|
|
KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyyah, 31, mengaku berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu kelmarin.
Bagaimanapun, Wardina menegaskan, perjumpaan itu bukan atas dasar politik sebaliknya atas jemputan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengundang beliau sebagai salah seorang panel dalam program Hari Hiburan Islam yang berlangsung di Kota Bharu Mall (KB Mall) pada 14 Februari lalu.
Menurutnya, tiada isu yang harus ditimbulkan berhubung pertemuan beliau dengan Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada tengah hari kelmarin sebelum berlangsungnya program tersebut pada sebelah petang.
"Memang betul saya ke Kelantan dan ada berjumpa dengan Nik Aziz tetapi bukan tentang hal politik. Saya ke sana atas undangan kerajaan negeri dan itu bukanlah kali pertama saya terlibat dalam majlis ilmu di Kelantan," katanya ketika dihubungi semalam.
Kosmo!
Ini antara respon di ruang forum tentang rentetan pertemuan ini:
eddysheddy Hantar pada 22-2-2010 12:14 [quote]why not? bukannya semua orang tau apa yang ko tau.. people dont live the same life like u.. lagipun kita manusia, memang perlu selalu diingatkan
and do remember, what u've been reading at the 1st ...
apa yang aku tau yg org lain tak tau tu saya setuju dengan wardina, dia tak hipokrit korang ni, ingat mengingati tu tugas sesama kita. kalau aku terlalai korang ingatkan aku, kalau korang terlalai aku ingatkan korang .. tu je adatnye! xde salahnye wardina cakap camtu. dia pun xde suroh korang tiru dia, OK la tu kan! aku pun setuju dgn wardina... aku rasa pegangan Islam skrg dah tahap kronik sgt2.
dah betul2 akhir zaman.
kalau tak, apa hal smp basic hukum spt tk boleh bersentuhan dgn bkn muhrim mesti berkempem bagai? go go go wardina:pompom::pompom::pompom::pompom: setuju dgn wardina... pandangan dia bernas...dia pun ngaku sblm kawin dia pun ada msuk club.. tp dia dpt hidayah lpas g umrah... so inilah wardina skrg.. tabik dgn dia.. dia pun x kisah org nak boikot dia..:pompom: :pompom: sgt setuju dgn wardina....ada terbaca dlm utusan bebaru ni...
wardina siap sound lg pada mana2 artis xpayahla nk menidakkan ape yg die ckpkan cz mmg betol...die sendri penah laluinya...
pada artis2 tu..aku nk ckp 1 je.. "PADAN MUKA" bagus wardina...berani bersuara...
mmg artis skrg teruk......
malu lah nak buat idola betul pe..apa yg wardina cakap tu..so mana2 retis x bleh terima tu...rentikanlah nak sentap2, benda yg benar kadangkala menyakitkan..tu sebab x boleh terima..wardina pun kata x payah dah menegakkan benang yg basah..sbb dia sendiri pernah melaluinya...so jgn byk alasan daa.. btl gak apa yg dia ckp tu...rasanye retis mesia ni pun blm ada yg btl2 blh jadi ikon..not even ct! aku setuju ngan wardina..retis mesia ni bakat bukan tadek tapi lebih suka tonjol ketet dari bakat.. ya..u're right....bakat hampeh...rupa & gaya jd taruhan....camne nak jd ikon tersohor... Setuju sgt dgn Wardina, betul artis2 M'sia sekarang ni tak payahlah nk dijdkn ikon atau idola nk jadi baik, jujur & akhlak baik pd diri sendiri untuk diri sendiri pun tak mampu, hidup penuh hipokrit....depn tk nampak cela tapi dibelakang hmmmm sesama mereka jer tahu perangai & akhlak yg mcmana. Sepatutnya kita sebagai masyarakat/khalayak atau peminat ni kena bijak menilai nk yg baik atau buruk, mana2 artis yg perangai buruk jgn dilayan, pandang sepi jer pd mereka2 ni biar dia tahu langit tinggi rendah....we are their "customer" we have the right to choose who we want to exist & to see in the industry...... ikon gothic..
takyahla nak sentap2
aku rs wardina tuju isu ikon lebih kpd younger generation
kpd yg bijak pandai
mungkin terasa wat d..
sbb korang dok ikon kejadah pun..korang berjaya apa..solat 5 waktu lagi
tapi ada dak2 skola
sanggup monteng skola bagai
nak jadi retis stuju ngn wardina!!!!
die pun mengaku kan dulu die hidup dlm kegelapan... makan tido makan tido mlm g clubbing , sok makan tido makan tido mlm g clubbing...idup takde arah tuju kekdahnye...bile die dah sedar..die perbaiki diri die...put rase semua manusia biase pon ade buat salah kan...yang membezakan kite...kite sedar and try perbaiki diri takpon go on with the mistake(s) kan...so tak pyh la nk ungkit2 salah wardina yang lepas2 tuh...kite ambik yang baik sahaja dr die...
biarlah ape orang nk kate...jgn giveup wardina! DULU WARDINA PERNAH CAKAP... DEK TERLALU LAMA TINGGALKAN SOLAT...
DIA TERPAKSA LETAK BUKU PANDUAN SOLAT TEPI SEJADAH... :$ buat benda yang tak baik mesti ramai ikut artis mmg x boleh dijadikan idola..terimala hakikat :L [quote]Idola: Ambil perhatian teguran Wardina
tp mgkin wardina kene ubah sket tone dia ms mengupas isu nih..... isi da betol. kiut ni wardina..suke dier:$ aku tak rasa tone wardina tu melampau..good wardina!!teruskan usaha anda utk berdakwah.. good job wardina...
Rayuan Wardina kepada selebriti
|
|
MENYEDARI kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, selebriti Wardina seakan-akan tidak mampu membendung lagi rasa kesalnya berhubung senario yang amat menyedihkan itu.
Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu bukan sahaja kesal, malah dia juga sering menangis setiap kali paparan kes-kes yang amat menyayat hati itu dilaporkan menerusi media massa.
Menurut Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, golongan artis merupakan antara pihak yang sedikit sebanyak telah menyumbang kepada penularan gejala tidak sihat itu.
Sehubungan itu, anak kacukan Melayu dan Australia ini mencadangkan agar kalangan artis seperti penyanyi serta pelakon menunjukkan contoh teladan yang baik bagi menjadi ikutan terutamanya golongan muda di negara ini.
"Saya menyeru supaya artis-artis kita menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Contohnya, bagi yang bercinta atau bukan muhrim jangan berpegang tangan di depan khalayak termasuklah melalui media massa.
"Kalau berlakon pun elakkan bersentuhan dengan pelakon bukan muhrim. Semua itu akan menjadi tontonan dan boleh menjadi ikutan golongan remaja. Ia adalah antara punca awal yang boleh mendorong kepada perbuatan zina.
"Sebab itu saya mahu menjalankan suatu kempen bersama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang berminat bagi menangani masalah tersebut," katanya kepada Hits.
Jelas Wardina, buat masa ini dia sudahpun menghubungi sebuah NGO yang dikenali sebagai Jemaah Islah Malaysia yang sebelum itu cukup aktif dalam menjalankan kempen menjauhi perbuatan zina dalam masyarakat.
Ibu kepada tiga anak ini berharap popularitinya sebagai selebriti terkenal dapat membantu menjayakan kempen menjauhi zina tersebut, sekali gus berharap gejala pembuangan bayi dapat dikurang atau dihapuskan di negara ini.
Wardina sudah menghubungi salah seorang 'orang kuat' Jemaah Islah Malaysia iaitu Dr. Hazlina Halizah Siraj bagi membantu NGO itu dalam kempen-kempen itu yang telah dijalankannya sebelum ini.
"Difahamkan, beliau sebelum itu telah menjalankan suatu kempen yang dikenali sebagai Anda Bijak Jauhi Zina tetapi ia kurang menonjol. Kalau boleh saya mahu terbabit bersama beliau dalam menjayakan kempen itu," ujarnya.
Wardina yang merupakan bekas pelakon sitkom terkenal Spanar Jaya menjelaskan hasratnya itu selepas terbabit menjayakan forum Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat di pusat beli-belah KB Mall, Kota Bahru, Kelantan Ahad lalu.
Menerusi program Hari Hiburan Islam itu, ahli panel lain yang terbabit termasuklah selebriti TV9, Fara Adeeba dan penulis novel berjudul Ayat-Ayat Cinta dan Bila Cinta Bertasbih terkenal dari Indonesia iaitu Habiburrahman el-Sirazy.
Katanya lagi, program-program televisyen seperti drama dan filem yang disiarkan kebanyakan tidak menyekat adegan-adegan bersentuhan yang membabitkan golongan bukan muhrim.
"Adegan-adegan berpegangan tangan atau berpelukan dalam drama televisyen serta filem di kalangan pelakonnya boleh menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan wanita. Ia boleh mempengaruhi golongan muda.
"Sebab itu, saya sarankan supaya diharamkan adegan-adegan seperti itu di mana ia boleh digantikan dengan adegan-adegan lain yang lebih kreatif. Kita jangan terlalu mahu meniru budaya dari Barat yang tidak ada batas sempadan.
"Saya tidak berniat mahu tunjuk alim dalam soal ini tetapi ia adalah tanggungjawab sosial saya sebagai orang Islam. Selepas ini saya tidak kisah kalau ada selebriti yang tidak sukakan saya kerana komen-komen saya ini," tuturnya.
Tambah Wardina, hasrat murni bagi membendung, sekali gus menghapuskan gejala pembuangan bayi luar nikah juga seharusnya ditangani oleh semua pihak seperti ulama, media massa dan golongan artis sendiri.
Malah, hasil perbincangannya dengan Habiburrahman el-Sirazy yang membenarkan novel-novelnya yang berkonsepkan keislaman diadaptasi ke filem, beliau mencadangkan agar lebih banyak filem sedemikian dihasilkan.
"Daripada forum yang kami sertai itu, banyak tercetus idea-idea contohnya bagi menggalakkan lebih banyak filem-filem berunsurkan keislaman diterbitkan di negara ini. Kita tidak sepatutnya meniru gaya hidup Barat melalui filem.
"Sebaliknya, apa yang sepatutnya kita tiru ialah soal kreativiti dan teknologi yang dibawa dari Barat. Sudah sampailah masanya lebih ramai selebriti tampil ke depan bersama-sama saya bagi menjayakan hasrat murni ini," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan