KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya.
Kosmo!
iDAN:
Semasa TV hitam putih lagi, kisah kapal selam ini begitu menembat hati. Siri TV Voyage to the Bottom of the Sea menjadi rancangan amat ditunggu-tunggu. Banyak kisah misteri berlaku di dasar laut. Siri ini sentiasa membongkar kisah misteri ini.
Tak sangka negara sekitar 50 tahun kemudian memilik kapal selam sendiri. Emmm! kalau kapal selam yang baru sahaja dibeli tak boleh menyelam tentunya amat terasa terkilannya. Agar aset yang bernilai ratusan juta ini akan dimanfaatkan. Jangan sampai jadi gajah putih. Ibarat orang kata baru beli kereta, plastik kusyen pun tak buang lagi tetiba tak boleh nak masuk gear. Simpan dekat laman rumah sahaja. Adoi!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan