Translate

Tajaan

Ahad, 11 Oktober 2009

Mahkamah benar firma guaman tarik diri wakili Manohara (Ceritera)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan firma guaman Fakrul Hisham Abdullah and Associates untuk menarik diri daripada mewakili isteri dan ibu mertua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, dalam kes saman fitnah RM105 juta.

Penolong Kanan Pendaftar Shazali Hidayat Shariff, yang membenarkan permohonan itu, turut mengarahkan supaya firma guaman berkenaan menyerahkan perintah penarikan diri kepada Manohara Odelia Pinot dan ibunya Daisy Fajarina sebelum 28 Oktober.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 29 Oktober bagi memastikan perintah penarikan diri itu diserahkan dengan sempurna kepada kedua-dua defendan, yang kini berada di Indonesia.


Pada 25 September lalu, firma guaman itu yang diwakili peguam Noor Hisham Abdullah, memfailkan permohonan menarik diri daripada mewakili Manohara dan Daisy atas alasan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kedua-dua defendan itu, yang menyebabkan persediaan dokumen berkaitan pembelaan kes itu sukar dilakukan.

Firma berkenaan yang telah dilantik mewakili Manohara dan Daisy pada 30 Julai lalu, telah menyerahkan notis awal penarikan diri kepada anak guam mereka melalui pos berdaftar ke Jakarta pada 20 Sept dan 5 Oktober lalu.

Sehingga kini, Manohara dan Daisy masih belum memfailkan pembelaan mereka terhadap tuntutan saman Tengku Muhammad Fakhry di mahkamah.

Peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu jika Manohara dan Daisy melantik peguam baru, mereka mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan pembelaan dan jika gagal, penghakiman ingkar akan diperoleh terhadap kedua-duanya.

Pada 20 Julai lalu, Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan saman fitnah RM105 juta terhadap isteri dan ibu mertuanya kerana didakwa memfitnahnya pada sidang akhbar, antara April dan Jun lepas.

Selain saman fitnah itu, Manohara dan ibunya juga menghadapi dua lagi saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu yang juga difailkan Tengku Muhammad Fakhry pada 5 Julai bagi menuntut isterinya kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750. - Bernama

Gelengg@ng: Di Indon pun sama, kedua beranak ini lebih leka mencari nama dari memberi kerjasama dengan peguam yang mahu membela tuduhan terhadap mereka. Jika anda rajin membongkar video klip Manohara di YouTube pasti anda akan temui masalah yang sama apa yang disuarakan oleh peguam di negara ini yang mahu membela kes Manohara ini.

Yang pelik media massa mereka terusan mengaibkan Kerabat di Raja Sultan Kelantan. Tanpa pun teguran menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan