Saya
bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Isteri saya bekerjagai juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami
mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun, wajahnya
secantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya mirip saya. Dialah
buah hati saya dunia dan akhirat.Semuanya terjadi pada dua tahun lepas
selepas hari raya haji. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam
biasa. Dah lebih 10 tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan
perubahan sikapnya. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi
perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa
handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba nak mintak dan
nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Dalam
fikiransaya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia
alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan
layanannya juga tidak seperti dulu.
Kalau
dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau
pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini,setakat
ketawa kecil untuk ambil hati saya. Itu baru soal sosial, belum lagi
soal atas katil. Kalau dalam sebulan tu, dalam 5 kali yang saya minta
cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam buat dengan patung.
Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun
dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyataberbeza.Sampailah
satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap doa saya dalamsolat supaya
diberi petunjuk dalam menghadapi situasi macam ini. Isteri saya pergi
mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci didalam bilik. Saya yang
sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi mesej
diterima. Terus saya buka laci dan capai handphonenya dan buka peti
mesejnya. Tiada nama yang terpapar,cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat
catat nombor handphone yangtertera ke dalam organizer. Kemudian saya
baca isi mesejnya.Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya.
Ianya berbunyi begini. “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya
mulabergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan
cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu
ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa
saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan
bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat
macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja
menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam
untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.Anak saya bertanya kenapa saya
membawa view cam ketika saya menghantarnya ke sekolah. Saya terpaksa
berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya untuk
merakam aktiviti syarikat.Pada waktu petang, waktu yang dinantikan
telah tiba. Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja
dengan menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya
pinjam dari rakan. Saya tidak boleh gunakan kereta saya, takut isteri
saya perasan.Sebelum itu, saya telefon rumah saya untuk pastikan anak
saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya memberitahu anak saya
sedang membuat kerja sekolah. Sejuk hati saya mendengar berita itu.
Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya keluar
dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali.
Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya
sampai.
Saya
perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri
saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang
selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya
telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya.
Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu
bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya
tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh
pilu hati saya melihat isteri saya berbohong di hdapan saya sendiri.
Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi
dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal.
Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran
berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari
isteri saya. Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih
meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam
saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu
seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa
kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya
pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib
semata-mata mencari kebenaran.
Saya
menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya.Sekali
sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.Setelah sekian
lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah
kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka
bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi
hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Mereka kembali ke pejabat
isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu.
Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya
pasang. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup dan
menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk saya merakam
perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu setelah saya
meletakkan kereta di tempat yang sesuai. Suasana di tempat itu amat
gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang
tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi
agar tidak disedari mereka. Saya cuba zoom view cam tetapi tidak nampak
apa-apa kerana gelap. Kemudian saya hidupkan fungsi tangkapan gambar
dalam gelap yang mana saya dapat lihat setiap sesuatu walaupun dalam
keadaan yang amat gelap melalui view cam saya. Saya amat terkejut bila
mendapati mereka sedang berasmara.
Saya
lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki
itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Apa yang
saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama. Saya terpaksa berdiri
lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka
lakukan. Hati saya hancur lulur pada ketika itu. Saya sedar, syaitan
mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk
yang sedang berzina itu disitu juga, tetapi saya tetap bersabar dan
terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi
saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan
dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Saya sampai di
rumah selepas memulangkan kembali kereta rakan saya dan memandu kereta
saya pulang. Saya lihat kereta isteri saya masih lagi tidak ada di
garaj. Bermakna dia belum balik lagi. Saya masuk rumah, mandi dan
solat.
Dalam
solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan
bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi
ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali
lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada
ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan
tuhan kepada saya. Kedengaran bunyi kereta isteri saya tiba di garaj.
Saya lantas keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk
membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya
terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan
mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang
membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya bergetus sendirian,
perempuan laknat. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya
menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian
dan tudungnya tidak ada yang tidak kena. Semuanya rapi seolah-olah
tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja
menyembunyikan tahi yang diberakkan di tengah jalan tadi.
Dan
pada malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur
menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu,
selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya
penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara
perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil,
sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari
benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan
muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.Pada
keesokkannya, hari sabtu. Saya dan isteri tidak bekerja. Saya ambil
kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke
dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi – sembunyi. Saya
lakukannya di dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa. Kemudian,
pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di
dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya
jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia
menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia
meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya
sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti
yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri
saya mula berubah. Tetapi dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang
sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan
memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu
juga. Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula
menanyakan berbagai soalan.Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang
dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya
terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat
sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari
bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta
anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang
ke kampung. Bukan main gembira anak saya, dapat berjumpa atuk dan
neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah
anak saya. Seorang anak kecil yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak
saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat
kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa
dengan saya. Kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi
anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya
kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.
Saya
menjadi teramat sebak. Seorang anak kecil menjadi terlalu perihatin
dengan papanya. Mengalir air mata saya. Saya peluk anak saya, saya cium
dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan
tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk kebiliknya mengemas
pakaian selepas diminta oleh saya. Dalam perjalanan kami tidak banyak
berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang
selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis
bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya
hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang
tertawa kecil. Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira
melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai
hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka.
Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta
kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk
membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu,
itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari
apa yang saya alami sekarang. Saya suruh anak saya masuk ke bilik mak
usunya bermain komputer bersama mak usunya. Kemudian bapa mertua saya
bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara
yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya
bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan
kembali isteri saya kepada mereka.
Mereka
terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah
salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu
rupa. Begitu berat saya hendak meluahkan. Saya terdiam tidak terkata.
Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya
mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan telah pun berzina
dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua
saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan
dihadapan mata mereka. Rakaman kecurangan anak mereka bermain di
hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil
menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan
dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji
untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.Pada ketika itu, saya tidak
sedar anak saya dan adik ipar saya keluar daripada bilik akibat
terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami
sedari dan mereka melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian
saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk
lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa
mamanya memberi lelaki itu memegang buah dadanya.
Saya
yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup
television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat
tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki
saya. Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya
menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah
mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja diamenarik tangan anak
saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau
sepatah kata pun.Seminggu selepas kejadian itu, saya dan isteri saya
pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan
dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak
saya.Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan
lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan
orang-orang pejabat agama.
Selepas
kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas
isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan,
saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya dan dari
cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas
bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati
kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain.
Mungkin itulah balasan Allah kepadanya. Sehinggalah pada hari raya
puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan
anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya.
Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya
montok dan menawan kini semakin kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa
dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang dicintai
dan diberahikan itu.
Tapi
hati saya sudah tertutup rapat untuk menerimanya lagi. Saya lihat
suami barunya agak tampan tetapi umurnya masih muda jika nak
dibandingkan dengan isteri saya. Biarlah, Allah sudah pun temukan
mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja
tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak
kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia
dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang
betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang
sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan