Translate
Tajaan
Rabu, 10 Februari 2010
Soal Jawab Agama
Soalan : Pada keluaran Berita Harian ( tak ingat tarikh) pengarang menyatakan bahawa "tiada paksaan sekiranya orang kristian, ISLAM, dan lain-lain agama untuk memilih Islam. Ini nyata bercanggah dengan kefahaman Islam yang sebenarnya. Soalan saya " Apakah tindakan JAKIM dalam menangani isu mengeluarkan TAFSIRAN SECARA MEMBUTA TULI DIDALAM AKHBAR BACAAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BERDASARKAN NAS-NAS SEBENAR DARI ULAMA-ULAMA MURSYID".
Jawapan :
1-Setiap artikel / tulisan yang berkaitan dengan Islam yang tidak ada hujah atau dalil yang konkrit berdasarkan nas al-Qur'an atau al-Hadis tidak boleh diterimapakai.
2-Untuk makluman saudara, JAKIM telah membuat pemantauan terhadap mana-mana penulisan yang bercanggah dengan syariat Islam.
Soalan : Saya ingin bertanyakan mengenai segala hal yang berkaitan dengan WAKAF.
Jawapan :
1. Wakaf pada bahasa bermaksud mengurung / menahan / menyekat. Pada syarak pula ia bermaksud mengkhususkan harta dan membelanjakan keuntungannya untuk menegakkan agama Allah / fi sabilillah.
2.Bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut, saudari boleh merujuk kitab Fiqh al-Sunnah karangan Sayid Sabiq, Juz. 3, Jil.3, Bab Wakaf / terjemahann
Soalan : Dahulu saya ada diberitahu bahawa alat muzik seperti drum, gitar (alat muzik bertali), alat muzik tiupan (seruling dll) adalah haram. Hanya kompang dan seumpamanya dibenarkan. Kemudian saya pernah terbaca/terdengar bahawa itu hanyalah ijtihad ulama pada zaman silam utk menyekat pengaruh muzik barat pada zaman penjajahan Barat dahulu. Saya tidak pasti manakah yg benar. Zaman sekarang saya dapati muzik nasyid juga menggunakan pelbagai alat yg canggih seperti keyboard dan orkestra (Haddad Alwi). Artis Indonesia Rhoma Irama juga menggunakan alat muzik moden dalam lagu nasihatnya. Apakah benar bahawa alat muzik yg pelbagai dibolehkan dan hukum yang saya dengar dahulu hanyalah ijtihad lama yg sudah tidak relevan dgn zaman moden?.
Jawapan :
1) Berdasarkan Fatwa Negeri Kedah bahawa Ahli Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa "Harus menggunakan alat-alat muzik samaada bersifat tradisi atau moden. Mendengar atau menghadiri majlis muzik dan mempelajarinya sekiranya tiada disertai dengan perkara-perkara haram.
2) Tiada berlaku di tempat-tempat hiburan yang disertai dengan arak, judi, perempuan-perempuan penyanyi dan pelayan, tari menari dan lain-lain perkara kefasiqan selama tiada kelalaian dan kewajipan-kewajipan khusus , kewajipan agama seperti solat.
http://baheis.islam.gov.my/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan