Translate

Tajaan

Ahad, 31 Januari 2010

Daun gula


Oleh Rohaniza Idris

Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu

KENAIKAN harga gula mulai 1 Januari lalu, disambut rungutan orang ramai yang sudah menganggapnya sebahagian bahan keperluan utama kehidupan. Seperti dijangkakan, berlakulah masalah kekurangan bekalan gula di pasaran selain pembelian panik oleh pengguna yang selama ini sudah sebati dengan bahan pemanis itu.

Berikutan itu, pelbagai langkah diambil kerajaan untuk mengatasinya dan pada masa sama menyarankan orang ramai mengurangkan jumlah pengambilan gula berikutan peningkatan jumlah pesakit diabetes dan darah tinggi setiap tahun.

Namun, di celah kesibukan kempen mengurangkan manis (gula) dalam makanan dan menambahkan manis dalam senyuman, timbul pula keghairahan beberapa pihak mengetengahkan bahan pengganti seperti madu, gula tiruan dan stevia. Madu dan gula tiruan sememangnya biasa didengari, tetapi stevia?

Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

“Pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

“Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

“Jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula,” katanya

Beliau menjelaskan stevia mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.

Katanya, stevia sudah dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.

Beliau menjelaskan sebelum ini ramai yang meragui khasiat stevia kerana kajian ke atas tikus di makmal mendapati pengambilan bahan pemanis secara banyak dan berterusan menyebabkan haiwan itu mandul.

“Tiada kajian khusus ke atas manusia dilakukan dan jika mahu dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Paraguay, sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana mereka tidak memakan stevia secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak. Masyarakat itu memakan stevia bagi menghilangkan rasa pahit ubat saja dan bukannya dijadikan bahan wajib bagi setiap hidangan.

“Malah, satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula,” katanya.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.


Potensi stevia di Malaysia

APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gulai?

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.

Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.

“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman.

“Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. “Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, saya suka nasihatkan supaya melupakan saja hasrat itu,” katanya.

Mansor berkata, lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

“Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian pula berkata, ada beberapa bahan lain yang dikaji untuk menggantikan gula, namun semuanya didapati tidak sesuai untuk dikomersialkan kerana kos pengeluarannya besar selain masalah mendapatkan bahan mentah.

Antara tumbuhan itu ialah ‘Thamaucoccus’, pokok hutan seperti Kacip Fatimah tetapi ia sukar diusahakan kerana pokok ini amat sedikit mengeluarkan buahnya yang mengandungi bahan pemanis.

Selain itu, madu juga sukar diusahakan secara besar-besaran kerana Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman buah-buahan yang besar seperti di Australia dan Amerika Syarikat untuk membolehkan lebah menyedut nektar daripada bunga pokok buahan berkenaan.

Bagaimanapun, tegas Dr Tan, hanya empat daripada 100 jenis stevia saja yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di negara ini.

Beliau berkata, stevia boleh ditanam dan diusahakan di negara ini tetapi ada beberapa masalah yang perlu diambil risiko pengusahanya kerana tanaman berkenaan boleh mengeluarkan hasil yang baik jika lama terdedah kepada matahari.

“Di negara ini, waktu siang hanya 12 jam, bermakna daun yang dihasilkan kurang terdedah kepada matahari. Namun, Malaysia boleh menuai sebanyak sembilan kali hasil kerana kita panas sepanjang tahun.

“Berbanding negara empat musim, waktu panasnya kira-kira 16 jam dan tuai boleh dibuat sebanyak dua kali dalam tempoh musim panas kira-kira tiga bulan setengah. Oleh kerana kadar kepanasan dan pendedahan terhadap matahari tinggi, maka hasil stevia lebih berkualiti kerana kandungan steviosid dan rebaudiosid A tumbuhan itu lebih tinggi.

“Di negara ini, kita boleh melakukan sistem pemanasan menggunakan lampu seperti dilakukan untuk tumbuhan seperti kekwa atau Chrysanthemum, namun ini tidak dapat dilakukan untuk stevia kerana harganya terlalu rendah, sedangkan penggunaan lampu memerlukan kos yang lebih tinggi,” katanya.

Berita Harian

MELAYU AKAN PUPUS 50 TAHUN LAGI


Saya amat tetarik satu artikel dalam mastika keluaran bualan Febuari yang bertajuk Melayu akan pupus 50 tahun lagi, pandangan tersebut diluahkan oleh Cikgu Azmi pengerusi TERAS (PERTUBUHAN PENGUPAYAAN MELAYU) dia berkata bahawa apa nasib bangsa Melayu yang pernah dijulang tinggi oleh masyarakat dunia suatu ketika dulu? MELAYU AKAN PUPUS TEGASNYA, apakah akan terjadi kepada bangsa Melayu sesudah mengecapi kemerdekaan 52 tahun dan gejala-gejala sosial yang semakin teruk menular adalah antara contoh penyumbang spesies kepupusan bangsa Melayu dan dia menjangkakan bangsa melayu akan pupus 50 tahun lagi.

Beliau berkata secara zahirnya orang melayu itu masih ujud, tetapi kepupusan bangsa Melayu itu adalah disebabkan bangsa Melayu sudah tidak ada keyakinan untuk ujud sendiri, adat resamnya tidak dihayati, menjadi pameran dan menjadi produk pelancongan.

Satu lagi contoh yang menyebabkan Melayu akan pupus adalah tulisan jawi tidak dipopular semula kepada bangsanya maka tulisan jawi akan pupus dengan sendirinya, Melayu bukan pupus secara fizikal tetapi pada wataknya, sifatnya, bangsanya maka dengan sendiri bangsa Melayu itu kan pupus.

Kesedaran dan perubahan perlu ada pada setiap bangsa Melayu itu sendiri, orang Melayu perlu menghayati erti kemerdekaan selama 53 tahun yang dikecapi oleh orang Melayu. Kita perlu memahami dan menjiwai erti kemerdekaan walaupun tak sempurna kemerdekaan kita dan andai kata kita tidak berubah 50 tahun mendatang adalah fasa yang menentukan hidup dan mati orang Melayu.

Orang Melayu sedang teraba raba, sesungguh pun setiap orang Melayu itu sedar di mana yang tidak kena kepimpinan atau sikap orang Melayu itu sendiri, walaupun bangsa Melayu itu sendiri banyak peluang dan bantuan pelbagai agensi seperti MARA,UDA, RISDA, FELDA dan pelbagai lagi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang membantu orang Melayu tetapi masyarakat melayu tetap tidak mahu berubah yang makin nampak gahnya adalah intitusi itu pula.

Di bahagian kepimpinan pula perlu ada politik yang jujur tidak kira disebelah pihak mana pun kerana kejujuran politik itu dapat memperhalusi segala dasar kepimpinan dan disalurkan dengan baik dan dicernakan oleh orang Melayu, malangnya ia tidak berlaku lalu dalam organasasi itu ujud kronisme, nepotisme, favouritisme dan kekalutan, perebutan jawatan dan akhirnya penerimaan bantuan pasif (orang-orang Melayu) tidak memperolehi manafaatnya dengan berkesan.

Andai kejujuran politik diterima dan diprektikkan maka sesuatu yang baik akan berlaku, dia juga mengingatkan kata kata pahlawan lagenda Hang Tuah "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"itu membawa mesej penting untuk orang Melayu iaitu melayu akan hilang dan perkataan hilang mengambarkan bahawa melayu akan hilang andai tidak berusaha untuk mengekalkan nya.

Dari Blog di internet


Khamis, 28 Januari 2010

Dulu & Sekarang (Delima Merkah)

Antik kereta ini

Ramai semakin suka kereta kecil.

Fahrin Menangis Dituduh Panas Baran, Kaki Pukul


Terlalu kecewa dengan dakwaan bekas kekasihnya Linda Onn yang dia kaki pukul, Fahrin menitiskan air mata. Pelakon terkenal ini juga minta Linda memohon maaf secara terbuka. Foto The Star Oleh Brian Moh.

SIKAP berdiam diri bukan lagi jalan terbaik bagi pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menghadapi segala kemelut kisah percintaannya.

Tindakan mengemukakan notis tuntutan dalam tempoh tujuh hari terhadap bekas kekasihnya, penyampai radio Suria FM, Linda Onn, merupakan jalan terakhir bagi Fahrin membersihkan semula namanya dari persepsi negatif masyarakat.

Dakwaan kononnya dia seorang yang panas baran dan kaki pukul dalam satu kenyataan Linda baru-baru ini merupakan tamparan hebat kepadanya sehingga dia terpaksa mengambil keputusan yang agak sukar itu.

"Keputusan ini sangat berat. Saya ambil masa yang agak panjang untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Saya lebih suka berdiam diri, namun keadaan tersebut tidak dihargai.

"Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan menjejaskan imej dan kredibiliti saya sebagai duta kepada tiga produk terkenal Shell, Celcom dan Garnier, saya rasa tiada jalan lain selain bagi amaran kepada dia (Linda Onn).

Fahrin terlalu sebak mengenangkan bagaimana dia diaibkan oleh dua orang bekas kekasihnya

Fahrin menzahirkan rasa kesal dengan dakwaan dia seorang lelaki yang panas baran. Pelakon drama TV itu turut mengakui, dia menghadapi tekanan emosi sejak kebelakangan ini kerana dakwaan itu.

"Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?.

"Bagaimana jika saya nak berkahwin dan macam mana tanggapan keluarga perempuan terhadap saya? Bagaimana pula tanggapan produk-produk iklan yang ambil saya sebagai duta? Bagaimana dengan rezeki dan masa depan saya nanti?," ujar Fahrin sambil menahan sebaknya.

Namun Fahrin bersyukur, keluarganya tetap berdiri di belakangnya, memberi sokongan padu.

"Alhamdulilah keluarga saya kuat menerima dugaan ini. Saya tidak berdendam dengan mereka. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," ujarnya yang berkali-kali berharap perkara ini tidak dipanjangkan.

Ketika ditanya tentang perkara-perkara buruk seperti yang didakwa dalam kenyataan penyampai radio tersebut, Fahrin berkata dia tidak seperti yang laporkan media dalam kenyataan tersebut.

"Saya sangat kecewa, saya tidak marah dengan mereka tetapi kenapa sampai hati buat saya begini. Kata saya kaki pukul, panas baran...., saya tidak macam itu," ujar pengacara Sehati Berdansa ini.

Dia turut memberitahu bahawa keburukan-keburukan yang diceritakan oleh bekas-bekas kekasihnya itu telah mengaibkan dirinya.

"Percintaan bersama Linda dan Scha Al-Yahya adalah dua percintaan yang berbeza. Jalan ceritanya juga berbeza tapi bila mereka sudah berkawan baik, mereka bercerita tentang keburukan saya. Cuba suruh mereka cari 10 kebaikan saya, mesti ada.

"Tapi saya tetap berbangga berkawan dengan mereka dan kerjaya mereka yang semakin meningkat," katanya.

Sedih bila keluarga turut menerima impak dari dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka di kalangan selebriti setelah melalui hal-hal sebegini.

"Mula-mula dulu saya anggap ini adalah jodoh. Tapi setelah apa yang saya lalui dan apa yang telah ditunjukkan tuhan, mungkin lepas ini bukan dengan rakan artis lagi," ujarnya mengakhiri perbualan.

Mstar.

Fahrin bengang

Oleh Elrafaei Sapi

ahmadelrafaei@hmetro.com.my

2010/01/26

SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.

SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.

Kejadian itu, kata Fahrin, 30, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, menerusi laporan dua akhbar, baru-baru ini.

Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, pelakon berkenaan mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.

Fahrin yang ditemani peguam Tengku Naufal Tengku Mansor dan Ahmad Hafez Zaidi, menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul dan tidak menghormati wanita.

“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu.

“Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya.

Fahrin berkata, tindakan undang-undang diambil bukan kerana marah, tetapi terlalu kecewa dengan sikap Linda yang melemparkan tohmahan terhadapnya.

Pelakon filem baru, 2 Hati 1 Jiwa ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dua tahun dengan penyampai radio berkenaan walaupun mereka menafikan hubungan sebenar dan sekadar menyatakan status ‘teman tapi mesra’. “Cinta saya ikhlas dan ia tidak seharusnya berakhir begini. Bila habis bercinta, saya bercakap perkara yang baik dan tidak reka sesuatu yang boleh membuat orang lain berprasangka buruk.

“Sebelum ini, apabila saya putus cinta dengan Linda dan Scha Al-Yahya, saya cuma berdiam diri. Saya tahu risiko bercinta dengan selebriti, tetapi saya bersyukur dan tidak kesal dengan mereka,” katanya.

Thursday, January 28, 2010

Linda Onn Jumpa Fahrin Ahmad di Mahkamah


“Semua kenyataan yang keluar daripada mulut saya adalah untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak media. Bukan saya sengaja hendak bercerita. Saya bercakap perkara yang benar.

Itu reaksi Linda Onn berhubung notis tuntutan yang dibuat oleh Fahrin Ahmad berhubung penyiaran dua artikel dalam akhbar Sinar Harian (19 Jan 2010) dan The Star (20 Jan 2010). Notis tuntutan bertarikh 22 Januari itu dikeluarkan melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor yang menuntut Linda dan individu-individu serta pihak-pihak berkenaan yang bertanggungjawab atas penyiaran dua artikel itu membuat kenyataan maaf secara jelas dan membuat penarikan semula segala tohmahan yang telah dikeluarkan.

Linda yang ditemui selepas selesai bertugas di konti Suria FM bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini. Alasan yang diberikan oleh penyampai radio popular ini, dia tidak boleh sewenang-wenangnya memberi komen kerana sudah menyerahkan perkara ini untuk diselesaikan oleh peguam.

“Memandangkan perkara ini akan dibawa ke mahkamah, jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya. Saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu dan bermula dari hari itu, saya telah lantik peguam untuk menguruskannya.”
Ditanya adakah tindakan Fahrin itu wajar atau pun tidak, Linda tidak mahu memberi sebarang komen. Malah, Linda juga enggan mengulas apabila ditanya tentang kemungkinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akan diheret bersama bagi menyelesaikan kes ini.

Menyentuh dakwaan Linda yang mengatakan Fahrin panas baran sehingga bertindak kasar terhadap dirinya, Linda menjelaskan dia tidak boleh memberi sebarang kenyataan tentang perkara itu.

“Biarlah perkara ini dibincangkan di mahkamah. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,” ujar Linda yang turut menafikan situasi sekarang ini menjejaskan kerjayanya yang baru bermula di Suria FM.

“Rakan-rakan setugas dan pihak pengurusan sekarang ini banyak memberi sokongan kepada saya dan saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana memahami situasi ini.”

Internet

Fahrin Ahmad Tidak Profesional TENGKING LINDA

MINGGU lalu, Hits serta beberapa rakan media lain menerima kiriman e-mel daripada seorang pembaca yang menceritakan tentang insiden kekecohan di set rancangan Sehati Berdansa.

Emel bertajuk ‘Fahrin Ahmad Tidak Profesional’ itu berkisar mengenai apa yang berlaku membabitkan dua pengacaranya iaitu Fahrin Ahmad dan Linda Onn.

Menurut e-mel berkenaan, Fahrin didakwa telah menengking Linda ketika kedua-dua mereka menjalani sesi latihan untuk malam penyingkiran di Debaran Sehati Berdansa minggu kedua.

Insiden itu bukan sahaja disaksikan oleh krew penerbitan malah setiap pasangan yang menyertai rancangan hiburan tersebut.

Melihatkan dirinya dimalukan sedemikian, Linda dikatakan telah bertemu dengan produser rancangan terbabit supaya meminta Fahrin bersikap profesional.

Bagi mencari jawapan sebenar di sebalik kiriman e-mel dan insiden itu, Hits berkesempatan bertemu dengan Fahrin sebaik tamatnya siaran langsung Debaran Sehati Berdansa di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Agak tertekan tatkala membaca salinan e-mel yang diberikan kepadanya, Fahrin mengaku, berlakunya perselisihan faham antaranya dan Linda semasa sesi latihan Debaran Sehati Berdansa tersebut.

“Memang saya ada sebut perkataan-perkataan yang ditulis dalam e-mel itu tetapi dalam ‘permainan’ e-mel dan Internet, sesiapa pun boleh menokok tambah cerita.

“Mengenai tindakan saya menengking pula, saya bukan jenis orang seperti itu.

“Perkara ini terjadi di set. Sebagai rakan sekerja, sememangnya ada perselisihan faham tetapi apa yang penting perjalanan rancangan itu berlangsung dengan baik,’’ katanya.

Fahrin dan Linda disatukan kembali untuk mengacara Sehati Berdansa musim kedua walaupun kedua-dua mereka jelas tidak sehaluan seperti dahulu sebagai ‘teman tapi mesra’.

