Translate

Tajaan

Jumaat, 25 Januari 2013

SayWho

Kumpulan SayWho MaharajaLawak Mega minat Azhar Idrus..

Tak kisah lah dorang nak minat sapapun kann..., tapi dengan menyatakan sokongan kepada Azhar Idrus, Kumpulan SayWho dari rancangan MaharajaLawak Mega berjaya menarik ramai peminat di Terengganu..

Gua pun minat jugak dengan kumpulan dari seberang ni beb..Mereka tu memang kreatif dan bijak cari isu yang menjadi tumpuan rakyat tempatan untuk dijadikan bahan lawak..

Bukan senang tau kumpulan dari luar untuk berlawak di Malaysia ni.. Selain dari kekangan bahasa.., budaya yang berlainan juga membataskan penyampaian lawak yang dipersembahkan..

Apapun.., semoga kumpulan SayWho terus maju dalam menghiburkan peminat-peminat dorang...

IDAN:

Rezeki berganda tidak menyebelahi mereka; mengikut Undian sebelum akhir SayWho di tangga keempat tetapi kenyataannya mereka hanya menang tempat kelima. Membawa pulang RM15K.

Memamg aku rasa terkilan juga sebab tempat keempat RM50K (Kumpulan Boboi) amat jauh beda nilainya; jika aku jadi tauke Astro aku kasi SayWho RM30K barulah rasa cukup puas memberi tetamu nan jauh hadiah lumayan sebegitu. Mungkin ini pilihan juri sebab mengikut kebiasaan hanya 4 kumpulan yang akan bertanding di akhir. Lagipun yang bertanding semua otai-otai tanah air takkan nak ketepikan bakat artis tanah air.

Bagaimana pun aku berharap SayWho akan terus aktif di Indonesia pun sesekali agar mereka dijemput ke program kelakar di tanah air kita sebab peminat mereka telah ramai di sini.

KUMPULAN Saywho yang terdiri daripada Eko, Bocil dan Vicha. Selain Eko & Vicha yang berbakat semua suka dengan Bocil sebab dirinya kerdil teringat akan arwah Ibrahim Pendek serta Param. Kita tak ramai artis seperti mereka. Agar lakonan Bocil ini dapat dikembangkan untik mengisi kemeriah dunia hiburan serumpun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan