Translate

Tajaan

Isnin, 8 Februari 2010

Kemaafan Yang Terindah




Satu artikel yang menarik


Ramai isteri ingin mencari bantuan dan berharap suami faham, namun takut untuk meluahkan perasaan kepada suami.

Pada mereka, suami adalah orang terakhir yang perlu tahu dan saat suami tahu itulah detik akhir alam perkahwinan. Benar, suami mana yang tidak kecewa apabila kasih isteri beralih arah, sedangkan mereka masih di bawah jagaannya.

Dalam konteks ini, suami harus matang membezakan erti dayus dan sabar. Saya membangkitkan isu ini, justeru ada suami yang memberi pendapat dayuslah mereka seandainya masih memperisterikan wanita curang.

Dayus dalam keadaan ini apabila suami tidak berbuat apa-apa dan tidak cemburu langsung ketika isterinya curang, sedangkan sedar mengenai apa yang berlaku.

Sabar boleh dimaksudkan sebagai keupayaan berlapang dada dan memahami keadaan isteri mengapa dia terperangkap dalam keadaan itu.

Suami harus bertanggungjawab memulihkan perhubungan dan mendidik isteri kembali menghayati alam rumah tangga yang diredai Allah.

Namun dalam sesetengah keadaan, tidak dapat dinafikan lebih baik menamatkan perkahwinan selepas menilai keadaan secara waras dan mendapatkan bantuan sepatutnya.

Sebagai suami, ada beberapa perkara yang perlu disedari dan ingat di dalam perkahwinan iaitu:

Setiap perkahwinan terdedah kepada ujian.

Semua perkahwinan terdedah kepada ujian sama ada tercetus daripada suami, isteri, anak, ahli keluarga, orang luar mahupun keadaan sekeliling.

Justeru, langkah pencegahan perlu. Seorang rakan sangat menghargai teguran suami yang melarangnya menumpang kereta rakan lelaki, walaupun pada awalnya dia berasakan teguran itu agak keterlaluan.

Suaminya merasionalkan naik kereta bersama boleh membawa keselesaan berbual dan seterusnya bercerita masalah.

Segala kemungkinan boleh berlaku bertitik tolak dari situ seperti kecurangan. Lebih baik mencegahnya dengan menutup saluran yang menjurus ke arah pergaulan sebegitu.

Pun begitu, seandainya perkahwinan masih diuji, berlapang dadalah kerana rumah tangga kita dipilih Allah untuk menerima peningkatan iman dan darjat.

Isteri perlukan perlindungan, suami seharusnya bertindak sebagai pelindung isteri. Ia bukan sekadar memberi tempat berlindung seperti rumah tetapi juga memberi perlindungan perasaan melalui sikap yang mengambil berat mengenai rasa takutnya serta kesunyiannya.

Ada suami tidak peka dan mengambil mudah perasaan isteri yang cuba memberi isyarat kepada suami dia sedang digoda lelaki lain.

l Memaafkan isteri

Seorang isteri yang sedang menjalin hubungan lain, sebenarnya sedang terperangkap dalam gua tanpa jalan keluar. Mungkin di dalam gua itu ada sesuatu yang sangat menarik perhatiannya seperti aliran air yang berkaca, ukiran di batu gua serta batu-batan yang indah dan
mengasyikkan.

Namun, sesiapapun yang terperangkap, ingin mencari jalan keluar justeru kehidupan sebenar bukan di dalam gua tetapi di luar sana.

Fahamilah kemelut hati isteri yang dilanda konflik, maaf dan bantulah dia mencari jalan keluar. Suami tidak wajar menghukumnya dengan sakit hati dan menutup terus jalan keluar untuknya.

Ramai suami memberi alasan sibuk adalah faktor penghalang bagi memenuhi keinginan dan kesunyian isteri.

Seorang rakan lelaki berkongsi cerita sedih rumah tangganya apabila isterinya meninggalkan dia dan anak walaupun dia cuba melakukan yang terbaik dengan memberikan kemewahan harta benda kepadanya.

Seperti yang pernah saya sentuh sebelum ini, kita seringkali melakukan kesilapan di dalam memenuhi keperluan emosi masing-masing di dalam rumah tangga.

Apakah kesunyian isteri dapat diubati dengan wang beribu? Atau sedikit masa dan perhatian daripada suami dapat digantikan dengan kilauan emas permata?

Gelisah di jiwa isteri adakalanya cukup dengan sedikit ambil berat yang ditunjukkan suami. Limpahan harta bendar selalunya adalah pelarian atau jalan keluar sementara dan tidak lama.

Kita sering beranggapan kebahagiaan yang dicari ada dalam kemewahan yang melimpah ruah.

Kita memfokuskan sebahagian besar hidup mengejar kebahagiaan mengikut definisi kita, lalu akhirnya kita kecewa. Ada isteri yang berasa tersisih dengan kesibukan suami dan berasa diri kurang diperlukan lagi.

Ada beberapa perubahan isteri yang suami harus peka dalam menangani isu curang ini.

Apa yang ingin saya kongsikan bukan bermaksud mengeruhkan keadaan tetapi mencari penyelesaian dan membantu menamatkan situasi curang yang mungkin terjadi di dalam rumah tangga tanpa sedar.

Perlu diingat gejala awal yang ingin saya kongsi tidak semestinya mengesahkan isteri curang, tetapi suami yang berjiwa mantap melihat situasi ini sebagai muhasabah diri dan keluarganya.

Dia juga harus matang berkomunikasi dan membantu isterinya untuk bersikap jujur.

Antara petanda perkahwinan yang memerlukan perhatian ialah bila:

1. Kurang komunikasi

Komunikasi bersama isteri semakin kurang dan isteri tidak ambil berat bagi memperbaiki keadaan. Suami yang peka berasa bertanggunjawab dan cuba membaiki hubungan.

2. Jurang emosi

Isteri seolah-olah membina benteng di sekeliling dirinya dan berada dalam dunia sendiri. Hubungan dengan suami dan anak semakin jauh. Isteri juga mungkin menolak untuk tidur bersama atau kelihatan kaku apabila bersama.

3. Kebiasaan berubah

Ada beberapa kebiasaan yang mungkin berubah seperti sering keluar sendiri dan penampilan lebih terjaga bukan di tempat yang sepatutnya. Seperti kata seorang suami, dia pelik melihat isterinya yang tidak begitu menjaga penampilannya sebelum ini, kini berdandan rapi hanya untuk ke ke pasar malam!

4. Tidak menjaga ibadat

Isteri yang berasa dirinya berdosa, selalunya berasa jauh daripada Tuhan. Dalam keadaan ini ibadat yang dilakukannya tidak sesempurna seperti yang sering dilakukannya.

5. Bil telefon meningkat

Paling ketara jika ada lelaki lain dalam hidupnya ialah bil telefon meningkat mendadak dan ketara. Seorang wanita selalunya lebih berpotensi untuk kerap menghubungi lelaki yang disukainya dan yang dapat mengisi tuntutan emosinya.

Seperti yang pernah dikongsi oleh ramai isteri di ruangan lalu bahawa perhubungan yang terjalin bukan dicari. Ia datang tanpa sedar, tahu-tahu mereka tidak mampu melarikan diri daripada lelaki terbabit.

Mereka takut untuk bercerita justeru berasakan dirinya jahat. Mereka tidak mampu menghadapinya seorang diri walau mencubanya berkali-kali.

Sebulan menghindari masalah itu mungkin boleh, namun masuk bulan kedua mereka mula gila bayang.

Ia diburukkan dengan layanan suami yang acuh tidak acuh di rumah. Justeru, bantulah mereka, sokonglah mereka untuk menjadi isteri yang setia.

Bagi mengharapkan kesetiaan isteri, kesetiaan itu harus bermula dari
suami.

Akhir sekali saya ingin berkongsi satu sajak yang dikirim
seorang rakan:

Kata pujangga

Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan
Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
Ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
Berleter seadanya, merungut semahuannya
Namun
Teman kembara dalam kehidupan sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.


http://pencari.fotopages.com/


Gelengg@ng:

Jika kita membaca artikel di atas sememang ada baiknya kita mencari jalan penyelesaian agar memaafkan isteri yang dayus. Di satu sudut pula jika kita mendalami agama. Apakah kita terselamat dari gelaran Suami Dayus. Lantaran zina atau curang itu melibatkan dosa besar. Apatah lagi jika tanpa kita sedar janin boleh membiak dengan perlakuan zina ini.

Maka itu dalam Islam baik isteri mahupun lelaki penzina, hukumannya amat jelas ia itu rejam sampai mati. Kenapa pula kita tertipu dengan rasa simpati & mahu membiarkan isteri curang ini masih terusan bersama kita. Begitu juga kenapa mesti kita mahu bersama lagi suami yang curang yang mana di dalam Islam orang begini telah pun dinobatkan tiada punyai hak di dunia ini lagi.


MultiplyLogo Join Multiply to get updates from hasrul
Hasrul's Site


Blog Entry Tajuk ini megenai suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Jul 1, '08 11:31 PM


Tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

>Nabi SAW bersabda :-

" Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?


ERTI DAYUS

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2 ) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-?Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar.

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-


Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ?tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.


'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki dihilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman.. jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Di celah-celah kehidupan -

Isteri curang ugut bunuh diri

LUAHAN hati yang datang daripada kaum lelaki untuk ruangan DCCK ini memang kurang diterima. Namun sesekali menerima cerita mereka memang mengejutkan.

Masih ingatkah anda dengan sebuah kisah yang dipaparkan tiga tahun lalu tentang penderitaan seorang suami apabila mengetahui isterinya menduakannya hingga melahirkan seorang anak? Kisah yang lebih kurang sama saya paparkan minggu ini, datangnya daripada Azlan.

Cerita Azlan, zaman ini wanita tidak boleh lagi tuduh kaum lelaki sahaja jahat buat maksiat, skandal dan berzina.

''Wanita pun sama,'' demikian kata Azlan ketika kami berbual di telefon Selasa lalu setelah membaca e-mel yang dihantar kepada penulis.

Kata Azlan: ''Ruangan ini banyak menyiarkan kisah tentang penderitaan kaum wanita sahaja konon suami berlaku tidak adil, zalim dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa penderitaan
yang terpaksa ditanggung oleh suami jauh lebih teruk daripada penderitaan yang dipikul oleh kaum wanita?

''Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, sebab hati berbelah bagi sama ada ingin dipaparkan untuk panduan pembaca ataupun tidak. Tetapi setelah difikirkan, saya kira kenangan pahit kehidupan saya ini amat baik untuk dijadikan pedoman, khusus kepada kaum lelaki supaya tidak diperbodohkan oleh isteri. Wanita juga insaflah, Allah melihat apa yang anda lakukan.

''Saya tidak menyedari perubahan isteri saya, sebab kami begitu sayang menyayangi, tidak pernah bertengkar apa lagi bergaduh besar. Kalau ada masalah, kami selesaikan seberapa segera, supaya masalah itu tidak menjadi nanah atau pun barah.

''Tetapi nak jadikan cerita, satu hari kami sama-sama menonton drama tv. Kisah kecurangan seorang isteri terhdap suaminya. Akhirnya si isteri dapat balasan Allah. Sebaik habis ceritanya, hati saya tergerak bertanya kepada isteri saya Hasmidar dengan bergurau apakah dia ada menyimpan rahsia tentang dirinya terhadap saya.

Tiba-tiba air mukanya berubah tak tentu hala.

''Melihatkan perubahan keadaannya, saya bertanya lagi, dia menafikan. Saya desak lagi dia jadi lebih tak tentu hala. Melihat perubahannya, saya terus menadah tangan berdoa di hadapannya 'Ya Allah kau laknatilah dia jika dia berlaku curang terhadap aku, aku reda.......Belum habis saya berdoa lagi, tiba-tiba dia menangis menahan saya dari meneruskan doa saya.

''Abang ampun bang, abang terlalu baik kepada saya, saya memang jahat. Abang ampun dan maafkanlah saya, saya banyak buat dosa pada abang. Abang ampunkanlah saya. Abang ampun! Ampun! Ampunkan saya bang, katanya dalam tangisan.

''Saya kehairanan. Apa dah jadi. Saya tanya Has beberapa kali tetapi dia tidak menjawab selain meminta ampun berkali-kali dan menangis. Sambil memegang bahunya saya tanya lagi,

''Has berhenti menangis, abang nak tanya apa yang dah terjadi? Sampaikan kau minta ampun berkali-kali ini. Apa dah terjadi, apa kau dah lakukan di belakang abang?

''Dalam tangisannya, Has berkata, saya tidak akan mengampunkan dan maafkan dia kalau dia ceritakan apa yang berlaku. Namun dia reda atas apa yang akan saya lakukan. Tetapi katanya dia tetap cintakan saya, sayangkan saya dan anak-anak. Apa yang dilakukan secara tidak sengaja. Penjelasannya membuatkan saya lebih pelik.

''Saya tahu dia memang selalu keluar makan dengan rakan-rakan perempuan dan lelaki di tempat kerjanya, tak pernah saya terfikir dia buat benda yang tak baik. Saya jujur, saya fikir tentu dia juga jujur.

''Tetapi mulutnya terus meminta maaf dan ampun dengan tangisan dan air mata merambu-rambu keluar. Perbuatannya membuatkan mulut saya dengan keras bertanya, kau berzina ke? Hah! Kau berzina? Dalam tangis dia menganggukkan kepala.

''Astaghfirullah! Saya mengucap beberapa kali untuk menenangkan diri. Ya Allah apalah malangnya nasib aku ni ya Allah! Betulke apa yang aku dengar ini Ya Allah! Saya mengucap lagi sambil beristighfar beberapa kali. Lantas keluar bilik dengan mata serta kepala berpusing-pusing. Ya Allah apalah nasib aku yang malang ini!

''Saya bukan jenis lelaki panas baran, jika lelaki lain pasti malam itu kalau tak bengkak dan luka pasti Has sudah kena sepak terjang hinggap ke muka dan ke badannya. Mungkin juga saya ni
terlalu baik macam dia katakan. Kerana sepanjang 15 tahun berkawin saya tak pernah cemburukan dia, malah saya percayakan dia 100%. Kerana itulah juga saya tidak pernah bersuara tinggi apa lagi menampar dan memukulnya.

''Hinggakan bila saya mendengar ceritanya malam itu, saya masih boleh mengucap panjang, keluar bilik dan tidak memarahinya sebaliknya saya bersabar. Jadi pembaca boleh fikir betapa sabar dan baiknya saya jika itu boleh saya katakan.

''Saya bukan dayus atau takut bini, tetapi saya terlalu sayangkan anak-anak kami yang tiga orang ini. Saya tidak mahu hidup mereka huru hara kerana masalah ibu bapa mereka. Bahkan
saya tidak mahu mak mertua saya seorang ibu tunggal menangis mengenangkan nasibnya, kerana kamilah tempat dia mengharap dan bergantung harapan. Kalau saya tak sabar pasti malam itu perang dunia ketiga meletus.

''Untuk pengetahuan pembaca hidup kami suami isteri selama ini memang bahagia, tiada masalah besar. Dia kerja tak tentu masa, sepeninggalannya sayalah yang jaga rumah dan anak-anak. Kerana saya kerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sayalah yang ambil dan hantar anak ke rumah pengasuh.

Anak-anak mempunyai lebih banyak masa dengan saya berbanding Has, malah saya yang menguruskan makan minumnya, kalau malas masak saya beli nasi bungkus. Itulah cara hidup kami semuanya berjalan lancar dan saya bukan jenis demand makan minum mesti siap atas meja, pakaian mesti digosok, rumah mesti bersih.

''Malah saya lebih banyak menguruskan kebersihan rumah dan pakaian daripada dia kerana kerjanya tak menentu. Kalau keluar bekerja salam jadi kebiasaan, malah siap cium pipi, pendeknya kami memang loving couple. Tetapi sekarang apa dah jadi?

''Malam itu saya tak boleh buat keputusan. Fikiran saya buntu. Apakah saya ini kurang baik punca dia buat maksiat? Makan minum, tempat tinggal saya sediakan apa yang tak cukup?

Patutnya dia bersyukur, saya bukan kaki ronda, lepak warung, kelab, dan sebagainya. Bahkan dalam setahun pasti dua tiga kali saya bawa mereka makan angin cuti-cuti Malaysia. Lebih penting saya bukan kaki perempuan.

''Bila saya tanya banyak kali barulah dia cakap. Katanya jarang dapat, seminggu sekali aja. Terus saya tanya, apakah dia sering di rumah waktu malam? Sebaliknya dia lebih suka bekerja. Salah
saya ke? Malah dia sering mengalah, kerana tak larat. Salah saya ke? Biasanya dia tidur awal dan saya tak suka kejut dia sedang tidur. Tak syoklah!

'''Malam tu kami tidur lewat, dia masih minta ampun tapi saya kata, minta ampun pada Allah semoga Dia ampunkan. Bagi saya tiada ampun untuknya sejak peristiwa tujuh bulan lalu itu hinggalah kini. Malah ia jadi sejarah hidup dalam hidup saya.

''Dua hari selepas peristiwa itu, saya soal dia lagi dah berapa lama perkara ini berlaku. Katanya, ia bermula sejak setahun lalu. Jahanam punya perempuan, sanggup dia menduakan saya yang jujur ini. Dia mengaku cuma enam kali dia buat kerja terkutuk itu. Lagi berdesing telinga saya mahu saya terajang dia. Tapi saya sabar. Katanya dia dah insaf, sayalah suami terbaik untuknya. Saya kata dah terlambat. Saya jaga anak-anak kat rumah dia kata pergi kerja, tetapi dia pergi hotel. Celaka punya perempuan. Kami bertengkar sakan malam tu. Tiba-tiba dia lari ke dapur ambil pisau nak bunuh diri. Saya sempat selamatkan dia.

''Memang dia dah gila, patutnya saya yang mengamuk, ini dia yang naik hantu, dah terbalik. Katanya dia insaf dan mahu saya ampunkan dia dunia akhirat. Seminggu lepas tu, hati saya tak
sedap, saya soal lagi adakah jantan itu pernah datang rumah?

''Dia kata ada, tapi tak masuk. Cuma hantar buah-buahan. Sakitnya telinga, saya terus bagi penampar. Itulah pertama kali saya tampar dia. Saya marah sebab dulu dia kata adik angkatnya
yang bagi buah-buahan tersebut, bagi saya makan. Kami bertengkar lagi. Kali ini dia ambil pisau cuba potong urat nadi di tangannya. Dan kunci dirinya dalam bilik. Saya nasihatkan dia ingatkan Allah, dan jangan tambah dosa.

''Sejak peristiwa itu saya tak soal dia lagi takut dia mati, saya pula masuk lokap. Kini setelah kesnya terbongkar saya suruh dia sembahyang dan berdoa semoga Allah ampunkan dia. Saya
boleh terima dia jika dia berjanji tak ulangi lagi perbuatan terkutuk itu. Namun hati saya yang punya, saya tidak dapat lagi memberikan kasih sayang kepadanya sama seperti dulu.

''Dulu tiap-tiap hari cium pipi, tangan, sekarang saya kata padanya jangan buat lagi, jangan berpura-pura. Saya katakan padanya bahawa saya takkan ampunkan dosanya. Namun kami hidup bersama hingga kini semuanya kerana anak-anak dan saya tak mahu
dia ugut bunuh diri.

''Namun dia izinkan saya kahwin lagi, dia reda, asalkan saya tidak ceraikan dia dan jaganya seperti dahulu. Tetapi saya bukan jenis orang suka mengira kepala bini. Cinta dan kasih sayang bukan boleh disorong dan ditarik bila-bila suka. Ia datang dari lubuk hati yang sukar ditafsirkan nilainya.

''Bagaimanapun saya tak boleh cakap habis, mungkin satu hari nanti Allah mengubah hati saya, lagi pun umur saya belum 40 tahun, dia enam tahun muda daripada saya, mungkin bila keadaan
kembali tenang kami boleh membentuk jalan sendiri. Mungkin itu cara yang terbaik. Tapi sekarang dia tak mahu diceraikan.

''Kata Has kalau saya kahwin lagi dia sanggup pinangkan sebagai menebus dosa nya. Dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya pada saya. Tetapi saya katakan kalau betul cinta dan sayangkan saya kenapa cari jantan lain?

Menurut Has dia pun tak sangka, segala-galanya berlaku secara tak sengaja, baru jumpa dan berkenalan beberap minggu dia sudah boleh lupakan cintanya pada saya dan sanggup berbohong kata overtime sedangkan hakikatnya dia pergi ikut jantan tu tidur di hotel. Ini yang membuatkan saya tak dapat maafkan Has, kerana begitu mudah dia melupakan janji dan ikrar cintanya kepada saya sebelum kami berkahwin dan setiap tahun menyambut ulang tahun perkahwinan.

''Kerana terlalu marah dan ikutkan rasa hati saya, andai ditakdirkan dia mati dulu, saya tak akan bacakan yassin dan buat tahlil untuknya.. Begitulah marah dan geramnya saya atas perbuatannya menduakan saya.

''Lagi pun jika kami bercerai saya kasihankan anak-anak juga mertua saya yang telah tua. Tetapi sayangnya anaknya tidak pernah fikir dan kaji dari perbuatan keji dan buruk yang telah dilakukannya. ''

Demikianlah cerita Azlan panjang lebar tentang masalah dan peristiwa hitam yang menyelibungi hidupnya. Katanya dia tidak ada tempat nak mengadu untuk melegakan sesak di dada dan dia mahu bercerita kepada orang yang tidak dikenali supaya kesannya tidak menyiksa hidupnya nanti.

Memang tepat seperti kata Azlan. Zaman ini terlalu banyak godaan, akibat percampuran yang luas tanpa mengguna fikiran.

Memang ada kalangan wanita yang cepat lupa diri. Cepat terpengaruh dengan pujuk rayu, akhirnya merosakkan diri dan masa depan anak-anaknya. Ingatlah bukan semua lelaki seperti
Azlan mahu mengutip isteri yang pernah mencontengkan arang ke mukanya. Insaflah. Bekerjalah dan carilah rezeki yang halal semoga terselamat dari sumpahan suami di dunia dan akhirat.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik
berlandaskan kenyataan.


Ibu curang halau anak

Oleh Mary Victoria Dass

maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Akibat kemaruk kerana digilai pelbagai jenis ‘jantan’, seorang ibu tergamak mengusir anak kandung sendiri yang datang ke tempat kerjanya untuk melepaskan rindu.
Malah, wanita anak tiga berusia 23 tahun dan masih bersuami itu kini tinggal bersama teman lelaki bukan Islam selepas dia hamil tiga bulan hasil hubungan sulit mereka. Perbuatan curang dan tidak tidak bertanggungjawab wanita dikenali sebagai Misha itu didedahkan rakan sekerjanya di sebuah pusat urutan refleksologi di bandar raya ini yang dikenali sebagai Anita, 24.

Menurutnya, disebabkan tidak mahu statusnya bersuami diketahui rakan sekerja dan teman lelaki, Misha enggan mengakui kanak-kanak berusia enam tahun itu anaknya semata-mata tidak mahu rahsianya bocor.

Wanita itu bukan saja sering bertukar-tukar pasangan, malah sanggup memakan makanan tidak halal hanya kerana mahu melayan selera teman lelakinya yang bukan Islam.

“Misha yang mendakwa anak dara bukan saja bertukar pasangan kekasih hampir setiap hari, malah meminta kami bersubahat merahsiakan statusnya isteri orang dan ibu tiga cahaya mata di depan pelanggan lelaki kerana bimbang ‘sahamnya’ jatuh,” katanya.

Menurut Anita, dia tidak menyangka rakannya yang berasal dari kampung berubah sikap begitu ketara hanya selepas tiga hari bekerja bersamanya di pusat refleksologi di pusat bandar raya ini.

Katanya, pada awalnya, dia bersama majikan menganggap Misha wanita berfikiran terbuka dan mesra pelanggan.

Tambahan pula, Misha sentiasa memberi alasan terpaksa membohongi pelanggan lelaki untuk memudahkannya menambah rezeki bagi membantu meringankan beban suaminya yang berpendapatan rendah.

“Bagaimanapun, kami pelik sikap Misha yang mula menjalin hubungan dengan pelanggan lelaki apabila hampir setiap hari dia sibuk dengan temu janji untuk keluar bersiar-siar dan makan bersama lelaki berbeza.

“Sejak itu, dia lupa diri dan seronok bertukar kekasih tanpa memikirkan masa depan rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu.

“Lebih mengejutkan, dia juga mula mengubah gaya hidupnya terutama selepas berkenalan dengan seorang lelaki berasal dari Sabah berusia 20-an yang bekerja di Singapura hingga sanggup memakan makanan tidak halal,” katanya.

Anita berkata, perbuatan curang Misha berlarutan hampir setahun biarpun dia dan majikannya cuba menasihati wanita itu yang mempunyai anak berusia dua hingga enam tahun kembali ke pangkal jalan.

Menurutnya, dia terkilan dengan perbuatan Misha tergamak mengusir anak sulungnya yang mahu melepas rindu terhadapnya semata-mata kerana bimbang kehadiran kanak-kanak itu di tempat kerja bersama seorang kenalan keluarganya membongkar status dirinya.

“Kerana bimbang penipuannya terbongkar, Misha sanggup berbohong konon dia pernah bekerja di pusat asuhan kanak-kanak beberapa tahun lalu hingga ada kanak-kanak memanggilnya dengan gelaran ibu hingga tergamak tidak mengaku darah daging sendiri.

“Malah, dia juga mengambil kesempatan terhadap suaminya yang dayus selain kerap memperbodohkan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini setiap kali keluar bersama lelaki Sabah itu,” katanya.

Katanya, Misha juga tidak menyesal menduakan suami sedangkan teman hidupnya itu seorang yang baik dan jujur.

Anita berkata, selepas Misha menyedari dia hamil hasil hubungan sulit dengan lelaki Sabah itu, dia berhenti kerja tiga bulan lalu dan kini tinggal bersama teman lelakinya.

“Kami turut menemui diari peribadinya selain gambar perkahwinan dan sijil pernikahan dengan suaminya yang tidak mahu dituntut di tempat kerja kerana menganggap dokumen itu sebagai sampah dan tidak bermakna kepadanya.

“Kami yang rasa bersalah atas perbuatannya itu selain tidak mahu dia terus bergelumang maksiat melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).

“Tetapi hingga kini tiada tindakan dilakukan dan difahamkan, kini kandungan Misha mencecah enam bulan dan teman lelakinya itu pula dikatakan mahu pulang ke Sabah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, berkata pihaknya sudah menerima aduan berkenaan dan meminta pegawai operasi mengambil tindakan lanjut.

“Pegawai kami akan menyiasat aduan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro.

1 ulasan: