Translate

Tajaan

Rabu, 2 Januari 2013

RESEPI ORANG BANJAR, KULIT CEMPEDAK / MANDAI


1- Keluarkan isi cempedak, kulitnya disiang/dibuang kulit mengerutu bahagian luar kemudian potong2 macam dalam bekas kuning.


2- Lepas cuci bersih, gaulkan kulit cempedak dengan garam lebih kurang 1/2 cawan untuk kulit sebanyak dalam gambar/ sebiji kulit cempedak.


3- Tekan2 / padatkan, kemudian letak sikit air panas suam. Kemudian tutup bekas, simpan dalam seminggu, lagi lama lagi bagus. Dah siap.


4- Bila nak makan, ambil sebanyak mana yang kita nak. Cuci dan ramas-ramas sampai air masin keluar. Toskan dan goreng garing sikit. Asingkan.

5- Racik-racik bawang besar, tumbuk/potong kecil cili padi, tumis. Kemudian campurkan dengan mandai tersebut. Boleh tambah belacan kalau mahu. Nak campur ikan bilis pun boleh, tempe pun boleh ikut selera masing2. Rasanya memang mables.

Tau resipi ni pun dari internet, kebetulan pulak masa buah cempedak meranum, dari dibuang kulitnya baik jadikan lauk sampingan kan...gambar dah siap goreng tu ambil dari http://tulipkasih374.blogspot.com/2009/10/resepi-mandai.html ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan