Seorang lelaki India telah tinggal di atas pokok jambu untuk sembilan
bulan yang lalu kerana isterinya enggan untuk meminta maaf kepadanya.
Sanjay, yang tidak diketahui nama keluarga, berkahwin dengan Tara
tahun lepas di Ramgaon, Varanasi, sebelum beliau berpindah ke Mumbai.
Suatu hari apabila pulang dari bekerja beliau mendapati isterinya
sedang bermesraan dengan lelaki lain di rumahnya. Dia pun memutuskan
meninggalkan rumah dan memilih tinggal di pokok jambu sehingga isterinya
meminta maaf.
Pada Mac lalu, Tara yang merupakan isteri Sanjay ditangkap sedang
berduaan dengan lelaki yang merupakan jirannya sendiri di atas katil
rumahnya.
Selepas kejadian itu Tara memutuskan tinggal bersama orang tuanya.
Sedangkan Sanjay memilih memanjat pokok jambu di desa tempat keluarganya
tinggal.
Dia memutuskan akan tetap tinggal di pohon dan baru akan turun jika
isterinya minta maaf dan memutuskan untuk kembali padanya. “Kalau kami
berusaha membawanya turun, dia selalu mengancam akan membunuh diri,”
kata ibu Sanjay.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan