu Uda tidak begitu banyak tetapi masih kemampuan menyanyi Julie belum habis diterokai dan saya percayai beliau boleh melakukan lebih. Emosi dan ekspresinya sebagai ibu terkawal dan berjaya memberi mood yang memilukan.

Permulaan babak kedua dicacatkan dengan adengan Alang Bakhil yang menindas ibu Uda dan orang kampung secara menjolok mata mujur diselamatkan oleh nyanyian merdu Dara serta gerak tari solo Aida Redza yang sangat memukau. Meski formatnya mengingatkan kita kepada rancangan Hiburan Minggu Ini di RTM 1, bayangkan Fransesca Peters menyanyi dan seorang penari berbalet di belakang tetapi sungguh-sungguh kareografi yang begitu ekspresif membuat kita terlupa pada gangguan-gangguan sebelumnya.

Kareografi Boi Sakti yang didatangkan khas dari Gumarang Sakti Dance Company, pengaruh randai dan seni pertahanan diri seperti silat pada babak pembukaan dan gerakan pekerja kilang, tangkas Malim dan kemunculan Aida Redza mengangkat kekuatan opera ini. Boi jelasnya telah melakukan tugas dengan cemerlang cuma pada saya pentas agak kecil, bila terlalu ramai pelakon terasa tidak ada ruang bergerak bila tinggal berdua terasa amat kosong menyakit mata.

Saya memang kerdil soal muzik, namun saya rasakan Adrian Lee dan Sunetra Fernando telah melakukan tugas mereka dengan cemerlang, tahniah, anda berdua mencipta keajaiban kepada bahasa Melayu. Adrian sudah tentu amat dikenali di arena antarabangsa terutama di West End di mana pernah mencipta lagu untuk kumpulan seperti The Royal Shakespeare Company dan The Young Vic sementara Sunetra Fernando memberi sentuhan Malaysia yang rencam, di mana kebolehan beliau menyeragamkan muzik tradisional dan kontemporari dimanfaatkan. Justeru amat menghiburkan rentak muzik dengan sedikit pengaruh India, jazz, unsur keroncong, rock serta segala macam lagi bergema memberi kesegaran kepada opera ini.

Dan Mac Chan anda peñata cahaya yang pintar! Kepingan aluminium rasanya, yang bersusunan di atas lantai pada pertengahan babak pertama telah membantu lampu kuning yang panas bersatu dengan cahaya sejuk, frosted lighting atau cahaya putih terpadu lantas meninggalkan kesan bayang kepada pelakon/penyanyi terutama untuk membantu mood adengan Uda dan Dara berkasih sayang. Perubahan warna menerusi fokus-fokus cahaya amat teratur dan memberi efek yang pelbagai.

Apakah saya menyukai opera ini? Meskipun ada beberapa kelemahan pada adaptasi dan lakonan namun ia merupakan produksi yang paling berjaya menyeragamkan muzik, tarian dan bahasa drama sekaligus dan paling penting, ia dalam bahasa Melayu (oleh kumpulan-kumpulan yang banyak mementaskan teater berbahasa Inggeris). Ia satu usaha yang baik dan berjaya. Opera Uda dan Dara, ya, saya menyukainya dan saya menyanjung usaha The Actors Studio dan Five Arts Centre yang tidak mengenal lelah ini.

Komentar penutup? Ya, memang rugi sesiapa yang terlepas menonton.

Selasa, 13 Oktober 2009

Buah Cerapu ke Buah Kecupu ?

@Buah Nadir

Siapa biasa rasa buah di atas ni tentu kenal dengan buah ni.. Buah cerapu atau ada juga dikenali dengan buah kecupu memang sudah jarang dapat kita lihat lagi.. Walaupun buahnya menarik, rasanya belum tentu boleh diterima oleh lidah anda. Nak rasa sedikit memang sedap bagi saya, tetapi nak makan banyak memang tak tertelan. Rasanya sedikit masam dan ada rasa manis.

Ada yang pernah cuba ke..? Kalau pokok ini masih ada di tempat anda, di harap ceritalah serba sedikit mengenainya.. Selain dari makan ianya boleh dibuat sambal.

Sumber: http://fazlisyam.com

Pokok Jarak Merah (Flora)

Jarak Merah

Pernahkah anda melihat pokok ini? Ini ialah pokok jarak merah. Ia dikatakan dapat mengubat penyakit sendi. Caranya mudah, daunnya diramas dan ditampal di tempat yang sakit. Selain itu, daunnya juga digunakan untuk melapik tungku.


Sumber: http://fazlisyam.com

Orang Asli pindah pada 2012 (Ceritera)

BATU PAHAT 12 Okt. - Kira-kira 100 keluarga masyarakat Orang Asli yang ditempatkan sementara di Kampung Telok, Minyak Beku sejak 30 tahun lalu dijangka dipindahkan ke penempatan baru di Sungai Banang di sini pada 2012.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Osman Bongsu berkata, kerja pembinaan rumah yang dilengkapi kemudahan asas di tapak seluas 11.2 hektar itu akan bermula tidak lama lagi setelah diluluskan Kerajaan Pusat.

"Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah pun melantik kontraktor untuk melaksanakan projek berharga RM10 juta yang dijangka siap dalam masa dua atau tiga tahun lagi," katanya semasa ditemui pada rumah terbuka anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil di Rengit di sini kelmarin.

Beliau berkata, setiap keluarga akan menerima sebuah rumah tiga bilik berharga RM33,000 menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) yang dilengkapi bekalan elektrik, air dan jalan tar.

"Tapak yang dirizabkan kerajaan negeri sebagai penempatan Orang Asli itu terletak berhampiran sungai dan hanya tiga kilometer dari bandar Batu Pahat," katanya.

Menurutnya, lokasi itu amat bersesuaian dengan masyarakat tersebut yang rata-rata terdiri daripada nelayan pantai yang menjadikan hasil laut sebagai sumber utama pendapatan mereka.

"Selain menangkap ikan di sungai, mereka juga boleh turun ke laut untuk meneruskan aktiviti mereka," katanya.

Utusan Malaysia

Pembangkang disifatkan talam dua muka (Politik)


Najib Tun Razak bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional negeri menunjukkan tanda satu yang merujuk konsep '1Malaysia' sewaktu majlis perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin berkenaan di Pulau Pinang, semalam. - bernama


PULAU PINANG 12 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa kononnya kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang menunjukkan parti itu mengiktiraf rasuah sebagai talam dua muka.

Beliau berkata, ramai ahli dalam pakatan pembangkang juga menghadapi masalah sama termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang dijatuhi hukuman oleh panel yang sama.

''Jangan lupa dalam pembangkang pun sama, Zaid diterima dengan hati terbuka oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi jika mereka boleh menerima orang seperti Zaid, mengapa pula Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dijadikan sebagai isu besar," katanya.

Sebaliknya beliau berkata, Mohd. Isa telah pun menerima hukuman dan kesalahan yang dilakukannya itu juga bukan kesalahan jenayah tetapi melanggar etika parti.

''Malah di bawah perlembagaan negara, pesalah jenayah pun dibenarkan bertanding selepas lima tahun menjalani hukuman,'' katanya mengulas dakwaan kononnya kemenangan Mohd. Isa semalam menunjukkan bahawa BN mengiktiraf amalan rasuah seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota BN Pulau Pinang yang turut dihadiri Pengerusi BN negeri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman di sini hari ini.

Perdana Menteri juga berkata, Mohd. Isa adalah seorang yang setia kepada parti malah sangat popular di kalangan masyarakat di situ dan kesanggupan beliau berkhidmat kepada rakyat diterima baik oleh masyarakat.

Utusan Malaysia

Beras percuma setiap bulan (Delima Merkah)

  • Sebanyak 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.
  • Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.
  • Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14.
  • Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang.
  • Sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan berhubung perkara itu.
  • Pemberian kupon itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang November ini.
  • KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

    Beliau berkata, pemberian kupon itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Pekan, Pahang pertengahan November ini.

    “Pemberian kupon khas itu adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.

    “Saya nak tegaskan di sini, skim baru ini bukan bermakna harga beras naik, tetapi ia hanya kerana kerajaan menarik balik subsidi beras yang selama ini diberikan kepada pemborong dan peruncit,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) kepada para pegawai kerajaan serta anggota Parlimen di sini.

    Beliau berkata, menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 sebulan di luar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali.

    Turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara, katanya.

    Noh berkata, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi 10 kilogram yang berharga RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras yang lebih mahal, mereka hanya membayar perbezaan harga beras itu sahaja.

    Mengenai pengagihan kupon, Noh berkata, ia akan disalurkan menerusi semua anggota parlimen termasuk daripada parti pembangkang yang kemudiannya akan menyerahkan kepada penerima mengikut senarai yang dikeluarkan portal Pembasmian Kemiskinan ‘e-Kasih‘ Jabatan Perdana Menteri.

    Noh berkata, bagi tujuan pelaksanaan sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong beras di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan daripada kerajaan mengenai sistem pembelian melalui kupon ini.

    “Kupon ini sama seperti wang tunai. Jadi tidak ada sebab kenapa ia tidak diterima (oleh peruncit) dan untuk mendapatkan wang tunai peruncit hanya perlu menyerahkan kupon kepada pemborong dan mereka akan diberikan wang tunai,” katanya.

    Beliau berkata, jika ada peruncit yang enggan menerima kupon yang dikemukakan kerajaan akan menarik balik lesen peruncit terbabit.

    Katanya, sistem baru itu akan dapat memastikan matlamat kerajaan membantu golongan miskin mendapat bekalan beras mencukupi tercapai.

    “Selama ini pengilang dan pemborong mengaut keuntungan besar terutama apabila kerajaan membahagikan beras kepada tiga katagori iaitu ST15 (15 peratus hancur), ST10 (10 peratus hancur) dan ST5 (lima peratus hancur).

    “Apa yang berlaku sekarang, beras ST15 sukar didapati di pasaran kerana pemborong membungkus semula beras ST15 kepada ST10 atau ST5 yang harganya jauh lebih mahal,” katanya.

    Ditanya kemungkinan akan berlaku penipuan kualiti, Noh berkata, selepas ini kerajaan membenarkan beras ST15 dan ST5 dijual di pasaran terbuka manakala ST10 akan dimansuhkan. – BERNAMA

    Pengemis raih RM20,000 sebulan - Presma dakwa ada sindiket kaut untung tindas orang buta (Ceritera)

    KUALA LUMPUR - Jika anda minum di restoran mamak di sekitar Lembah Klang, sudah menjadi perkara biasa jika anda didatangi orang buta yang dipimpin oleh seorang wanita atau lelaki celik yang menjual tisu atau pelekat al-Quran.

    Walaupun alasan mereka hanya untuk menampung keperluan kehidupan seharian, golongan cacat penglihatan ini dipercayai berselindung di sebalik sindiket pengemis yang mengaut untung berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan bagi setiap seorang orang kurang upaya (OKU) di bawah jagaan mereka.

    Pendedahan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jamarulkhan Kadir yang mendakwa ada di kalangan mereka menerima pendapatan sehingga mencecah RM20,000 sebulan.

    Kegiatan itu disifatkan Jamarulkhan sebagai satu 'manipulasi terancang' sindiket tertentu yang berniat memeras kudrat OKU yang mana sebahagian besarnya adalah orang tempatan.

    "Perolehan pendapatan daripada mengemis kemudian dibahagikan 50-50 antara OKU dan orang yang menemaninya,'' dedahnya kepada Kosmo! semalam.


    KAWASAN gerai di Bandar Sri Permaisuri, Cheras antara kawasan tumpuan pengemis buta.


    Jamarulkhan juga tidak menolak kemungkinan sindiket terbabit mendalangi kegiatan tidak bermaruah ini dengan persetujuan pengemis buta itu.

    Justeru, tidak hairanlah mereka yang mengemis pada waktu malam hingga dinihari ini dikatakan hidup mewah berdasarkan kereta mewah yang membawa mereka dalam 'kerjaya' harian masing-masing.

    Menerusi pengalamannya, beliau sendiri pernah menyaksikan empat OKU cacat penglihatan dibawa menaiki van dan kemudian diarahkan mengemis secara bergilir-gilir secara intensif di kawasan deretan kedai makan di sekitar Bangsar di sini.

    Menurut Jamarulkhan, hasil siasatan Presma juga mendapati dalam tempoh satu jam, seorang OKU dan pasangannya berupaya meraih kutipan sekurang-kurangnya RM100.

    Jika dihitung selama lapan jam bekerja bagi tempoh 25 hari sahaja, katanya, mereka mampu memperoleh pendapatan paling kurang sebanyak RM20,000 sebulan.


    Kosmo!

    Ikan ‘pelik’ cetus khabar angin bencana alam (Ceritera)

    MUAR: Seorang nelayan terkejut apabila menemui ikan pelik yang didakwa mempunyai wajah mirip makhluk asing dalam cerita fiksyen Hollywood, Alien di pantai Sri Menanti dekat sini, hingga menggemparkan penduduk setempat, Sabtu lalu.

    Penemuan dianggap luar biasa itu turut menimbulkan khabar angin dalam kalangan masyarakat setempat konon akan berlaku kejadian tidak diingini atau bencana alam besar.

    Keadaan itu bermula apabila Shahrezza Abdul Razak, 20, menemui seekor ikan pelik yang memiliki beberapa taring besar tersangkut di jaringnya ketika menangkap ikan di tepi pantai perairan berkenaan kira-kira jam 6 petang.

    Menurut Shahrezza, pada mulanya, dia menyangkakan ikan yang tersangkut di jaring itu spesies buntal yang banyak terdapat di kawasan itu.

    Harian Metro

    Cecah RM1 juta (Ceritera)


    KUALA LUMPUR: Walaupun masih berlaku sedikit salah faham segelintir penduduk Indonesia terhadap keprihatinan Malaysia, ia tidak sedikit pun menghalang penduduk negara ini untuk terus menghulurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, menerusi Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang jumlahnya kini mencecah RM1 juta.

    Eksekutif Kewangan, Jabatan Kewangan NSTP, Esa Abdullah, berkata sehingga semalam, jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul ialah RM923,724.97.

    “Kita perlu berterima kasih kepada Maybank atas kerjasama diberikan kerana kebanyakan sumbangan melalui pemindahan elektronik,” katanya.

    Menurutnya, jumlah berjaya dikumpul semalam ialah RM24,943.97 dan dijangka meningkat.
    Tabung itu dibuka kepada orang ramai sejak 1 Oktober lalu.

    Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghantar kepada Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau menyerahkan cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis Tabung Bencana NSTP-Media Prima di belakang cek.

    Sumbangan boleh disampaikan di cawangan NSTP seluruh negara dan maklumat lanjut hubungi Unit Komunikasi Korporat NSTP menerusi talian 03-22823131, sambungan 2575/2475/2592.

    Harian Metro

    Bapa mentua gusti menantu (Ceritera)

    Oleh Abdullah Wahab
    abwahab@hmetro.com.my

    KLANG: Malang tidak berbau bagi seorang peniaga apabila hasratnya untuk mengambil isteri yang dalam tempoh pantang di rumah mentuanya di Jalan Teluk Pulai di sini bertukar tragedi selepas dia dipukul dan terpaksa menerima 63 jahitan.

    Malah, mangsa yang berusia 31 tahun terpaksa ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat cedera teruk di badan, siku, tangan kanan dan kaki.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, mangsa bersama ibunya ke rumah mentua untuk mengambil isteri dan anaknya pulang ke kediaman mereka tidak jauh dari situ.

    Bagaimanapun sejurus tiba, mangsa bertengkar dengan bapa mentuanya sebelum berlaku pergelutan dan tumbuk-menumbuk.

    Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul dengan benda tajam atau terkena serpihan pasu bunga yang dibaling ke arahnya.

    “Punca pergaduhan masih dalam siasatan, bagaimanapun kami tidak menolak kejadian ini membabitkan masalah keluarga sehingga mendatangkan kecederaan.

    “Mangsa dibenarkan pulang hari ini (semalam) dan kami akan mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

    Bagaimanapun, isteri mangsa yang berusia 20-an dan ibu mentuanya tidak cedera.

    Mohamad berkata, polis juga akan mengambil keterangan daripada bapa mentua mangsa bagi membantu siasatan.

    Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

    Harian Metro

    Kempunan joli RM1j (Ceritera)

    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Shanty Nur Shaffizan Shafee
    am@hmetro.com.my


    SERI KEMBANGAN: Hampir sebulan menjadi buruan polis, dua ahli kumpulan perompak bersiri Geng Hong Leong yang amat dikehendaki polis akhirnya tersungkur mati selepas ditembak lebih 30 das peluru, petang semalam.

    Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, polis terpaksa menembak mati seorang daripada dua penjenayah terbabit di Taman Equine di sini, selepas suspek enggan menyerah diri.

    Sumber polis berkata, kedua-dua penjenayah terbabit sebelum ini dikesan sebagai dalang utama tiga kes rompakan bank bersenjata api membabitkan jumlah rompakan mencecah hampir RM1 juta.

    Menurutnya, susulan tiga kes rompakan bank dilakukan penjenayah, polis menjalankan operasi besar-besaran bagi memburu kumpulan penjenayah warga tempatan berkenaan yang dipercayai menyembunyikan diri sejurus kejadian berkenaan.

    “Hasil kecekapan polis, kumpulan penjenayah terbabit akhirnya dikesan sebelum diekori pasukan khas daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan Bukit Aman.

    “Seorang daripada suspek yang memandu Honda Accord hitam diekori polis dari sebuah stesen minyak di Persiaran Equine Perdana, sebelum dipintas kenderaan polis. Suspek yang diarahkan menyerah diri sebaliknya melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis,” katanya.

    Berikutan itu, polis terpaksa membalas tembakan yang membunuh penjenayah yang ketika itu hanya memakai seluar pendek. Pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk revolver jenis .38mm pada mayat penjenayah.

    Tinjauan wartawan turut menemui lebih 19 lubang kesan tembakan pada cermin depan kereta penjenayah selain beberapa kelongsong peluru bertaburan berhampiran kereta suspek yang ditembak polis.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, suspek berusia 30-an adalah perompak paling dikehendaki polis Selangor dan Kuala Lumpur selepas melakukan tiga rompakan bersiri pada 24 Ogos serta 15 September dan 18 September lalu.

    Katanya, kira-kira jam 3.30 petang, anggota pasukan khas yang ditubuhkan turut mengesan tiga lagi ahli kumpulan perompak terbabit sedang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima sebelum mengekorinya dari Seri Kembangan hingga ke Gohtong Jaya, Genting Highlands.

    Polis yang mengekori MPV dinaiki suspek mengarahkan penjenayah memberhentikan kenderaan, namun mereka enggan mematuhi arahan sebaliknya melarikan diri selain turut melepaskan beberapa das tembakan rambang.

    Susulan itu, polis mengejar suspek hingga ke persimpangan menuju Gohtong Jaya sebelum menembak mati seorang suspek berusia 41 tahun, menjadikan jumlah suspek yang ditembak mati dua orang.

    Polis turut menemui sepucuk pistol model Smith & Wesson dan beberapa butir peluru hidup pada badan suspek yang dibunuh. Dua lagi penjenayah yang berada dalam kenderaan terbabit bagaimana sempat keluar dan melarikan diri.

    Berikutan itu, Unit Anjing Pengesan Polis (K9) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memburu penjenayah yang dipercayai masih bersembunyi dalam kawasan hutan berhampiran.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah turut berada di lokasi kejadian di Gohtong Jaya bersama timbalannya, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika pemeriksaan dijalankan di lokasi insiden.

    Difahamkan susulan kejadian itu, polis melakukan siasatan terhadap sebuah rumah milik suspek di Cheras, di sini namun gagal menemui sesiapa di rumah berkenaan.

    Harian Metro

    Isnin, 12 Oktober 2009

    HIKAYAT RAJA SABAH


    PDF Print E-mail
    Written by Sabah Kini
    Thursday, 05 February 2009 19:41

    Oleh: MUTALIB M.D

    Memandangkan tidak berpuas hati dengan kajian sejarah yang sedia ada kerana kebanyakannya berdasarkan hipotesis dan kajian sarjana Barat yang terlalu banyak ditokok tambah, saya telah menghabiskan masa hampir lima tahun mengkaji pertamadunan awal 'Melayu' kerana tidak dapat menerima Kesultanan Melayu Melaka sebagai asas pertapakan Melayu di Asia Tenggara. Apatah lagi mereka melihat orang Melayu dari kacamata penjajah yang selama ini menafikan kedaulatan Melayu.

    Berdasarkan penemuan artifak sejarah, fosil dan pentarikhan radio carbon, saya berpendapat tamadun Melayu pertama diasaskan di Sabah oleh Raja Abdullah iaitu orang yang pertama memeluk Islam di Sabah iaitu pada tahun 1408, enam tahun lebih awal daripada Parameswara.

    Teori ini dimantapkan lagi dengan penemuan manuskrip asal tulisan jawi dalam bahasa Idahan Tua yang kini disimpan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.

    Walaupun penemuan ini masih terlalu awal, namun ianya merupakan perintis untuk mengkaji asal usul 'Melayu' dan pertamadunannya dari aspek sejarah.

    Penemuan keris purba, peninggalan tapak sejarah, tradisi lisan dan sebagainya adalah katalis prima untuk mengungkap zaman silam yang masih menjadi misteri kepada kita, apatah lagi inilah kali pertama ianya dibukukan.

    Saya tidak terkilan jika ada pihak yang menafikan penemuan saya ini kerana tidak mempunyai asas yang kukuh atau tidak menggunakan metodologi kajian konvensional yang lazimnya digunakan oleh pakar sejarah.

    Walaupun ada kalanya kelihatan berbaur legenda, mitos dan anakronis, namun saya membuka pintu kepada ahli sejarah Malaysia dan dunia membuktikan bahawa teori dan penemuan saya 'melampaui keraguan munasabah'.

    Sebagai kesinambungan kepada kitab 'Sejarah Melayu' yang dikarang oleh Tun Seri Lanang, saya menamakan penemuan saya sebagai 'Hikayat RAJA SABAH' yang membongkar misteri di sebalik enigma.

    Walaupun ada yang melihat 'Hikayat Raja Sabah' sebagai cerita rakyat yang memaparkan lebih banyak unsur mitos, legenda dan anakronis, namun cukup untuk membukti bahawa ada kehidupan awal di Sabah sebelum tamadun 'Tanah Melayu' wujud di Semenanjung Tanah Melayu.

    RAJA APOI bersemayam di sebuah istana yang diperbuat daripada kayu merbau dan belian. Istana tersebut terletak di atas sebuah bukit di Bu-lud Temil atau Bukit Sejuk (kini Kota Kinabalu) bagi memudahkan Raja Apoi mengawasi perjalanan keluar masuk kapal ke dermaga dan memantau pergerakan lanun.


    Pada suatu hari Permaisuri Sulid Liud Langi mengidam dan terlalu ingin makan hati rusa lalu menyampaikan hasratnya kepada Raja Apoi. Memandangkan permaisurinya sedang mengandung anak sulung, maka Raja Apoi menyiapkan angkatan perburuan yang besar untuk mendapatkan rusa yang terbaik.

    Namun Permaisuri Sulid Liud Langi meminta Raja Apoi berburu sendiri kerana bimbang keselamatan negeri mereka daripada ancaman bajak laut atau lanun jika semua pembesar mengiringi Raja Apoi berburu, apatah lagi permaisuri sedang sarat mengandung.

    Para pembesar negeri gusar kerana Raja Apoi bersendirian berburu, namun tidak berani membantah kehendak permaisuri dan merasakan pendapat permasuri ada kebenarannya. Lagipun Raja Apoi diiringi oleh seekor anjing pemburu yang gagah, Siud Rapod.

    Keesokan paginya ketika matahari memancar terang, seluruh rakyat Bulud Temil berkumpul di hadapan istana untuk mengucapkan selamat berangkat kepada raja yang mereka sanjung dan sayangi, Raja Apoi, berburu di rimba raya. Raja Apoi memberi nasihat kepada permaisuri agak menjaga kesihatannya dan berjanji akan lekas balik sebaik sahaja berjaya mendapatkan hati rusa yang diidamkan permaisurinya. Semasa ketiadaan Raja Apoi, adiknya Tengku Lenom akan memangku tugas Raja Apoi atas nasihat Permaisuri Sulid Liud Langi. Semua pembesar negeri menjunjung titah untuk taat setia kepada permaisuri dan pemangku raja.

    Raja Apoi kelihatan gagah melangkah menuruni istana Bulud Temil dengan diikuti oleh Siud Rapod dan lambaian seluruh rakyat yang di bawah kuasa takluknya. Ada yang menangis dan ada yang memberikan kata-kata semangat kerana sepanjang pemerintahan Raja Apoi terlalu adil dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negerinya.

    Setelah sehari suntuk berburu, Raja Apoi belum menemui walau seekor rusa sedangkan tapak rusa berpeta di tanah yang becak kerana dibasahi embun dan hujan.

    Raja Apoi berhenti rehat di tebing sungai dan menjamah makanan yang dibekalkan permaisurinya. Siud Rapod juga turut mengisi perut dengan bekalan berasingan yang dibawa bersama.

    Raja Apoi bersandar pada banir merbau yang menongkat langit. Lembingnya diasah lagi. Busur dan panahnya turut diperiksa rapi, manakala sundang di pinggangnya dicabut dan digosok dengan daun mempelas agar kelihatan berkilat.

    Tiba-tiba Raja Apoi terdengar salakan Siud Rapod yang nyaring di sebalik sebuah busut jantan berdekatan pokok merbau tempatnya bersandar. Raja Apoi bingkas bangun dan meluru ke arah Siud Rapod yang begitu berani menghampiri seekor rusa yang berbulu emas yang cuba menyerang Siud Rapod.

    Raja Apoi cuba memanah rusa berbulu emas itu, namun menyedari dirinya dalam bahaya, rusa itu segera menghindar dan menyelinap di dalam hutan tebal. Anak panah yang dilepaskan terkena busut jantan.

    Siud Rapod segera mengejar rusa tersebut dengan pantas. Raja Apoi menuruti dari belakang dan berpandukan suara salakan Siud Rapod yang semakin lama semakin jauh namun Raja Apoi merapatkan jarak kerana biasa berlari pantas memburu di dalam hutan.

    Beberapa kali rusa emas itu hampir tumbang terkena tujahan lembing Raja Apoi, namun rusa itu masih gagah terus berlari. Pada perkiraannya rusa yang sudah luka itu tidak akan berlari jauh dan akan tumbang apabila kehabisan darah. Namun sudah hampir dua hari mengikut jejak, rusa itu masih mampu berlari dan dikejar rapat oleh Siud Rapod yang begitu gagah memburu dan mengesan jejak.

    Raja Apoi agak terkejut kerana rusa tersebut semakin pantas berlari dan hanya berhenti sebentar di sebuah gua, Agup Gadong (Gomantong) yang dipenuhi sarang burung layang-layang putih dan hitam.

    Seketika kemudian rusa emas itu berlari lagi dan menyelinap masuk ke Agup Batu Timbang sebelum berlari laju dan hilang di dalam kegelapan Agup Tapadong. Setelah lama menunggu di pintu gua akhirnya rusa emas itu dikejar oleh Siud Rapod sehingga ke Agup Bilo (Baturong).

    Dari Agup Bilo, rusa emas semakin pantas berlari walaupun darah semakin banyak keluar. Ketika tiba di Agup Tegarung rusa tersebut sudah tercungap-cungap dan hampir rebah ketika Siud Rapod dapat menggigit kaki hadapannya.

    Namun rusa emas itu bertambah pantas sehinggalah sampai ke Agup Madai. Ketika Raja Apoi tiba, rusa emas sedang tercungap-cungap meminum air sungai Madai sementara Siud Rapod terjelepuk keletihan.

    Raja Apoi terus merejamkan lembing ke arah rusa emas namun tidak mengenai kerana cuaca agak gelap, apatah lagi Raja Apoi terlalu keletihan setelah memburu tanpa henti selama lebih dua minggu. Lembing itu tertancap ke lantai gua berhampiran rusa emas.

    Raja Apoi segera mencapai anak panah dan ketika mahu melepas-kan anak panah tersebut tiba-tiba rusa emas itu bersuara;

    "Janganlah bunuh saya. Kita bersaudara. Nama saya Payau Mas. Sebagai balasannya, saya tinggalkan harta yang tidak habis dimakan di setiap gua yang saya berhenti."

    Terpinga-pinga Raja Apoi mendengar suara Payau Mas yang pandai berkata-kata sebelum hilang di dalam kegelapan gua. Siud Rapod tidak lagi mengejar, mungkin kerana terkejut mendengar suara rusa tersebut.


    Raja Apoi kecewa kerana gagal membunuh Payau Mas setelah menghabiskan banyak masa dan tenaga memburu rusa tersebut.


    Namun agak gembira kerana semua gua yang dilaluinya kini menjadi miliknya sebagai galang ganti nyawa Payau Mas. Raja Apoi lebih menggemari Gua Madai kerana mengalir di dalamnya anak sungai yang jernih dan gua yang besar.

    Apatah lagi banyak sarang burung di dalam gua tersebut berbanding gua-gua sebelumnya. Gua Agup Gadong juga banyak sarang tetapi tidak mempunyai sumber air yang mencukupi dan agak gelap.

    Setelah melepaskan penat dan memakan daging babi yang dibunuhnya, Raja Apoi memulakan perjalanan pulang ke Bulud Temil kerana bimbang permaisuri akan mengarahkan rakyat menyusulnya. Lazimnya Raja Apoi akan keluar berburu selama beberapa hari sahaja tetapi kini hampir sepekan (minggu) berlalu.

    Dalam perjalanan pulang tersebut, Siud Rapod dapat menghidu se-ekor rusa yang terjerut tanduknya di akar kayu yang berjuntaian. Raja Apoi tidak membuang masa lalu menikam rusa jantan itu dengan sundang dan melapah perut rusa itu untuk mengambil hatinya.

    Jantung rusa itu diberikan kepada Siud Rapod yang mula kebuluran setelah hati babi yang dimakan di Gua Madai telah dihadamkan. Raja Apoi memotong sedikit daging rusa untuk bekalannya.


    Raja Apoi berlari pantas mengikut jejak kakinya ketika datang dengan bantuan Siud Rapod kerana bimbang hati rusa akan rosak jika tidak segera dimasak, apatah lagi bimbang permaisurinya akan kecewa dan kempunan. Kepulangan Raja Apoi disambut gembira oleh seluruh rakyatnya. Pada malam itu Kerajaan Bulud Temil mengadakan pesta sempena meraikan kepulangan Raja Apoi dari berburu.

    Dalam titahnya yang serba ringkas, Raja Apoi mencadangkan agar mereka berpindah ke Gua Madai, gua terakhir yang menjadi tempat hilangnya Payau Mas dan merasakan tempat baru begitu selamat untuk didiami berbanding negeri mereka sekarang yang sering dilanda kemarau dan hujan ribut sehingga semua tanaman tidak menjadi. Raja Apoi mencadangkan agar mereka menternak babi dan menanam ubi kayu kerana banyak sarang burung di dalam gua tersebut yang menjadi makanan kegemaran babi dan tidak perlu membuat rumah disebabkan gua tersebut cukup luas untuk seluruh rakyatnya.

    Sejak daripada itu pusat pemerintahan Kerajaan Bulud Temil berpindah ke Gua Madai dan ada beberapa orang rakyat Raja Apoi diarahkan menetap di Bulud Temil bagi memastikan tidak ada orang lain yang menceroboh istana raja dan mengkhabarkan kepada orang luar bahawa Kesultanan Bulud Temil masih berdaulat.


    Mereka kemudiannya menamakan Bulud Temil sebagai Api-Api sempena bekas kaki Raja Apoi pada batu pejal (kini di dalam kawasan istana sekarang).

    Hiduplah Raja Apoi dan rakyatnya dengan aman damai di dalam Gua Madai sehinggalah Permaisuri Sulid Liud Langgi melahirkan Putera Munai Silong yang elok paras rupa dan bijaksana, mewarisi sifat Raja Apoi dan menggelarkan kerajaannya sebagai Kesultanan Madai.

    Tidak lama kemudian, Raja Apoi mangkat dan putera Munai Silong yang muda belia ditabalkan menjadi Raja Idahan II. Selepas Raja Munai Silong mangkat, anaknya Raja Melapas menaiki takhta. Kerajaan Idahan semakin kukuh dengan pertabalan Raja Abau dan seterusnya Raja Abdullah.

    Raja Abdullah telah memeluk Islam dengan seorang makhdum di Luk Suban (Silam) yang terletak di bawah jajahan takluknya pada tahun 1408 dan menamakan kerajaannya sebagai Kesultanan Idahan.

    Kemangkatan Raja Abdullah membolehkan puteranya, Raja Gemerang meneruskan pemerintahan. Pemerintahan Raja Gemerang tidak lama apabila digantikan dengan Raja Gabag.

    Raja Gabag telah menukarkan nama kerajaannya daripada Kesultanan Madai atau Kesultanan Idahan kepada Kesultanan Sabah sempena na-ma sebuah teluk, Luk Sabahan yang kaya dengan ikan dan batu karang beraneka warna.

    Kesultanan Sabah mula masyhur dan digahkan lagi dengan peribadi Raja Gabag yang tinggi ilmu batinnya sehingga menggerunkan kerajaan negara luar dan memerintah Sabah selama beberapa abad kerana usia Raja Gabag terlalu panjang disebabkan tidak pernah sakit. Raja Gabag jarang mandi dan kalau ia mandi tujuh hari sungai akan banjir.

    Memandangkan perniagaan sarang burung tidak begitu menguntungkan kerana sering diserang bajak laut atau lanun ketika dihantar ke China dan Kepulauan Sulu, maka Raja Gabag mengambil keputusan untuk memindahkan istananya ke Sungai Merendung (Silabukan) dan mengarahkan rakyatnya bertanam padi sawah dan huma.

    Lokasi yang dipilih Raja Gabag amat strategik kerana dasar sungai tersebut dalam sehingga kapal besar boleh memudeki sungai se-hingga ke dermaga dan mula muncul sebagai pusat perdagangan terkemuka terutama di rantau Nusantara sehingga pernah disinggahi oleh pedagang China dan India.

    Kemasyhuran Kesultanan Sabah yang pusat pemerintahannya terletak di Tag Bangi, persimpangan tiga sungai iaitu Sengayun, Matamba dan Merendung. Pekan kecil berkembang dan tumbuh bagai cendawan yang bermula dengan Tag Bangi, Temunung Gagil, Lung Maniud, Litok Gimbang, Busug Niug dan Sengayun.

    Semua pedagang mesti tinggal di dalam perahu dan hanya naik ke darat untuk berniaga. Selepas habis barang mereka mesti pulang. Pelabuhan Tag Bangi menjadi pusat perdagangan tukar barang terkemuka meliputi beras, padi, damar, sarang burung (hitam dan putih), gula, madu, gading gajah dan sumbu badak. Manakala pedagang luar menawarkan gong, kulintangan, tambur, emas suluk, kancing baju, keris, bujak dan pelbagai barangan seramik dan logam yang amat diminati oleh penduduk sekitar.

    Sultan Sulu, Sultan Amil Umrah turut berlabuh di dermaga Tag Bangi dan menjalinkan hubungan dagang dengan Kesultanan Sabah. Namun Raja Gabag begitu tegas enggan membenarkan Sultan Amil Umrah mendirikan pondok tempat tinggal dan gudang untuk menyimpan barang dagangan di tepi Sungai Merendung sementara mereka berniaga.

    Walaupun agak kecewa dengan layanan Raja Gabag yang enggan membenarkan angkatannya mendirikan pondok, namun Sultan Amil Umrah menganugerahkan gelaran 'Panglima' kepada Raja Gabag sebagai tanda perhargaan perhubungan dagang dua hala yang terjalin.

    Raja Gabag agak kecewa dan menganggap Sultan Amil Umrah me-rendahkan martabatnya sebagai raja dengan memberi gelaran 'Panglima' namun tetap menjalinkan hubungan baik demi memelihara kepentingan dagang.

    Raja Gabag bersikap pasif apabila enggan membenarkan pedagang dari Johor, Awang Alak Betatar, pedagang dari Johor yang cuba berlabuh di Pelabuhan Tag Bangi tanpa izinnya, apatah lagi Awang Alak Betatar enggan membenarkan perahunya diperiksa Syahbandar.

    Armada perang Raja Gabag mengejar perahu Awang Alak Betatar sehingga ke Pulau Sidungul (Semporna).

    Merasakan keselamatannya terancam, Awang Alak Betatar belayar ke Kepulauan Sulu dan mendapatkan perlindungan di Istana Sultan Sulu. Awang Alak Betatar bertemu jodoh dengan saudara perempuan Sultan Sulu.

    Tidak lama kemudian meneruskan pelayaran dan menemui sebuah kawasan strategik dan mendirikan kerajaan di sana, Kesultanan Brunei dan menggelarkan dirinya Sultan Mohammad 1 pada tahun 1472 sebelum seorang mubaligh Islam, Syarif Ali dari Taif menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Berkat.

    Dendam Awang Alak Betatar yang dihalau oleh Raja Gabag dari berlabuh di Tag Bangi diwariskan kepada keturunannya yang mendirikan Kesultanan Brunei. Dendam tersebut semakin memuncak apabila berlaku perang saudara di antara Sultan Mubin dengan keluarga Sultan Mahyudin di antara tahun 1661 hingga 1704 dan Sabah yang tidak pernah terletak di bawah jajahan takluk Kesultanan Brunei telah diserahkan kepada Sultan Sulu sebagai membalas jasa Betara Suluk yang meleraikan perang saudara itu.

    Raja Gabag amat marah mendengar berita itu, namun enggan mengiktiraf penyerahan wilayah tersebut yang menjadi jajahan takluknya, namun tidak meneruskan niatnya untuk menghancurkan Kesultanan Sulu dan menghapuskan cucu cicit Awang Alak Betatar yang dianggapnya sebagai lanun.

    Apatah lagi ketika itu baginda terlalu sibuk mendalami ilmu kebatinan dan memerintah Tag Bangi yang semakin terkenal sebagai pelabuhan terkemuka sehingga hampir menjadi pelabuhan persinggahan pedagang China dan Timur Jauh.

    Perlantikan Joseph W Torrey sebagai 'Maharaja Borneo' oleh Sultan Abdul Meumin (Sultan Brunei ke 24) tidak langsung menarik minat Raja Gabag kerana merasakan perlantikan tersebut seperti kanak-kanak kecil bermain 'Pengantin-pengantin' kerana mereka tidak ada hak untuk melantik seseorang dan mencampuri urusan dalaman Kesultanan Sabah.

    Apatah lagi Raja Gabag tidak mengiktiraf Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh para lanun dan hukum rimba. Sultan Brunei dan Sulu yang menyimpan dendam kerana tidak berpuas hati dengan layanan Raja Gabag mencari pelbagai helah untuk menarik perhatian Raja Gabag ke kancah peperangan kerana segala perlakuan mereka selama ini hanya dipandang sebelah mata oleh Raja Gabag.

    Tag Bangi yang selama ini aman damai tiba-tiba gempar oleh sekumpulan lanun yang mengganas merompak padi para petani di Ulu Sungai Merendung. Semua tujuh perahu lanun sarat dengan muatan padi yang baru dituai. Para petani bertempiaran lari menyelamat diri daripada dibunuh oleh lanun yang kejam. Beberapa orang segera ke istana melaporkan peristiwa ini kepada Raja Gabag.


    "Biarlah. Kamu baliklah dulu," kata Raja Gabag ringkas kepada wakil petani yang menjadi mangsa lanun.

    Raja Gabag lalu turun ke Sungai Merendung dan membawa rotan saga di dalam perahunya lalu membentangkan rotan saga tersebut di antara Tag Bangi dan Lung Maniud merentas Sungai Merendung. Raja Gabag memasang 'Pantang Marau' dan selepas itu balik ke istana untuk berehat.

    Lanun-lanun tersebut hilang akal kerana sudah tujuh kali hilir mudek Sungai Merendung, namun tidak menjumpai jalan keluar, lalu ketua mereka merasa bagai dipanggil menghadap Raja Gabag di istana.

    "Kenapa kamu mau jumpa saya", tanya Raja Gabag yang sudah mengetahui tujuan kedatangan ketua lanun tersebut.

    "Tuanku, kami minta tolong, mau pulang tidak dapat. Sudah banyak kali mundar mandir tapi tidak jumpa jalan," ujar ketua lanun itu cuba berselindung.

    "Saya tahu masalah kamu. Hantar balik barang yang kamu rampas kepada tuan punya, kemudian boleh pulang. Kali ini saya bebaskan kamu, tapi jangan buat lagi, " sindir Raja Gabag sehingga membuatkan ketua lanun itu ketakutan dan terkencing di dalam seluar.

    Setelah pasti semua padi telah dikembalikan kepada pemiliknya, Raja Gabag membuka ikatan rotan yang merentas Sungai Meren-dung, lalu kesemua lanun yang diupah oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu segera berkayuh laju meninggalkan para petani yang bersorak girang kerana mendapat balik hasil padi mereka yang dirompak lanun ganas tersebut.

    Kegagalan lanun tersebut membuatkan Sultan Brunei dan Sultan Sulu mati akal kerana merasakan sukar untuk menumpaskan dan menakluki Kesultanan Sabah kerana Raja Gabag memiliki ilmu kebatinan dan firasat yang tinggi.

    Beberapa serangan dan helah mereka telah dapat dipatah dengan mudah oleh Raja Gabag tanpa menitiskan walau setitik darah rakyatnya.

    Selain ilmu 'Pantang Marau' Raja Gabag turut mewarisi ilmu 'Sumpak Tumbaga' bagi mengawal keamanan dan memastikan kerajaannya ditakuti lawan kerana kehebatan ilmu batinnya. Raja Gabag tidak boleh menggunakan jari telunjuk sebarangan kerana ilmu 'Sumpak Tumbaga' akan membuatkan makhluk yang ditunjuk mati serta merta.

    Jika burung terbang, Raja Gabag hanya perlu menudingkan jari telunjuknya ke arah burung berkenaan, serta-merta burung tersebut jatuh dan terus mati.

    Raja Gabag terpaksa mengorbankan anaknya, Itin, sebagai pemantap ilmunya. Anak tunggal yang amat disayanginya terpaksa dikorbankan dengan menunjukkan anak kecil yang baru pandai bertatih dengan jari telunjuknya sebagai syarat pengijazahan ilmu jurus maut tersebut. Bagi mengekalkan ilmu tersebut di dalam tubuhnya, Raja Gabag terpaksa memakan sedikit kepala tahinya dan tujuh ekor anak tikus yang masih merah.

    Raja Gabag turut mengamalkan ilmu 'Gerudom' iaitu ilmu kebal, kuat dan boleh hidup dua alam; ilmu 'Surui Barang' yang menggunakan mengkarung untuk menghantar penyakit atau sihir; Umpod; Bilik; Gapun dan Antak Sekali yang menjadikannya hebat, kebal, panjang usia dan ditakuti lawan.

    Walaupun Raja Gabag beragama Islam, tetapi hanya bersembahyang dua kali setahun iaitu sunat Aidilfitri dan Aidil Adha, namun tidak pernah meninggalkan puasa.

    Agak malang bagi Raja Gabag kerana ketinggian ilmu batinnya tidak dapat menjamin kebahagiaan di akhirat apabila mayatnya tidak diterima bumi ketika disemadikan di tanah perkuburan Islam Tag Bangi setelah memerintah Tag Bangi selama beberapa abad, hampir menandingi tempoh pemerintahan Firaun selama 400 tahun.

    Jasad Raja Gabag yang tidak diterima bumi menjadi batu hitam dan anehnya batu tersebut boleh bergerak dan 'Pandai mandi' di Sungai Merendung. Setiap kali batu tersebut turun ke sungai, tidak ada orang yang berani mandi di hilir sungai kerana akan mendapat penyakit yang membawa maut. Air sungai akan menjadi seperti air 'Kopi O' yang hanya hilang dan diikuti oleh banjir besar selama tujuh hari.

    Batu Hitam Lembaga tubuh Raja Gabag yang bertapa di Ulu Sungai Silabukan setelah mayatnya tidak diterima bumi dan sering berpindah randah. Hanya suku sakatnya sahaja yang berpeluang menemui batu tersebut atau seseorang yang tidak mempunyai niat sering terserempak dengan batu tersebut yang akan bergerak memasuki air sungai jika ada yang menegurnya. Kalaulah Raja Gabag masih hidup kempunanlah orang luar mahu bertapak di Sabah!


    Hanya sepupunya, Siti Rahimin dan Siti Jalailan yang boleh memegang batu hitam lembaga Raja Gabag. Jika orang lain yang menyen-tuh batu hitam tersebut akan mati serta merta. Kini batu hitam tersebut berpindah sendirinya ke hulu Sungai Silabukan dan sudah jarang ditemui. Namun jika orang Idahan berhasrat untuk ke tempat batu tersebut 'bertapa' sungai berkenaan akan banjir sehingga batu itu ditenggelami air dan tidak lagi kelihatan.

    Kemangkatan Raja Gabag mengakhiri Kesultanan Sabah kerana tidak ada waris yang ditinggalkan untuk meneruskan kerajaan tersebut. Rakyatnya mengambil keputusan berpindah ke Luk Penok (Tabanak), Sapagaya, Bikang, Binuang, Segangan dan Terusan.

    Kemunculan Pelabuhan Bikang turut menarik pedagang menukar haluan dagang daripada Sungai Merendung ke Sungai Longuap di Bikang. Ketika itu Lahad Datu hanyalah sebuah kampung nelayan yang dinamakan sebagai KERUGAU kerana terdapat batu karang dan tersorok oleh pulau dan berpaya bakau yang berlumpur. Kebanyakan orang Idahan mula kembali ke Madai untuk mengutip sarang burung kerana permintaan barangan berkenaan terlalu tinggi dari negara China dan Filipina.


    Dua tahun selepas kemangkatan Raja Sabah yang terakhir, Raja Gabag, Sabah telah menjadi tanah jajahan Inggeris pada 28 Januari 1878 kerana Sultan Sulu, Sultan Jamalul Alam, yang tidak tahu malu dan bermuka penyangak telah 'Menggadaikan' Sabah kepada British North Borneo Company yang diwakili oleh Alfred Dent dan Baron Gustave Von Overback tanpa sebarang tentangan daripada orang Idahan dan waris terdekat Raja Gabag yang ketika itu sibuk dengan sarang burung di Gua Madai.

    Berita kemangkatan Raja Gabag telah tersebar luas, sehingga menarik ramai peniaga luar datang ke Sabah terutama ke Semenanjung Silam dan Kinabatangan. Orang China, Hong Kong, Taiwan dan Jerman mula memasuki Sabah secara meluas kerana selama ini Raja Gabag mengamalkan 'Dasar Pintu Tertutup' untuk bangsa asing, melainkan untuk berdagang atau singgah mengambil bekalan air.

    Maka bermulalah era penghijrahan secara besar-besaran oleh orang asing ke Sabah. Terbuktilah ketokohan Raja Gabag yang selama ini amat ditakuti oleh orang asing kerana selepas kemangkatannya, Sabah terus dibolosi dan didatangi penjajah sehingga negeri yang dahulunya bertuan kelihatan seperti sebuah pulau tanpa penghuni dan dibahagikan sesuka hati sesama mereka.


    Pedagang Jerman, Tuan Ringgit membawa masuk orang Dusun (Kadazan) dari Kalimantan (Indonesia) untuk penanaman tembakau di Sungai Melian (Kinabatangan) yang kemudiannya berpindah ke Sungai Tapadong (Segama) apabila berlaku banjir besar di Sungai Melian sebelum bertebaran ke seluruh pelusuk Sabah.

    Manakala orang Brunei yang berasal dari Johor belayar dari Brunei ke Sabah dengan perahu layar dan mendarat di Karambunai sebelum mendiami kawasan pesisir pantai Papar sehingga ke Labuan. Kedatangan dua orang bajau, Empat Mata dan Kiat Kulug di Pulau Sidungul (Semporna) dari Filipina disertai kemudiannya oleh beberapa orang Suluk dan Irranun. Ini diikuti oleh seorang Tidung, Betaur, yang kemudiannya berkahwin dengan Jin Sabah di Sungai Sibuku.

    Terakhir sekali kedatangan orang Kokos dari Cocos Island (Australia) yang dibawa oleh Tuan Ross (British) untuk industri membuat jut dan Manila hem. Pulau Kokos dipindahkan pentadbirannya daripada Kerajaan Ceylon kepada Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka & Singapura) pada tahun 1886 yang diikuti oleh Labuan pada tahun 1887. Kokos terletak di bawah pentadbiran Singapura, namun pada tahun 1955, pentadbiran Pulau Kokos diserahkan kepada Kerajaan Australia.


    Penemuan beberapa barang purba di Rancangan Seberang, berdekatan Sungai Silabukan pada sekitar tahun 1996 membuktikan kewujudan Kerajaan Tag Bangi, terutama keris bersarung emas tulen dan rentaka serta barang lain yang bernilai.

    Namun pembukaan kawasan Tag Bangi sebagai ladang kelapa sawit oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah pada sekitar tahun 1976 oleh Kerajaan Berjaya telah banyak merosakkan artifak dan peninggalan sejarah melainkan barangan purba yang tertanam di perut bumi.

    Kini masyarakat Idahan merupakan masyarakat minoriti yang tersepit dan dipinggirkan di celah kepesatan gelombang penghijrahan orang asing seperti nasib Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang tenggelam di tengah-tengah kelompok 'Melayu Pendatang' daripada luar.

    Terdapat satu jalinan rapat di antara Kesultanan Sulu dengan kaum Idahan yang terjalin sejak Raja Abdullah memeluk Islam sehinggalah kini, walaupun agak hambar di era pemerintahan Raja Gabag. Sesetengah pengkaji sejarah berpendapat tanpa hubungan dengan Kesultanan Sulu mungkin orang Idahan masih belum beragama sehingga kini.

    Sejak itu orang Idahan tidak boleh dipisahkan dengan orang daripada Kepulauan Sulu berketurunan Suluk atau Tau-Sug. Berlakulah perkahwinan campur yang memindahkan keturunan Suluk kepada Idahan yang bergelar Datu, gelaran Kepahlawan Kesultanan Sulu.

    Belum ada perangkaan rasmi bilangan kaum Idahan tulen yang juga digelar Buludupie, Sabahan, Iraqan, Eraan dan Orang Sungei yang membawa maksud pagan atau tidak beragama oleh generasi ter-dahulu dan masyarakat nusantara. Tetapi apabila Raja Abdullah memeluk Islam mereka digelar Idahan. Manakala yang masih kekal pagan dinamakan Begahak, Subpan dan Sungei.

    Bagaimanapun bancian rambang yang dibuat oleh beberapa pihak berdasarkan isi rumah yang belum dapat disahkan, jumlah kaum Idahan kini tidak sampai 3,000 orang lagi. Perkahwinan campur sedikit sebanyak mengikis perlahan-lahan suku bangsa yang pernah memerintah Sabah.

    Bagaimanapun jurai keturunan kahwin campur berkenaan terus diasimilasikan dan diiktiraf sebagai pewaris yang sah walaupun tidak dapat dikenalpasti faktor darah ataupun DNA.

    Taburan penduduk kaum Idahan dan sekutunya (hasil kahwin campur) berceretek di sepanjang Kampung Sapagaya, Kampung Tabanak, Kampung Binuang, Kampung Segangan, Kampung Bikang, Kampung Terusan, Kampung Dewata dan Kampung Segama Batu 8 di Lahad Datu.

    Hikayat Raja Sabah saya mengenepikan Teori asal usul Kadazan-dusun yang selama ini dianggap sebagai penduduk asal atau anak jati Sabah. Oleh kerana itu, etnik Idahan (Begahak, Suppan, Buludupie, Sungei) tidak wajar lagi dikategorikan sebagai etnik Kadazan-dusun.

    Walaupun ia hanya karya Sastera Sejarah, namun mempunyai nilai estetika dan menjadi kata kunci kenapa Anak Negeri Sabah tidak ada di dalam Perlembagaan sedangkan Sarawak ditata rias dengan baik dan diiktiraf Perlembagaan Persekutuan.