Biarpun hubungan mereka ibarat luka yang belum sembuh tetapi atas dasar profesional, mereka menerima tawaran untuk digandingkan sebagai pengacara program tersebut.

Jelas Fahrin, e-mel yang disebarkan itu dilihatnya sebagai serangan peribadi oleh orang yang mungkin berdendam atau tidak berapa setuju dengan segala tindakannya selama ini.

Meskipun mengambil tidak kisah atau enggan untuk melayan apa yang ditulis dalam e-mel tersebut, Fahrin mencabar penulis berkenaan tampil berdepan dengannya.

“Saya kenal siapa dia (penulis e-mel). Kalau dia berani, jumpa saya. Ini lebih kepada bersifat peribadi dan cubaan untuk membalas dendam. Walaupun digambarkan sedemikian, saya tahu siapa diri saya sebenarnya,’’ ujarnya.

Ditanya mengenai punca yang menyebabkannya berselisih faham dengan Linda di set Sehati Berdansa, Fahrin berkata, perkara tersebut tidak perlu dihebahkan.

“Saya rasa tidak perlulah saya jelaskan punca perselisihan. Sepanjang pengalaman, sampai satu tahap, saya memikirkan bahawa saya perlu bercakap apabila perlu sahaja,’’ katanya.

Banyak bersabar

Sementara itu, Fahrin memberitahu, selama ini, dirinya sudah banyak bersabar tetapi ramai yang tidak tahu menghargai kesabarannya.

Katanya, dia juga sudah banyak mengalah namun dengan ‘serangan demi serangan’ yang dilakukan, ia sedikit sebanyak mencabar maruahnya.

“Nilailah sendiri tahap kesabaran saya melalui kenyataan-kenyataan yang saya buat di media-media.

“Saya akan bersabar selagi boleh tetapi andai ada yang seakan mencabar kerjaya, saya terpaksa menyuarakan isi hati,’’ jelasnya.

Menurut Fahrin, dirinya tidak kisah menerima apa jua kritikan dan kutukan andai ia bersifat membina.

Dalam pada itu, Fahrin turut ditanya mengenai kritikan dirinya sebagai tidak profesional yang digambarkan dalam e-mel berkenaan.

Ringkas menjawab persoalan, Fahrin meminta sesiapa yang menulis emel itu supaya merujuk kepada bosnya iaitu produser Sehati Berdansa.

“Tanyalah sendiri bos saya. Tapi kalau hendak cakap tahap profesional Linda, dia memang profesional,’’ tambahnya.

Sehati Berdansa kini memasuki minggu kelima dengan enam pasangan masih berentap untuk bergelar juara.

Enam pasangan terbabit adalah Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin, Khai-Rosma, Amyza Adnan-Khairil Izhar, Sasha-Salyo, LIsdawati-Fauzi Nawawi serta Mazin Ameen Siraj-Ida Chairunisa.

Internet

November 20th, 2008


Dakwah (Agama)


Catatanku dalam blog YB.

Sahabatku YB, Aku pernah menulis dalam bab dakwah ini; yang paling aku nampak kita rugi adalah saluran TV kita sendiri tak gunakan media TV sebagai dakwah paling berkesan. Cuba bayangkan tiap kali azan asyik tunjuk masjid & orang ambil sembahyang sedangkan azan itu menyeru atau dakwah yang paling bagus jika kita tayangkan gambar-gambar warga asing yang beragama Islam. Agar cina & india seMalaya tertarik memeluk Islam.

Jika sekadar video ikan, laut & ranting kayu ditayangkan ketika azan rasanya kesannya tak sehebat mana. Sebaiknya gambar Michael Jackson ambil air sembahyang ... emmm! dah terlepas atau Datuk Shahrukh Khan tengah sembahyang atau berdoa. Mungkin ada peminat artis yang bukan Islam tertarik nak peluk Islam.
Banyak lagi cara yang boleh kita menarik kaum asing ini mendekati Islam. Cuma perlu kreatiflah sikit.

iDAN.

Bukan susah sangat nak cari gambar betapa ramai orang-orang Cina di Tanah Besar China sana bersembahyang. Bukan payah nak cari gambar Datuk Shahrukh Khan bersembahyang atau berwuduk.

Kita tak ambil peluang ketika punyai saluran TV sendiri. Maka itu Islam di Malaysia tak berkembang sebaik mana.


Sabtu, 23 Januari 2010

Pewaris takhta yang mempunyai banyak keistimewaan

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor hari ini, merupakan seorang pewaris takhta yang mempunyai banyak keistimewaan.

Mewarisi sifat prihatin ayahanda baginda, putera sulung Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan tetapi baginda juga cukup disenangi kerana keperibadian yang menawan hati rakyat.

Mesra disapa sebagai TMJ (Tengku Mahkota Johor), Tunku Ibrahim, 51, cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti berteraskan kerja-kerja sosial yang diilhamkan baginda sejak 2001.

Konvoi motosikal berkuasa tinggi itu yang dijadikan acara tahunan, membawa baginda dan rombongan pengiringnya terdiri daripada Menteri Besar dan para pegawai negeri lain ke semua lapan daerah di Johor yang menyaksikan Tunku Ibrahim dan rombongan melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi.

Sikap prihatin dan kesungguhan baginda untuk turun padang bagi melihat sendiri kehidupan dan menyelami susah senang masyarakat membina kredibiliti baginda sebagai pewaris takhta yang mesra rakyat.

Semasa kembara pertamanya pada 2001, Tunku Ibrahim tidak kekok untuk mendokong dan mendodoikan seorang bayi yang terlentuk di bahu baginda.

Ketika melawat Kampung Temiang di Muar, baginda sempat menjamah ubi rebus yang merupakan makanan rakyat dengan begitu berselera serta memuji pembuat sambal ubi rebus, iaitu seorang nenek yang terharu dengan pujian Tunku Mahkota Johor.

Kesungguhan baginda untuk merasai kehidupan seharian rakyat jelata di situ jelas terserlah apabila pada satu ketika baginda meneguk air tebu dalam bungkusan plastik yang dihulurkan oleh seorang penduduk.

Tidak bersendirian, aktiviti turun padang itu memecah tembok pemisah antara istana Johor dan rakyat apabila Tunku Ibrahim turut melibatkan isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan putera-puteri baginda dalam ekspedisi itu.

Tunku Ibrahim yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, putera sulung daripada 10 beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Pewaris takhta itu menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baharu.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika.

Sekembalinya baginda ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. - BERNAMA

Jumaat, 22 Januari 2010

Merawat Harimau yang Tersisa


Tambling Wildlife Nature Conservation

SP/Gusti Lesek

Tambling Wildlife Nature Conservation (TWNC), Lampung Selatan merupakan lokasi konservasi untuk melepasliarkan harimau sumatra yang terancam punah.

arimau sumatra (Panthera tigris sumatrae) tak lama lagi tinggal nama. Binatang predator langka ini akan menghilang, menyusul harimau bali dan harimau jawa. Padahal, Indonesia selama ini dikenal sebagai salah satu negara pemilik spesies harimau dari 13 negara di dunia.

Ada tiga jenis subspesies harimau yang terkenal di Indonesia, yakni harimau sumatera, harimau bali, dan harimau jawa. Sayangnya, harimau bali sudah menghilang dari habitatnya sejak tahun 1935, dan harimau jawa punah sekitar tahun 1970-an.

Tinggal harimau sumatra, yang merupakan salah satu dari enam subspesies harimau yang masih hidup di dunia, yakni harimau china (Panthera tigris corbetti), harimau benggala (Panthera tigris tigris), harimau china selatan (Panthera tigris amoyensis), harimau siberia (Panthera tigris altaica), dan harimau malaya (Panthera tigris jacksoni).

"Keberadaan semua keluarga harimau tersebut sudah terancam punah," kata Peggy Melati Sukma, juru bicara Tambling Wildlife Nature Conservation (TWNC) kepada pers di kawasan TWNC di Tambling, Lampung Selatan, Kamis (21/1).

Peggy mengatakan, populasi harimau sumatra yang dikenal sebagai perenang tercepat dibanding jenis lainnya ini, tersisa sekitar 450-700 ekor saja. Binatang liar ini tersebar hampir di seluruh area hutan di Pulau Sumatera.

Beberapa penyebab berkurangnya jumlah harimau sumatra ini, kata Kepala Balai Besar Bukit Barisan Selatan Ir Kurnia Rauf, selain karena perburuan liar untuk kepentingan komersial, juga karena habitatnya dirambah oleh manusia, termasuk pembalakan liar dan alih fungsi hutan menjadi area bukan hutan. Binatang ini juga terancam punah, karena perburuan untuk mengambil kulit dan berbagai organ tubuh yang laku dijual.

Indonesia, sebagai salah satu negara asal spesies harimau, telah berusaha melakukan berbagai upaya untuk menyelamatkan subspesies yang masih tersisa. Kementerian Kehutanan telah menerapkan aturan perlindungan terhadap harimau sumatra.

Kolaborasi

Peggy mengatakan, TWNC telah melakukan hal ini, melepaskan beberapa harimau ke habitatnya di Tambling. Area TWNC yang luasnya mencapai 45.000 hektare (ha), merupakan suatu kawasan di ujung semenanjung yang terletak di antara Teluk Tampang di bagian barat hingga ke Tanjung Belimbing di bagian timur, di ujung selatan Pulau Sumatera.

Wilayah ini merupakan bagian dari Taman Nasional Bukit Barisan Selatan (TNBBS) yang terletak memanjang dari Provinsi Bengkulu hingga ke Provinsi Lampung.

Taman nasional ini merupakan taman nasional yang terluas ketiga di Sumatera. Pengelolaan kawasan ini merupakan kolaborasi antara PT Adhiniaga Kreasinusa dengan Balai Besar TNBBS.

Kurnia menjelaskan, luas wilayah darat TNBBS sekitar 356.800 ha dan wilayah air sekitar 16.000 ha. Dan pemerintah memberi konsesi kepada TWNC untuk mengelola 45.000 ha kawasan ini selama 35 tahun. Di kawasan TWNC sendiri, kata Kurnia, sudah ada 40 harimau, dan pada Kamis (21/1) akan dilepas lagi dua harimau sumatra, yakni Panti (betina) umur 5-6 tahun dan jantan bernama Buyung (7-8 tahun). Kedua harimau ini berasal dari Aceh Selatan.

Peggy menjelaskan, proses melepasliarkan semua harimau yang ada di TWNC tidak sekadar dilepaskan begitu saja, tetapi harus melewati berbagai rangkaian proses, mulai dari cek kesehatan, kondisi fisik, hingga proses penyesuaian di alam bebas dalam kandang enclosure seluas 2,5 hektare.

Pada 22 Juli 2008 lalu, TWNC dan Artha Graha Peduli, melepasliarkan lagi dua ekor harimau. dari Aceh bernama Pangeran dan Agam. Proses pelepasliarannya sendiri dilakukan langsung oleh mantan Menteri Kehutanan MS Kaban.

Sekilas Tambling

Tambling adalah singkatan nama dari dua kawasan, yakni Tampang dan Belimbing. Secara geografis, Tambling masuk dalam wilayah Kabupaten Lampung Barat, dan juga termasuk dalam bagian Taman Nasional Bukit Barisan Selatan (TNBBS).

Untuk mencapai lokasi Tambling, ada beberapa alternative, bisa dari Bandar Lampung (Tarahan) dengan kapal cepat selama delapan jam, atau dengan jalur lain, yakni dari Bandara Lampung-Kota Agung menggunakan bus selama dua jam, dan dilanjutkan dengan kapal laut selama enam jam untuk dapat berlabuh di Dermaga Tambling yang terletak di bahagian barat Tanjung Belimbing. Jika menggunakan helikopter atau pesawat terbang kecil (setara Casa), dari Jakarta memerlukan waktu sekitar satu jam.

Secara topografi, TWNC adalah tanah datar dengan ketinggian mulai dari 0-50 meter di atas permukaan laut. Di TWNC terdapat pula dua buah danau yang cukup besar, yakni Danau Menjukut (700 ha) dan Danau Sei Leman (850 ha). Di TWNC menurut survei terdapat 50 spesies burung dari 11 famili, sedangkan pada hutan pantai dan pesisir dapat ditemukan sebanyak 41 spesies burung. [SP/Gusti Lesek]

Khamis, 21 Januari 2010

Sampah Kertasnya Diminati Menteri dan Artis

Nursalam

Bagi kebanyakan orang, sampah terkesan sangat menjijikan dan tidak bernilai. Namun, jika jeli melihat peluang, uang jutaan rupiah dapat diperoleh dengan mudahnya. Perpaduan antara kreativitas dan teknologi adalah kuncinya.

Demikian yang dilakukan Nursalam. Warga Mampang Prapatan XI Jakarta Selatan ini justru mendapat keuntungan dengan memanfaatkan sampah. Cara yang dilakukannya adalah membuat produk kerajinan rumahan, seperti kotak pembungkus kado, album foto, dan produk lainnya berbahan dasar kertas daur ulang.

Usaha ini berawal dari kampanye peduli lingkungan yang dilakukannya sebagai anggota Wahana Lingkungan Hidup (Walhi) pada sekitar tahun 80-an. Saat itu, Nursalam muda giat menjadi aktivis yang selalu menyuarakan isu lingkungan hidup, terutama mengenai pencemaran air, pencemaran udara, dan sampah.

"Saat itu, saya dan teman-teman di Walhi sudah memprediksi kalau sepuluh tahun lagi, ketiga hal ini akan menjadi isu yang terus bergulir. Ternyata benar. Tiga isu itu bahkan mengemuka menjadi masalah dan tak kunjung usai," ujarnya.

Meski bersuara nyaring akan tiga masalah tersebut, ada satu hal yang sangat menarik perhatiannya, yakni sampah. Menurutnya, persoalan yang satu itu lebih berat dari yang lain.

"Kalau pencemaran air dan udara bisa teratasi dengan teknologi. Tetapi, sampah tidak bisa karena terus meningkat jumlahnya. Pertumbuhan sampah per harinya saja sepuluh persen lebih tinggi daripada pertumbuhan penduduk. Sampah itu dihasilkan setiap hari. Jadi rasanya tidak mungkin bisa teratasi sekaligus karena aktivitas konsumsi manusia terus berlangsung," tutur ayah dua anak itu.

Karena itu, Nursalam mengatakan, yang bisa dilakukan manusia hanya mengurangi volumenya saja. Salah satu cara dalam hal ini adalah mendaur ulang sampah, baik berupa kertas, plastik, maupun kaleng.

Bagi suami dari Ida Mufidah ini, sampah kertas bekas menjadi prioritasnya. Teknologi menjadi alasan. "Sampah kertas itu bisa dikreasikan dengan mudah karena tidak memerlukan alat berteknologi tinggi. Kebetulan saya masih menggunakan teknologi tradisional. Cukup dengan blender, cetakan yang dibuat sendiri, dan panas matahari. Sementara itu, sampah plastik atau kaleng membutuhkan alat yang lebih canggih," terang mantan aktivis Greenpeace ini.


Nabilla Syakieb

Ilmu mendaur ulang kertas sendiri telah dipelajarinya pada sekitar 22 tahun lalu. Tepatnya, saat ia menjadi anggota International Waste Management. Berkomunikasi lewat faksimile, Nursalam memperoleh semua ilmu memproduksi dan berkreasi.

Hasil karya pria bersahaja itu pun langsung disukai masyarakat. Bahkan, buah kreativitasnya memadukan bubur kertas dengan serat daun pisang atau bunga bougenville mampu menarik perhatian masyarakat kelas atas.

"Beberapa menteri menjadi langganan saya. Tetapi, saya tidak bisa menyebut nama beliau karena tidak enak. Takut tidak berlangganan lagi," ujarnya tertawa. Dikatakan, biasanya, pesanan para menteri berupa kotak kado atau suvenir berbahan dasar kertas daur ulang. Bahkan, kata Nursalam, baru-baru ini ada seorang menteri memesan 1.500 tempat bandrek kecil terbuat dari kardus daur ulang yang dibalut kain batik untuk dijadikan suvenir dalam sebuah acara. Sayangnya, ia tidak tahu untuk acara apa sang menteri memesan tempat bandrek.

Selain menjadi langganan menteri, karya Nursalam juga diminati artis. Seperti saat disambangi di tempat kerjanya di Kedai Daur Ulang, beberapa waktu lalu, Nursalam tengah mengerjakan produk pesanan Nabilla Syakieb. Artis cantik itu memesan sebuah kotak besar yang tidak dijual di toko.

"Ini saya sedang mengerjakan pesanan Nabilla. Senang bisa dipercaya gadis secantik dan cinta lingkungan seperti dia. Selain dia, ada juga artis lain, tetapi saya tidak terlalu kenal," ucap Nursalam sambil mengolesi lem pada kardus yang akan dijadikan kotak bersama dua pegawainya.

Selain mengerjakan pesanan pelanggan atau memproduksi karya terbaru, ia juga tengah meneliti kertas kemasan minuman salah satu soft drink terkemuka. Dikatakan, manajer produsen soft drink yang kemasannya berwarna merah itu meminta agar kemasan minuman milik perusahaannya didaur ulang menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat.

"Manajer perusahaan itu meminta saya mendaur ulang kemasan minuman yang biasa digunakan di tempat penjualan junk food. Hal ini dimintanya karena prihatin banyak sekali sampah kemasan yang dihasilkan setiap hari," terangnya.

Banyak Gerai

Produk kreasi tangan dingin pria lulusan ABA Cikini, Jakarta Pusat ini memiliki banyak counter. Bekerja sama dengan sebuah agen penyalur kerajinan tangan, karya-karyanya dipasarkan ke Gramedia, Gunung Agung, dan toko-toko besar lain.

"Lewat penyalur itu, produk saya dijual di 20 gerai yang tersebar di Jakarta. Tadinya pernah juga merambah Pasaraya dan SOGO. Tetapi, saya ganti penyalur jadi tidak dikirim ke sana lagi," tegas Nursalam.

Omzet penjualanannya memang tidak terlalu besar. Pendapat- an bersihnya hanya Rp 2.500.000 hingga Rp 4.000.000 per bulan. (sekitar RM1,500) Tetapi, angka itu cukup membuatnya hidup nyaman. Ia bisa menyekolahkan dua putrinya yang berusia 13 dan 9 tahun. Selain itu, rumahnya juga terbilang besar dan bagus. Bercat hijau dengan bangunan kokoh.

iDAN:

Dari bahan terbuang diproses kemali menjadi kertas & kotak yang boleh digunakan semula. Malahan banyak barangan lain yang terbuang boleh menghasilkan duit. Pokok pangkal rajin berusaha menjadikan ianya berguna.

RM1 = sekitar Rp. 2700

Rabu, 20 Januari 2010

Gisele Bundchen, Supermodel Termahal Dunia

whereistheoutrage.net
Gisele Bundchen

Model asal Brasil, Gisele Bundchen, dilaporkan menjadi supermodel dengan pendapatan terbesar di dunia sepanjang tahun 2009. Model berusia 29 tahun ini berhasil meraup pemasukan sekitar 35 juta dolar AS berkat melenggak-lenggok di panggung catwalk.

Seperti dilansir dari laman digitalspy, sepanjang tahun kemarin Bundchen tidak selamanya mencari orderan. Di penghujung tahun, dia sempat absen dari dunia model karena baru saja melahirkan anak pertamanya dari buah pernikahannya dengan Tom Brady.

Dari hasil laporan tahunan yang dilansir oleh Walletpop.co.uk tersebut, duta khusus buat lembaga United Nations Environment Programme ini berhasil mengalahkan Kate Moss. Moss membayangi Bundchen di tempat kedua dengan pemasukan sebesar 7,5 juta dolar AS. Sedangkan model Victoria's Secret, Adriana Lima, menduduki tempat ketiga.

Akhbar Indon.

Terasa mual, pening dan menggigil

Serangan panik melampau boleh diatasi asalkan individu bijak mengawal stres dan ketakutan yang dialami.




MEMBERSIHKAN muntah setiap hari sudah menjadi rutin wajib ibunya. Dia muntah bukan kerana sakit atau demam. Tapi, hanya disebabkan serangan panik melampau yang sering dialami.

"Saya terlalu fobia nampak darah sama ada di televisyen atau realiti. Walaupun hanya setitik darah, saya terus panik dan muntah. Kepala terasa pening seperti terhantuk ke dinding, badan pula menggigil bagai hendak demam.

"Bagi saya, darah sesuatu yang terlalu menyakitkan sehingga ngilu seluruh badan. Disebabkan itu, saya panik sekiranya kesakitan itu berlaku pula kepada saya," luah Fetty Zuramaslina Zulkepli, 23, yang kini bertugas sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di salah sebuah pusat rawatan di Bangi, Selangor.

Dipapah pesakit

Sudahlah bertugas di pusat rawatan tetapi panik melihat darah. Bagaimana? Graduan Diploma Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) itu mengakui, fobia yang dialami secara tidak langsung menjejaskan pekerjaannya. Setakat ini, sudah tiga kali anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik itu dimasukkan ke dalam wad kecemasan kerana serangan panik.

Imbasnya, insiden yang paling teruk ialah sewaktu membantu seorang pesakit yang cedera di bahagian lutut akibat kemalangan.

"Sewaktu pesakit itu mendaftar, kecederaan lututnya tidak kelihatan kerana dilindungi meja kaunter. Malangnya, sebaik sahaja ingin membawanya berjumpa doktor, saya tergamam kerana ternampak lututnya luka teruk dan berdarah. Mata saya berpinar-pinar dan pengsan di hadapannya.

"Sepatutnya, saya bantu pesakit. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Pesakit itu pula yang membantu papah dan panggil doktor. Sedar-sedar saja saya berada di atas katil wad. Nampak jururawat mengambil tekanan darah dan memeriksa pernafasan saya," tambah Fetty yang juga mengakui panik untuk berhadapan dengan khalayak.


TUGASAN yang membebankan boleh mengundang stres, sekali gus menyebabkan serangan panik.


Selain fobia darah masalah panik akan menyerang apabila namanya dipanggil secara rawak. Pernah suatu ketika namanya dipetik secara tiba-tiba untuk membuat persembahan pada sebuah majlis. Terkejut dengan panggilan itu, kakinya mula terasa kebas dan dada berdegup kencang.

Situasi yang sama turut berlaku ketika menuntut di tingkatan tiga. Sementara menunggu pengetua sekolahnya menghabiskan ucapan aluan, Fetty dan beberapa orang pelajar diminta bersedia beratur di bawah pentas. Ini kerana, selepas itu tiba giliran mereka naik ke atas pentas untuk menerima sijil penghargaan.

Suasana dewan yang sunyi sebentar tadi bagi menghormati sesi ucapan pengetua bertukar ceria dengan tepukan gemuruh. Pelajar-pelajar mula bersorak apabila nama rakan diumumkan oleh pengerusi majlis.

Sementelah majlis anugerah berlangsung dengan meriah, secara tiba-tiba riak wajah Fetty mula berubah. Kipas angin yang berputar menyejukkan segenap ruang dewan tidak mampu menghalang peluhnya daripada mencurah deras sehingga membasahi bajunya.

Debaran dan cuaknya semakin dirasai apabila tiga orang pelajar di hadapannya sudah mengatur langkah ke atas pentas. Kepalanya mula pening dan tekaknya terasa mual hendak muntah. Namun, sebaik sahaja namanya dipanggil tiba-tiba tubuh badannya tidak bermaya dan pandangannya terus menjadi gelap.

"Cikgu kata saya pengsan. Tak sempat naik pentas untuk ambil sijil. Berhadapan dengan orang ramai benar-benar membuatkan saya menggeletar dan panik. Saya jadi tak tentu arah dan sukar bernafas. Berpeluh-peluh dibuatnya," cerita Fetty menamatkan bicara.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Ahmad Daniel Fiqri Zaharudin, 25 memberitahu dia pernah mengalami masalah panik di tempat kerja apabila menyedari terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam satu masa.

"Apabila melihat kerja bertimbun yang perlu diselesaikan segera, panik menyerang. Kepala saya tiba-tiba pening dan mahu pengsan. Terasa sukar untuk bernafas. Seluruh badan menjadi kebas dan terasa seperti rasa kebas itu mahu menjerut diri," kata Ahmad Daniel yang kemudiannya dibawa rakan sekerja ke hospital.


SERANGAN panik akan terus menyerang apabila individu terus dibelenggu ketakutan.


Cuba kawal diri

Serangan panik bermaksud suatu keadaan ketakutan atau kerisauan ekstrem yang dialami secara mendadak atau tiba-tiba. Ia boleh berlaku selama 15 saat tetapi lazimnya kesannya dirasai lebih kurang 30 minit.

Keadaan serangan panik tersebut adalah lebih teruk daripada keadaan cemas biasa kerana ia diiringi simptom fisiologi tertentu seperti sesak nafas dan berpeluh.

Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Samsilah Roslan memberitahu terdapat beberapa punca yang mengundang serangan panik. Antaranya, mengalami tekanan melampau yang boleh menyebabkan keadaan traumatik.


FOBIA ternampak darah juga boleh menyebabkan seseorang itu panik dan pengsan apabila melihat darah.





Misalnya, kehilangan orang dikasihi, perceraian, kehilangan pekerjaan, peperiksaan yang hampir tiba atau stres di pejabat. Berhadapan dengan fasa kehidupan yang baru seperti berkahwin, atau mendapat anak buat kali pertama turut mengundang serangan yang sama.

Selain itu, kecelaruan serangan panik juga boleh diwarisi daripada genetik keluarga. Namun peratusan besar mendapati sebahagian individu yang berhadapan dengan serangan panik tidak mempunyai sejarah keluarga. Ironinya, ia bergantung kepada faktor luaran dan persekitaran yang membebankan.

"Perlu diketahui fobia juga antara pencetus serangan panik melampau. Disebabkan itu mereka yang fobia pada darah begitu mudah diserang penyakit panik ekstrem apabila terpandang darah," tegas Samsilah mengenai serangan panik yang tidak kira jantina dan usia.

Saran Samsilah apabila melihat seseorang itu sedang bergelut dengan serangan panik pastikan mereka duduk dan berehat. Jangan sesekali biarkan mangsa dihujani dengan pertanyaan atau nasihat kerana faktor itu membuatkannya menjadi semakin panik.

Bagi si mangsa yang bergelut sendirian dengan serangan panik sama ada di rumah atau sedang memandu, cuba bertenang, kawal diri dan berfikir secara positif.

"Misalnya, individu mengalami serangan panik ketika menjawab soalan peperiksaan. Cuba fikirkan bahawa ramai orang yang berjaya pun pernah mengalami kegagalan. Yang penting ialah bangkit semula dan berusaha untuk lakukan yang terbaik.

"Apabila menyedari apa yang kita takuti itu sebenarnya tidaklah seteruk mana, kita boleh mengurangkan rasa panik tersebut," nasihat Samsilah lagi.

Jangan abaikan waktu makan

Dari sudut pemakanan pula, pakar pemakanan Hospital Besar Kuala Lumpur, Nurhidayah Mohamad Som, menjelaskan, pemakanan bukan faktor utama penyumbang pada masalah panik, tertekan, takut atau sebagainya.

Namun begitu pemakanan yang tidak seimbang atau kekurangan zat tertentu boleh menjadikan masalah panik menjadi lebih teruk.

"Justeru elak pengambilan minuman kafein (kopi), berkarbonat dan alkohol. Perlu diketahui proses menyingkirkan kafein daripada tubuh memakan masa yang agak lama. Keadaan tersebut akan meningkatkan tindak balas pada stres dan panik.

"Pada masa yang sama, kafein juga boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi dan mengurangkan penyerapan mineral sekiranya diambil bersama makanan utama yang lain. Begitu juga dengan makanan tinggi lemak yang turut meningkatkan paras hormon stres dan panik dalam badan," terang Nurhidayah kepada Kosmo!.


AKTIVITI bersenam ialah salah satu cara mengurangkan serangan panik.


Oleh itu, rancang pemakanan seimbang setiap hari bagi membantu menangani masalah panik. Ia haruslah dilengkapi karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan serta sedikit lemak.

Sikap meninggalkan salah satu waktu makan utama hendaklah dielakkan. Ini kerana pengambilan makanan yang tidak mencukupi boleh mengganggu tahap metabolisme dalam badan.

Kosmo!

Dua artis lagi saman Gulatis (Hiburan)


TONY EUSOFF dan Diana Johor berbincang di pintu masuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam sebelum memfailkan saman terhadap Gulatis.


KUALA LUMPUR - Syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. berkemungkinan besar menjadi syarikat pertama di negara ini yang disaman ramai artis atas dakwaan menggunakan gambar mereka tanpa kebenaran.


KIRI:EJA ,KANAN:ZAHNITA


Terbaru, dua pelakon, Tony Eusoff dan Diana Johor, masing-masing memfailkan tuntutan saman berjumlah RM500,000 terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan menggunakan gambar mereka bagi tujuan komersial tanpa kebenaran sah.

Tony Eusoff, 33, dan Diana Johor, 29, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman tersebut menerusi Tetuan A.R. Effande & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menamakan Gulatis sebagai defendan.


KERATAN Kosmo! 10 Disember 2009.


Sebelum ini, pada 9 Disember 2009, pelakon Eja atau Siti Shahrizah Saifuddin berjaya dalam tuntutan saman terhadap Gulatis dengan memenangi RM20,000 atas dakwaan serupa.

Dua hari selepas kemenangan Eja, pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson pula menyaman syarikat tekstil tersebut sebanyak RM2 juta atas sebab sama.

Kosmo!

iDAN: Isk! kalau sebab gambar terpapar gah di TV dapat pula RM2 juta itu nampaknya telah dikatakan duit terpijak. Setakat yang Eja dapat memanglah munasabah sebab kalau nak iklan produk di bena tepi jalan pun sekitar itu juga dikenakan.

Kalau gambar aku yang terbit aku kasi percuma sahaja, sebab dah muka keluar TV atau papan iklan rasa glamour itu pun dah syok sendiri.



Selasa, 19 Januari 2010

Gunung tercantik di dunia (Santai)




DUA tahun lalu, gunung berapi itu pernah dimasukkan untuk pencalonan sepuluh kawasan semula jadi dalam senarai terbaru Tujuh Keajaiban Dunia sebelum 'disingkirkan' oleh jirannya sendiri, Puerto Princesa Subterranean.

Bagaimanapun, ramai melihat kegagalan Mayon di wilayah Albay di Bicol, selatan pulau Luzon di tengah Filipina itu akibat kebimbangan pihak berkuasa berikutan kemunculan tanda-tanda amaran ia akan aktif dan mengganas semula.

Hakikatnya, Mayon tidak pernah meragut mangsa sejak 16 tahun lalu selepas ia membunuh 77 orang pada 1993, itu pun disebabkan kedegilan penduduk terbabit mengikut arahan pihak berkuasa supaya mereka berpindah. Sebaliknya mereka masih leka bercucuk tanam di kebun.

Di sebalik persepsi negatif, Mayon tidak memiliki sejarah kejam, bahkan penduduk menggelarnya Magayon sempena kisah legenda seorang srikandi Filipina, dikenali sebagai Daragong Magayon yang bererti wanita cantik dalam dialek tempatan.

Tidak hairanlah, sesuai dengan namanya, Mayon dianggap gunung berapi tercantik di dunia. Termasuk dalam kategori stratovolcano iaitu memiliki banyak lapisan bertingkat, ia turut dirujuk kerana bentuk kon simetrik paling sempurna.

Dari segi geografi, Mayon yang mencatat ketinggian 2,462 meter dari paras laut itu ialah sebahagian daripada lingkaran api Lautan Pasifik dan disifatkan gunung berapi paling aktif di Filipina berbanding Pinatubo, Taal, Canlaon dan Ragang.

Ironinya, Mayon yang terletak hanya sepuluh kilometer dari Teluk Albay itu dikelilingi pula oleh banyak zon perbandaran yang padat penduduk iaitu Legazpi, Daraga, Camalig, Guinobatan, Ligao, Tabaco, Malilipot dan Santo Domingo.

Bayangkan rekod 49 kali letusan, ia mencipta rekod sebagai gunung paling kerap memuntahkan lahar berbanding saingan terdekat, Taal yang setinggi 400 meter. Taal sudah meletus sebanyak 33 kali sejak 1572 hingga 1977.


GUNUNG Berapi Mayon dianggap gunung berapi tercantik di dunia kerana memiliki banyak lapisan bertingkat.


Mereka yang hidup di sekitar Mayon boleh dianggap lali malah bosan dengan arahan kerajaan untuk bersiap siaga dipindahkan tetapi kesudahannya, ia menjadi 'pembaziran' apabila gunung itu tidak pula meletup.

Dilema

Kali terakhir pemindahan besar-besaran melibatkan lebih 73,000 penduduk apabila Mayon meletus pada 1984 dan sejak itu, jumlah mereka yang diarahkan berpindah semakin berkurangan dan ramai lebih rela mati di rumah sendiri.

Ada yang mempertikaikan ramalan Institut Kajian Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) yang disifatkan sebagai kurang berpengalaman dan mudah gelabah apabila baru ternampak asap kecil berkepul di puncak gunung berapi itu.

Ini dapat dilihat pada pertengahan 2006 apabila agensi itu mengerah 20,000 penduduk berpindah kononnya Mayon akan meletup pada bila-bila masa dan selepas lima bulan, ternyata gunung itu sebenarnya belum lagi tiba waktu untuk meletus.

Sebaliknya, jika dilihat sejarah ramai penduduk yang maut bukan kerana letusan Mayon tetapi faktor lain seperti bencana Taufan Durian pada akhir 2006. Ia mengakibatkan banjir lumpur dan lebih 1,300 orang yang mati ditimbus hidup-hidup.

Malapetaka dahsyat itu juga meragut nyawa ramai pelajar Universiti Aquinas di Legazpi City yang sedang tidur di asrama selain menyebabkan banjir besar dan bekalan elektrik terputus di beberapa bandar raya berdekatan untuk tempoh yang lama.

Angka itu kurang separuh daripada jumlah yang maut ketika Mayon mengganas pada 1 Februari 1814 tetapi ia tidak dapat menandingi letusan pada 1766 apabila lahar gunung tersebut mampu mencecah puncak menara loceng sebuah gereja.

Ketika itu, lahar Mayon bukan sekadar memadam pekan Cagsawa daripada peta Filipina, malah mencapai paras semua pokok yang setinggi sembilan meter dan langsung menghilangkan rangkaian sungai di sekitar kawasan tersebut.


JOSEFA CALLOSl, 35, dan anak perempuannya Giselle, 8, menganyam serat abaca untuk dijadikan tali di pusat pemindahan sementara di bandar Tabaco, Albay, di selatan Luzon.


Lebih seabad kemudian iaitu pada 23 Jun 1897, Mayon kembali menggegarkan bumi dengan hujan lahar selama tujuh hari tanpa henti dalam lingkungan 160 kilometer persegi. Ia menimbus ratusan penduduk dan pekan sehingga ketinggian 15 meter.

Kini, penduduk Teluk Albay hidup dalam dilema apabila Pengarah Phivolcs, Renato Solidum pada 28 Disember 2009 lalu menyifatkan Mayon belum 'berehat' walaupun status amaran diturunkan kepada paras sederhana rendah.

Bagaimanapun, mereka boleh menarik nafas lega apabila kajian agensi itu awal tahun ini menunjukkan jika berlaku letusan, dianggarkan antara 20 juta hingga 23 juta meter padu lahar sahaja yang akan dimuntahkan untuk letusan ke-50.

Ia kecil berbanding letusan terakhir pada 2006 menyaksikan 60 juta meter padu lahar penuh gas berbahaya sulfur dioksida. Saintis menjangka kekurangan itu mungkin akibat Mayon terlalu kerap meletus dalam jangka waktu yang hampir.

Data diperoleh hasil pemantauan berkala Phivolcs menerusi tiga unit telemetrik yang dipasang di lereng gunung itu dan dianalisis ibu pejabat agensi tersebut di Ligñon Hill, 10 kilometer dari situ dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Filipina.

Tenaga geotermal

Adakah ramalan Phivolcs itu sekadar menutup kelemahan selepas dikritik ramai pihak kerana kurang efektif atau mungkin juga ini menandakan zaman Mayon sebagai gunung berapi aktif bakal berakhir tidak lama lagi?

Sementara itu, Profesor Dr. Azman Abdul Ghani dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) berkata, gunung berapi memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada manusia tetapi juga pada hidupan lain. Namun, tanpa kita sedari gunung berapi juga memberi impak yang baik.

"Paling besar ia boleh mengakibatkan bencana alam. Kita tidak dapat menganggarkan bila gunung berapi akan meletup walaupun pelbagai alat canggih digunakan. Apabila berlakunya letupan besar serta-merta kematian akan berlaku.


PELANCONG tidak melepaskan peluang merakamkan gambar mereka berlatarbelakang Mayon.


"Walau bagaimanapun, bukan semua gunung berapi memberi impak negatif. Sebaliknya ia dapat mengeluarkan tenaga geotermal. Tenaga panas yang tersimpan dalam perut bumi yang memberi manusia alternatif bagi menggantikan tenaga elektrik.

"Tetapi tidak semua gunung berapi mengeluarkan tenaga geotermal. Hanya gunung berapi di Jepun dan New Zealand didapati mempunyai tenaga geotermal," katanya.

Bagaimana kejadian gunung berapi boleh berlaku?

"Gunung berapi terjadi apabila plat tektonik berlanggar antara satu sama lain. Plat tektonik ini merupakan kerak bumi yang disokong oleh cairan lahar yang dikenali sebagai magma di bawahnya.

"Apabila berlakunya pergerakan antara plat tektonik, ia akan memberi tekanan kepada magma untuk keluar daripada gunung berapi," katanya yang memberitahu di Asia terdapat tiga negara yang mempunyai gunung berapi iaitu Jepun, Indonesia dan Filipina.

Tambahnya, gunung berapi juga memberi kesan yang buruk kepada hidupan. Ini kerana, pengoksidaan SO2 yang berterusan daripada gunung berapi akhirnya menyebabkan hujan asid.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan dan kereta menjadi pudar, mudah rosak dan cepat berkarat.

Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Khamis, 14 Januari 2010

Taman Seri Puteri, Batu Gajah (TSP) - Delima Merkah.

Pasti ada ceritera yang menarik tentang pusat pemulihan ini, mungkin sesiapa yang boleh berkongsi maklumat tentang pusat ini!?

Taman Seri Puteri, Batu Gajah telah memulakan operasinya pada tahun 1977. pada awal penubuhannya institusi ini termaktub di bawah Akta Perlindungan Wanita dan gadis 1977, namun demikian mulai Tahun 2002 institusi ini telah termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Institusi merupakan institusi pemulihan akhlak bagi remaja perempuan yang berusia kurang daripada 18 tahun. Antara program/aktiviti yang dijalankan di sini adalah program latihan vokasional kepada pelatih.


Hilang adab sopan apabila ‘dibogel’, ‘dilondeh’ dalam blog

TENGAH malam ini berakhirlah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. 12,268 Pengundi menentukan siapa pilihan mereka sama ada Tuan Aziz Tuan Mat yang mewakili Barisan Nasional (BN) atau Mohd. Fauzi Abdullah dari Pas.

Khabarnya kempen di Manek Urai berjalan lancar, tidak seperti kempen PRK sebelum ini contohnya di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kecuali Penanti yang menyaksikan tidak ada persaingan selepas BN tidak meletakkan calon dan memberi laluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memilih pengganti bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang meletak jawatan untuk melanjutkan pelajaran di Australia.

Manek Urai merupakan PRK ketujuh di mana empat daripadanya disebabkan kematian dan tiga lagi akibat wakil rakyat PKR meletak jawatan iaitu di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti.

Apakah kempen tenang PRK yang berlangsung di Manek Urai akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang? Mungkin ketika kempen pada pilihan raya umum (PRU), ahli-ahli politik hanya akan tertumpu di kawasan masing-masing. Ketika itu, masing-masing mahu menjaga kawasan mereka.

Mungkin pemimpin di peringkat pusat sekadar mampu turun di kawasan tertentu bagi membantu calon-calon berkenaan. Pilihan raya umum pasti datang. Enam belas bulan sudah berlalu dan bermakna tinggal lebih kurang tiga tahun untuk PRU ke-13 jika diambil kira tempoh penggal Parlimen yang tidak pernah mencecah lima tahun.

Bagi menghadapi PRU akan datang, parti politik sibuk memperkemas dan memperkuatkan jentera parti masing-masing. Mereka cuba mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh memecah belahkan parti. Maka tidak hairanlah seperti yang ditulis sebelum ini beberapa pergolakan yang berlaku dalam DAP, Pas dan PKR di Kedah dan Pulau Pinang hanyalah sandiwara semasa yang akan selesai dalam sedikit masa. Ia cuma ‘ribut dalam cawan’, bak kata orang carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik. PKR, Pas dan DAP saling memerlukan antara satu sama lain.

Jika ada perselisihan pun ia sekadar untuk menunjukkan parti pembangkang seperti parti lain mempunyai masalah tetapi mampu diselesaikan. Perselisihan itu juga akhirnya akan menguatkan parti. Maka selesailah isu Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Cuma yang musykilnya bagaimana Ahli Majlis MPSP boleh bekerja dengan orang yang mereka pulau pelantikannya. Begitu juga dengan isu babi di Kedah, selesai dalam masa yang singkat. Inilah kelebihan yang ada kepada PKR, DAP dan Pas.

Isu perbalahan mereka sudah pasti mendapat tempat di media massa termasuk di dalam blog yang dikendalikan oleh individu dan parti politik.

Blog merupakan satu lagi saluran kempen yang hebat dalam pilihan raya. Tetapi sejauh mana blog yang wujud sekarang mampu mempengaruhi para pengundi terutama pengundi-pengundi muda yang lebih dekat dengan sumber teknologi maklumat ini? Maklumat mengenai pergolakan politik kini berada di hujung jari. Di mana sahaja kita dapat melihat pelbagai isu politik apatah lagi dengan kehadiran blog politik yang tumbuh bagaikan cendawan.

Serangan atau kempen melalui blog inilah yang dikatakan menjadi salah satu punca kekalahan BN pada PRU lalu. BN dikatakan gagal mengambil kesempatan untuk mempengaruhi pengundi-pengundi melalui blog. Segala serangan atau tohmahan yang dilemparkan melalui sumber itu tidak dapat dijawab dengan segera menyebabkan mereka terpengaruh.

Kini sudah ada usaha untuk mempertahankan kerajaan BN melalui blog. Bukan sekadar Perdana Menteri malahan menteri Kabinet, pemimpin politik dan parti politik mempunyai blog sendiri. Cuma sejauh mana pengundi mahu melayarinya atau sekadar membuka sekali sekala apabila ingin mengetahui isu yang diperdebatkan.

Tetapi dalam keghairahan pemimpin melahirkan blog yang lebih serius, ada juga pihak yang mewujudkan blog yang ‘memual dan menyakitkan’. Mungkin ini akibat serangan melampau yang dibuat oleh pihak tertentu sebelum ini yang secara terbuka menjatuhkan maruah pemimpin tertentu. Kita masih ingat bagaimana pelbagai label atau gelaran diberi terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Kita tahu bagaimana wajah pemimpin dipermainkan di blog berkenaan. Kartun yang lucu tetapi mengaibkan. Daya kreativiti manusia disalahgunakan bagi menyerang musuh dalam politik. Pahala dan dosa diketepikan.

Itulah hakikat kebebasan maya yang ada, tidak seperti ‘kebebasan’ yang dinikmati oleh media cetak dan elektronik. Seolah-olah tiada siapa berhak menghalangnya. Dan kini serangan seumpama itu dibalas dengan kemunculan pelbagai blog yang boleh memalukan individu tertentu dalam parti berkenaan.

Melalui blog itu mereka ‘menanggalkan baju’ dan ‘melondehkan seluar’ orang politik. Gambar-gambar memualkan dan melucukan berselerakan di dalam blog. Tidak kira sama ada mereka bertaraf ustaz, tok guru atau ulama dalam parti politik, semuanya ‘dibelasah’ tanpa segan silu. Tiada lagi adab susila, sopan santun atau budi pekerti. Mungkin inilah cara yang sudah diterima oleh rakyat negara kita.

Karya kartun bukan lagi sinis tetapi mengaibkan. Seorang sahabat yang sebelum ini sering melihat blog pembangkang yang ‘membelasah’ kerajaan tidak sanggup melihat blog yang menghentam pemimpin pembangkang. Katanya, dia tidak sanggup melihat pemimpin pujaannya ‘melakukan perkara tidak senonoh’ atau ‘dalam keadaan mengaibkan’ seperti yang dipaparkan dalam blog.

Akhirnya barulah dia sedar bahawa jika ada orang yang sanggup mengenepikan agama, budaya, adab sopan dalam menyerang orang lain, maka akhirnya orang lain juga akan membuat perkara yang sama. Apakah kehadiran blog yang mampu ‘membogelkan’ segala-galanya akan lebih banyak menjelang PRU? Inilah yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli politik sama ada ketelanjuran yang berlaku di blog sekarang boleh disekat.

Jika tidak, kempen memburukkan peribadi pemimpin akan berleluasa. Yang malu bukan sekadar pemimpin tetapi rakyat seluruhnya.

Teringat Anna Abadi 3 (Singgahsana)

KATA-KATA MUTIARA

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. (Mahatma Ghandi).

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka).

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sadarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari empedu.Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. (Raja Pedang Deir).

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.

Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.

Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekEdar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengobati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan.

Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Cinta ibarat pot bunga antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu pupuklah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu semenit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong.

Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Manusia tidak jatuh 'ke dalam' cinta, dan tidak juga keluar 'dari cinta'. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : "Memaafkan". Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta. Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung. “Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan? Tidak ada cinta yang tidak cemburu.

(Pepatah Perancis ) Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan karena cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhhawatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.

Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkawinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya.

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya.

Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika dan masih tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahwa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa. (Innayan Khan)

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang. Mereka yang cintanya selalu dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar... ( Khan )

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengawini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.

Selagi usia di kandung badan. Selagi jiwa merantai hati Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan.

Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perahwinan pula merupakan obat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sadari.

Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari (Aswir)

Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan pelukan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian Tiada kasih yang lebih manis dari pada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta.

Cinta monyet ialah cinta kekanak-kanakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta adalah penyakit dan perkawinan ialah sehat. Sakit dan sehat tidak bertemu.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.

Hanya hati yang dapat menilai arti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu

Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya. (Elizabeth Stoddard )

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya (Pepatah Denmark)

Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun. Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta. Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya (Hamka)

Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap (Peribahasa Mexico)

Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga (Pepatah Inggeris)

Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat (Pepatah Jerman)

Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi (Pujangga Barat)

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk. (Pepatah Belanda)

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta (Pepatah Yunani)

Cinta tidak mempunyai undang-undang Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta (Muttanabi)

Cinta ialah penyakit (Taufiq Al-Hakim)

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.


MUTIARA KATA

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rindang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang. (Aristoteles)

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Khalifah Abdul Malik Marwan)

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang. (Hamka ).

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya. Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya. (Voltaire).

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. (Abdullah Mansur M.H).

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.

Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawaban-jawabannya. (Voltaire ).

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. (Anonim).

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mau permintaan kamu diabaikan orang.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.

Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

(Pepatah Arab ) Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa. (Goethe)

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela.
(Napoleon Bonaparte ) .

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan. Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. (Nabi SAW).

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya. (Khong Hu Cu).

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain.

Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

Tentang Waktu Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa berarti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ( William J. Siegel) .

Setiap bunga mawar pasti ada durinya. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

Peribahasa Arab Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh. Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. (Charles Cahier) .

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. (Said Mustafa).

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. ( Peribahasa Cina ).

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.
(Whittier).

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ( Flower A. Newhouse).

Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. (Richard Brinsley Sheridan ).

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. (Confucius) .

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu. (Pepatah Arab ).

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. (Lao Tze).

Awal mula pohon ialah benih.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang (Samuel Johnson) .

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.

Kekecewaan mengajar kita arti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.

Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.

Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.

Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (Francois de La Rochefaucald).

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. (Marcus Aurelius) .

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

Orang yang berkhianat selalu terhina.

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya. (Emerson) .

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.

Stahl P.J Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab).

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. (Saidina Ali ).

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.(Whittier) .

Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. (John Petitsenn ) .

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.

Apakah diharapkan hujan tanpa awan?

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlomba-lombalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari. ( Saidina Ali).

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang, tapi hanya sesaat.

Bicara sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang. (Saidina Ali).

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Apa yang diperoleh dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
( Khalifah Abdul Malik bin Marwan) .

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu.

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.

Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau. (Saidina Umar Al-Khattab).

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. (Albert Camus).


Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Orang yang sukses dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. (Cecil B. DeMille ).

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. (Aflatun ).

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda.

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horison yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama. Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah - Wahab B Munabin.

Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.

Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan (Andre Colin ).

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. (Soekarno ).

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti. (Hukama ).

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya (Confucius ).

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara (Abraham Lincoln ).

Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu. Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap (Al-Ghazali Bayruni ).

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sehat, pokoknya pun sihat (Beng Tju ).

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh (Albert Einstein ).

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realitas.

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? –(Benjamin Franklin).

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran- (Horatius).

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan – (Mognon Me Lauhlin).

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. (Richard Brinsley Sheridan).

Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang . (Pepatah inggeris).

Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup. Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah. (Rahmohan Ghandi ).

Rahasia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali. Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Mutiara kata ini dihimpun oleh Allahyarhammah Anna Abadi sebagai sumber rujukan.