Translate

Tajaan

Selasa, 23 Februari 2010

Awas kasanova Facebook


Salam semua...
Berita panazzz
tp istilahnya kena berhati2,
mcm kes panaz hrni di blog tu kan..huhuhu..

So mai le kowang layan..BEWARE!!!!

Walupun bkn terjd di Negara kita, tp tak mustahil kan? antara kita mgkin 'dia' didepan tu...tu tu..kekekeke

LONDON: Gadis di laman sosial Facebook diingatkan supaya berhati-hati jika seorang daripada rakan lelaki mereka adalah Dominic Baronet.

Hakikatnya, mereka dinasihatkan memadamkan namanya kerana ada kemungkinan Baronet akan menyebabkan mereka hamil.

Baronet dilabel The Sperminator kerana menyebabkan 12 gadis dikenali di facebook hamil, dua daripadanya pada hari sama.

Lima wanita kini membesarkan anaknya, lima lagi menggugurkan kandungan dan dua lagi dijadual melahirkan anak Mac depan. Antara rayuan yang kerap diguna Baronet: “Seratus juta sperma masuk ke dalam rahim dan hanya satu yang menjadikan kamu. Maknanya, kamu adalah yang terbaik.”

iDAN:

Di mana-mana ruang cit cat pun ada ditemui orang yang tak jujur ini, bukan lelaki sahaja malahan perempuan pisau cukur pun ada. Saya pernah terkena; dengan pelajar kolej sekitar Sunway. Mengadu putus duit. Dia kata ayahnya orang susah.
Terpaksa makan maggi dah dekat seminggu.

Pulak tu katanya PTPTN tak keluar-keluar. Dia janji nak pinjam sahaja bukan minta belas kasihan. Saya pun simpati. Pergilah jumpa dia & kasi dia pinjam duit.

Masa pertama kali jumpa tu dah perasan macam tak kena sahaja minahnya... Dengan gemuknya, kuat makan lagi, merokok pulak tu. janji nak kasi berapa yg dia pinta... tapi tenguk caranya pun tak betul saya hanya kasi sedikit wang sahaja.

Lepas dapat duit bila saya tegur di ruang cit cat dia tak jawab pun. Sah saya telah terkena bisik hati saya.

Yang lagi geramnya .... saya pernah tertembung dengannya di Kajang, memang dia kata dia orang Kajang ketika cit cat;

Dia buat tak kenal sahaja !. Saya pun taklah nak minta hutang itu, tapi orang kata
jika orang pernah berbudi dengan kita takkan nak kasi senyuman pun tak boleh!.
Kita pula malu-malu ala senyum dengan orang tak kenal dengan kita. Cis!.

2 ulasan:

  1. mmm memana chanel pun ada kes ni .. kat malaysia pun ada gak .. cuma kita tak ketengahkan je .. bermacam jenis boya ada .. lelaki n wanita .. sama je .. memasing ada matlamat tersirat ,. soo berhati hati di dunia tanpa sempadan ni kann ...

    BalasPadam