Translate

Tajaan

Khamis, 3 Januari 2013

Rakan Lama




 
Semalam aku sempat telefon rakan asramaku yang sekitar 30 tahun lebih tak bertemu 1977 hingga 2013 = 36 tahun. Terlalu banyak mahu dibualkan terlalu banyak pula kenangan yang sukar nak dilupakan.

2. Setahu aku dia melarikan diri tak mahu berjumpa kami biarpun sering kami mengadakan pertemuan di merata tempat. Yang mengikuti Rancangan Khas (RK) tak ramai mana; sebab setahu aku ada sekitar 3 tahun sahaja pengambilan di Asrama Putra Jalan Watson/Tambun Ipoh. Di asrama St Micahael's Int (SMI) Ipoh keberangkalian sekitar dua tahun. Jika setahun 40 orang adalah sekitar 200 orang. Dari sekolah lain ada juga tinggal seasrama tapi tak ramai mana.

3. Rakanku yang aku temui ini namanya Zainal. Tak sangka dia berkerja di Sekolah Kebangsaan Rendah di kampungku. Aku mendapat khabar sekitar bulan lalu yang dia telah lama bertugas di kampungku. Hatta aku suruh warisku mendapatkan nombor telefon bimbitnya (hp).

4. Bercakap melalui hp manakan boleh lamanya. Insya-Allah jika ada umur panjang aku akan balik bercuti di kampung di hari bekerja bolehlah aku berbual panjang dengannya. Agar antara kami dapat kembali intim. Sukar nak rapatkan hubungan bila telah berjauhan. Lama pula tidak ketemu mungkin status kehidupan akan menjarakkan talian.

5. Satu yang pelik talian ukhuwah ini. Jika awal pertemuan setelah berpuluh tahun berpisah semua amat teruja mahu berbual dan kembali rapat. Muka Buku (FB) yang banyak membantu menemukan kami kembali. Aku kenal FB pun sekitar 3 tahun lalu. Awal 3 tahun lalu rasanya pertemuan antara kami amat meriah. Kekinian boleh dibilang dengan jari yang kembali rapat/intim. Masing-masing sibuk dengan keluarga & kerjaya. Yang bersara awal seperti aku ada sekitar dua tiga orang. Selebihnya ada yang kerja sendiri amat sibuk dengan kehidupan masing-masing.

(Mungkinkah esok jalinan ini kembali jauh sebab jika diperhatikan di FB ini pun adalah beberapa orang rakan lama yang masih memberi respon pada penulisanku. SMS di hpku pun nampaknya jarang ada khabar berita dari rakan-rakanku ini)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan