KUALA LUMPUR - Syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. berkemungkinan besar menjadi syarikat pertama di negara ini yang disaman ramai artis atas dakwaan menggunakan gambar mereka tanpa kebenaran.
|
|
Terbaru, dua pelakon, Tony Eusoff dan Diana Johor, masing-masing memfailkan tuntutan saman berjumlah RM500,000 terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan menggunakan gambar mereka bagi tujuan komersial tanpa kebenaran sah.
Tony Eusoff, 33, dan Diana Johor, 29, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman tersebut menerusi Tetuan A.R. Effande & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menamakan Gulatis sebagai defendan.
|
|
Sebelum ini, pada 9 Disember 2009, pelakon Eja atau Siti Shahrizah Saifuddin berjaya dalam tuntutan saman terhadap Gulatis dengan memenangi RM20,000 atas dakwaan serupa.
Dua hari selepas kemenangan Eja, pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson pula menyaman syarikat tekstil tersebut sebanyak RM2 juta atas sebab sama.
Kosmo!
iDAN: Isk! kalau sebab gambar terpapar gah di TV dapat pula RM2 juta itu nampaknya telah dikatakan duit terpijak. Setakat yang Eja dapat memanglah munasabah sebab kalau nak iklan produk di bena tepi jalan pun sekitar itu juga dikenakan.
Kalau gambar aku yang terbit aku kasi percuma sahaja, sebab dah muka keluar TV atau papan iklan rasa glamour itu pun dah syok sendiri.
Wahhh itu pun suatu sumber income gak tu.. Duit terpijak...
BalasPadam*Saya pernah menjadi tamu jemputan suatu rancangan tv, 3 tahun dulu.. Slot setengah jam temubual, tapi hingga hari ini saya sendiri tidak pernah tengok, sebab masa rancangan tu disiarkan, saya kat ofis buat keja.. wuaaaa...!
Antara glamour & duit Dik Azah. Orang macam kita manalah nak dapat RM sampai 10K bebitu!
BalasPadamLama tu kalau setengah temubual; MHI tu pun kadang-kadang tak sampai 15 minit!
Ruginya tak dapat tenguk wajah di TV